Saturday, April 30, 2005

haru ga owarimashita...

Last haru, tapi cuaca dah macam natsu...

Pagi ada oppointment. Jam 2.00 petang, anak-anak pergi がっこのとしょかん dengar はなしかい。 Balik pergi Kobe Daigaku main badminton dan tennis...

Friday, April 29, 2005

ゴルデンウィーク - Midorino-hi (Greenery day).

Japan's Golden Week. 4/29 から 5/8 まで。



arranging flower in clock


new experience

Recycle Market kat Sogoundo Koen....Ada sambutan Midorino-hi, banyak jualan pokok-pokok bunga dan ada pertunjukan mikaranger, tak sangka pulak ada matsuri kat situ, apalagi join sekali dengan mereka... ada melukis, check gigi, menyusun bunga dalam jam besar dll. Tanoshi katta desu.

Thursday, April 28, 2005

Berakhirnya 3 minggu persekolahan... kejayaan Haziq balik sendirian


back from school in lion group with Ogasawara sensei


with Umesaki Takuya kun

Sudah 3 minggu Haziq masuk 1 nensei, berbagai cerita telah dilaporkan. Hari ini luka jari dan lutut sebab jatuh depan tangga sekolah.... Balik sekolah masih dalam kumpulan dan dihantar oleh sensei. Ibu-ibu masih menanti disimpang depan rumah kami, masih ada kumpulan PUSPANITA. Hari ini pulang jam 1.40 petang, bawa apron untuk dicuci dan di iron. Kyushoku toban Athirah dan Haziq juga berakhir hari ini. Mungkin ada sekali lagi kyushoku toban mereka sebelum kami berangkat pulang bulan September ini.

Hari ini Haziq omokae Ayaka chan di Gomo tenjin dengan basikal. haziq balik sendiri, sampaikan Oota san telefon sebab tiba-tiba Haziq tak ada bersamanya. Hari ini kejayaan buat Haziq sebab dapat jalan sendirian. Petang Khamis aktiviti biasa mereka pergi tuition. Geram pun ada hari ini, Athirah telefon kata nak balik sendiri dengan Haziq, tunggu-tunggu sampai dah lebih 1/2 jam mereka tak sampai, pergi turut jalan kaki.... rupanya masih dalam class tunggu oniechan. Berbagai perangai anak-anak, belum tahu perasaan ibubapa.

Esok... Midori no hi. Sekolah cuti.

Wednesday, April 27, 2005

Ogasawara Hiroshi sensei & Matsumoto Kunihiro sensei

Jam 2.45 petang kate homon Haziq, tak sabar dia tunggu Ogasawara Hirushi sensei dia datang. Sampai aje bukan main gembira dia. Sensei beritahu dia tak ada masalah kat sekolah, lepas aje makan bento dia akan kemas-kemas dan baca buku cerita. Kalau sensei tanya soalan, cepat-cepat dia angkat tangan nak jawab. Tak ada masalah dalam pelajaran dan pergaulan setakat ini. Masa main dia akan main sungguh-sungguh. Sensei terkejut juga sebab kami dah nak balik bulan 9 ni... sabishi betul Haziq. Undokai pun giri-giri.

Jam 5.00 petang pula sensei Athirah, Matsumoto Kunihiro datang, Athirah pun kat sekolah tak ada masalah, kalau membaca buku, katsuon (sebutan) dia amat baik sekali, kanji pun, dia termasuk dalam budak-budak yang baik dalam pelajaran semasa dalam kelas.

Kami beritahu juga, masa ni kami masukkan mereka tuition di KUMON. Semoga Ikram, Athirah dan Haziq berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Tuesday, April 26, 2005

Kobe Kaisei

Lepas anak-anak kesekolah, terus ke Kobe Kaisei kerana ada oppointment dengan Dermatologiest. Masalah kulit yang berpanjangan. Ubat sapu telah kurang berkesan. Doktor telah mencadangkan 2 rawatan lagi iaitu PUVA dan NEORAL. Oleh kerana kedua-dua ada side effect yang agak membahayakan, doktor telah mengambil masa yang panjang menerangkan dengan detail.

Setelah puashati, doktor mencadangkan mengambil NEORAL dan ujian darah diambil untuk memastikan kesesuaian dengan tubuh. Ujian darah akan diambil setiap minggu untuk memastikan tiada side effect kepada sistem buah pinggang. Semoga cepat sembuh dan kini terserah kepada Allah yang Esa.

Monday, April 25, 2005

Kate homon

Sudah menjadi satu tradisi tahunan di sekolah-sekolah Jepun, pada setiap awal persekolahan selepas jugio sankan (class observation) diadakan pula kate homon dimana sensei akan datang kerumah melawat rumah dan bercerita sedikat tentang perkembangan awal anak-anak disekolah. Begitu jugalah dengan anak-anak kami yang bersekolah disini.

