Saturday, November 18, 2017

Mendaki Bukit Senaling

Hari ini seawal 4.00 pagi kami 4 beranak telah bangun dan siap-siap untuki ke Kuala Pilah. Cadangan awal bergerak kul 3.00 tapi tertidur. Bangun dan siap-siap akhirnya bertolak kul 4.30 pagi. Along pandu laju jugalah nak kejar masa. Sepanjang perjalanan nampak berkabus dan terasa sejuk.  Sampai Petronas Kuala Pilah iaitu tempat yag dijanjikan lebih kurang kul 6.15 pagi.  Kat Petronas memang dah ramai. Kami rehat dan urus diri sehingga 6.30, kemudian terus bergerak ke Bukit Senaling. Alhamdulllah, kawasan parkir pun luas.

Setelah ketua kumpulan selesai mendaftar kami dibenarkan mendaki. Ummi tertanya-tanya mampu kah ummi sebab bukit disini curam. Kuatkan semangat terus mendaki perlahan-lahan sehingga tidak terasa kami dah nak sampai ke puncak. Mula jumpa anak sungai dan kami terus mendaki sambil gambar. Pemandangan memang cantik, bukit yang berkabus. Dipertengahan kelihatan matahari mula naik, Subhanallah memang canti ciptaan Allah. Kami terus mendaki, di checkpoint 8, mula sukar, mendaki dilereng bukit, disediakan tali untuk dipegang, ummi macam  nak giveup, tapi puncak dah dekat di checkpoint 10, mendaki jugalah. Bongsu ku M.A. Haziq pegang tangan ummi untuk naik, Along di belakang. Anak-anak semua ada peranan membantu ummi, ummi berhenti ada yang keluarkan makanan dan minuman, ada yang keluarkan face towel. kami mendaki dengan masa kami sendiri, kesian guide tu terpaksa tunggu ummi, sebab kami berempat tertinggal dibelakang.

Akhirnya puncak Bukit Senaling dapat ku tawan. Gambar sakan lagi. Hilang penat, mula turun, umi rasa taihen bila turun. Ummi jalan dengan perlahan, terasa begitu penat. Kami sampai ke temapt mula nail dalam kul 10.00 pagi. Alhamdulillah, RM20.00 bayaran permit termasuk asagohan dan guide. Kami memang enjoy. Ummi cadang nak ajak kawan-kawan PUSPANITA ummi join next time. (Gambar upload kemudian)

Thursday, February 09, 2017

Ketabahan ibu...

Hari ini cuti Thaipusam, cuti umum. Lebihkurang jam 7.00 pagi ayah dah keluar bermain golf, exersice katanya. Ummi dirumah kurang sihat hari ini, Asagohan Athirah sediakan mee goreng, Ikram pula tolong ummi menyidai baju dan osoji. Selesai asagohan Athirah ke MSU bincang bersama Mawaddah. Ikram pula hantar ummi facial dan sewaktu dengannya. Lama hari ini. Ummi balik ayah masih belum balik.

Ayah balik lebih kurang jam 4.00 petang rehat2 sikit kami pergi melawat Karim abang kepada Ibrahim, salah seorang pegawai di Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Hari ini dah 46 hari Karim berada di Hospital Shah Alam, sepanjang tempoh itu, ibunyalahnyag menjaganya sepanjang siang dan adiknya bergilir menjaganya waktu malam. Masuk ICU dah banyak kali. Menurut ibunya sudah 5 kali pembedahan dilakukan namun doktor belum dapat menemui ubat yang sesuai. Mulanya hanyalah pembedahan untuk hernia tetapi hingga hari kuman telah mejangkitinseparuh dari paru-parunya. Hari ini adalah hari ke7 antibiotik terkuat yang telah diberitahu oleh doktor. Menurut doktor ini adalah ikhtiar terakhir yang dapat dilakukan, sekiranya tidak ada perkembangan maka redhalah apa yang akan berlaku, saudara terdekat telah dipanggil.

Lebih kurang jam 7.00 kelihatan bacaan jantung telah tidak menentu, kejap naik kejap turun, nurse datang cuba betul alat dijarinya bacaan tidak berubah. Ibunya bangun untuk suapkan air dibibirnya, sambil menyebut Allah, Ibrahim juga terus mengajarnya mengucap. Allah lebih sayangkannya, jam 7.20 malam Karim diambil oleh Pencipta yang Maha Esa. Pergi seorang anak muda berumur 43 tahun. Nurse dan doktor datang dan sahkan ia telah tiada didunia yang fana ini. Begitu tenang ibunya. Semoga dosanya diampunkan dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Jenazahnya akan dikebumikan di Kelantan. 

9.30 malam ummi temankan ayah ke Bukit Jelutong... Golf

Sunday, January 15, 2017

Sambutan Tahun Baharu 2017

Tahun 2017 telah datang, 2016 telah berlalu. Umur juga meningkat. Setelah bercuti selama seminggu  bersama hubby hari ini kami melakukan aktiviti osoji bersama keluarga dan dibantu oleh Hafiz kenalan berbangsa Bangladeshi.

Malam selepas makan malam kami jalan-jalan sekitar Shah Alam. Cadang nak tengok hanabi tapi tidak jadi akhir nya menonton TV di rumah. 

Happy New Year 2017

One year older...