Monday, November 22, 2004

hiroshima

cadang nak bertolak awal ke Hiroshima...tapi yang jadinya pukul 10.30.. biasalah, anak kecil.. konvoi dgn Nisah sekeluarga.. jarak antara Kurashiki dan Hiroshima lebih kurang 140 km .. guna highway... 3050 yen tolnya... setengah tangki minyak kereta tu...tujuan adalah ke tempat bom atom dijatuhkan dan Gembaku Dome..

Tak banyak masalah sebab ikut Ikou Suwa.. suami Nisah.. Nama baru Suwa Arif.. berpusing2 mencari parking... lastly dapat tempat yang agak dekat dengan tempat itu..
keluar kereta sementara tunggu Nisah sampai, sempat bergambar dulu.. dekat taman memorial park tu.. (to be continued...)

Disebabkan hari dah tengahari, kami buka bekal dulu..bentang leisure seat.. makan onegiri... lepas tu mulalah bergerak.. mula-mula masuk peace memorial.. tempat tu banyak mempamirkan tinggalan dari bom atom.. suasana dalam tu sunyi... barangkali ramai yang sedang menghayati tingalan dan gambar2 tu, agaknya! Haziq, pada mula kesana sini.. tapi sebaik sahaja tengok patung manusian yang daging nya jatuh akibat dari kesan panasnya bom atom tu, dia dah mula diam....

Lepas tu kami ke bangunan yang masih di preservekan. Bangunan perdagangsn hiroshima. yang tinggal hanyalah kerangkanya saja.

hari dah malam.. lalu kami berangkat pulang..guna jalan biasa... jalan no. 2.. dari hiroshima hinggalah ke Okayama... laluannya melali banyak bandar2 lain yang kecil... 4 jam baru sampai okayama..

sampai aje.. mandi,, makan,, dan tidur...esok.. ingin menjelajahi kurashiki....!

-nz-


Sunday, November 21, 2004


Haziq jumpa kawan lama... di Korakoen, Okayama... Riku chan dan Gen chan.. woii Haziq, nani o hanashiteru no?? Posted by Hello

Kurashiki dan Okayama

Sampai aje dirumah dia, terkejut tengok futon 4 lapis telah siap dibentangkan.. betul2 style orang Jepun... macam di ryokan pula... tak perlu heater..

Lepas makan-makan, terus ke Korakoen ..antara lima taman lama terbesar di Jepun. Luas.. paling seronoknya Haziq ,, dia dapat berjumpa kawan lamanya yang telah berpindah ke Okayama.. kata Haziq, masa dia mula yochien ini dulu, orang yang pertama yg dia kenal ialah Riku ... mula-mula diam.. tapi bila dah lama sikit, mulalah rancak mereka berbual...

Lepas tu . ke Okayama Unicersity,, saja nak melawat dan kalau sempat, nak ikut juga jamuan hari raya Is dengan kawan-kawan dia di universiti itu.. tapi sebab dah lewat sangat dan jarak antara Okayama universiti dengan kurashiki agak jauh, ambil keputusan tak join jamuan tu dan terus balik...Esok, mengikut jadualnya, hendak ke Hiroshima pula......





Saturday, November 20, 2004

ke Okayama..

Balik dari rumah Nadir, terus pack barang.. untuk ke Okayama.. dah lama tak travel jauh... 140 km dari Kobe ke Kurashiki, Okayama,, Isniah ikut sekali, kebetulan dia juga nak kesana berhari raya rumah kawan dia.. pukul 11.00 bertolak... selesa memandu malam di Jepun, kereta tak banyak,, boleh ikut jalan biasa, tak ada tol..pukul 2.00 sampai Okayama Eki.. temukan Is dgn kawan dia dan terus ke Kurashiki, rumah Nisah..berpusing2 cari rumah Nisah... tak jumpa.. dah dekat 2.30 pagi.. malas nak call lagi, lalu cari convenience store, Sunkus... rendahkan kerusi tarik selimut yang dibawa.. terus tido sampai pagi.... rupa-rupanya tempat tinggal tu dah dekat benar dari rumah dia.. navigator tunjuk kawasan sebelah rumah...