Minggu ini semua budak balik awal, Ikram tiada bento, Athirah dan Haziq balik selepas kyusoku - makan tengahari. Hari ini Fukuda sensei datang rumah jam 2.45 petang. Cerita mengenai chugakko ryoko ke Tokyo serta bagaimana pergaulan Ikram di sekolah. Cerita pula dengan dia bagaiman perkembangan persekolahan di Malaysia dan bagaimana risaunya kami dengan Eigo Ikram.

Tragedi ngeri di Hyogo ken, Amagasaki


Amagasaki

A commuter train is seen derailed in Amagasaki, western Japan Monday, April 25, 2005. The seven-car commuter train derailed after colliding with a car at a railway crossing in western Japan, leaving several passengers injured, according to police and news reports. (AP Photo/Kyodo News)

Sunday, April 24, 2005

Japanese Obi

Obi adalah sehelai kain panjang yang dililit dipinggang semasa memakai KIMONO atau YUKATA. Kain ini boleh tahan juga harganya mengikut quality... kalau bertenun benang emas totemo takai ne.... tapi kalau recycle tu mampu lah beli... beli kat bazaar.

Bazaar hari ini ada kat Gokoku jinja dan Meriken Park. Rasa malas pula so pergi bazar kat Gokoku jinja sahaja dengan budak-budak. Penjual tak ramai tapi dapat beli obi kain biasa 200 yen, yang 3 helai lagi 500 yen sehelai, qualiti lain sedikit. Obi yang 200 yen tu dah gantung kat rumah buat hiasan dinding.

Hari ini rasa tak ada mood nak berjalan. Memerap kat rumah ajelah... Ikram, Athirah dan Haziq pergi ke Nada Toshokan, tengok movie dan pinjam buku.

Saturday, April 23, 2005

Fruits and Flower Park - Tulip

Hari ini pergi Fruits and Flower Park tengok tulip. Pergi kali ini bersama Pak Shafie dan keluarga. Sebelum tengok bunga, piknik dulu. hampir 3 jam disana. Berbagai species dan warna tulip ada.


with Pak Shafii's family


yellow and red


shadow of tulips


orange

Friday, April 22, 2005

Jugio sankan - class observation Haziq (1の1) dan Ikram (3の4)


Haziq's first hiragana


kyushoku toban


oishi so

Pagi tadi janji dengan Oota san dan Umesaki san pergi sama tengok jugio sankan. 11.15am bertemu dibawah. sampai sekolah just in time, masuk kelas Haziq dah sibuk pakai baju putih kyoshoku toban. Best betul, Ikram dan Athirah tak pernah dapat tengok dia kyoshoku toban. Kebetulan masa jugio sankan tak kena masa kyoshoku toban.

Hari ini rakam video sepanjang masa jugio sankan. Lepas tu pergi masuk meeting. Biasalah meeting ni, masuk ajelah fahamnya sedikit sangat. Mula-mula goshokai kemudian pilih ketua dll dan seterusnya sensei tunjuk slide sepanjang 2 minggu Haziq sekolah... macam-macam dia dah buat. Haziq wa tottemo tanoshi. Habis meeting jam 1.40. Beli pianika 5200 yen jenis YAMAHA warna biru untuk Haziq.

Habis jugio sankan Haziq pergi pula jugio sankan Ikram di Nagamine Chugakko. Sampai awal juga sebab malas nak balik dulu. Ambil video dan gambar sepanjang kelas Ikram. Hari ini Ikram belajar shakai dengan Jumbo sensei(gelaran budak-budak kepada sensei tu sebab badan dia besar)Nama sebenarnya Mino. Paling seronok hari ini ialah kali pertama tengok sensei jinjit bakul masuk kelas, ingatkan sensei tu aje bawa sebab dia nampak kelakar tapi rupanya semua pun begitu.


with classmates

Meeting PTA di Nagamine tak masuk sebab Ikram dah tulis tak nak pergi, lagipun sebab Haziq dah tak larat, sampai menangis kat situ, sebab lapar, lama menunggu penat pun agaknya. Kesian dia lama menunggu.

Tulip


Athirah's tulip

Tulip ni Athirah tanam disekolah bulan November, satu activity sekolah untuk semua murid. Bawa balik masa nak cuti dulu, sekarang dah kembang mekar.


Haziq's tulip

Ini pula tulip Haziq yang dibawa balik dari Yochien, juga ditanam semasa hujung tahun lalu, sekarang dah berbunga,setiap tahun ada aje bunga dibawa balik. Ada bunga yang dicatit p@erkembangannya setiap hari.. adalah dilukisnya gambar mulai ditanam hingga berbunga.

