Monday, July 11, 2016

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H /2016

Tahun ini Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 6 Julai 2016. Seperti biasa kami akan balik sebaik sahaja selepas Suboh hari berkenaan, sebenarnya ummi malas nak berebut bilik air, semua suka bilik air bawah. Ummi sampai mereka masih menunggu giliran untuk mandi, nenek dah siap untuk ke masjid. Asagohan lebihkurang, kami bersama bonda ke masjid  Kampung Bandar. Masjid Sultan Alaeddin sedang menjalani konswervasi oleh pihak JKR, so kami solat di ruang sementara.

Oleh kerana kami datang awal, mudah kami mencari parking kereta dan mencari tempat ditepi sudut bagi memudahkan bonda bersolat menggunakan kerusi. Kami suka bersolat dimasjid kerana dapat jumpa ramai saudara mara yang kadangkala kami jumpa bila solat hari raya sahaja.  Lama bonda bercerita dengan Anjang Mahani dan Ucu Zainon. Mereka tinggal di Rawang dan pernah menjadi guru mengaji kami semasa kecil. Mereka gembira mendapat tahu anak-anak ummi Ikram dah jadi doktor gigi, Athirah dan Haziq pun In Sya Allah akan menjadi doktor. Semoga Allah meredhai dan merahmati kami sekeluarga dan anak-anak ummi berjaya mencapai cita-cita mereka di dunia dan akhirat.

Balik solat kami duduk makan beramai-ramai sampai kenyang, semua pulang membawa makanan masing-masing. penuh meja. Walau bagaimana tahun ini bonda tidak memasak apa-apa, so makanan habis Raya Kedua.

Tahun ini bonda begitu gembira bercerita dengan anak-anak ummi, memaklumkan beliau khatam quran sebelum Ramadan berakhir, kesihatannya pun baik sepanjang berpuasa. Semoga bonda terus sihat dan dapat menambah ilmu akhirat sebanyak mungkin bagi bekalan diakhirat nanti. Ameen.

Petang Hari Raya kami berjalan ke rumah Ngah Ana dan Alang Ani di Kelanang. Malamnya ke rumah Pak Itam dan lebih kurang jam 11.00 malam balik semula ke Shah Alam. Kami terpaksa balik sebab ada kucing 6 ekor yang perlu di beri makan.. Tema warna baju kami 'rose squash'.

My kids tolong add gambar Raya ye...

Wednesday, April 27, 2016

Alhamdulillah, dapat kata laluan menulis blog..

Tiba-tiba hari ini ummi boleh menulis dalam blog setelah sekian lama tertinggal.. Bukan sengaja tapi ummi tidak pandai log-in setelah Unit ICT update komputer. Dirumah ummi jarang dapat menulis, sibuk memanjang dengan berbagai kerja yang tidak akan selesai.  Anak-anak dah  tanya, kenapa ummi dah lama tidak menulis blog.

Cerita hari ini adalah berkaitan anak bongsu ummi yang soleh.. tanya ummi boleh ambil dia ketidak, aleh-aleh balik rumah, baru lepasa mandi dan pakai baju melayu yang lama dan tangan yang senteng.  Ummi minta dia tukar dan bawa pula buku yang tidak diikat untuk dipulangkan. Katanya janji dengan kawan, sampai sekolah tidak ada sesiapa kat pondok, kami balik jer.. Singgah CIMB Bank, Haziq tolong ambilkan duit ummi, isi petrol dan beli tali untuk ikat buku yang tidak diikat lagi... Hari ini todak jadi hantar bu8ku ummi janji hantar esojk dan belanja Haziq asagohan. Hari ini kami puasa. Semoga puasa kami diterima. AAmeen.

Thursday, May 15, 2014

SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Setelah 17 tahun bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan, kini PADAT berjaya mendapatkannya. Alhamdululillah. Mulai 14 Mei 2014 semua kontijen dari seluruh Malaysia.

Ummi Keta Jamuan Makan Malam, Ahlhamdulillah semua berjaya

Thursday, December 12, 2013

Majilis Kesyukuran Hajjah Zaidah dan Berendoi Cicit Pertama















Hari ini sebaik sahaja solat Subuh kami semua balik rumah bonda bagi sama-sama menjayakan majlis yang ditunggu-tunggu sekian lama. haziq dapat cuti tuisyen dari kami. Ikram dan Haziq memakai baju Melayu, Athirah baju kurung kain saree pemberian Fatin yang dibelinya dari India. Ummi pakai baju kain Saree juga tapi pemberian Puan CEO, PADAT Puan Hajah Azlinda binti Azman. Ayah baju biasa aje. Alhamdulillah kami sampai awal bonda dan yang lainnya masih tidak siap lagi. Kami dah bergaya macam balik raya sahaja. Asa 9.45 goro kumpulan marhaban dan berendoi Teh dari Segambut sampai. 2 van dan satu kereta.

Tepat 10.00 pagi acara pun bermula. Kami dapatlah buat rakaman. 

Wednesday, November 27, 2013

Haziq @ KPJ Healthcare Shah Alam.

Hari ini hari ketiga Haziq berehat di hospital ini. Ummi pun berehat sama.  Haziq nampak semakin sihat, menurut ayah, keadaan terkejut-terkejut pun dah tak ada sepanjang malam tadi. Hopefully hari ini Haziq discaj.

Ummi pun tak tahu bagaimana demem denggi, selama ini hanya dengar sahaja. Haziq mula demem pada hari Khamis 21 November 2013. Malamnya ayah bawa di ke Klinik Al Hikmah Seksyen 7, Shah Alam. Ummi pula masih pening-pening kerana masih cuti sakit kerana demam. Sepanjang ummi demam Haziqlah teman ummi, tolong ambilkan air, tolong picit kaki dan badan ummi yang terasa sakit, dialah teman sepanjang ummi tidak sihat.

Hari Jumaat, Haziq dah tak larat nak teman ummi ke klinik untuk ambil darah. Ummimgagahkan didri pergi seorang. Alhamdulillah darah ummi dah,mula naik platelet dah naik 125, darah putih dah naik dan kepekatan darah juga semakin stabil. Ummi diberi mc lagi. Ummi balik tengok badan Hazq tetap panas, macam tiada apa-apa perubahan. Kami berdoa supaya bukan denggi. Sehingga hari Isnin badannya trrus panas, dalam lingkungan 37.8 - 38.8 darjah celcius. Hari Isnin platelet Haziqjatuh 101. Dr. Anis di kLinik Seksyen 7, Shah Alam kata kemungkinan denggi dan nasihatkan supaya banyakkan minum air, ummi berlawan minum air, Haziq menang ummi kena beri dia RM 10.00, itulah perjanjian kami. Masa itu, rumah macam hospital. Kami tidur dan hanya makan roti, kadangkala rasa nak menangis, tapi kami redha mungkin Allah nak hilangkan dosa kami.

Hari Sabtu ummi pergi klinik lagi, Alhamdulillah ummi dah sihat, platelet dah naik 205. Walau bagaimanapun ummi masih lemah. Sabtu dan Ahad kami berehat sahaja. Hari Ahad kami uruskan pasport untuk nak pergi umrah. Alhamdulillah, Haziq larat juga. Lepas ambil pasport ummi dsn ayah ke jemputan kenduri rumah Pak Usu OBD Kuala Kubu Bharu. Athirah dan Haziq tinggal kat rumah.

Hari Isnin, ummi pergi ofis selepas bawa Haziq ambil darah. Platelet Haziq 101., Dr Anis kata kemungkinan denggi.tengok esok katznya. Hari ini ummi bawa di ke ofis. Mukanya macam udang kena bakar. Tidur sahaja kat bilik ummi. Tengah hari dslsm perjalanan balik, hidungnya berdarah, banyak juga. Hari itu dia minta nasi ayam, nampak berselera dia makan, ummi kata dalam hati, sihatlah ni... Hari Isnin tu ummi bawa dia ke ofis.

Hari Selasa Haziq nampak makin lemah, ambil darah, platelet jadi 94. Dr Anis kata kena masuk wad. Dia nak uruskan ke HBTAR! Klang, ambulan akan hantar. Ummi call ayah. Ayah tidak dapat jawab, ummi discuss dengan Dr. Dr. Anis kata ini untuk pemantauan, hospital manapun boleh. Akhirnya kami decide untuk ke DEMC. Sampai sana ambil darah lagi, tapi katil pula penuh. Akhirnya ummi discuss dgn Dr. Samnudi, dia kata akan refer ke KPJ. Kat KPJ,Alhandulillah ada kekosongan katil. Ayah pun dah sampai dari ofis. Menunggu juga hampir 2 jam baru dapat masuk wad. Disini sekali lagi hdung Haziq berdarah. Dr. Pakar E&T pun datang. Alhamdulillah tidak ada masalah. Mungkin badan dia panas sangat.  Masalah hari pertama dan kedua adalah badan dia macam terkejut-terkejut, mungkin badan panas sangat. Pagi ini masalah terkejut dah hilang. Alhamdulilah. Hati ini Haziq nampak sihat. Semoga Haziq sentiasa dalm peliharaan Allah. Ameen.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 02, 2013

Penilaian Menengah Rendah

Hari ini selesai segala urusan ummi hantar Haziq untuk mengambil Peperiksaan PMR. Ummi punch card then keluar dengan Athirah untuk ke SAMTTAJ untuk memberi restu kepada Haziq dan kawan-kawannya untuk menghadapi peperiksaan. Hari ini Bahasa Melayu pagi dan petang Sejarah.

Alhamdulillah, sekolah menyediakan makanan tengah hari di asrama untuk semua pelajar Tingkatan 3. Walau bagaimanapun ummi dah sediakan bekalan untuk Haziq, roti. Hajat ummi akan datang jumpa dia, tapi tak jadilah sebab lunch disediakan. KOP pun buka, so budak-budak boleh beli makanan sementara tengah hari.

Semoga Haziq dan kawan-kawannya lulus dengan cemerlang. Ameen

Tuesday, July 30, 2013

Tetamu dari Kelantan

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, January 17, 2013

Athirah's Birthday

Hari ini tepat jam 12.00 malam masing-masing berebut nak wish kakak Athirah Otanjoubi Omedetou.. Kali ini Ikram berjaya. Semua keluar dengan hal masing-masing, Athirah tinggal dirumah macam biasa. masak apple pie kesukaannya. Ikram pun rajin melayan adiknya.

Sambutan hari ini di SSACC Convection Center. Happy Birthday Athirah. Semoga berjaya mencapai citia-cita dan sentiasa dalam keredhaan Allah dunia dan akhirat. We love you so much.

Monday, December 24, 2012

Allahyarham Haji Amir Halim bin Abdullah.

Hari ini ummi dan ayah ambil cuti untuk persiapan persekolahan Haziq. Pagi lagi kami keluar ke Plaza Alam Central untuk beli baju sekolah di Kedai Canggih. Belilah kelangkapan semuanya, 3 pasang baju pengawas kuning dan seluar hijau serta seluar putih untuk baju PBSM. Baju melayu tempah kat Jaafar.  Lebih kurang jam 10.30 pagi selesai membeli, dapat telefon dari emak minta temankan ngah jaga abang ngah di hospital Klang. Ayah hantar ummi dan ayah terus ke HKL untuk ambil ubatnya. Sampai hospital Aiman tengah tunggu ayahnya, ngah turun beli makanan. Sampai situ Syarifah Norzehan pun sedang cari Abang Ngah. Tak lama ngah pun sampai.
Arwah nampak lemah, guna oksigen. Sedang ngah bercerita arwah panggil ngah minta tisu untuk buang air liur. Da minta kami urutkan tangannya, ummi bantu juga, lepas tu dia minta Aiman pula tolong. Ummi tengok ajelah, lepas tu dia duduk sahaja matanya nampak sayu dan kulitnya warna kuning, doktor kata kanser dah merebak ke hatinya. Ummi hanya berdoa supaya arwah bersabar, dan ummi nampak dia tidak pernah mengeluh dengan sakitnya itu. Sejak arwah keluar hopital Putrajaya, tiap hari ummi melawatnya di rumah, bercerita dengannya. Dia nampak gembira bercerita dia akan dapat cucu, dan masih ingin membantu ummi menunjukkan jalan pintas ke Shah Alam, sememangnya dia adalah pakar rujuk kami sekiranya tak tahu jalan. Dia cekap dengan jalan-jalan dan ingat.
Dalam pukul 1.00 lebih kawan2 ngah balik, tinggal kami bertiga, Ngah, Aiman dan ummi. Arwah minta di tambah oksigen, kami panggil doktor, doktor kata 'ini dah maksimum, no.6' kalau tak silap. Lepas tu arwah diam. Ummi lihat dia nampak penat, jadi ngah minta dia berbaring. Lepas dia berbaring kami nampak matanyaa macam ada kelainan, jadi kami terus ajar dia mengucap dan beristifar. Semasa kami sibuk mengajar mengucap  kedengaran azan zohor berkumandang dari Masjid hadapan HBTAR, semasa sedang azan itulah tiba-tiba arwah tertunduk dan rasanya semasa itulah sampai ajalnya. Innalillah hiwainnahirrajiun. Perginya dengan tenang dan tidak nampak keperitannya menanggung penyakit kanser pankreasnya.
Setelah itu doktor pun datang dan ngah minta jangan dibuat apa-apa rawatan kecemasan. Semasa iu emakpun sampai dan doktor sahkan arwah dah tak ada. Kami terdiam dan redha. Emak terkata apa-apa. Akhirnya ummi bersuara untuk memberitahu semua keluarga. Kami hubungisemua keluarga dan ngah putuskan supaya arwah dikebumikan di Subang Jaya. Urusan pengkebumian diurus oleh Aiman sendiri, mujur ada Selamat, dia berurusan dengan van jenazah. Ummi dsn Acik balik kerumah dan terus ke masjid Subang Jaya. Alhamdulillah semua urusan mudah.
Jenazah sampai untuk sebelum Asar dan selepas Asar terus dimandikan dan terus disembahyangkan di Masjid Subang Jaya. Memang mudah. Kebetulan pula arwah sudah meminta Haji Suratman membacakan yasin di surau malam ini, majlis bacaan yasin menjadi kenduri tahlil arwah. Semua telah disusun Allah swt. Malam ini kami tidur rumah ngah.
Semoga roh Allayarham Amir Halim ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Ameen.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, November 20, 2012

Ryoko... Langkawi sima

Setelah berbincang panjang destinasi ryoko adalah Langkawi Island. Urusan pengangkutan diurus oleh ayah dan Ikram. Akhirnya kami naik Air Asia dan tinggal di rumah inap LADA. Flight jam 7.00 malam, so kami ke KLIA rumah Hazim dan tinggalkan kereta disana. bermulahlah ryoko kami, anak-anak amat gembira.

