Monday, July 11, 2016

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H /2016

Tahun ini Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 6 Julai 2016. Seperti biasa kami akan balik sebaik sahaja selepas Suboh hari berkenaan, sebenarnya ummi malas nak berebut bilik air, semua suka bilik air bawah. Ummi sampai mereka masih menunggu giliran untuk mandi, nenek dah siap untuk ke masjid. Asagohan lebihkurang, kami bersama bonda ke masjid  Kampung Bandar. Masjid Sultan Alaeddin sedang menjalani konswervasi oleh pihak JKR, so kami solat di ruang sementara.

Oleh kerana kami datang awal, mudah kami mencari parking kereta dan mencari tempat ditepi sudut bagi memudahkan bonda bersolat menggunakan kerusi. Kami suka bersolat dimasjid kerana dapat jumpa ramai saudara mara yang kadangkala kami jumpa bila solat hari raya sahaja.  Lama bonda bercerita dengan Anjang Mahani dan Ucu Zainon. Mereka tinggal di Rawang dan pernah menjadi guru mengaji kami semasa kecil. Mereka gembira mendapat tahu anak-anak ummi Ikram dah jadi doktor gigi, Athirah dan Haziq pun In Sya Allah akan menjadi doktor. Semoga Allah meredhai dan merahmati kami sekeluarga dan anak-anak ummi berjaya mencapai cita-cita mereka di dunia dan akhirat.

Balik solat kami duduk makan beramai-ramai sampai kenyang, semua pulang membawa makanan masing-masing. penuh meja. Walau bagaimana tahun ini bonda tidak memasak apa-apa, so makanan habis Raya Kedua.

Tahun ini bonda begitu gembira bercerita dengan anak-anak ummi, memaklumkan beliau khatam quran sebelum Ramadan berakhir, kesihatannya pun baik sepanjang berpuasa. Semoga bonda terus sihat dan dapat menambah ilmu akhirat sebanyak mungkin bagi bekalan diakhirat nanti. Ameen.

Petang Hari Raya kami berjalan ke rumah Ngah Ana dan Alang Ani di Kelanang. Malamnya ke rumah Pak Itam dan lebih kurang jam 11.00 malam balik semula ke Shah Alam. Kami terpaksa balik sebab ada kucing 6 ekor yang perlu di beri makan.. Tema warna baju kami 'rose squash'.

My kids tolong add gambar Raya ye...

No comments: