Sunday, February 27, 2005

Flee market kat Gokoku Jinja dan Kodomo Fashion festival di Kobe Eki Minami

Hari ini ada flee market kat Gokoku jinja, lepas asagohan umi dan ayah pergi... Flee market kat sini memang kami jarang miss, banyak barang boleh beli, barangan antik pun ada, tapi umi dan ayah tak minat dengan orang tua2 yang menjual sebab mahal, susah nak tawar. Flee market kat sini kalau rajin every weekend ada, sediakan ajelah okane. Tempat fovourite umi lagi ialah dia Haborland dan meriken park. Selalu juga temankan umi kesana, ayah jarang2 pergi sebab banyak kerja... sebab tak nak ganggu ayah umi akan bawa kami semua... dapatlah air minum2, kadangkala dapatlah juga barang kami selain dari omiyage dll yang ummi beli.

Gokoku jinja hari ini ummi beli 4 helai obi, muah pulak hari 500 yen sehelai... penuh gaikakujin kat situ, memilih... ummi macam tak percaya. Ummi juga beli bola temari (てまり) - bola samurai, beli 5 biji dapat 400 yen.

Lepas sholat Zohor hari ini kami pergi 神戸 えき みなみ sebab ada pertujukan fashion kanak2 seluruh dunia... kami masuk, pakai lah baju melayu dan kurung warna kuning kami tu... Athirah siap pakai selendang panjang... kenalah kenalkan Malaysia sikit2, tak ready pun, cakap makna konnichiwa dll... ada juga yang menari dan menyanyi.. Indonesia pun ada. Habis tu kami dapat ticket untuk main superball dan pancing... dapatlah bola kecil tu.

Ummi pulak mencuba bakat dalam melukis caligraphy.. tengok cantik ummi punya, kami semua join juga... inilah hasil kami...

Saturday, February 26, 2005

Ayabeyama - ume bayashi

Hari ini cadang nak pergi tengok ume bayasi kat Ayabeyama, Humeji, ayah ajak tengok map untuk kesana.... bila dah ready kami semua pergi.. pagi tu sarapan berat sikit buat onegiri dengan konbu dan banana pancakes. Kami makan kenyang betul senang nanti tak payah nak cari makan dan malas juga nak buka bento. Bila kenyang ni senang nak jalan2, cari tempat sholat aje.

Sampai kat sana lebih kurang jam 1.00, siap-siap sholat terus bila ticket, 500 yen seorang, kat sini kalau jalan jarang yang free, parking pun 500 yen sekali masuk, tempat ni cantik, ada tasik dan ada angsa dan itik... beli やきいも panas2 sedap makan masa sejuk ni... Nak tengok ume ni. kenalah naik bukit, sebab さかみち teruk jugak, berhentilah kami berkali2, ada aje tempat cantik posing, sama aje kami dengan orang jepun. Lama juga kami berjalan dalam ladang tu, kat puncak kami boleh tukar ticket tu dengan うめ ジュイス. Oishi juice tu... Kami naik sampai kepuncak, terbatuk2 ummi dan ayah, kepenatan. Ume yang bunga merah cantik betul, begitu juga dengan putih dan pink, melata cantiknya....dari puncak bukit kami nampak juga awajishima dan bandar sekitanya. Kami jalan ikut navigation kereta, senang ajelah, taklah tersesat macam dulu masa tengok buku...

Minggu depan tak tahu lagi nak pergi mana.. ayah dah sibuk.
 

Friday, February 25, 2005

Jugio sankan - class observation Minooka Shogakko

Hari ini ada Jugio sankan class Athirah... mulai dari jam 1.45 hingga 3.30 petang. Jam 1.30 dah pergi sama Haziq, kebetulan Yochien cuti sebab influenza, Ikram pulak balik awal sebab ada test. Senang hati aje melangkah sebab ada yang boleh jadi interpriter. Tengoklah Athirah belajar... dia tak lansung jawab soalan... geram betul. Selesai jugio sankan, ada PTA meeting, inilah saat yang paling boring, sebab tak faham... kali ini masuk juga, dengar ajelah sikit2 Ikram beritahu... rasanya Athirah tak ada masalah...

Jugio sankan ni.. memang tak ada kat Malaysia.. rasanya kalaulah cikgu kat Msia tu nak buat memang bagus.. kita boleh dapat menyelesaikan masalah anak2 dengan segera... Kat Msia kalau adapun cikgu jumpa masa ambil, report card... itupun, setahun sekali masa semester kedua, Cikgu suruh sign kat situ juga, balik kita pulak kena explain kat ayah budak2 result mereka... Kalu nak cerita tentang sistem belajar sekolah Jepun, memang lain sungguh, budak sekolah di Jepun boleh jadikan cikgu kawan, di Msia.. budak takut... Pergi sekolah tak boleh dihantar, di Msia, semua sekolah jauh, kenalah hantar, jadinya cikgu kadangkala tak kenal parents murid2. Kat sini, parents boleh kenal cikgu2 begitu juga dengan cikgu... ada masa pulak, PTA lawan dengan cikgu.. volley ball, pingpong dll... games ni aku ikut jugak... walaupun tak pandai... sampai ada kawan tu tanya, Islam boleh main ke? Aku kata boleh, asal tak bercampur lelaki dan perempuan... tercengang mereka...

Sistem kat Jepun ni, budak lebih mahir dalam pelajaran, sebab bukan sistem peperiksaan, ada masa mereka keluar shizen gakko, mereka berkhemah 3 hari dan masak2 sendiri, tangkap ikan sendiri... memang seronok sekolah kat sini... kalau dibanding sekolah di Msia. Anak2 akan miss nanti... Haziq pun dah mula offer ayah nak sekolah lagi di Jepun... kalau boleh tak nak balik terus ke Msia...

Ummi

Thursday, February 24, 2005

influenza

Hari ini pagi lagi Haziq bangun macam biasa, tanya umi, mana bento haziq?.. Kami sengaja tak beritahu dia Yochien dia terpaksa cuti sebab ramai budak kena influenza.. Hari ini melepek sambil belajar dengan ayah.

Ikram pulak, hari ini hari kedua dia exam, balik jam 12.00 lepas tu study... harap-harap dapat best result. Hajatnya lepas zohor ni nak pergi Rokko Michi dengan Haziq, dia ajak pergi toshokan. Rasa boring pulak hari ni nak duduk rumah... maklum dah demam beberapa hari rasa nak keluar pulak... Athirah pulak sekarang sedang sibuk berlatih koir dan main recorder lagu best freind... untuk shosogioshiki 6 nensei.

Hari ini ayah pun dah mula study selepas demam seminggu.. cian ayah... baring aje dengan Haziq... Hari ini ayah ganbantte.. kena siapkan paper dia sebelum March 7. Ganbattee ayah..... bye.

Sejak masuk Kumon Haziq jadi rajin belajar, hari ini sibuk menghafal sansu, kena baca dalam masa 20 saat sifir campur 4. Hiragana nampak dah boleh, begitu juga dengan eigo. Nampak berkesan juga tuition tu... tapi okane ga? tak apalah asal budak-budak boleh belajar.... Ikram, Athirah dan Haziq belajar betul-betul... biar jadi orang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Semoga Allah berkati usaha anak-anak kami. Amin.

Monday, February 21, 2005

Getsu yobi

Hari ini Haziq pergi sekolah setelah 4 hari bercuti deman batuk dan selsema. Kesian dia banyak betul tsukudai Komon tak siap. Ganbantte dia buat. Megumi chan pulak influenza, Ayakachan emaknya minta kami hantarkan ke yochien... happy pulak dia hari ini.

Petang Haziq pergi Kumon.. menangis betul dari balik sekolah sebab tak dapat baca dalam masa 20 saat... kesian betul Haziq... hantar mereka naik kereta, sampai kumon dia masih menangis... puas pulak cikgu tu pujuk dia, tapi Alhamdulillah dia dapat baca sifir tu dalam masa 23 saat dan cikgu tu bagi peluang dia baca 2 kali dapat pulak dia baca 19 saat... yukatta ne... Haziq kun.Cikgu tu kesian agaknya tengok Haziq sungguh-sungguh menghafal. Hari ini mereka balik bawa bag baru...

Wednesday, February 16, 2005

Taklimat 1 Nensei Minooka Shogakko

Hari ini ada taklimat untuk parents yang anak nak masuk 1 nensei jam 2.00 petang... pergi sendirilah nampaknya... Hubby demam, Haziq pun.... dua-dua tidur lepas makan ubat. Haziq demam kuat jugak 39.25c, malam tadi bawa pergi klinik, mujur sensei tu tunggu lepas Ikram telefon. .. sampai di klinik dia muntah-muntah, kesian. Sensei tu kata ada warui kat saluran paru-paru, kena datang lagi hari Jumaat ni... Sekarang sensei tak beri dia masuk ofuro dan cuti yochien. Pagi tadi offer dia main PS2, dia tak nak... kesian Haziq... mudah-mudahan cepat sembuh.... begitu juga dengan hubby....