Sampai di Langkawi kereta sewa dah tunggu, so ayah pandu ke LADA untuk ambil kunci dan singgah makan dan terus kerumah Inap LADA, sebuah rumah teres. Rumah tersebut sangat selesa, 3 bilik dan 2 bilik, kelengkapan asas cukup nak masak pun boleh. Oleh kerana kami sampai dah malam, malam ini terus tidur.

Sebelum tidur kami berbincang untuk tempat lawatan. Tidur awal supaya esok boleh ronda sampai malam.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 10, 2012

Istana Negara - Johan Setia Mahkota (JSM)


Hari ini 8 Oktober 2012, ummi oyasumi untuk menemani ayah ke Istana Negara untuk menerima kurniaan bintang Jasa Setia Mahkota (JSM) dari Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 14, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Kami sampai ke Istana Negara lebih kurang jam 7.45 pagi, ramai juga yang telah hadir semasa itu. Masuk Istana Negara ummi dan ayah mula ambil gambar. Semua kawasan cantik berjaga rapi. Nampak mewah disetiap ruang. Teringat bonda, kalau bawa dia mesti dia suka, tapi kesian pula dia menunggu kat luar.

Acara bermula tepat jam 9.00 pagi. Ayah hantar ummi kat tempat disediakan, then ayah ketempatnya. Sebelah ummi dari Sabah, suaminya Business Man. Dia maklumkan kat ummi protokol do and don't  semasa dalam Istana. Antaranya tunduk bila nak keluar atau nak duduk semula, jangan ambil gambar semasa acara bermula, jangan letak buku cederamata kat atas kerusi dll.  Acara habis lebihkurang jam 12.00 tengah hari.

Habis acara ini kami ke bilik jamuan, besar juga, kami duduk bersama angkatan tentera. Puas makan berbagai juadah. Lepas makan kami masuk semula ke Balai Rong Seri untuk bergambar di tempat disediakan oleh jurugambar Istana. Kami beratur, Alhamdulillah tak ramai lagi yang beratur, kebetulan bintang ayah tidak ramai so sekejap aje kami dah selesai. Lepas tu kami bergambar sakan lagi.  

2.30 goro kami keluar dari Istana Negara, ayah belanja pula ummi makan Nasi Ayam kat Jalan Duta, katanya sedap. Kami makan lagi then beli bungkus untuk Haziq pula. Balik kepenatan. Omedetou ayah atas kurniaan yang diterima. Kami amat menghargainya dan semoga ayah terus berjaya di dunia dan akhirat.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, October 06, 2012

Tiring Day...

Hari ini pagi lagi kami dah keluar, asa gohan then kemas rumah, hantar Haziq ke toshokan. IKram ke lab, Athirah study. Lepas siap lebih kurang dirumah ummi keluar ke Seksyen 9, beli manik untuk baju nak pakai hari Selasa. Dari Seksyen 9, ummi pergi pula ke Seksyen 7, cari kedai Al Jabbar then beritahu Abang Ngah, direction ke kedai. Lepas tu ummi pergi pula ke Seksyen 18, cari manik juga tapi tak ada yang berkenan. Akhirnya ummi beli di Seksyen 9. Hari ini memang ummi jalan sorang, ayah ada program dengan KSN dan SPA di INTAN. Anak-anak ada program masing-masing, biasanya Athirah tu memang rajin ikut ummi tapi hari ini dia tak boleh ikut sebab preparation untuk Final.

Seharian ummi keluar dan menjahit, lunch pun makan luar. Malam pergi pula rumah Kak Mah sebab dia balik KL sebab ada medical check-up di HKL. Alhamdulillah kak Mah nampak sihat selepas buang pundi kencing kerana dijangkiti kanser. Sampai rumah Kak Mah kami makan-makan sebab rupanya sambut hari jadi Kak Mah.

Balik rumah Kak Mah ummi mula menjahit, sampai 3 pagi.. Alhamdulillah siap sebelah tangan. Esok pagi sambung lagi menjahit.

Saturday, July 21, 2012

Balik Banting....

Hari ini puasa hari pertama, so balik Banting untuk berbuka.. Seperti tahun-tahun lalu ummi berazam kurangkan membeli makanan untuk berbuka puasa.So lepas sipa kemas-kemas rumah umi mulakan kedapur mengukus kuih puteri ayu untuk berbuka then masak masak asam pedas ikan tenggiri untuk dibawa balik berbuka. Mulanya ummi macam malas nak masak, ummi kata mesti banyak makanan rumah bonda, biasalah semua akan balik kan...

Tapi ayah kata, bawalah makanan juga nanti anak kita makan makanan orang aje.. so ummi pun masak. Masa berbuka memang banyak makanan tapi banyak yang belilah... Alhamdulillah habis masakan ummi.. sebab ummi masak sendiri.

Malam tu kami teraweeh d Masjid Sultan Alaeddin Kampung Bandar, Masjid di Raja, bersebelahan dengan Sekolah Tahfiz Sains dan Teknologi, Kampung Bandar. Tapi hari ini semua budak asrama balik tidak penuh sangat, imam pun baca surah biasa sahaja... Kami pergi dengan bonda. Alhamdulillah bindo sihat hari pertama ini.

Balik terawehh bonda dah sibuk nak masak sahur, kena juga tolong dia, ikutkan hati ummi nak masak pagi dah ready dengan Tatee, tapi bonda dah sibuk buat jugalah... Senangkan hati bonda. Cucunya pun bukan kecil lagi.. Sahur pagi ini hanya Haziq yang terkecil, itupun dah 14 tahun... tak sahur pun tak apa. Tapi biasalah nenek nak perfect...

Siap persiapan kami pun tidur.... harapkan bangun sahur asa 5.00ji goro...

Friday, July 20, 2012

O Tanjoubi Omedetou Muhammad Aliff Ikram

Hari ini macam biasa, asa gohan dan pergi kerja... tapi hari ini adalah hari jadi Ikram, so kami pun berebut-rebut menghantar sms to wish happy birthday to him... dia tu sensitif sikit, dia komplen ucapan dari Athirah tidak boleh terima sebab dihantar jam 11.58pm. Ummi kata 'mana boleh sebab jam telefon Ikram yang lambat'. Ummi, Ayah dan Haziq ok. Ucapan terima kasih akan dihantar selepas malam.

Hari ini pagi ummi ada Program Gotong Royong Perdana di pejabat, ummi bertugas bahagian pejabat. Semua bekerja bertungkus lumus untuk mencantikkan pejabat. Disebabkan dalam pejabat, ummi terselamat dari kena panas, kakitangan yang kena bahagian luar, berpeloh-peloh terutama yang membersihkan longkang. Oleh kerana Gotong Royong Perdana, semua kakitangan diberi sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang. Kenyang sampai dah tak lalu nak makan, petang tu diberi laksa. Ummi hanya mampu ambil kuah sahaja.

Hari ini adalah 20 Julai 2012 bersamaan 30 Syaaban 1433H. After ofis ummi dan Athirah pergi rumah Aza untuk tempahkan baju kami. Hari ini ayah pun balik awal, sebab malam ni bermulalah Sembahyang Sunat Taraweh. Semua eager nak pergi Masjid, sampai round about ayah tanya 'sembahyang kat mana? Haziq jawab 'Masjid Negeri'. So terus ke asjid Negeri, terkejut juga jalan sesak nak masuk ke Masjid Negeri... Akhirnya kami lepas juga, ayah park di tepi jalan. MashaAllah penuh Masjid, ummi dan Athirah cepat-cepat siap dan terus buat apa yang patut... Imam Isya' dan 10 rakaat awal baca slow, imam seterusnya memang laju, malam pertama habis satu juzu' Selesai sholat kami terus makan di Seksyen 6. Kira sahur lah tu.

MALAM INI TIDAK ADA SAMBUTAN HARI JADI BUAT IKRAM, KAMI AKAN BUAT SELEPAS INI.

Wednesday, July 11, 2012

Baju Sukan Sekolah SAMTTAJ, Shah Alam

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 10, 2012

Satu Murid Satu Sukan....

Hari ini Haziq kesekolah dengan memakai baju sukan.. Katanya ' Haziq kalau pakai baju sukan rasa bimbang, nak pakai sampai petangke' ummi kata 'mestilah' . Cantik baju sukan barunya.


Program hari ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. Keseluruhan 3.6 juta goro pelajar dari 10k sekolah seluruh Malaysia mengadakan senamrobik serentak. Tidak ketinggalan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam... Objektif program ini adalah untuk menggalakkan semua pelajar meminati sukan, dimana ianya baik untuk kesihatan.

Petang pula ummi ada meeting Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) disebabkan KPE ada urusan diluar, meeting mula lewat sedikit dan selesai lebih kurang jam 6.00 petang, bergegas ummi ambil Haziq dan balik kerumah. Ayah dah sampai, driver nak hantar ke KLIA pun dah sedia. Senaik ummi dan Haziq sampai ayahpun pergi, Flight jam 8.00 malam.

Seteah ayah bertolak, ummi terus kedapaur untuk siapkan makanan malam, Haziq pula terus menghafal.. simple malam ni, sayur campur dan goreng telor dadar, tak sempat nak keluarkan ikan. 8.00 malam hantar Haziq tasmik di Surau Al Islah, Seksyen 7. Alhamdulillah dia dah hafal 6 juzuk, malam ini mengulang 1 juzuk... balik dia masih belum bagi hadiah kat Ustaz yang mengajar tu... malu ummi, walau ustaz tu tak pernah minta. Malam ini hanya Ikram yang hantar dan ambil Haziq, ummi setlekan baju-baju yang melambak. Alhamdulillah semua selesai. Balik mengaji mereka bawa Tutti Fruitti..yumyum.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 09, 2012

Athirah tidak sihat

Hari ummi pergi kerja seperti biasa. Ikram ada dirumah, jadi ummi minta tolong dia sidai baju, yang lain ummi dah setle semua. Sampai office 7.50 goro. Genki kunai. Perut sakit. Ummi rasa macam tak ada mood buat kerja hari ini, kenangkan cek hadiah Sambutan Maulidur Rasul yang terpaksa diuruskan kerana telah habis tempoh, ummi gagahkan diri untuk membuat surat permohonan cek baru kepada JAIS. Pagi lagi ummi dah telefon JAIS bahagian Khidmat Pengurusan bagi mendapatkan cek gantian, Alhamdulillah tak ada masalah, terima kasih Bie dan Raja Noorain kerana hantarkan surat ummi. Oleh kerana perut sakit dan lapar, ummi keluar ke PKPS beli meehon sup. Balik tu Athirah telefon, dia muntah-muntah dan terpaksa berbuka puasa, katanya dia dah tak larat tapi ummi nasihatka dia cuba pergi masuk kelas dan jangan duduk sorang di surau. Alhamdulillah dia dapat ke kelas. Ayah pula kebetulan free tak ada meeting dia terus sahaja ke Puncak Alam dan bawa Athirah ke Klinik dan mereka terus makan. Dr. beri dia Panadol dan vitamin C. Lepas ni ummi akan pastikan dia ambil multi vitamin setiap hari. Hari Ahad tu baru sahaja ummi ingatkan dia supaya makan tengahari dan petang. Malam ummi pula yang sakit perut lagi tak larat ummi nak hantar haziq mengaji. Ummi baring sahaja kat rumah dan ayah belikan ummi panadol warna merah... baru lega sakit perut. Makan malam ini hanyah pizza domino, inipun sebab Haziq puasa ummi tak sempat nak masak sebab balik lewat.

Wednesday, July 04, 2012

Semi- Final Debate SAMTTAJ Shah Alam...

Sejak Dou Youbi Haziq sibuk menuntut dengan Athirah macam mana debate, bersemangat nampaknya dia. Getsu youbi yoru kuji goro ummi dan ayah hantar dia kesekolah untuk menyertai debate. Budak asrama sedang solat Isyak. Ummi tanya betul ke malam ini, mujur nampak Ameen dan Syafik, rakan kumpulan debate dia. Tajuk pertama berkaitan facebook kumpulan Haziq menang lawan tingkatan 3, malam kedua lawan tingkatan 5 berkaiatan Rapes should be hang, kumpulan tingkatan 5 menang, malam ketiga lawan tingkatan 6 berkaitan fat taxs for the fat ass. Haziq kata pada ummi,'takutlah ummi sembahyang hajat yer doakan Haziq'... Risau sangat dia. Semoga malam ini dia menang. Ummi dan Ikram tunggu di depan kelas dia pula keluar pintu belakang, bertuah betul budak ni.. hari ini dia kalah l;agi dengan pelajar tingkatan 6.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Khas bersama khas KSN Dato Sri Dr Ali Hamsa - Merakyatkan Perkhidmatan Awam

Malam ini yoru kuji ada rancangan khas di Angkasapuri, ayah turut hadir bersama. Malam ini Dato Sri memberi penerangan untuk semua perkhidmatan awam dapat merakyatkan diri sendiri. Strategi beliau adalah akan turun padang bersama ksu-ksu dan perubahan sikap dengan mentranformasikan penjawat awam. Hari ini adalah hari kesepuluh beliau menjawat jawatan KSN.
Ummi menonton di tv1. Semoga 1.4 juta kakitangan awam akan mendapat menafaat dari transormasi ini.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, June 30, 2012

Golden Fruits from our garden......

Hari ini Nichi Youbi, seperti biasa lepas asa gohan cucur ikan bilis, Athirah dan Haziq akan berlatih archery, Athirah dah naik status sikit dah boleh mengajar, Haziq masih berlatih. Weekend ni  ayah ada SAKI - Sukan antara NTAN di INTIM, Kemaman Trengganu. Ummi pergi hantar mereka, Ikram pun ada aktiviti di UiTM. Sampai jam 10.00pagi ummi buat kerja rumah, petang ada jempuan kendui tahlil di rumah Pak Ngah dan jemputan kahwin di rumah Kak Pah di Kampung Lombong, first time ummi dengar nama kampung tu...