Bento


bento

Bento hari ini biasa aje, sake masak kerutuk, telor gulung, tempura udang, salad dan sosej. Susunan? Ima.. gambate imasu. Selalu tengok buka bento, bila tengok rasa lapar.. Nihonjin buat bento cantik-cantik, kadangkala tanya juga Oota san, tapi dia kata dia pun tak pandai dan ianya boleh dibeli dikedai, tinggal panaskan sahaja. Bila pergi ensoku, selalu tengok bento kawan-kawan cantik-cantik, tapi kita punya pun sekarang dah cantik juga... Athirah dan Ikram kata bento ummi dah lebihkurang Nihonjin cuma calour dan cara menyusun mesti ditingkatkan, begitulah comment anak bujang dan anak dara saya.

Thursday, April 21, 2005

Jugio sankan - class observation 6 nensei 2 kumi


athirah and her classmates

Jam 1.30 tengahari pergi bersama Ari Aji Astuti, Indonesian ke Minooka Shogakka, ada class observation an meeting PTA. Sampai disekolah Haziq dah bersedia untuk balik, ambil dia dan terus ke kelas Athirah. Tahun ini Athirah dan Sofi kebetulan sama kelas, mudahlah rasanya sebab boleh bincang dengan Ari kalau ada apa-apa meeting dengan sekolah. Jugio ankan ni, memang diantara activity yang kami minati, sebab dapat tengok budak belajar disamping jumpa kawan-kawan Jepun. Kali ini ramai juga yang belum dikenali, Uehara pun dah tukar kelas, begitu juga Natsumi tahi lalat (ini kelaran kami, sebab dia ada tahi lalat besar, lagipun nama Jepun ni kadangkala tak ingat). Walaubagaimana ada Iwai san, satu kelas belajar Ikebana.


Sofi and her mother

Balik jugio sankan, pergi Suido suji hantar budak-budak pergi KUMON. Malamnya pula bawa Ikram ke Klinik. Nama sakitnya urticaria.

Wednesday, April 20, 2005

Games

Balik aje dia beritahu, ajak Megumi chan main games, marah juga.. tapi kesian juga, dia boring duduk rumah. Tak lama sampai rumah telefon berbunyi, Oota san telefon, minta kebenaran anaknya nak main bersama Haziq, setuju ajelah....

Jam 2.30, bell berbunyi, rupanya Ayakan chan pun nak datang juga... ohta san pun asyik gomen ajelah anaknya nak main kat rumah. Budak-budak tu main sampai jam 4.30. Oota san pun sama ada, berbuallah lebihkurang dengan Nihonjin ni... eigo dia tak boleh, kita gambate imashita cakap Jepun.

games dgn Megumi


Hari ini Ikram dan Athirah pun balik cepat. Ikram kena gatal-gatal, habis badan dan mukanya. Telefon hospital dan klinik yang biasa pergi, semua dah tutup... Susahnya di Kobe ni, kadangkala susah nak cari Klinik 24 jam. Hospital ada, tapi kadangkala pakar yang duty tak kena dengan sakit kita, masa Ikram ni, pakar mata yang ada, jadi ambil keputusan tak pergi hospital yang dekat rumah tu.. Pekerja tu beritahu ada klinik kulit yang masih buka tapi setengah jam perjalanan iaitu di Nagata. Ikram kata dia boleh tahan.. tunggu ajelah esok, bertahanlah dengan ubat yang ada.

Alhamdulillah bila pagi dah bersih muka dan badanya. Baiklah agaknya. Kalau kena lagi petang ini, pergi kliniklah...

Tuesday, April 19, 2005

Kogai gidokai - Minooka Shogakko の Gomodori group

Kogai gidokai bermakna belajar diluar sekolah. Hari ini ada perjumpaan untuk murid-murid yang tinggal di jalan yang sama. Athirah dan Haziq tentunya satu kumpulan, begitu juga Takuya Kun, Nakatsukasa Satomi chan, Arakawa kun dll. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memperkenalkan murid-murid dengan kawan-kawan yang berdekatan rumah. Balik jam 2.15. Murid-murid dari group yang sama balik sekali dihantar oleh sensei, group gomodori dihantar oleh Ogasawara Hiroshi sensei.

Petang kami pergi jogging di Maruyama Koen. Budak-budak naik basikal. Sakura dah mula gugur, hijau telah mula kelihatan bercampur dengan bunga-bunga. Musim ini rumput-rumput merayap pun berbunga, cantik sungguh. Ini kali ke6 kami menyaksikan haru/spring di Jepun. Bumi matahari terbit. 2 tahun di Saitama ken, Urawa shi, setahun di Chiba ken, Ichikawa shi dan 3 tahun di Hyogo ken, Kobe shi.

Athirah pula bermain dengan Natsumi chan dan adiknya.


cycling with Natsumi..