Jam 1.45 petang, cepat-cepat pergi Minooka, sampai aje, tengok nama Haziq ada... tandakan kedatangan... masuk aje orang dah penuh, duduk satu line dengan Oota san, Otani San dan Takuya kun no Okasan...senang hati dapatlah bertanya nanti... entah apalah yang encho sensei dan sensei2 tu cerita,, tak tahulah yang fahamnya newgakko shiki 4/11 jam 9.30 mesti dah ada... lepas tu dia tunjuklah barang2 keperluan... rasanya fahamlah.. sebab lebih kurang sama aje dengan barang Ikram dan Athirah.. last beli baju dan seluar sukan (Yen 3000) set sansu dan kotak barang serta renrakucho (Yen 3000) tak semahal keperluan Ikram dulu..

Tuesday, February 15, 2005

Happy Birthday Umi...

Friday, February 11, 2005

ski ski ski

Lepas happyokai Haziq, terus balik rumah... dan bersiap-siap untuk ke Tottori... apa lagi ski trip lah..... ke Tottori kami ke rumah kawan ayah..... ayah ikut jalan lama biasa.. ikut Taruma, Suma dan Hemiji... alamak,, jalan pula jam kat Tarumi.. dekat sejam kat situ... nampak aje sign masuk tol, kami tersu masuk jalan tol.. Hemiji bypass dan sambong pula dgn Chugoku bypass.. keluar di Sayo exit, then ikut jalan 323 sampai ke bandar Tottori . Sampai di Tottori lebih kurang pukul 9.30 malam. snow tengah turun dgn lebat di Tottori.. ayah terpaksa bawa slow sebab kereta kami tak guna snow tyre..sampai kat bandar Tottori, kami tunggu uncle Alias datang ambil.. dan terus ke rumahnya... sampai rumah uncle, makan-makan dan tidor ... esok? main snowboard!!!!!
Hari ini, ada happyokai Haziq. 8.30 pagi dah pergi sebab nak dapatkan tempat yg strategik.. senang nak ambik gambar..... macam-macam lagi dan muzik yang budak2 yochien mainkan...

Thursday, February 10, 2005

waku-waku worudo

Hari ini jam 10.00 am, pergi Minooka shogakko bersama hubby dan Ari (kawan Indonesia) tengol waku-waku worudo Athirah dan kawan-kawannya. Berbagai aktiviti diadakan oleh budak-budak sekolah tu dari 1 nensei hingga 6 nensei.... best juga, aku dan Ari join jugak... bila kena kuiz, meloponglah kami, mujur aku dapat jawab soalan, diberinya hadiah..... satu nota yang menunjukkan kejayaan kita menjawab soalan.. kena simpan hadiah tu untuk jadi kenangan .....semua hadiah tu dibuat sendiri oleh murid2 sekolah tu.. SKA

Monday, February 07, 2005

otoban

Pagi lagi Haziq bangun terus tanya hari ini berapa haribulan, dia nak praktis otoban kat yochien. Balik yochien, mengadu kena otoban sorang, sebab Sakura chan kaze..... Ganbatte Haziq kun. Nihongo dia dah fasih. Petang hantar ke KUMON. Balik nak jalan kaki bertiga-tiga.. Haziq pecah rahsia, onican to onecan beli onigiri dan makan sepanjang jalan balik. Kita dok tunggu kenapalah lambat sangat baliknya.

Otoban ialah satu program yang ada disekolah-sekolah di Nihon, dimana setiap pagi mesti ada seorang dua budak mesti bercerita di dalam kelas.

Friday, February 04, 2005

Haziq no tomodachi

Hari ini Haziq bawa balik kawan, Ma kun (Kumatsumasahiro) dan Shouta kun (adik Ma kun). Main games dan omoca sampai jam 4.00. Mujur kat rumah ada potato-chip, adalah okashi nak diangkatkan... Ma kun memang selalu cakap nak datang... tercapai juga hasratnya dan hasrat Haziq nak main kat rumah sama-sama Ma kun...

Masa cerita2 dengan emaknya.. tanyalah mana nak beli baju untuk graduation Yochien... tengok kat kedai.. memang tak sanggup nak beli... samapai 4 man yang biasa.... apasallah mahal sangat bajunya... dia beritahu beli kat auction.... malan ni mulahlah tengok kat auction.. mudah2an dapatlah baju sinpin yang murah....

Tuesday, February 01, 2005

Hari ini, salji turun di Kobe.. Ikram ke sekolah, tapi balik semula sebab snow tebal kat sekolah,, bahaya sebab sekolah atas bukit.. Athirah, sekolah macam baisa.. pergi sekolah haziq jalan kaki..