Jam 10.00 pagi ambil Athirah dan Haziq, then ummi terus pergi kelas mengaji dirumah Mak Lang.  Sampai rumah Seksyen 7 ada kereta paarking kat rumah kami, so ummi park kat rumah Fadzil/Nadia... Paling best tetpangdanglah drogon fruits yang kami tanam 6 tahun dahulu rupanya berbuah, Mak Lang ingat buah plastik. Berkilat buahnya. Ummi mms gambarnya kat ayah, Ikram, Athirah dan Haziq. Semua happy dan nak angkat bawa balik Seksyen 3....

Petzng lepas balik jemputan semua ke rumahSeksyen 7, bergambar  dan memetik buah.... Tak sangka ianya berbuah, kamidahletak diluar pagar

Nota: Hari ini semua semua anak murid ada kecuali Ngah, dia ada kenduri kahwin. Hari ini belajar tajwid ulangkaji dan belajar hadis 40 berkaitan haram menzalimi.


Published with Blogger-droid v2.0.6
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 28, 2012

Audit Pematuhan MS ISO 9001:2008 oleh CI CERTIFICATION

Hari ini ummi keluar awal untuk persediaan audit. Rasanya ummi dah buat terbaik untuk memastikan semua berjalan lancar. Pagi ummi buat analisa data dan pemantauan objektif kualiti. Sebaik mungkin disiapkan sajak seminggu ini. Pagi tu ummi masuk audit pembukaan. Auditor kali ini Encik Fairo bin Najimi, Encik Prem Kumar dan petangnya datang pula Encik Ikmal Hisham. Sebagai Ketua Audit Dalam ummi di audit pada 12.30 tengahari goro. Lama juga kena kali ini, lepas lunch sambung lagi. Mr Prem comment Nota Audit tak lengkap, kenz lengkapkan lagi lepas ini.

Audit Penutupan diadakan pada 5.20 petang goro, berbagai comment diberikan, NCR - 2, Pemerhation 10.. Alhamdulillah maxih baik. NCR dikenakan pada Wakil Pengurusan kerana minit kajiam semul pengurusan tidak detail, kedua kena kat ummi, audit dalam tak ikut plan yang dirancang.... Next year kena betulkan. Ummi zkan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Habis audit penutupan kebihkurang jam 6.50 petang.

Alhamdulillah juga hari ini Haziq ada latihan kawat bersama Ameen, memang dah balik lambat. Walau bagaimanapun Haziq dah minta tolong Dr.  Syarifah Norzehan untuk hantarkan... Thanks Zehan selalu tolong akak. Kebetulan Haziq dan Ameen memang satu kelas dan majoriti aktiviti mereka memang sama, tak ada masalah kami,  Zehan dan ummi boleh tolong menolong...

Malam rasa malas nak keluar tapi dikuatkan juga ikut ayah hantar Haziq mengaji dan singgah Seksyen 7, ambil barang sikit-sikit, lepas tu kami pergi pula My Mydin beli grosery... Then ambi lHaziq. Balik Haziq sibuk barang nak bawa pergi mukhaiyam....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 22, 2012

Avillion Admiral Cove, Port Dickson 19 - 21 Jun 2012

Hari ini ummi dan Haziq pergi sekali dengan ayah. Rasa malas dah datang sebab kena pergi Port Dickson Lab Pemantapan Kriteria Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC).  Ummi pergi dihantar oleh pemandu pejabat lebih kurang jam 3.00 petang. Sampai PD lebih kurang 4,15 petang. Program start jam 8.30 malam lepas dinner. Ummi ditempatkan dalam group Pengurusan Organisasi bersama Norfazian mpsj,  Cikgu dan Pegawai Penerangan dari JAIS, Rizal Jabatan Mufti dan Pengarah JKM Selangor. Rancak perbincangan kami untuk memastikan kriteria tersebut boleh menepati kemampuan semua jabatan... Yang pastinya tahun ini PBT tak sama dengan Badan Berkanun, macam ada harapan nak menang...

Perbincangan selesai jam 10.30 malam lepas supper ummi balik bilik, boring duduk seorang.... Mujur ummi ada bawa bahan bacaan.... dapatlah baca malam ini. Telefon rumah anak- anak dah tidur...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, January 01, 2012

Akemashite Omedeto Gozaimasu 2012

Hari ini bangun dengan azam baru, mulanya nak pergi jogging di tasik, lepas tu datang lagi usul dari anak-anak, dia kata pergi Taman Pertanian ajelah, naik basikal, sound interesting juga ummi kata... so ayah pun beli nasi kerabu kat Restoran Gemilang Seksyen 8... beli mineral water di 7 Eleven dan terus ke Taman Pertanian. Sampai sana lebih kurang jam 9.00 pagi. Parking dah hampir penuh.

Masuk Taman Pertanian, terus ke tempat basikal, no 9 dan entah berapa banyak basikal lagi, so kami decide makan dulu tak lag penat bawa makanan. Semasa menunggu kebetulan datang Nilam, bekas guard dari MSAS dia sudah jadi renjer kat Taman Pertanian, dia ambil no kereta dan beri kami pass masuk bawa kenderaan, Alhamdulillah puas kami ronda dalam tu selepas naik basikal.. best betul, mula tu rasa penat naik bukit, bila balik laju betul.... rasa anginnya sampai terangkat tudung.. rasa nak pergi lagi, sambil exercise... balik singgah lagi Seksyen 8, makan nasi pula dengan kepenatan. Sampai rumah 2.30 goro rehat sekejap terus pula pergi rumah Ngah makan-makan dan bincang berkaitan pertunangan Aiman dengan Nor Atikah Ahmad Zaki. Rombongan akan ke Auto City Penang pada 5 Februari 2012.

Pernikahan pada 15 Mei dan Majlis di Penang akan diadakan pada 17 Mei 2012. majlis Ngah akan diadakan pada 9 Jun 1012 di Dewan Sri Jugra, Banting. Tema pada hari pertunangan adalah biru, bonda sponser bagu cucu untuk bawa dulang.... tempah sendiri-sendiri. Lupa nak tanya, bapa-bapa pakai apa??? melayu ke biasa?... Nanti kena confirm semula.

Lepas Maghrib baru selesai perbincangan, kami pun balik dengan perut yang kenyang.. sampai rumah lapar semula... tapi sebab badan dah letih naik basikal, tidur sajelah ubatnya....

Saturday, December 31, 2011

hari Terakhir Tahun 2011

Hari ini sibuk dengan berkemas untuk pindah, rumah macam tongkang pecah, tak tahu nak mula kat mana... last ambil kotak mula pack baju, then bawa sikit-sikit kat rumah baru. Geramnya tukang tu lambat betul siapkan kerjanya, tile yang telah lama dibeli tidak juga dipasangnya, grill

Hari Terakhir Tahun 2011

Hari ini ummi ke pejabat sekejap nak settle beberapa kerja sebelum akhir tahun, terutamanya SKT, LNPT dan Kew 8 kakitangan untuk gaji baru SBPA. Semua kakitangan menerima SBPA, jadi kami kena sediakan gaji mulai Januari 2012.

Ayah, Haziq dan Athirah ikut ummi ke pejabat, siapkan kerja. Kat depan ofis macam ada acara, so ayah dan Haziq pergi tengok orang main futsal. Rupanya ada sambutan dari pagi hingga ke malam sempena tahun baru. Balik dari ofis, singgah Seksyen 3. Ayah dah angin sebab Jupri tak datang siapkan tile yang baru siap dipasang separuh.. entah bila dia nak pasang, penat dibuatnya. Kalau diikutkan hati nak buat sendiri tapi kemahiran tak ada pula.

Malam lepas Maghrib kami ke Dataran Kemerdekaan, ada ceramah Agama Ustaz Azhar bersama Zizan. Ok juga cuma tak larat berdiri dan duduk atas jalan raya, akhirnya kami masuk kereta dan balik tengok tv. Jam 12.00 dengar bunyi hanbi dari ICity... tengok dari rumah aje, tak larat dengan jalan sesak...

Wednesday, December 07, 2011

Report Card dan Bantuan Persekolahan RM100.00

Hari ini ummi dan ayah pergi lewat ke ofis sebab nak ambil report card Haziq di SAMTTAJ, Shah Alam.. Dia sibuk minta ayah pergi sebab semester lepas ayah ke Paris ummi, Ikram dan Athirah sahaja yang ambil... kali ini Alhamdulillah ayah tak ada hal yang penting so lepas breakfast kat restoran Azira kami pun pergi. Sampai 9.30 goro, masih ramai yang belum ambil.

Menunggu lebih kurang 10 minit, giliran kami sampai, Haziq dapat no. 1 dalam kelas 1 Taqwa dan 1 dalam semua tingkatan. Tersengih kegembiraan dia, cikgu pun terus beri duit bantuan RM 100.00, ayah pun tandatangan menerima. Balik sibuk dia minta ayah belikan 'PSP Go' ayah tak beri jawapan lagi.

12.00 goro ummi dan ayah balik ke ofis semula. Athirah dan Haziq duduk melepek kat rumah semula.

Saturday, November 12, 2011

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YAB MB Selangor

Hari ini ada jemputan rumah rasmi YAB MB... mulanya rasa malas juga sebab ayah beritahu kawan semasa kadet PTD dulu ada kahwinkan anak di FRIM, so Ummi kata lebih afdal pergi rumah Anuar sebab kami berdua memang kenal dia, tapi sayang bila semak semula kad jemputan rupanya hari ini jemputan di Trengganu, rumah di FRIM pada next week, mujur tak pergi lagi. Akhirnya kami decide pergi Dewan Megawati, Seksyen 7, rumah rasmi MB.

Kami sampai 2 goro jemputan masih ramai tapi tak lah penuh sangat senang juga cari tempat kosong, makan ala kadar, malas nak pergi ambil, kalau anak-anak ikut, merekalah yang rajin ambilkan makanan, ummi dan ayah akan duduk aje.. hari ini ayah ajer yang pergi ambil. Balik kami belikan mereka nasi briyani kambing di Azira, sedap katanya.

Petang kami ke Seksyen 3, tengok rumah yang sedang diubahsuai, Alhamdulillah dah nak siap... so tadi kami bersihkan dan ayah cat siling. Mulanya upah Kumar mengecat, katanya dia pandai, tapi kami memang tak puas hati.. jadi kami hentaikan sahaja dia, dan kami buat sendiri.. memang ayah minat nak buat sendiri.. so setiap hari kami buat sikit-sikit. Rasanya lepas Athirah SPM bolehlah kami pindah...

Hari ini Jupri betulkan handle tingkap dan pasang paip untuk mesin basuh.

Tuesday, November 08, 2011

Kabinet Dapur, wardrope dan grill

Hari inii ummi masih cuti sebab Chan Kitchen na pasang wardrope dan Razman pula nak pasang Grill. Ummi tunggu sekejap dan balik tengah hari ready untuk nak ambil budak-budak sekolah. Ummi pergi sekejap-sekejap sebab tak ada tempat nak duduk sebab masih berdebu... walaupun setiap hari kami sapu dan mop tapi masih berdebu juga, paling geram membersihkan bekas cat menitik yang ditinggalkan oleh Kumar dan gengnya. Sabar ajelah..

2 Wardrope hampir siap jam 8.30 malam. Kabinet dapur baru digantung separuh, akan disambung esok, begitu juga dengan grill. Kabinet ada masalah sedikit sebab mereka pasang terlalu tinggi, malam tu kami pergi pula jumpa May Foo di Chan kitchen, semak balik, dan dia maklumkan akan betulkan semula. Esok kena jumpa Chiam untuk bincang semula... Harap-harap tak ada masalah.

Sunday, August 07, 2011

Bonda...

Hari ini macam biasa, lepas sahur kemas rumah, basuh baju dan ready untuk ke kelas mengaji... tiba-tiba dapat sms dari Tatee, dia maklumkan emak tidak sihat sejak seminggu puasa. Bincang dengan ayah kami balik semua, tidak jadi ke kelas. Di kampung Ngah sekeluarga ada. Sampai kampung emak nampak macam sihat tapi lemah, mungkin puasa, tapi ada kala dia nampak khayal dan tidak boleh bercakap, check gula dalam darah 18. . Tinggi tu, tekanan pun nampak tinggi, emak dah tidak makan ubat sejak 2 bulan lepas, dia makan pemakanan yang dijual oleh Lim... nampak dia percaya betul dengan Lim tu, kami nasihatkan dia supaya makan juga ubat tapi dia tidak ikut, katanya dah jemu makan ubat, kita tidak kuasa nak berbalah dengan dia lagi , nanti kecil hati pula...

Tengahari masa sembahyang Zohor pun dia berdiri aje... boleh baca tapi tak boleh buat.. risau juga...

Petang bawa emak ke Bazar Ramadhan kat Banting, sedang berjalan pun dia boleh berhenti aje, tak tahu nak buat apa. Beli juadah ayam golek, kuih muih dan air, semua selera anak-anak. Bila berbuka semua ada, Long, Alang dan Acik ada berbuka sama, makanan macam kenduri. Selepas berbuka, keadaan emak nampak serius, tidak sedar makin kerap 20 minit sekali, akhirnya kami pujuk emak supaya ke DEMC Shah Alam, mulanya dia keberatan then setuju. Jam 10.00 malam kami semua ke Shah Alam..

Masa di DEMC, gula emak 22 dan tekanan darah 198, Dr. Rashidi kata kalau lambat berkemungkinan emak boleh diserang strok. Esok dr kata emak akan buat Ct Scan. Malam ni Ummi dan Ayah tidur di DEMC teman kat emak. Sahur kami balik beli makanan untuk Ikram, Athirah dan Haziq bersahur... Pagi esok Tatee akan jaga emak.