Sedang Haziq bermain dia beritahu dia jumpa classmate dia, 1の1. Ito Kanaka chan. Berbual pula dengan emaknya, boleh Eigo dengan baik. Wah! lepas ni, dapat lagi kawan Jepun baru, parents classmate Haziq. Haziq bermain dengan kawannya. Balik rumah jam 5.30 petang.

Monday, April 18, 2005

Takuya kun dan Haziq

Balik sekolah jam 1.40. Balik hari ini, Takuya pun dah masuk Lion group, jadi mereka balik bersama. Megumi chan dan katsunori kun masih lagi Kuma group. Takuya kun balik bersama emak dan Maya chan dan datang semula main games dengan Haziq. Katsunori kun, main juga tapi balik cepat, emaknya adik kerja. Emak Takuya kun datang ambil anaknya jam 2.50. Balik aje, Haziq buat shukudai dan hafal sansu serta baca Eigo.

Jam 4.30 sama-sama keluar, anak-anak ke KUMON, saya ke Suido suji, beli sayuran dan buahan. Daging dan ayam dah order dari Baticrom, cukuplah sampai minggu hadapan. Singgah juga di kedai recycle, tapi tak ada apa yang menarik. Perjalanan balik singgah di KUMON, Athirah dan Haziq dah selesai, balik sama-sama.

Sunday, April 17, 2005

Baju fuyu dan baju haru - Happy Birthday to Adik

Hari ini berkemas lagi, masukkan baju fuyu yang ada sedikit lagi kedalam kotak. Cuasa dah mula panas, bakai baju selapis lengan panjang dah cukup atau hanya pakai jacket nipis sahaja.

Masa haru senang sikit nak cari baju lengan panjang yang boleh bawa balik Malaysia, kalau bukan musim ni, payah betul, kebanyakan semua lengan pendek atau terus tak ada lengan.

Selamat Hari Jadi untuk adik kat US,semoga sihat dan sentiasa diberkati Allah.

Saturday, April 16, 2005

Sun Shine Wharft, ada bazar then pergi BBQ bersama Malaysian Student kat Kobe dan Osaka

Bangun sahaja terus kukus pulut yang telah direndam semalaman sebab dah janji dengan Hezlen nak buat kuih serimuka. Jam 6.30 kuih dah siap, buat sarapan pagi makan nasi, lauk ayam dan goya. Goya ni peria dalam B.M. No\ihon jin percaya goya ni banyak hasiat, kami makanlah juga... pahit-pahit pun budak-budak disuruh juga makan, boleh juga dimakannya.

Jam 10.00 siap-siap pergi bazaar. Ini kali pertama pergi bazaar kat Sun Shine Wharf. Besar juga kawasannya. Kawasan ini memang cantik sebab ada kawasan lapang tepi laut boleh buat tempat duduk-duduk dan bermain. Nihonjin selalu bawa anak-anak main kat sini. Jam 12.30 kami balik sebab dah janji jam 3.00 nak buat BBQ, walaupun bazaar tu habis jam 3.00, kami balik awal. Sampai dirumah siap-siap untuk buat yaki soba, siap bahan aje sebab hubby nak masak disana. Mulanya nak buat BBQ kat Motomachi, tapi susuah pula nak cari, tukar pula depan Daiei dekat tepi sungai. Okay juga.. senang nak beli barang kalau tak cukup.

Banyak betul ayam dan daging yang dibawa.. kenyang betul, ada yaki soba hubby masak, ada nasi lemak budak kaikan masak, cekodok pisang, serimuka, agar-agar dll. Makan sampai kenyang. Mahgrib dan Isya' pun buat kat tepi sungai tu... Habis lebihkurang jam 9.00pm, u/grad ada yang pergi tengok wayang, kami balik rumah dan tidur.


BBQ....

Friday, April 15, 2005

Hari ini Haziq bawa さんすセット

Bawa sansu setto iaitu alat-alat mengira. Banyak betul peralatannya. Ada berbatang, bulat, yen dll untuk mengira. Harga boleh tahan. Mengikut kata alat tu akan diguna sampai 3 nensei. Setiap satu mesti dilekatkan nama. Mujur diberi sticker. Kalau nak tulis memang tak larat dan terlalu kecil. Nama Melayu panjang pula tu...

Alat ini juga diletak disekolah ditempat yang telah disediakan.

Thursday, April 14, 2005

Hari pertama Haziq pakai baju sukan untuk check badan

Hari ini Haziq pakai baju sukan. Ada medical checkup. Berat Haziq 20.8kg. Tinggi berdiri 118cm dan tinggi duduk 66cm. Athirah dah buat semalam.

Hari ini Haziq bertugas beri misosiru kat kawan-kawan.