tidor dalam kereta winter...emmmmm

Sakuhinten Kaoru Yochien

Hari ini (11/20/2004) jam 10 pagi semua dah siap ke Yochien untuk melihat kerjatangan Haziq dan kawan-kawannya... beriya betul dia bercerita dia buat dainosour (kyoryu), tamago dan hone... Sampai Yochien, sebuk dia berjumpa kawan-kawan sampai nak ambil gambar punyalah susah.. tapi kami posing juga disetiap sudut.. ini akhir sakuhinten Haziq di Yochien... tahun depan Ici nensei.

-Ummi-

---Beraya di Osaka---

Hari ini (11/20/2004)awal-awal dah mula masak Laksa Kelantan untuk di bawa kerumah Nadir, Ab dan Kumin. Balik dari Yochien terus sambung persiapan untuk buat laksa, suami dan anak-anak semua membantu. Selesai solat zohor kami terus ke Osaka. sampai di Osaka tak ramai lagi yang datang.. kami makan2 dulu, selesa sikit sebab tempat lapang lagi... Di Osaka kami balik selesai sahaja solat Maghrib.



Wednesday, November 17, 2004

class observation haziq..

November 17, 2004 pergi Yochien ada clas observation, tengok Haziq belajar.. nampak mengantuk aje... berkali2 dia menguap. Di yochien dia buat kerjatangan untuk sakuhinten... bersungguh2 dia membuat kyoryu. Banyak juga kami ambil gambarnya untuk kenangan

Tuesday, November 16, 2004

hari raya ketiga

sudah hari raya ketiga... thesis, model, questionnaire.. masih dalam proses.. pening tapi harus segera disiapkan..

tadi, pergi berhari raya rumah adik2 undergrad.. Faizal, Fairus, Kai dan Hasnan... wah.. makan nasi dgn kuah ayam,... sedap.. .. yang paling sedap, makan ulam dengan tempoyak.. katanya Haris yang bawa tempoyak...

Haziq.. macam biasa melekat dengan game golfnya.. dilayan dek Razlan....

Malam tu mengantuk sangat,, tumpang baring bilik Faizal....balok rumah 10.00 malam



Monday, November 15, 2004

Hue...

Hari ini, semua budak2 pergi sekolah... kelmarin cuti.. ... masing2 malas bawa bento.. nak puasa lagi... malam tadi, makan2 rumah hezlen, Ina dan Linda.. mi sup.... haziq, macam biasa game kat rumah dia orang...

-ayah-

Sunday, November 14, 2004

Hari Raya Aidil Fitri... kali ketiga berturut beraya di Kobe.. Masjid Kobe.. bertemu rakan-rakan Malaysia, adik-adik undergrad..... cepat sampai ke masjid.. belum ramai orang lagi.. bayar zakat fitrah.. 1500 Yen/sorang... raya tahun ni hari Ahad. ramailah orang.. sembahyang di chusajo..sepeti raya di tahun yang lalu, belikan anak2 kebab, makanan tetap setipa kali lepas sembahyang raya.. Ramadan, mudah-mudan kami bertemu lagi Ramadan di tahun depan..barangkali di Malaysia..

Hello

Bangun awal.. lepas bangun terus mandi dan vacuum rumah.. Pegi masjid pukul 7:15 ingatkan awal tapi ade juga org yang lagi awal...
Lepas sembahyang raya terus keluar.. "Sesi bergambar" pulak... sebab last raya kat Jepun..
Naik kereta balik..tunggu beberapa minit org Msia dtg beraya..Open House??
Malam tu Abg Pyan ikut sama dan tidur di rumah...

Monday, November 08, 2004


Takao Koen

Kumatsumasahiro kun, Megumi chan dan Ayaka chan

Saturday, November 06, 2004


Berbuka puasa di Masjid Kobe

Wednesday, November 03, 2004


Besarnya mulut...

Athirah bermain pianika