Wednesday, April 20, 2011

Muscle

Hari ini Ummi ke Bank dengan Ikram jalan kaki. Masa tu kaki ni elok ajer.. aleh-aleh masa solat zohor ummi rasa kaki sakit, tak kisah juga. Bila petang makin sakit, drive pun siksa betul... kuatkan juga lah semangat drive kerumah dalam hujan petang. Sampai rumah solat asar pun cam tu, sakit sangat. Ikram dan Haziq sibuk meminpin, kelakar betul, Haziq sibuk sibuk cari tongkat, tapi tak jumpa... Geli hati dibuatnya.

Bila ayah balik ayah ajak pula ummi ke Seksyen 3, tengok rumah dan bayar duit kat Jupri, kontraktor yang baiki rumah kami tu.. Rumah tu dah nak siap tinggal touch-up bilik air. Malam ummi naik juga ke bilik tidur dengan iringan askar-askar ummi... masa tu dah sakit sangat, nak mengiring pun dah tak boleh... tidur dalam air-cond pun tak rasa, berpeluh belakang.

Friday, April 15, 2011

Puspanita

Hari ini ada pagi lagi ummi pergi Dewan Jubli Perak, SUK menghadiri Mesyuarat Agong Puspanita..... Oleh kerana ummi datang awal dapatlah tempat parking yang dekat dengan Dewan tu. Lepas pendaftaran ummi pergi minum pagi.. ummi sorang ajer. Su, Paizah, Ain dan Ain Shafeza bertugas... so ummi pun memang tak kisah. Minum dengan kawan dari Jabatan Goelogi. Lepas masuk dewan cerita... dengar koir MBSA, then Y.B Dato' SS Dato' Haji Khusrin pun rasmikan... ceramah kesihanatan dan ummi keluar buat pemeriksaan kesihatan. Obes... hiii geram betul bila nak kurus ni.... Alhamdulillah glukos ok. Balik ofis, buat kerja... Hari ini relax sikit sebab Ikram ambil adik-adiknya.

Friday, March 11, 2011

Jishin...

Petang tadi ummi dikejutkan dengan berita jishin berlaku di Jepun... ngeri tengok kat TV. Ummi teringat kawan-kawan mesti panik masa tu... tsunami yang melanda begitu terasa.. sekelip masa semua bersih.. kapal naik kedarat... Masa kami kat Jepun pernah berlaku jishin besar yang lain, 17 januari 1995, harilahir Athirah, kami dikejutkan dengan gempa bumi di Kobe... dan tahun 2004 berlaku pula di Niigata. Mujur semua kenalan selamat.

Masa kami tinggal di Kobe, dapatlah kami melihat semula peninggalan gempa bumi yang berlaku semasa winter, tak dapat dibayangkan semasa kedinginan pagi mereka dikejutkan dengan gegaran kuat, jOota (jiran depan rumah) kat Kobe cerita, kipas jatuh sebelah kepalanya, Daniel cerita komputer pun jatuh dekat kepala juga.. semua dekat kepala.. Alhamdulillah Allah maha mengetahui. mereka masih hidup hingga kini dan dapat bercerita bagaimana dia menggingatkan salji yang turun teta[i rupanya adalah debu kebakaran berterbangan diudara..

Kisah di sekitar masjid Kobe pula... Alhamdulillah, masjid Kobe terselamat dicelah keruntuhan bangunan, betapa besar Maha Agung Allah, menunjukkan bukti kebesarannya, tidak runtuh masjid.... hingga kini masjid tersebut masih digunakan untuk sembahyang waktu, sembahyang Jumaat dan kegiatan agama yang lain. Masa dulu imamnya ialah Ustaz Mohsin dari Egip.

Catatan akan disambung lagi....

Tuesday, February 01, 2011

Hari Pendaftaran Haziq

Hari ini adalah hari pendaftaran untuk Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam. Kalau ikut surat jam 08.00 pagi. Kebetulan Athirah bertugas untuk hari pendaftaran so awal-awal lagi kami dah siap-siap untuk pergi maklumlah tak mahu terlewat. Athirah kami hantar dulu, jam 7.00 dia dah kena ready.

Jam 8.00 pagi kami pun sampai, semak nama Haziq masuk kelas 1 Taqwa. Amin masuk 1 ikhlas, kebetulan pula Lokman sekelas dengan Haziq. Adalah 3 orang calon dari Sekolah Sri Pintar. Kebanyakan mereka ni dari sekolah kerajaan dan KAFA. Ketiga-tiga tak tinggal di asrama. Haziqq nampak relax aje sebab dia tahu dia ada kakak. Seminggu ni kena orientasi. Adalah taklimat sikit, bayar duit koperasi dan bayaran yuran. Kebetulan ayah tak prepare bawa duit yuran, mujur ummi ni ada sikit duit sorok. Kena bayar RM 307.00. Pecah rahsia ummi ada duit sorok. Sekolah maklumkan masuk jam 7.20 pagi dan balik jam 2.50 petang selepas solat Zohor. Risau jugalah ummi macam mana nak ambil waktu tu.

Program ni habis jam 12.00 then makan kat luar.

Esok pergi sekolah macam biasa

Friday, December 03, 2010

Panggilan Telefon......

Hari ini Ummi keluar awal ke pejabat, kerana ada Mesyuarat JK Pengurusan Sumber Manusia dan Permodenan Organisasi yang akan dipengerusikan oleh Dato' Haji Aidid Ghazali. Mesyuarat mula jam 8.30 pagi... Jam 7.45 goro Dato' dah sampai, Ummi dan Encik Adnan brief dulu perkara yang akan dibincang, dia tanya pasal kehadiran, mujur semalam ummi dah minta Fahidah call semua AJK untuk make sure diaorang datang cepat... tapi ada juga yang lambat... kecut perut kami bila Dato' tanya... yang pasti tak dapat datang adalah wakil dari JMM dan Jabatan Warisan... adui tak senang betul.

8.45 goro Encik Zammidi PSM SUK dan Encik Amirudin SPN datang senang hati mesyuarat pun dimulakan. Dato; kata, dia puas hati dengan mesyuarat pagi ni... Alhamdulillah.

Habis meeting, ummi tengok banyak miss call... ada yang tahu dari siapa. tapi ummi cuba call Syarifah Norzehan. dia maklumkan Sekolah Sri Pintar ada telefon, Haziq, Amin dan Lokman dapat surat dari JAIS, dapat sekolah menengah kat Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam... SAMTTAJ. Alhamdullilah. Balasan surat tidak lewat dari 8 Disember 2010.

11.00 malam goro maklumkan kat Haziq dia dapat sekolah tu.. then dia kata ok tapi dia nak buat tahfiz juga... Ummi dah dapat call Ustaz Yunos dia dah setuju... InsyaAllah Haziq akan dapat Al Hafiz juga nanti...

Sunday, November 28, 2010

Kem Tahfiz dan Motivasi Insan Cemerlang 2010 (28 Nov hingga 12 Dis)

Hari ini lepas Solat Suboh semua sibuk siapkan mana yang patut untuk persediaan Haziq mengikuti Kem Tahfiz dan Motivasi Insan Cemerlang 2010 di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sungai Congkak, 42300 Hulu Langat, Selangor anjuran Miftahul Uloom Strive. Banyak barang yang kena bawa... kami tak bawa semua, pandai-pandailah Haziq basuh.

Jam 7.30 lebih kurang kami pun memulakan perjalanan, ayah guna jalan biasa sebab masa masih panjang 9.30 pendaftaran... Breakfast pagi ni kat Hulu Langat makan nasi lemak kukus dengan ayam madu dengan air suam. Nampak berselera Haziq pagi ni... lepas tu kami menyambung perjalanan ke Sungai Congkak.. jalam kampung

Sampai Sg Congkak call Ustaz Rahim sebab tak ada signage ketempat tu.. dapat maklumat terus jumpa. Alhamdulilah belum ramai lagi senang parking kereta. Buat bayaran dll Haziq dah mula nak balik tak nak join pulak kami buat tak tahu ajer.. macam-macam pula, Alhamdulillah lepas tu dia ok.

Masa taklimat meleleh aje airmatanya... tak bagi kami balik, keluar dewan menangis lagi... puas juga memujuknya, dibawanya nasi keluar dewan. Mujur dapat sekatil dengan Ahmad Farhan, sepupu Amin, Farhan ni nampak berani. Haziq dan Amin lebihkurang lah.. semoga semangatnya semakin kuat untuk menjadi tahfiz.

Malam kami menunggu juga telefon dari dia, busy agaknya, dah jam 11.15 malam dia call Ikram beritahu telefon kena beri kat fasilitator.. kami kata ok, nanti bila nak telefon ambillah. Bila Haziq tak ada kat rumah, abang dan kakak sibuk kata sunyi dan tak mahu buat apa-apa, semua nak tunggu Haziq. Ikran siap order Cream Puff nak bawakan Haziq hari Ahad. Bertuah Haziq semoga dia menjadi anak yang soleh. Ummi doakan semua anak-anak ummi jadi anak yang soleh dan solehah. Ameen.

Thursday, July 29, 2010

Wednesday, June 23, 2010

Choc


Tuesday, June 22, 2010

Flying shoes....

Hari ini keluar terlewat sedikit.... ummi bawa kasut wedges scholl dan sebelah lagi bawa beg buku yang nak dipulangkan, masa nak buka kereta ummi letak dulu kasut kat cermin depan, then masukkan semua yang ditangan dan strat kereta, Haziq pula bawa beg dia dan ambil pula baju teakwondo sebab petang ini ada latihan... ummi tengok jam dah pukul 7.40 pagi macam giri-giri ni.. so ummi minta Ikram hantar Haziq, ummi boleh terus pergi office, co Haziq keluar kereta ambil barangan dia dan kunci pintu.

Ummi pun keluarkan masa tu terpandang kasut tapi ntah kenapa tak fikir pun nak ambil... lepas salam dengan Haziq dan Ikram ummi terus keluar... dah tak terpandang kasut tu... selekoh ketiga dari rumah baru ummi terpandang kasut.. masa tu kasut tu dah nak terbang sebab ummi dah mula keluar kawasan taman, nak speed lah kononnya...

Ummi pandang sebelah terbang, lepas tu terbang satu lagi... ummi senyum sendiri, mujur kereta belakang tak ada, ummi berhentikan kereta ketepi dan ambil kedua-dua kasut... mujur kereta sebelum kerete Ikram pandu tak langgar... selamat kasut ummi. Ikram dan Haziq ketawakan ummi, ummi senyum ajer..

Tuesday, June 15, 2010

KPSL hari kedua dan Cermin sisi Wira pecah...

Hari ini exam lagi... Perlembagaan dan Undang-Undang Umum, Arahan Keselamatan dan Panduan Pejabat. Soalan nampak ok. InsyaAllah. Kali ini siap semua. Macam biasa Ayah hantar ke office dan dari office ummi naik kereta jabatan, Zahari hantar. Sampai ke UNITEN lebih kurang kam 8.30 pagi... baca sikit2 dan semak mana yang perlu naik tangga lagi.... berpeluh naik ke Aras 6.

Ummi duduk ditempat semalam, malas nak kedepan sebab dewan tu besar.

Jam 12.30 tengah hari, exam dah habis, Zahari pun dah tunggu. balik rumah terus... Jam 1.30 lebih kurang sampai rumah, todue sekejap then study balik, keluar kejap beli buku Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) untuk exam esoknya...

Petang keluar nak pergi Pasar Malam, terkejut.. tengok cermin sisi kereta Wira retak seribu.. tak jadi keluar. Malam ayah balik pergi "Kedai Sayang Ku" beli ribbon warna hijau untuk ikat kat kotak coklat.. ada order 50 kotak... esok mereka nak ambil....

Hopefully tak ada masalah untuk esok.

Monday, June 14, 2010

Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) N41

Hari ini ummi pergi Exam KPSL, saje-saje ambil sebab nak tambah sijil.... KPSL dikhaskan kepada kakitangan yang tidak mempunyai ijazah menikmati kenaikan pangkat secara lantikan. Ada orang SPA kata, selalunya sesiapa yang lulus KPSL akan diutamakan dari yang mempunyai ijazah.. so ummi pun ambillah..

Hari ini paper 2001A, Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor.. ummi tak berapa study, jadi terkial-kial juga menjawabnya... open book tapi ada yang ummi tak jumpa jawapan. Berserah aje nampaknya, dapat siapkan 4 soalan ajer dari 5 kena jawab. Nak kira stk pun ummi tak pandai, dapat formula, ummi tak sempat nak siapkan.

Sepanjang exam, Zahari pemandu kereta pejabat hantar ummi ke UNITEN, Bangi. Exam kat Dewan Peperiksaan Aras 6, Perpustakaan UNITEN. Setaiap hari ummi exersice naik tangga sebab ramai sangat kat lif.. malas nak tunggu... nak cepat naik tangga. Kat bilik tu ummi ambil tempat duduk kat belakang tak penat nak kedepan lagi.. penuh dewan peperiksaan tu, satu Malaysia di buat di Bangi. Berkenalan dengan Norbaini, IPK Selangor dan Niza dari JPJ. Exam mula jam 9.30 hingga 12.30 tengah hari. Semoga Ummi lulus.

Wednesday, May 12, 2010

Minggu Exam untuk Ikram dan Athirah....

2 minggu ini ummi dan ayah keluar berempat sahaja, Ikram asyik ke fakulti untuk study dengan kawan-kawan bagi persediaan Final Exam mulai 10 hingg 16 Mei 2010. Sebenarnya Athirah pun ada exam juga tapi dia masih mampu ikut kami sebab exam akhir semester sahaja.

Hari Isnin Ikram kata susah, petang pun susah, Selasa pun kata macam tu.. Ummi kata "dah exam memanglah susah" Kami hanya mampu mendoakan mereka. Kalau dulu katanya nak dapat dean's list, sekarang dah lulus pun dah Alhamdullillah.

Minggu ni ayah pun sibuk juga bersama anak-anak, ayah balik malam setiap malam, Isnin, makan malam bersama KPPA penutup Kursus JUSA. Ayah kata tak ada best student kali ini.

Hari Rabu 12 Mei Athirah pula start exam, Bahasa Arab Azhar... katanya ada peningkatan tapi nak score mungkin tak boleh, sebab tak cukup perbendaharaan kata.. tak pe lah kami akan sentiasa mendoakan mereka.

Minggu depan Haziq pula start exam.