Balik? Puas menunggu di group kuma, tiba-tiba muncul Haziq dari selekoh group lion. Sensei tukarkan dia sebab group lion lebih dekat dari rumah kami.

Wednesday, April 13, 2005

Kyoshoku toban., odogu bako, wabaki dan bento

Hari ini Athirah dan Haziq pula mula bawa bento. Mula kelamkabut untuk siapkan 3 bento. Menu hari ini, kari kering ayam, tempura ikan serta kabocha dan ringo. Haziq bawa bawa bento dengan semua kelengkapan baru. Oleh kerana dah hampir 3 tahun setengah siapkan bento, kira dah cekap jugalah sekarang. Hari ini sarapan pagi hanya quaker oat dan milo. Roti terlupa buat malam tadi.

Mulai hari ini hingga 28hb. Athirah dan Haziq bertugas untuk mengagihkan makanan bersama kawan-kawan lain. Tugas ini dinamakan kyushoku toban. Mereka akan memakai pakaian khas dengan topi dan mask.

Hari ini Haziq balik jam 1.00, dah mula balik lambat. Hari ini Athirah dan Haziq juga bawa dogu bako. Di jepun, memang disetiap meja murid dimestikan ada satu kotak untuk diisi stapler, solotape, gunting, gam, colour pencil, water colour, croyon dll. Kotak tu bertutup lebih kurang besar sais A4. Ada berbagai harga dan quality, bagi anak-anak kami, harga biasa, beli disekolah sahaja lebihkurang 700yen = RM 21.00. Kotak ini akan diletakkan dimeja sehingga cuti semester akan datang.

Wabaki ini ialah kasut dalam yang digunakan semasa dalam dewan. Kasut ini juga dimasukkan didalam beg khas iaitu beg kasut dan digantung ditempat khas disekolah.

Haziq bangun pagi 6.30 pagi sebab dia nak ichiban mandi. Dia nak siap dulu dari onichan to onechan, kalau mereka siap dulu, alamatlah mood hari tu habis... Lepas minum dia main omocha dia.. masih nak main mainan lagi tu.

Jam 7.55 turun bawah, Takuya kun dam Megumi chan dah ada, tunggu sekejap Katsunori kun, baru pergi sama-sama. Mereka berlari naik bukit, tak sabar nak sampai sekolah cepat.

Bekas bento masa Yochien, kecil so tukar baru. Beg bento, lapik makan ummi jahitkan baru, begitu juga dengan Athirah, bawa lapik makan baru. Ikram pun dah order nak lapik makan baru juga.

Tuesday, April 12, 2005

First day Haziq di sekolah, Ikram mula bawa bento

Hari ini hari pertama Haziq kesekolah sendiri, semalam dah janji dengan Oohtan san, Umesaki san dan Takahashi san. Anak-anak mereka Megumi chan, Takuya kun dan Katsunori kun. Jam 8.00am, semua dah ada. Cikgu pun ada kat selekoh depan rumah kami. Mereka pergi bersama Athirah dan Ikram. Tanoshimi... berlari naik bukit menuju kesekolah. Bersekolah di Jepun, tidak boleh dihantar kerana mereka ada insurance bila pergi jalan kaki. Kebiasaannya cikgu akan berada di selekoh untuk memerhati murid-murid kesekolah.


Hari ini siapkan hanya 1 bento. Athirah dan haziq mula bawa bento hari Rabu.

Haziq balik jam 11.30am.. ikut Kuma group. Kami tak tahu mana stationnya, tunggu depan selekoh rumah, rupanya laluan mereka selekoh lagi satu.

Petang ini sibuk menjahit odogu no kaban, santu set no kaban, beg bento dan lapik makan... sampai jam 1.00 pagi baru siap. Ini kerja last minit, sebab tu jadi lewat. Seminggu lepas asyik pergi hanami sampai tak sempat nak menjahit.

Monday, April 11, 2005

ハジックの入学式

Hari ini hari yang bersejarah untuk Haziq, dia akan masuk 1 nensei. Di Jepun acara ini disambut besar-besaran. Acara ini akan dibantu oleh 6 nensei, Athirah terlibat sama, begitu juga dengan 2 nensei, murid lain diberi cuti. Pagi kami dah siap dan pergi awal sebab nak ambil tempat yang strategik untuk senang nak ambil gambar. Fikir-fikir nak pakai baju apa untuk Haziq, nak pakaikan baju melayu, tapi Ikram dan Athirah tak setuju... Haziq memang nak pakai. Ayah pun suruh pakai suit dan tie, jadi pakailah baju tu... Haziq kata dia nak tunjuk baju Melayu, pujuk dia nanti pakai hari lain.

Kami jadi orang pertama sampai, dapatlah cepat juga, lepas ambil kelas, dapat nametag, tahu tempat duduk dalam kelas, kami diminta menunggu di dewan sekolah, hubby memang dah dapat depan dan sebelah tengah, senang betul ambil gambar, Oohta san, terlambat sikit, tapi hubby dah booking 2 tempat duduk, so dapatlah dia duduk depan.

Acara pertama murid keluar bersama pair mereka dari 6 nensei, lepas duduk ditempat disediakan, murid 2 nensei membuat persembahan, murid bergambar dan last murid bergambar bersama ibubapa. Habis acara dalam dewan, murid dan ibubapa dibawa kekelas dan ada sedikit taklimat dan acara memperkenalkan cikgu dan murid.

Simple but interesting. Boleh dijadikan kenangan untuk murid tu sendiri. Di Jepun bila tamat sekolah, sekolah akan memberikan satu album event murid tersebut dari 1 nensei sehingga 6 nensei. Mampukah sekolah Malaysia melaksanakannya?

kelas Haziq belakang ada pokok sakura

1 nensei 1 kumi and parents

keluar bersama pair 6 ‚Ì 1 semasa diperkenalkan

ichiban no gakuse.. tanoshimi

Sunday, April 10, 2005

おはなみ。-おじどぶつえん。・ fruits and flower park

Sarapan pagi hari ini makan nasi lemak bawah pokok sakura di Oji dobutsuen. Awal lagi kami dah sampai, best betul dapat duduk betul-betul bawah dahan bunga sakura. Makan bersama-nihonjin. Kenyang perut, Ikram dan Athirah pergi tengok binatang, Haziq duduk main-main dengan budak Jepun sebelah kami tu... hubby baring-baring cuba nak lelapkan mata. Lama juga kami berehat disitu.. lastnya kami round tengok binatang dan terus balik lebihkurang jam 1.00.

Petangnya hubby ajak pergi Fruits and Flower Park, hajat nak pergi tengok tulip, tapi belum kembang sepenuhnya.. mungkin seminggu dua lagi. Kena datang lagilah nampaknya, tapi tempat ni pun dekat aje dengan rumah, setengah jam sahaja dengan kereta.

Malamya kami pergi pula bergambar kat Gokoku Jinja, kami jalan kaki sahaja sebab dekat dengan rumah. Balik bergambar terus ke Coop beli fruits. Balik awal sebab nak suruh Haziq tidur awal, esok dia ada acara Niugakko shiki, iaitu acara untuk budak 1 nensei masuk sekolah. Di Jepun acara masuk Yochien, Shogakko, Chugakko, Koko dan Daigaku diadakan secara besar-besaran. Masani, parents bergaya sakan dengan Kimononya.

Saturday, April 09, 2005

おはなみ。-あかしじょ

aba rangerss kowai soo/// Posted by Hello


Bangun awal sikit sebab nak per hanami kat Akashi Castle. Malam tadi dah janji dengan Azlina dan keluarganya akan pergi awal pagi, kalau lewat nanti tak dapat tempat pula... Walaubagaimana akhirnya pergi jam 10.30 pagi. Cheese cakes lambat masal. Bento hari ini onigiri, cheese cakes dan sedikit okashi. Kali ini kami pergi naik densha dari Sannomiya dan terus ke Akashi. Perjalanan cepat, boleh naik super rapid train. Jam 11.00 sampai. Orang dah ramai, jalan-jalan daparlah tempat yang agak strategik tapi bunga sakura sikit ajer... tapi tak apa. Buka tempat duduk, cerita2 dengan nihonjin sebelah... dapatlah pula dia bagi tempat duduk lagi sehelai, sebab dia dah nak balik. Kami ambil sahaja, kebetulan Azlina terlupa bawa tempat duduk...

Lepas makan, lipat tempat duduk, kami jalan lagi... rupanya semakin jauh kedalam, semakin cantik, ada kawasan untuk anak-anak bermain, kami buka lagi tempat duduk, biarkan budak-budak bermain semula. Puas betul bermain. Kami pusing tasik, memang cantik tempatnya. Kali ini kami tak masuk Castle tu, cuma jalan keliling untuk menikmati keindahan bunga sakura.

Puas bermain makan lagi... balik jam 4.00 petang. Sampai rumah keletihan tapi seronok sebab bunga sakura dah 80% berkembang, lepas Asar sambung pergi main badminton di Kobe Daigaku.

Esok pergi hanami kat mana?

Friday, April 08, 2005

しぎょうしき(始業式)・よざくら(夜桜)→王子動物園

Hari ini Ikram dan Athirah dah mula sekolah, Ikram 3nensei chugakko dan Athirah 6nensei Shogakko. Masing-masing tertanya-tanya masuk kelas mana... Ikram 3の4 dan Athirah pula 6の2. Hari ini masing-masing balik awal, ikut ke masjid dan hantar hantar hubby ke daigaku dan terus ke みかげ pergi gunting rambut Ikram dan Haziq. Boleh tahan juga lamanya menunggu. Inilah kedai gunting kesukaan kami, sebab harganya murah 1000yen seorang.