Saturday, May 01, 2010

Cuti Hari Pekerja dan Majlis Perkahwinan Samad & Azura

Minggu ini sibuk sikit, buatkan hantaran Azlan, tema warna putih dan hijau... Ummi buat dalam dulang ajer... tujuh pahar semuanya. Hari ini siap semuanya. Lepas pergi majlis perkahwinan Samad dan Azura kedua-duanya dari INTAN kami pergi beli baju ayah sebab baru perasan baju melayu ayah tak sama dengan baju lace ummi.. mujur dapat beli yang hampir kat kedai BOSS.

Selesai membeli baju kami ke Keramat tengok apa yang perlu... kena pulak buat sireh junjung.. pergi je ke Ampang beli pinang, gambir dan kapor ready-made, buat simple sebab dah last minute mujur ada Kak Ani, so dia buat ummi tolong -tolong ajer...

Jam 12.00 malam baru selesai dan kami pun balik... malang sedikit kat tol Batu Tiga, kereta tunda langgar dari belakang.. berhenti tepi jalan maklum kan polis perunda then pergi Balai Bolis Seksyen 11, Cawangan Trafik nak buat aduan.. polis tu suruh datang siang sebab dia kata sistem off line... sedih kena datang semula...

Sunday, April 18, 2010

Memanah, dan kenduri anak CC Rahmat (INTAN)

Hari ini Haziq pergi memanah seorang diri sebab Athirah berkampung di UIAM, Gombak kerana menghadir Pertandingan Debate antara sekolah-sekolah Malaysia. Ada 87 sekolah mengambil bahagian. Haziq pergi dengan Finger Tap baru/ Masa nak minta baru dulu, dia kata cikgu memanah kata, dia punya dah reput.. jadi kami pun belikan yang baru.. Athirah kami dah belikan alat memanah yang baru, Haziq belum lagi, tunggu dia besar dulu. Alat tu boleh tahan juga, mujur ada second hand handle jenis holt yang ayah dapat so kami beli limp baru jenis lain yang sesuai.

Ikram pula jam lapan dah pergi pula ceramah motivasi di Fakulti balik jam 1.00 tengah hari. Dia pergi sendiri.

Ummi dan Ayah asa gohan kat Masjid Negeri, ummi makan lempeng kelapa, ayah pula makan mee hon sup. Lepas tu kami balik urusan gubahan hantaran, jam 10.00 ambil Haziq dan buat lagi hantaran. Jam 12.00 tengah hari ummi ke "Kedai Sayang Ku' beli dulang silver dan hiasannya untuk hantaran.. RM 93.00... ok lah sebab bekas nanti dipulangkan ummi boleh buat projek hamper pula.

Jam 2.00 petang ke Cheras Dewan badminton. ada jemputan kahwin anak cc Rahmat INTAN.

Lepas Asar perigi hantar kan 3 gubahan lagi dan terus ke UIAM, hantarkan charger telefon Athirah.. rupanya bukan charger yang rosak, plug point yang tak boleh guna... betullah Athirah, tak check dula dah kata charger yang rosak tak pasal-pasal kami kena ke Gombak.

Balik kerumah terus siapkan pakaian sekolah Haziq....

Saturday, April 17, 2010

Bengkel UPSR

Hari ini nampaknya hari paling busy buat Ummi dan Ayah, pagi lagi bangun buat asa gohan, buat cucur ikan bilis... selesai asa gohan ayah hantar Haziq pergi Bengkel UPSR.. ramai juga yang attend, Pintar 5 dan 6. Bengkel dimulakan jam 8.30 pagi hingga 1.10 tengah hari. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan, mengikut nombor peperiksaan semester, Haziq termasuk dalam kumpulan 1.

Sepanjang mereka berbengkel Ummi dan ayah pergi pasar dan masak makanan tengah hari dan soji. Laundry dan berbagai lagi. Ikram ada Final Exam PBSM jam 10.00 pagi di DSB, dia pergi sendiri. Jam 1.30 tengah hari dia balik, ayah pun dah ambil Haziq dan kami makan bersama.

Balik bengkel Haziq kata, muallimah dah tambah skru, jadi dia kan lebih kuat belajar.. dia janji kat ayah, I will study from 9.00 pm to 11.00 pm everyday. We ask "why from 9 to 11 not 8 to 11", he said, "Because I want to watch tv from 8 pm to 9 pm, they shows my fovourite story" Entahlah Haziq, kalau ada cerita Jepun memang dia melekat depan TV.

Selepas Zohor kami pergi pula ke rumah Kak Mah hantar gubahan baju dan telekong. Balik bawa pula alat mekap, alat mandian, handbag dan kasut serta rehal. Kami ambil segera sebab bimbang tak dapat siapkan segera, minggu depan (23 hingga 25 April) ayah outstation dan ummi jadi urusetia karnival adat kat Stadium Malawati... tak tahulah macam mana, mungkin sibuk sikit, Hari Ahad ada pula siaran langsung, nasi Lemak Kopi 'O'.

Harap-harap ummi boleh siapkan segera gubahan tu... Balik semua keletihan.... Hari ini Hari jadi Adik.. Happy Birthday, Semoga berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Thursday, April 15, 2010

AGM PUSPANITA Negeri Selangor

Hari ini bangun awal dari biasa... nak tengok last preparation untuk Athirah ke Debat berparlimen Bahasa Inggeris peringkat Kebangsaan di UIA Gombak. Kejut dia dan ingatkan dia apa-apa yang teringat. Bimbang pula ada yang tertinggal.. rupanya ada juga, Borang Kebenaran tak di bawa, terpaksalah Ummi hantar ke sekolah... mujur hari ini ummi ambil Cuti Tanpa Rekod sebab pergi Mesyuarat Agung PUSPANITA, sampai ofis terlambat sikit, so Zahari hantar ke Dewan Bankuet MBSA terus depat lift.

Sampai dewan Ummi pun mendaftar, ambil asa gohan dan naik ke Auditorium. Sebelum tu Ummi daftar pula untuk kehadiran Anak Cemerlang PMR, Athirah dapat sebab dia dapat 9A.
Ummi jadi wakil dia, duduk ditempat yang disediakan. Bersebelahan dengan Sofia, emak Wan Mohd. Syakiran, ex-classmate Athirah dari Sri Pintar. Dia sekarang dah Ke KISAS. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan oleh Y.Bhg. Datin Shahariah isteri Y.Bhg. Dato' Ramli Mahmud, SUK. Dato' SUK, merasmikan mesyuarat dan seterusnya menyampaikan hadiah Anugerah Anak Cemerlang. Omedetou Athirah.

Masa balik terserempak pula dengan Yon anak Arwah Pak Usu, dia berada di Gerai Kuala Selangor.. Ummi beli Acar Buah sebab dia kata Din yang buat. Balik ummi jalan kaki bersama emak Syakiran. Sampai ofis rasa macam nak balik rumah... bila sampai rumah terasa sunyi pula sebab tak ada Athirah, lastly ummi decide pergi ofis semula, walau pun Ummi cuti Tanpa Rekod hari ini.

hadiah Athirah wang tunai dan Sijil.. tapi kat sijil tu tersalah tulis nama ayah, dia buat Norzari. Wang tunai tak tahu berapa sebab kena tunggu Athirah buka sendiri Moku youbi.

Nasi Bungkus

Hari ini rasa dah tak larat nak revise mengira nasi bungkus untuk urusetia karnival 23 hing 25 April ni... 8 catering dah setuju nak hantar makanan. Belum kira makanan untuk juri lagi.. bajet makanan RM 3, RM 5 dan RM 5 makan malam.

Semua kerja-kerja ini Nazra yang tolong, jadual petugas Fahidah tolong buat... ummi hanya uruskan makanan untuk VVIP dan Tetamu Khas... Tetamu dari Daerah, Encik Adnan yang uruskan.. semua ada tugas, Alhamdulillah kami buat bersama-sama, manatak tetamu dijangka melebihi 5000 orang... woi! Ya Allah, semoga proram ini berjaya.

Thursday, December 24, 2009

Keputusan PMR

Hari ini ummi ada meeting pengurusan... geram juga sebab hari ini juga keluar keputusan Athirah. Mujur sekolah Athirah depan ofis ummi, minta keluar sekejap. Muka tak malu aje ummi keluar.. ayah pun dah sampai dari office. Jam 11.25 pagi kami masuk Dewan Anggerik Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah... ramai juga ibu bapa.

Depan Athirah ada 2 pelajar menunggu, seorang keluar diam ajer, yang kedua lelaki berbadan besar, siap peluk cikgu Nizam, emaknya kata 8A 1C, Bahasa Arab.. aduh! ummi risau juga, lepas tu Athirah pula.. ummi pun teman, ayah kat belakang.. mula cikgu semak, bayaran, kalau-kalau ada hutang, Alhamdulillah semua jelas... dapatlah result, tengok Athirah terdiam macam tak percaya,sebelum tu dia risau Bahasa Melayu, tapi Alhamdulillah dapat juga chojo ummi 9A.. Ayah dan ummi tak terkata gembira hati.

Lepas ambil result ummi masuk meeting semula.. bos tanya, ummi pun maklumkan kat dia, semua ucap tahniah. Berjaya sudah dia menempuh PMR.

Tengah hari kami makan bersama, IKram dan kami MMS, dia tak percaya. Call nenek pula, suka nenek.

Malam kami celebrate makan Chinese Food kat Seksyen 9, Kedai Makan Muallaf.. sedap juga.

Seterusnya mengisi borang untuk Sekolah Asrama Penuh.

Tuesday, December 08, 2009

MRSM test di Kolej MARA Branang, Jalan Seremban

Kyo Ummi dan Ayah ambil cuti sebab nak hantar Athirah pergi test MRSM kat Branang... sesat juga walau guna garmin ayah.. ntah kemana juga kami sampai macam nak ke Nilai... akhirnya ayah tanya Polis... rupanya dah dekat.

Test berkomputer... dari jam 2.30 hingga 5.00 petang. Sementara menunggu kami lepak kat surau.. kebetulam jumpa pula Kak Masitah anak Pak Ngah. Dia pun hantar anaknya... lama ummi tak jumpa dia, sebab dai pindah rumah kat Banting.

Balik rasa macam senang pula. Harap-harap Athirah berjaya memenuhi kriteria untuk menlanjutkan pelajaran ke MRSM.

Sunday, July 12, 2009

DS220 - Pembedahan Pergigian , UiTM

Alhamdulillah.. Hari ini Aliff Ikram akan menjadi penuntut Fakulti Pergigian, UiTM Shah Alam. Puaslah hatinya itulah cita-citanya dari kecil nak jadi doktor gigi. 11.00 goro kami ke Bangunan UiTM International Centre (UIC), Bahagian Pengambilan, first kena check kesihatan sama ada ada demam ke tak... then terus ambil gambar dll, kami semua tunggu kat luar, dia masuk sorang. Saje pergi lambat sebab masa kat UM dulu kalau pagi ramai sangat, teori tu boleh pakai juga tak ramai orang lagipun ini second intake.

Ikram dapat hostel, diletakkan di Perindu 3, sama dengan ummi masa Diploma dulu, bagus betul dia, kat UM tempat ayah, kat UiTM sama dengan Ummi. Sedang kami menelek surat-suratnya.. BANG!!!! kereta kena langgar semasa kami masih dalam parking.. ayah dan ummi keluar, bumper, lampu belakang dan but kereta kemek.. ayah ajak pak cik tu pergi buat report kat Balai Polis Seksyen 11, sebelah Sekolah Athirah (SAMTTAJ) ... ayah terpaksa buat report sebab ayah kena claim kat SPANCO.. kelakarnya Pak Cik tu tak nak mengaku.. terpaksalah Polis pergi tempat kejadian, then terbukti dia salah sebab kereta kami masih dalam petak parking... terpaksa dia bayar saman RM 300.

Lepas urusan Polis kami balik semula ke Perindu, urus hostel Ikram, Bilik No. 3317, kami naik tengok bilik, ada 8 katil.. semua student Medic dan Dentisty. Lepas letak barang dan cadarkan katil dia ikut kami balik dulu... tak tahu lah ni, rumah kami boleh balik jalan kaki aje..

Malam tu ayah pergi lagi hantar Ikram. Ayah kata ok kawan-kawan dia. Malam dia tidur dulu kat hostel...

Tuesday, July 07, 2009

Okasan to Otosan

Oleh kerana simpati kat Ikram, kami guna e-mail Ikram dan hantar kat semua Dekan IPTA untuk buat rayuan... dia nak buat tak boleh sebab sibuk dengan minggu silatulrahim. Alhamdulillah, ada maklumbalas untuk kami hantar rayuan bersurat bersama keputusan Matrik.. nampak cahaya sikit.

Hari Isnin Ikram telefon, kawan dia dari UiTM beritahu suruh hantar rayuan sebab Perubatan masih ada kekosongan.. cepat-cepat Ummi sediakan surat rayuan. Pagi Selasa ummi dan Mak Ngah pergi office medic hantar surat rayuan...

Nak rezeki Ikram, pagi tu juga Office Dekan Fakulti Pergigian dah offer Ikram... so kami terima saja Dental Surgery.... 12 Julai 2009 Ikram akan mendaftar sebagai Pelajar UiTM Shah Alam... ikut jejak ummi pulak..

Alhamdulillah.

Sunday, July 05, 2009

Minggu Silatulrahim Dayasari...

Sepanjang minggu Ikram menjalani Minggu Silatulrahim di Kolej Dayasari (Kolej Kelima).... Kolej dia dekat dengan Surau.. mudah dia mengikui acara di Surau, setiap waktu dapat berjemaah. Sepanjang minggu Ummi dan Ayah dok sibuk hantar surat rayuan untuk Ikram tukar Kursus.. dia tak minat lansung pengurusan Harta Tanah.. dia nak tukar Perubatan ataupun Pergigian..

Puas juga ummi telefon MARA dan JPA.. hajat nak urus dia masuk Cyberjaya kalau tidak berjaya buat rayuan. MARA kata dia boleh beri pinjaman.. Alhamdulillah.

Mula tu kami dah urus pergi Indonesia, bila dapat result Matrikulasi dia tak jadi nak pergi Indonesia, sebab Alhamdulillah, CGPA melebihi 3.5. dia confident dapat masuk IPTA.. aleh-aleh dapat Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah UM... lain betul dengan minatnya.. menung dia.