Malamnya kami pergi yozakura. とってもきれいですた。 よざくら memang kami tak lepas peluang pergi melihatnya. Malam ini pun dah malam kedua kami pergi ke 王子動物園.
Bunga-bunga yang berkilau dibawah sinaran lampu memang mengasyikkan. Betapa bersyukurnya kami dapat menikmati keindahan bunga-bunga ini...Kami selalu mengingatkan anak-anak supaya sentiasa bersyukur kerana dapat belajar keluar negara, biarpun hanya dalam chu dan shogakko sahaja buat masa ini.... InsyaAllah kalau ada rezki semoga kami dapat datang lagi kesini.

Thursday, April 07, 2005

箕面かのりねんしき と よざくら

Athirah kesekolah hari ini kerana ada acara untuk meraikan sensei yang akan bertukar. Sensei yang bertukar ialah Kyoto sensei, Matsumota reiko sensei dan ...... Sambutannya okay juga. Pergi dengan Ikram ambil gambar acara tu.

Hari ini ke Oji Zoo melihat bunga sakura waktu malam. Oji Zoo memang setiap tahun mengadakan acara ini selama 3 malam. Kali ini acara ini bermula dari 4/7 hingga 9, mulai jam 6 hingga 8.30 malam. Peluang ini hanya setahun sekali, jangan lepas peluang...

Wednesday, April 06, 2005

kokoro-net のプロゲラム-すまうらこうえんにおはなみ

7.00am Tanaka san telefon remaind untuk pergi hanami kat Sumaura koen, mulanya semua tak nak pergi, pujuk-pujuk akhirnya Ikram, Athirah dan Haziq setuju nak ikut. Siapkan bento lebih kurang iaitu onigiri dan konbu serta beberapa okashi dan coklat, kami pun pergi ke Sannomiya dengan bas, kemudian naik hankyu line dan tukar kosoku line untuk terus ke Sumaura koen. Tambang tak mahal cuma 390yen. Sampai disana, belum ramai lagi. Lebih kurang 11.30 semua kokoro net member sampai, cari tempat sesuai yang banyak sakura, bentang tempat duduk, kami pun makan-makan. Akhirnya bergambar ramai.


kokoro-net's members


sensei and friends


Jam 2.00 petang, acara bebas, kami tak naik ropeway, jadi main kat bawah aje, malas nak pergi sebab kaki sakit, semalam pergi naik Mt. Maya kat belakang rumah, jatuh banyak kali... Budak-budak main sampai susah nak ajak bali, pagi tadi semua tak nak pergi, bila sampai dah tak nak balik pula.

Hanami kali ini, hubby tak ikut, sebab dia sibuk lagi nak siapkan thesis dia... mudah-mudahan siap segera, dapatlah kami berjalan puas-puas di Nihon, sebelum balik Malaysia 9 getsu ini.

Tuesday, April 05, 2005

take a rest... Posted by Hello
perjalanan naik ke Mayasan Posted by Hello

まやとざん

´‚ñ Posted by Hello

まやさん - まや山 /おわかれさむいん

Rancangan untuk mayatozan ni dah lama dibuattapi tak kesampaian, ada-ada sahaja halnya. Haziqpun dah baik dari みずぼそ, rancangan ni dilaksanakan. Semalam dah beli okashi, nori dan konbu, banto hari ni ialah onigiri.

Jam 9.00am hubby hantar ke mayacable, mula mendaki dari trek yang telah disediakan. Jauh juga.. Haziq jadi leader... suka betul dia, tunjuk sana-tunjuk sini. Bercerita bagaimana dia mendaki Mount Maya. Terasa juga penatnya. Hari ini tak ramai yang pergi, ada seorang ojisan, tapi dia lambat sikit. Sampai kat atas sambung naik ropeway. Semua tambang Yen dewasa 440, Ikram dan Athirah 220 seorang, Haziq free. Nice view, berwarna-warni, hilang penat sekejap. Naik ropeway selama 5 minit sejauh 1km. Sampai diatas, sessi bergambar, main-main dan makan-makan, biar ringan beg.