Sebelum masuk UM dia dapat offer Sarjana Muda Teknologi Bangunan kat USM.. menung lagi... dengan berat hati tolak sebab nak dapatkan kursus yang diminati... tak tahu lah apa hikmahnya kepada Ikram... semoga dia berjaya mencapai cita-cita. Ameen.

Sunday, June 28, 2009

Kolej Kelima - Dayasari, Universiti Malaya

Walau dalam keadaan sedikit kecewa Ikram menabahkan hatinya untuk mendaftar di Maraya Daigaku mengikuti Kursus Pengurusan Harta Tanah EM 220. Kami hantar dalam jam 10.00 pagi.. sengaja datang lewat biar tidak bersesak sangat. Alhamdulillah.... mudah sahaja Ikram dapat Blok D.

Ayah gembira sebab dia ada nostalgia.. duduk Kolej Kelima juga 27 tahun dahulu... syok ayah bercerita. Tengah hari kawan ayah Nawi datang jumpa ayah... ingat nak minta tolong tukarkan Ikram kursus lain... boleh ker???? Tak tahulah..

Ummi tolong IKram kemas sikit-sikit barang, dia tak nak pun keluarkan barang sebab dia akan kena tukar bilik lagi selepas selesai haluan siswa.... kolej dia dekat surau.. bolehlah dia sembahyang berjemaah setiap waktu... harap-harap begitulah.

Jam 2.00 kami balik ... Ikram tertinggal pulak baju melayu... Sebelum Maghrib kami hantar kat UM semula... ayah sembahyang sekali kat sana.

Malam kami cuba juga buatkan surat rayuan pertkauaran kursus.. hantar kat berbagai Universiti, harap-harap mengenalah rayuannya....

Sunday, May 31, 2009

be circumcised....

Pagi lagi dah mula bagi semangat kat Haziq yang dah tak sabar nak berkhatan.. semua kawan sudah dia dan seoarang kawan aje belum... Appointment Haziq dengan Dr. Abdul Rahman jam 3.00 petang di Klinik Dr. Rosli Seksyen 18 Shah Alam. Lepas makan tengah hari, kami pun pergi. Sampai sana terlupa pula nak bawa antibiotik yang sedang Haziq ambil kerana sakit telinga, terpaksalah Ikram balik ambilkan. Lama juga menunggu, ada lah dua orang sedang menunggu di Bilik 2 untuk tujuan yang sama...

Jam 3.45 petang lebih kurang nam Haziq dipanggil.. masuklah kami semua kecuali Athirah... Dr. surauh dia cakap Allah Hu Akbar banyak-banyak... dia pun sebutlah.. Alhamdulillah tahan sakit dia tak menangis... Ikram ambil gambar video. Ikram sampai nak termuntah dan terus pening, ayah sambung ambil video, Ummi dan Ayah Alhamdulillah tak ada masalah.. lebih kurang setengah jam selesai jahit.. kami pilih cara laser.. mula tu nak buat guna clamp bila Dr. check tak boleh untuk Haziq . Dah macam tu, kami cuba juga dan InsyaAllah lepas tu dah okay.. tapi ayah kata buat cara laser pun lagi senang so kami deside buat guna laser.

Keluar dari klilik tersenyum dia, happy sangat... tapi dia kata semua Dr. penipu, kata tak sakit. Kami senyum ajer, ummi kata, kalau dr. betitahu sakit, semua budak lari tak nak ... dia pun senyum.

Ikram kami buat Kat Klinik Sallehuddin Banting, guna cara clamp, tapi ada masalah.. tak tahu kenapa masa tu dia terbuka, kena pergi semula ke Klinik dan jahit.. menangis Ikram. Masa tu dia 9 tahun, Haziq 11 tahun....

Walau bagaimanapun, Haziq kami buat selepas Khatam AlQuran, dan kami buat dia naik junjung macam dulu-dulu... lepas hajat ummi nak buat cara lama. Ikram pula khatan dulu baru Khatam AlQuran. Kedua-dua Ikram dan Haziq ni memang tak sabar-sabar nak berkhatam....

Bila balik dia pun duduk jadi tuan.. semua kami buat, tak bagi kakak tengok tapi tak pakai kain... kelakar betul Haziq.. tidur dengan ummi dan ayah... tak tahulah baik berapa hari ini. Nampak gaya dia nak pantang, senang sikit.

Thursday, April 30, 2009

Persiapan Majlis Khatam Al-Quran....

Setelah hampir tiga bulan buat preparation, tibalah masanya hari yang ditunggu-tunggu... lepas maghrib kami terus balik kampung. Athirah dan Haziq tak pergi kelas Cambridge sebab banyak kerja nak buat untuk persiapan 2 Mei 2009 nanti.Bunga telor dah siap 100 batang bunga dip warna putih, ummi buat sendiri. Coklat jenama Tasneem dari Puan Hariah Sahri dah pun diterima, ummi order 16 kg semuanya. Alhamdulillah setakat ini seperti yang dirancang.

Sampai rumah mak, ucu, mak usu, Nur Illiyin dan Kak Normah sedang ikat telor dalam bekas durian yang ucu dan mak usu buatkan.... ummi tak pandai nak buat itu. Tak belajar lagi. Pulut dan rendang semua dah diisi... Malam ni kami hanya tinggal isi colat dalam kotak... remeh juga lewat malam juga baru dapat tidur. Dapat lebih kurang 350 kotak coklat.

Alang bawakan kek coklat 15 kotak, telor dan bunga warna putih 50 batang, Acik bagi jelly dan bunga telor warna pink 50 batang,mak cik (Mertua Tatee) bagi 2 bungkus besar kerepek dan lain-lain yang tidak disebutkan (tapi ummi ada catat untuk ingatan sendiri). Semua sibling balik kecuali adik kat USA dan Long kat Putrajaya sebab tak sihat.

Alhamdulillah sempat juga ummi siapkan bunga telor tu.. buat perlahan-lahan, emak punyalah risau tengok ummi buat, dia nak tolong susah nak datang kat Shah Alam. Kalau ummi balik kampung baru dia dapat tolong... emak dapat tolong buat frame bunga dip, banyak emak tolong... happy dia kami nak buat kat rumah kampung...

Esok sambung ...

Sunday, April 05, 2009

Hanum ex-classmate Diploma tahun 1983-1985

Malam tadi dah niat nak bangun awal sebab nak buat cukodok udang untuk Ikram... disebabkan keletihan mengikut ayah ke IPN Sabak Bernam. Balik singgah beli ikan. udang dll. Balik membasuh ikan, udang dan ketam untuk masuk dalam freezer lagi malam juga baru selesai. Ummi tertidur sampai 6.30 pagi. Bangun lepas siasiap terus buat cukodok, goreng ketam dan sotong ball untuk bawakan Ikram. Kek ummi dah siapkan dari awal.

Akhirnya asa 11.00 juga sampainya.... sampai aje terus makan dan siap ke Ipoh...

Hari ini anak-anak nak gi JUSCO Ipoh... nak jadi cerita ummi jumpa ex-classmate masa UiTM, anak dia sebaya dengan Ikram.. belajar pun sama Ikram cuma Ikram Biologi anak dia Fizikal. hari ini tak dapat cerita lama, sebab banyak hal. Makan kat Kenny Rogers.

Hari last nanti janji nak jumpa mereka lagi...

Thursday, March 26, 2009

Baju melayu


First and last...

Monday, March 02, 2009

Thursday, January 08, 2009

berita bonda...

Pagi lagi ummi dah sibuk sebab ada meeting dengan ahli Jawatankuasa PSM, LMS jam asa 9.30. Alhamdulillah paper sebab tak ada masalah. Jam 10.30 ummi tengok ada banyak panggilan dari sibling yang tak dijawab. Apahal ni? Ummi keluar sekejap dan cuba call Acik.. dia beritahu bonda tak boleh bangun tapi dah bawa ke hospital suspect Chikungunya... habis meeting jam 12.00 ummi minta keluar petang dan ambil Athirah dan Haziq terus balik kampung... semua dah balik dan bawa bonda ke hospital...

Alhamdulillah hiru bonda nampak sihat, sebab anak-anak sekolah ummi balik jam 10.00.

Thursday, November 06, 2008

Omedeto buat ayah...

Hari ini ummi temankan ayah gi JPA, jumpa KPPA... bukan apa saje nak support ayah. Ayah jumpa KPPA bersama 2 orang lagi... Suspen juga ummi tunggu ayah kat bawah.. janganlah ayah kena tukar luar Selangor....

Macam-macam nasihat ayah dapat pagi ini. Alhamdulillah bertambah rezeki kami sekeluarga dan ayah pun tukar bilik jer.... masih pejabat lama.

Omedeto ayah... semoga sentiasa dalam keredhaan Allah.

Friday, September 12, 2008

12 Ramadan 1429 H

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 12 berpuasa. Kami sekeluarga semua sihat begitu juga dengan bonda kat kampung.... cuma semalam bonda beritahu dia kena inject insulin sebab diabetis naik 20... lepas inject Alhamdulillah tahap gula turun ke angka 8.... bolehlah bonda balik kerumah. Bonda kata "setiap hari dia minum teh kat surau sebab sedap rasanya" bila check-up terpaksalah inject insulin.

Tengahari tadi ummi dan Athirah pergi buat urusan bank dan zakat, kemudian pergi pula ambil Tupperware beli bekas untuk simpan kuih nanti. Balik keletihan Athirah sebab merata hari ini kami berjalan.

Petang ni Ikram balik, kalau driver bas benarkan turun kat Jalan Duta, dia akan turun kat situ, so ayah tunggu aje kat sana, tak perlu pergi KL Central. Ayah sampai lambat juga dia beli aje makanan kat Petronas sementara tunggu ayah sampai.

Sampai rumah around 8.15 malam, mereka singgah kat INTAN Bukit Kiara berbuka dan Solat Maghrib. Kami kat rumah buat nasi goreng beriani dan cucur udang sahaja, tak beli apa-apa, langkah berjimat cermat.

Malam ni Haziq ajak bersahur kat kedai. InsyaAllah sahur kat luarlah malam ni.

Friday, September 05, 2008

Kin youbi....

Alhamdulillah dah lima hari berpuasa... semuanya baik belaka. Haziq pun tak da kerenah. Hari pertama dan kedua bersungut juga perut lapar lepas teakwonda... sekarang dah tak da.... selamba ajer dah boleh main-main macam biasa. Berbuka pun kami tak sibuk membeli semua juadah masak sendiri. Rasa macam boleh jimat tahun ni. Walau cam ner ayah kata kesian kat anak-anak kalau tak beli kuih muih, tapi tak kisah lah hari Sabtu dan Ahad bolehlah beli Roti John dan kebab kesukaan Haziq...

Haziq ajak juga makan sahur kat luar tapi kami janji bila onichan balik baru boleh makan luar... Onichan pula selalu cakap dah tak lalu makan nasi sebab hari-hari berbuka nasi... Dia telefon ummi cakap jangan berbuka nasi bila dia balik kat rumah, dia dah tak tahan lagi makan nasi...sian dia berpuasa ramai-ramai kat hostel. Puasa kali ini dia belum lagi berbuka dengan kami.. sebab hari Sabtu ada kelas ganti untuk Hari Raya.

Hari ini ayah berbuka kat luar denan anak-anak yatim.

Tuesday, September 02, 2008

Kedua Puasa...

Hari ini masuk hari kedua, sahur macam biasa. Ummi buatkan air horlick. Ayah biasalah teh misai kucing... Athirah dan Ummi tak ambil air panas... Kami selesai makan sahur jam 5.30 pagi nak tidur pun alang-alang ajer so ummi buat jahit manik sikit... haziq pulak siap mandi dan tidur ummi kejutkan semula jam 7.00 pagi.

Ayah hantar Athirah jam 7.00 pagi, bulan puasa ni tak lah terkejar-kejar sangat.. sebab semua semua tak tidur semula....

Kat office kerja macam biasa juga, ummi siapkan urusan nak buat audit dalam esok. Bulan puasa ni ummi dah arrage audit dalam dan meeting MBJ ke 3. Target 4 kali setahun.

Alhamdullilah, hari ini ummi tak singgah ke pasar Ramadan. Tahun ni nak jimat sikit... harap-harap azam bulan ini berjaya....

Monday, September 01, 2008

Marhaban Yaa Ramadan 1429 H....

Alhamdulillah... tahun ini 1 Ramadan bersamaan dengan 1 September 2008, semua umat Islam seluruh dunia telah memulakan puasa.... begitu jugalah kami sekeluarga. Sahur bersama bonda, tatee, Suhaimi dan Makl Usu Munah dikampung. Turut sama balik kampung kali ini adalah Ngah sekeluarga. Oleh kerana pembantu rumah bonda bercuti sampai 6 September, Rosnita pula kami tak bawa balik sebab dia nak makan-makan dengan kawannya yang juga dah nak balik terus.. sahur ni kenalah ummi dan Tatee masak.... masak biasa ajer... masak tempoyak, sambal sotong, ikan goreng dan ayam goreng. Awal jugak bonda kejutkan kami. Sebenarnya lepas teraweeh malam tadi ummi dah siapkan bahan nak masak, so ta da hal punya.

Anak-anak ummi berselera makan sahur. Kebetulan Ikram pun dapat cuti semalam kerana hari kebangsaan. Kami balik awal ke Shah Alam sebab petang ni Ikram akan balik ke Gopeng bas jam 5. Masa hantar Ikram ke KL Central hujan sangatlah lebat, kesian dia kami tak dapat nak belikan dia nasi untukberbuka. Ummi hanya dapat bekalkan dia sosej roll untuk berbuka, selain senang buat dia pun suka.... Sampai kat KL Central dia solat Asar, ayah belikan dia burger dan air milo untuk berbuka dalam bas in case tak sempat sampai.

Balik hantar dia kami pun singgah Pasar Asnaf Seksyen 3 Shah Alam. Tak banyak jualan sebab hari hujan. Haziq nak cari kebab tapi tak da pulak, so kami beli ajer Roti John dan Ayam Panggang.... Malam pergoi teraweeh, amboi ramainya orang.... harap-harap bertahan sampai habis Ramadan.

Saturday, July 12, 2008

land-slide

Minggu ini Ikram tak balik. Pagi lagi dah call maklumkan onna no hostel ada land-slide.. mereka tidur kat dewan katanya.. kesian budak-budak awal pagi kena pindah. Boys tak terlibat. Alhamdulillah tak ada yang cedera.

Ikram maklumkan dia nak outing hari ini, katanya pergi Jusco dan Tesco nak beli keperluan sedikit sambil makan-makan. Dia keluar jam 2 dan balik jam 6. Ummi dan ayah pesan jangan keluar lama sangat sebab 21 Julai exam. Kenalah study awal lagi, bimbang makin banyak susah nak study. Alhamdulillah nampaknya Ikram boleh catch-up subject kat matrik. Mudah-mudahan dia berjaya mencapai cita-citanya.

Malam ni kena bank ini duit untuknya.

Tuesday, July 08, 2008

Arabia go no kurasu

Hari ini Athirah mula masuk Arabia go no kurasu. Ummi ambil mereka kat sekolah petang lepas teakwondo terus balik, ingat nak beli nasi lemak kukus kat depan tu tapi semua tak hendak, katanya makan nasi lemak nanti pendek, manalah dia dapat ilmu tu... ummi diam ajer dak tak nak sudah.

Lepas Maghrib, terus hantar ke Uitm bawa Haziq sekali sebab malas pula nak balik ambil dia semula untuk hantar mengaji. Dah sampai fakulti bahasa, ummi, ayah dan Haziq tunggu sampai taklimat selesai sebab lepas tu kena pergi tengok kelas. Lastnya tengok kelas kelas dah dekat jam 9 goro. Hantar Athirah tunggu lagi, ;lastly Haziq tak dapat pergi mengaji, rilex ajelah dia, ayah bawa ajer kami makan kat Uitm, Haziq makan mee kungfu, Athirah Mee Hon tomyam Ayah dan Ummi makan sup cendawan.

Mulai Julai hingga Oktober hari Isnin dan Rabu Athirah akan belajar Bahasa Arab di Uitm untuk memantapkan Bahasa Arab dan subject lain yang dia belajar kat SAMTTAJ Shah Alam. Mudah-mudahan dia berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Thursday, June 05, 2008

Hari Lahir Bonda...

Setelah berpakat hampir sebulan... semua bersetuju sambutan hari lahir bonda hanya dibuat dirumah dan diawalkan kepada malam 5 Jun 2008. Hari Lahir bonda adalah 15 Jun 1939. Kini umur bonda menjangkau 69 tahun. Alhamdulillah sihat walafiat, masih boleh memandu kereta bersendirian, membuat exercise ringan dirumah dan pentingnya masih aktif dengan persatuannya.... Ibu tunggal. PEMADAM, WI dll.

Cerita sambutan hari lahir bonda, semalam lepas hantar Rosnita, Athirah dan Haziq kerumah Acik (transit) sebelum Ucu Tatee ambil untuk balik rumah nenek, Ummi shopping beli barang untuk buat Yogurt cakes. Sibuk juga pagi tadi sebab bangun kena settlekan kucing yang 3 ekor tu.. makan, minum, litter lagi.. kelam kabut sikit dengan ayah sebab selama ini Rosnita yang uruskan. Jam 12 balik dari office terus buat yogurt cakes dll. Jam 5 goro ambil Ikram pula kat Seksyen 19 stesen komuter balik dari Gopeng, terus bayar kek kat Secret Recipe yang Ngah dak order. Balik rumah tunggu ayah balik.

Hari tu ayah pulak ada hal, balik lepas Maghrib, Athirah dan Haziq dah berkali-kali call beritahu orang dah tunggu, kek tak sampai.. senyap ajer lah ummi, nak marah pun tak boleh sebab ayah pun bukan sengaja. Kami sampai jam 8.30 malam goro juga... imam masjid nak baca doa pun dah ada.. buat muka selamba majlis terus mula..

Tatee siap sewa canopy sebab kami buat BBQ. Besar jugalah majlis kali ini... makanan pnyalah banyak.. order lagi, semua nak-anak kena bawa dessert lagi.. masing-masing tunjuk skill. Sambil makan-makan kami berkaraoke pula... meriah betul kali ini. Malam tu sampai pagi kami berkaraoke.

Gambar-gambar next time. Tak sempat, ini pun ambil masa rehat kat office.

Saturday, May 17, 2008

First week kat hostel...

Minggu pertama dihostel ni ntah berapa kali sehari Ikram telefon... mujur bil, kalau top up tak tahu kat mana dia nak beli. Top up pun tak ada dijual di hostelnya... Hari ini dia balik guna bas 8.00 pagi dari hostel. Pagi lagi dia dah telefon. Mulalah complaint bus tak punctual lewat sampai 40 minit. Ramai potong que dia bas jam 8.00 pagi jadi 8.40 pagi tak biasa potong que, driver pulak tak check ticket.

Sampai KL Sentral jam 10. 40 goro lepas tu naik komuter ke Shah Alam. Ummi tunggu kat Shah Alam. Sampai ke Shah Alam 12.00 goro.. komuter lambat. Kali pertama ni dia balik dengan Adibah dan Akma.

Besok naik komuter juga agaknya, sebab nak belajar katanya. Nampak dia okay. Alhamdulillah.

Wednesday, May 14, 2008

O Tanjoubi Omedetou buat Haziq....

Pagi pagi lagi Ikram dah hantar sms wish Happy Birthday kat Haziq. Happy ajer Haziq. Paling best dalam perjalanan ke sekolah umi kata kat dia, hari ini kita beli kek yer... dia jawab, "tak pe Umi, beli ajer this Saturday, kesian Onichan tak dapat makan makan kek nanti" pandai pulak dia memikirkan abangnya... sedih pulak umi mendengarnya.

Petang tadi umi belikan juga dia kek kecil ajer sebab hari Sabtu nak celebtrate dengan abangnya pula... Ayah pula belikan KFC, sambut kecil-kecil ajer. Hari ini juga hari akhir exam dia. Nak minta beli games pulak... Macam-macam budak sekarang.

Tuesday, May 13, 2008

Exam semester Athirah dan Haziq

Minggu ini minggu exam buat budak-budak sekolah sebab 2 minggu lagi sekolah akan cuti selama 2 minggu. Athirah exam dari 12 hingga 22 Mei, haziq pula 8 hingga 14 Mei 2008. Oleh kerana menghantar onichan kena tambag sehari dua lagi untuk mereka kerana 12 haribulan dah dicutikan kerana pergi ke Gopeng.

Haziq kata okay exam dia, Athirah pun kata kali ini okay.. banyak masa nak ulangkaji, Haziq pula dengan bangga semalam memaklumkan yang dia dapat highest dalam BM penulisan. Athirah pun Alhamdulillah bolehlah ikut semua pelajaran. Ingat nak masukkan dia kelas Bahasa Arab kat UiTM semester depan.

Athirah dan Haziq complaint juga sunyi onichan tak ada... mana taknya kalau ada asyik bergurau ajer, kadangkala bergurau macam bergaduh. Buat masa ini Ikram selalu juga telefon memaklumkan yang dia buat penukaran dan sains fizikal tukar ke sains hayat. Mudah-mudahan dapat. Ameen. Kami biarkan sahaja dia buat sendiri biar dia tahu betapa susah nak capai cita-cita jangan asyik nak ditolong ajer..

Monday, May 12, 2008

Kolej Matrikulasi Perak...

Hari ini semua bangun awal, Ikram aje kata malas nak tinggalkan katil.... Athirah dan Haziq tak pergi sekolah sebab semua nak hantar onichan. Jam 7.00 pagi Mak Ngah dan Ayah Ngah sampai bawa karipap. Ayah dengan Ikram pergi beli nasi kerabu. Asagohan pagi ni Karipap dan nasi kerabu, kenyang sangat. Obaachan pun ikut, Ayah Cu hantar, bawa pula nasi lemak. Sampai tak termakan. Buat bento ajer.

Jam 9.45pagi semua sedia dan terus pergi. Perjalanan senang ajer dari Guthrie Highwat terus masuk Plus keluar kat tol Gopeng. Pendaftaran dikatakan jam 2 petang so kami jalan-jalan pergi bandar Gopeng dulu, then balik semua ke Kolej dan terus daftar. Ikram kata doanya makbul sebab dia dapat bilik bawah dekat dengan bilik air dan tempat sidai baju, belakang bilik pula cafeteria. Kat sini dia kena makan sendiri. Ikram kena masuk aliran Sains Fizikal, dia kata nak tukar Sains Hayat lepas ni. Harap-harap boleh tukar. Ameen.

Jam 3.00 petang ada taklimat, Umi pergi dengan Ayah, yang lain tinggal kat bilik Ikram. Satu bilik ada 4 orang, selesa jugalah... Kolej ni nampak okay, besar tapi berbukit sikit, berpeluh nampaknya hendak kekelas, macam kat UiTM Shah Alam ajer.

Habis taklimat lebih kurang jam 4.30 petang tergesa-gesa balik kebilik sebab taklimat Ikram akan mula jam 5.00 petang terlewat tak sempat pula nak jumpa IKram. Kami bawa kereta naik keatas kata kat guard tu nak ambil Mak tak larat nak turun, memang pun, masa naik 45 anak tangga nenek berhenti 3 kali diperjalanan. Kesian nenek, kami tak diberitahu ada disediakan van untuk mengangkut barang dan orang, menapaklah kami dengan barang-barang menaiki tangga yang curam dengan 55 anak tangga.

Jam 5.00 petang kami ke Masjid, cafetaria dan pusing keliling Kolej sebelum balik lebih kurang jam 5.45 petang. Perjalanan mengambil masa hanya 2 jam sahaja iaitu 192 km dari Shah Alam. Bermulah Ikram menjadi budak Kolej. Semoga tercapai cita-citanya. Umi, Ayah dan adik-adik sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang buat IKram. Ameen

Tuesday, May 06, 2008

Happy Birthday to Ayah

Hari ini Hari Jadi ayah yang ke 46. Ayah sibuk pulak hari ini, ada seminar hingga malam... kami tak dapat sambutlah hari ini... tunggu lah esok nampaknya. Petang tu kami beli hadiah kat ayah di body shop. Seperti biasa Haziq akan sibuk nak memberikan hadiah dan kad. Tersorok-sorok sampai orang boleh syak.. Malam tu kami beri hadiah ajelah..

Selamat Hari Lahir semoga sihat sejahtera dan bertambah rezeki.

Monday, May 05, 2008

Koinobori...

Hari ini hari kanak-kanak lelaki... untuk Haziq lah tu... masa kat Jepun semua disambut, banyak lah ikan kap tu digantung dimerata tempat, kat sini senyap ajer semua tak kisah... tapi umi saja nak tulis buat ingatan buat Haziq. Masa dulu Haziq siap boleh nyanyi lagu koinobori.

Tuesday, April 15, 2008

Tetapkan cita-cita....

Hari ini Ummi dan Ikram dok tunggu jam 12.00 malam, nak tahu keputusan Matrikulasi.. Ikram kata dia nak pergi buat matrikulasi. Alhamdulilah dia dapat Matrikulasi Sains 1 tahun di Perak. Afif pula dapat kat Kulim, tak dapat sama juga dia nampaknya. Pendaftaran 12 Mei 2008 nanti. Berangkat ke Perak lah Ikram buat masa setahun ni. Semoga cita-citanya tercapai. Ameen.

Friday, February 15, 2008

Happy Birthday Ummi

Hari ini hari jadi ummi pula... dah tua ummi. Pagi-pagi macam biasa anak-anak akan tersorok-sorok hadiah dan kad. Kad jadi barang wajib. Hari kerja jadi masing-masing pergi kerja, Balik kerja baru celebrate.

Malam pergi makan kat Pizza Shah Alam Mall. Pilihan anak-anak. Hadiah kali ini frame gambar semua, ummi letak kat ofis. Beli cakes kat Secret Recipe. Macam biasa mak dan adik beradik lain akan wish.

Saturday, January 19, 2008

Swimming Class

Hari yang ditunggu-tunggu, jam 2.30 petang alang datang rumah sebab nak pergi pool sama-sama. Sampai pool check nama tak ada, mujur Ngah ada kawan, contact kawan dia, dapatlah kami terus belajar hari tu, mulai jam 5 hingga 7 malam. First lesson, belajar terapung.. interesting, hari tu kami dah boleh mengapungkan diri... yahoo. Tercapai juga cita-cita nak berenang.

Balik swimming penatnya tak tahu nak cakap... letih, mata pun sakit sebab terlupa bawa google.

Thursday, January 17, 2008

Otanjoubi Omedeto Athirah....

Hari ini genab pula Athirah 14 tahun.. besar dah anak ummi... lahir awal tahun cepat ajelah sambut hari jadi. Macam biasa pagi pagi kami akan beri kad dulu, lepas tu baru lah hadiah dan amakan-makan. Hari ini selepas berbincang kami makan kat Carlton Holiday ajer.. tapi frust sikit sebab dah taka macam dulu, makan tak banyak pilihan.. ala carte. Tak tahu nak pilih apa.

Petang tadi beli cakes... kebetulan nenek, ucu dan acik serta penjual baju renang muslimah pun datang. Rezeki mereka makan cakes. Tatee dan Acik beli baju dari dr. tu. cantik juga bajunya tapi sarung sekali ssusah sikit nak pakai. Ummi beli swimming suit kat Jusco, offer 30%. Semangat nak belajar berenang.

Last, selamat hari jadi athirah, semoga menjadi anak yang solehah.

Thursday, January 03, 2008

nyugakko shiki....

Hari sekolah mula dibuka... ayah ambil cuti, umi tak ambil sebab umi kerja kat Shah Alam sahaja. Mulanya hantar Haziq sebab semua bayaran dah diselesaikan semasa bulan November lagi. Buku sekolah pun dah dapat sebelum sekolah dibuka. Buku kena beli sebab Haziq masih disekolah swasta... dah selesa kat situ.

Haziq dah masuk kelas kami pergi pula sekolah Athirah... tak ramai parents yang hadir, kalau tak datang pun tak apa sebab semua akan diberi kepada anak-anak bila masuk kelas nanti. Bayaran SMATTAJ semua akan dibuat di Bank Muamalat. Sekolah tidak akan menerima cash.