Turun? wah! discuss lebihkurang dengan anak-anak, Ikram dan Athirah tak kisah, Haziq nak turun berjalan sebab nanti laju... ok juga tapi jalan ni jalan yang dia pun tak pernah lalu.. mula-mula jalan okay aje, cantik dan tak berapa curam, sampai tengah, wah!! curam juga, naik bukit, turun bukit ikut trek, penat juga.. tapi dah sampai tengah jalan tak kan nak balik semula.... semua gambarimasu. Dalam perjalan bertembung dengan pasangan suami isteri naik, Haziq tanya jauh lagi tak?.. dia kata lebih 1 jam lagi.. amboi jauh juga.. Gambate ne.. katanya., Kat atas tadi tulis hanya 680km, sebab tu nak turun sendiri...Sepanjang perjalanan turun hanya bertemu dengan 1 pasangan suami isteri dan seorang ojisan.

Penat turun naik bukit, jatuh pun dah berkali-kali, budak-budak okay aje, akulah yang jatuh berkali-kali sebab jalan depan sekali, nak tengok jalanlah katakan... jadi leader, sebab hubby tak ikut. Bimbang juga keselamatan anak-anak. Turun memang jalan tu dekat sikit, keluar di すまだに、 dekat dengan Nagamine dan Minooka. Jalan yang pernah pergi bersama 4nensei Minooka - program picnic dan masak-masak bersama ibubapa tahun lepas.

Walubagaimana inilah pengalaman berharga mendaki dan menuruni Maya san bersama-anak-anak. Budak-budak kata nak ajak ayah bila ayah dah siap tulis thesis. Pengalaman yang tidak dapat dijual beli... buat kata pepatah, "jauh berjalan luas pandangan". Semoga anak-anak mengharhagai pengalaman ini. Betapa cantik alam sekitar dan jagalah alam sekitar, semoga mereka tidak mengekalkan bagaimana Nihonjin menjaga kebersihan alam sekitar.

Kaki ni dah mula sakit sebab banyak kali jatuh...

てんきよほ meramalkan hari ini adalah last sejuk di Kobe dan Osaka, sayang rasanya nak tinggalkan fuyu, sebab fuyu tak ada kat Malaysia. Satu lagi fuyu mengurangkan mata memandang nihonjin membuka aurat.

Monday, April 04, 2005

おそじします

Dua tiga hari ni rasa nak berkemas pula. rasa boring tengok rumah tak berubah... kebetulan haruyasumi, kami semua berkemas, sampai tengah malam. Waktu siang aktiviti sanposhimasu masih tak berubah. Hari ini ada KUMON, jadi kaimono hari ini 水道筋。 Beli yasai buat pecal, 弁当箱dan筆箱 Haziq.

Petang sambung kemas lagi... Barang dah setengah bilik, macamamana ni... ahh! あと 5かげつかな。

Sunday, April 03, 2005

サンシネウァ Sunshine wharf - ふかえ

Lepas asar ke Sunshine Wharf. Beli kasut sekolah Ikram, ADIDAS setelah offer 3998 yen, harga asal 5900 kira murahlah tu.. budak dah besar, nak kasut ada jenama. Haziq pula tak kisah beli apa, tak ambil kisah lansung barangan dia, janji warna merah atau biru. Athirah pula, asyik berkemas barang sekolah, hendak yang perfect aje... macam-macam perangai nak buka sekolah... yang pastinya dimana pun sekolah, bila mula grade lain, adalah barang baru kena beli.

Saturday, April 02, 2005

Nada さくらまつり 

Hari ini Ikram dan Athirah pergi jogging di 丸山こうえん。 Balik aja beritahu ada まつり
kat Nada mulai jam 11.00am. Lepas siap-siap kami pun pergi, park kereta kat AOKI... tempat biasa park bila ada flee market kat kawasan tu.. beli barang kat AOKI tu seingat-ingat tak pernah, tapi sebelum balik mesti singgah tengok-tengok dulu, belik sini, belik sana.,, biar orang kat AOKI tu nampak.

Hari ini flee market tak banyak...tapi adalah bergambar dengan motor けさっつ, bomba dll. Puas kami bergambar, ada pertunjukan kebudayaan, ada games.. seperti main golf, wanage, jualan makanan... makanan? inilah sedihnya, 99% tak halal, pandang ajelah...

Paling best dapat postcard free, boleh hantar cd kat kawan-kawan, tulis sahaja alamat kat envelope yang disediakan...Kamipun tulis alamat, Hosni. Alias, Kinjosan, Mari sensei, Itsuko sensei dan Satsuko sensei.

Petangnya ke Rokkomichi beli kain untuk buat beg, beg sansu set dan dogu bako. Kenalah menjahit nak jimatkan duit... beli mahal beg tu.. mencecah 2000/3000 yen.

Friday, April 01, 2005

Persiapan persekolahan Haziq

Habis solat Jumaat, terus ke DAIEI beli wabaki, alat tulis dll. Beli yang murah, dah banding semalam dengan kedai-kedai lain... masih dua tiga barang mungkin esok pergi beli.

Pagi tadi Ikram dan Athirah buat メロンぱん。ikut cara うらわざ。 ok juga.