Tambah setahun lagi kelas mereka. Haziq dah okay sangat, dalam kelas pun dapat juga no. 4. Athirah pun sama cuma dia terpaksa study smart untuk subject Diniyyah. Alhamdulillah berkat doa semua moga-moga anak-anak kami akan berjaya.

Alhamdullah juga, tahun ini Athirah dah boleh dapat buku pinjaman.... Lega sikitlah kan.

Wednesday, December 05, 2007

Lesen memandu....

Hari ini macam biasa, Ummi hantar Haziq dan Omar.. hari ini Alhamdulillah Muallim Hisham dah sampai, tak perlu nak temankan mereka. Ummi terus ke pajabat. Hari ini ada meeting Pengurusan, kena cepat.

Asa hachi ji goro Kak Nomi ambil Ikram nak gi JPJ test memandu. Jam 10.00 goro dia message, parking dan naik bukit dah clear.... jam satu dia beritahu dia dah boleh dapat "P". Tahniah kat Ikram, besar sudah anak Ummi dan Ayah.

Petang ni ummi buat bekas potpouri untuk majlis berkhatam Quran Fatin dan Amir. LEth juga sampai malam menggentel riben tu.. kali ini ummi buat bunga 'dip' merah. Rahsia kat mereka semua... majlis tu 30 Dis 2007 nanti... anak-anak kata kalau nak rahsia kat nenek jangan balik kampung.

Malam ni ayah dinner kat PICC....

Thursday, November 29, 2007

Nash driving school....

Hari ini macam biasa, bangun dan siap-siap pergi kerja, paling susah suruh siap Haziq. Dia asyik dengan animax dia... pandai pulak dia bagi masa mandi dan minum dia. Hari ini hantar Haziq dan Omar dulu, tapi sampai sana, sekolah belum buka lagi... bawa dia pergi office dulu. Ummi punch dan terpaksa keluar semula hantar kesekolah semula.

Lepas hantar Haziq dan Omar, hantar pula Ikram nak belajar memandu... lesen L dah ada, kami ambilkan dia belajar 6 jam dulu.. harap-harap boleh lulus. Kat Nash pun sama juga, lambat buka, tapi ummi tinggalkan sahaja Ikram, pandailah dia handle diri dia...

Hari ini kat office pun banyak kerja, kelam kabut ummi, nak siapkan kertas kerja untuk meeting tatatertib. Meeting tak confrim lagi, Dato' beritahu anytime from now... kena juga siapkan, harap-harap hujung minggu depan.

Malam ni ayah dinner lagi....

Wednesday, November 28, 2007

Last paper Ikram... SPM

Pagi ini Ikram ikut ummi pergi office, sebab mudah nak pergi sekolah katanya... Pagi ummi asagohan dekat kafe Bangunan UMNO. Ikram makan nasi lemak, Ikram suruh ummi makan lontong, dia nak makan.

Pagi ni dia study ekonomi 1. Exam 2.00 goro. Lepas Zohor ummi hantar dia kat sekolah... Ini paper extra dia ambil, belajar sendiri... ayah suruh, nampak okay jugak... masa test dulu...

3.30 goro ummi keluar ambil dia... nampak dia sorang kat dalam dewan tu... sains student dia sorang yang ambil paper tu.. umi tunggu kejap dia pun keluar.. ikut ummi gi office. Jam 5.00 ummi balik ambil pulak Haziq kat sekolah... nampak okay juga dia join bersama Al Hafiz.. kena hafal surah Al Muk, baru dapat hafal 7 ayat... boleh tahan jugala...

Malam ni ayah ada dinner, ummi tak ikut. Hajat nak makan luar tak jadi sebab cuaca hujan pulak malam ni.. tidur ajelah..

Harap-harap anak-anak berjaya dengan cemerlang dan mudah untuk meneruskan pelajaran kat mana pun boleh... Ameen.

Friday, November 16, 2007

Hari Buku Kemajuan Murid (BKM) Sri Pintar

Hari ini ummi kena pergi sekolah Haziq ambil report card....

Haziq pesan ambil cepat-cepat sebab dia nak balik rumah cepat... Jam 3.15 goro ummi sampai bersama Athirah... Ayah ada kerja luar tak dapat ikut... Ummi diatara yang sampai awal... Sukalah Haziq.

Alhamdulillah, pelajaran Haziq semakin baik, dah setanding dengan kawan-kawan yang lain... dia dapat no.5 dalam kelas.. dapat highest dalam Feqah dan Tauhid.... dari balik tak tahu lansung baca dan menulis sekarang dah sama dengan orang lain. Bahasa Melayu Haziq pun dah makin canggih.

Hari ini Hari last sekolah bagi Haziq....

Monday, November 12, 2007

SPM bermula....

Hari ini Ikram akan menduduki SPM.... pagi ini Bahasa Melayu dan Sejarah... balik 4.30 petang. Pagi ummu dan ayah hantar. Tengahari dia tak nak balik ... makan kat sekolah aje. Balik ummi dan ayah ambil dia.. kebetulan ayah ada hal, dia ambil cuti.

Ummi dah ayah pun rasa gementar bila Ikram ambil exam... macam kita pulak nak ambil exam. Rizau semacam ummi. Walau bagaimana tawakal ajelah... nampak dia dah usaha. Semoga segala usahanya diberkati... Ameen.

Wednesday, November 07, 2007

Cuti sekolah SAMTTAJ

Hari ini last day untuk Athirah dalam Chu 1 -4. Esok mula sekolah dia cuti.. Hari ini ada gotong royong bersihkan sekolah. Athirah pakai baju sukan. Result exam belum dapat sehingga sekarang. Tahun depan baru dapat agaknya, pelik sikit sekolah ni.

Jam 11.00 goro balik, dia balik dengan Fatinah.... nak tolong fatinah masak untuk jemput jamuan hari raya malam nanti.

Seharian dia kat rumah tu. Balik kakak Fatinah yang hantar.

Monday, October 22, 2007

Exam

Hari bermulah exam Haziq... confident aje dia. Begitulah Haziq.

Bangun pagi seawal 5.30 pagi tengok animax daln nihongo... pandai dia bahagi masa, 7.00 pagi asagohan, 7.30 goro ummi hantar dia. Hari ini exam Bahasa Melayu dan Feqah.

Balik petang dia kata "ok boleh dapat 100". Ummi dan ayah senyum ajelah... janji nak games kalau dapat no. 1 hingga 3. Last semester dapat no. 4.

Sunday, May 06, 2007

O Tanjoubi Omedetou Otosan...

Hari ini Hari jadi ayah.... Selamat Hari Lahir, Semoga murzh rezeki...

Hari ni kami dinner kat SACC Mall dekat Palma, makan cakes Secret Recipe... best. Anak-anak puas hati. Kami beri hadiah set wallet dan belt ajer kat ayah..

Monday, March 26, 2007

Kursus...

Hari ini ayah hantar Haziq, ummi ada kursus pengendalian mesyuarat kat INTAN B.Kiara. Ummi drive sebab senang nak balik... Kurus 4 hari.

Best rasanya, lega tak fikir tentang kerja kat office... relax jumpa kawan-kawan... Kursus ini banyak belajar bahasa melayu, enjoy, ingat kita ni dah pandai sangatlah bahasa melayu... sekali dia beri test, banyak jugaklah salah. Rupanya tak ada siap yang betul semua.

Balik jam 4.30 petang... balik terus. Haziq balik naik van uncle benny.

Thursday, February 15, 2007

O- tanjoubi .....

Hari ini tanjoubi ummi.. macam biasa kalau hari jadi ummi, anak-anak sibuk tersorok-sorok kad dan hadiah... paling sibuk Haziq yang belum boleh simpan rahsia.... Kali ini mereka hadiahkan sun-glasses jenama vinnci. Terima kasih kat anak-anak dan hubby sebab ingat juga tanjoubi ummi.

Malam pergi makan kat Secret Recipe..... Makan Soba, salada, cakes dll...

Monday, January 29, 2007

WIRA bunyi boat...

Pagi ni kelakar betul... lepas semua asa gohan.. kami keluar hantar ayah, IKram dan ASthirah nak kesekolah... Aleh-aleh kereta tak boleh jalan laju lepas tu bunyi boat pulak..suspen ayah dan umi..

Ayah terus juga hantar anak-anak kesekolah... akhirnya ayah decided tak gi kerja kena hantar kereta servis. Satu hari juga baru siap, petang ummi hantar ayah ambil kereta. Plug cable ada problem. Mujur masih dalam warranty, tak lah kena bayar apa-apa.

Buat masa ini Athirah ayah hantar, balik ummi ambil..

Monday, January 22, 2007

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam...

Setelah membuat rayuan kepada Bahagian Pendidikan, JAIS Athirah berjaya diterima masuk ke SAMTTAJ, Shah Alam, tapi tak dapat asrama.. Alhamdulillah. Berjaya dia masuk sekolah agama tu.. PSRA Athirah dapat Jaid Jiddan macam kelas dua lah.. kalau kelas pertama Mumtaz.

Hari Jumaat tu Athirah dah last ke sekolah Menengah Seksyen 7. Senang sikit masuk SAMTTAJ sebab kelas pagi semua, hari Sabtu tak payah pergi buat apa-apa aktiviti sebab sekolah ni sekolah pilihan agama dalam Negeri Selangor selepas Sekolah Integrasi Subang Jaya.. mudah-mudahan Athirah boleh bawa pelajaran tersebut.. maklum saje empat tahun dia tak ada pelajaran formal agama di Malaysia.

Hari ini Umi dan ayah ambil cuti lagi untuk daftarkan Athirah... ramai juga dapat masuk intake kedua. Athirah ditempatkan dalam 1 - 4. Dapat sekelas dengan Amirah dari SMK, Seksyen 7.

Semoga da dapat belajar dengan tenang disekolah agama/arab.

Saturday, January 20, 2007

O tanjanjoubi omedeto no party...

Hari ini ajak kawan-kawan Athirah asa gohan kat Hotel Uitm .. ramai juga kawan-kawan dia yang datang... hampir semua kelas pintar 6 datang... parents pun sporting. Seronok mereka.. Athirah pun next week dah kena masuk sekolah baru.. kawan sekolah seksyen dah nak berpisah pula...

Puas juga mereka berbual, kami dok makan kat meja lain bersama mak Khalidah...

Jam 11.00 pagi kami pun selesai..

Wednesday, January 17, 2007

Otanjoubi omerdetou Ti chan...

Hari ini birthday athirah... sama dengan jishin di Kobe... hari ini pun hari sekolah. Tak buat apa-apa... Dou youbi baru buat.

Malam kami makan kat Secret Recipe makan Soba dan salada... makan cakes

Simple ajer lah...

Friday, January 05, 2007

Bonda Hajjah Bidah binti Ishah

Asa 3.45 goro keitai hubby berbunyi.... berdebar kami. Innalillah hiwainnalillahhirrajiun. Bonda hubby telah kembali ke Rahmatullah jam 3.30 pagi 5 Januari bersamaan 15 Zulhijjah 1427 kerana sakit tua di usia 86 tahun. Hubby tak terkata... Ummi bangun kejutkan anak-anak dan beritahu bonda di Kampung ummi beritahu dia berita ini... bonda nak ikut. Naik apa? Lastly ummi tolong buat keputusan supaya balik dengan flight MAS sebab masih banyak seat lagi. Airasia tak dapat dihubungi seawal ini.. Siap-siap Ayah Ngah hantar kami ke KLIA dan bonda tunggu di KLIA. Flight jam 7.30 pagi.

Sampai ke Pengkalan Chepa jam 9.30 pagi. Kawan Asri tunggu dan hantar kami ke Kota Bharu untuk mendapatkan Taxi balik ke Machang. Alhamdulillah jam 10. 00 pagi kami dah sampai... Persiapan sedang dibuat. Mujur semua urusan dibuat sendiri kerana arwah akan diurus oleh menantu kedua perempuan Arwah Bonda iaitu isteri Abang Pa. Abang Pa adalah Imam kariah tersebut.

Di Kelantan urusan mandi masih di riba tak macam kat Selangor semua ada tempat khas. Arwah selamat disemadikan selepas sholat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam kampung Pangkal Jenereh, Machang, Kelantan. Malam tu kenduri arwah dan hujan turun sepanjang malam.

Tuesday, January 02, 2007

Nyiugakko shiki Ikram dan Haziq....

Hari ini semua anak-anak kesekolah... Hari pertama bagi Ikram dan Haziq di sekolah lama mereka... Ikram dengan kasut dan baju baru... Ikram kasut aje baru kerana baju yang ditempah terpendek.... tak boleh pakai... terpaksa tailor tu ganti yang baru...

Bayaran semua dah buat bulan Disember.. so hari ini mereka terus belajar.... Hari ini Ummi dan Ayah bercuti, suka nak ambil dan hantar mereka hari pertama.

Tahun ini Ikram ambil SPM... Ganbatte ne...

Monday, January 01, 2007

Nyiugakko shiki SMK Seksyen 7

Pagi lagi semua dah siap.. Athirah siap pakai baju kurung putih dan kain biru muda... cute pakai baju kurung dan bertudung.

Sampai kat sana, tak tahu nak masuk group mana sebab nama Athirah belum didaftar sebab dari sekolah swasta... Puas juga menjaja surat dari Pejabat Pelajaran Daerah. Tinggalkan Athirah kat group dia, kami pergi dengar taklimat... barulah faham bagaimana sekolah tu... Alhamdulillah sekolah ni ada Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas khas. Kelas ini dibawah perhatian Kementerian dimana muridnya adalah dipilih dari kalangan 5A. Ada 4 kelas disediakan campur satu kelas KAA. Kelas biasa pun banyak juga, tapi ummi tak tahu berapa.

Jam 12.00 juga baru selesai semua urusan. Sibuk juga kami menguruskan dia supaya dapat KAA. Kat Seksyen 7 dari Sekolah Sri Pintar adalah 2 lagi kawannya iaitu Amir Izwan dan Syafiq. Esok bermulah sessi persekolahan sebenar... dapatlah hendaknya Athirah SAMTTAJ, Shah Alam.