Image hosted by Photobucket.com Memory....

Tuesday, July 07, 2009

Okasan to Otosan

Oleh kerana simpati kat Ikram, kami guna e-mail Ikram dan hantar kat semua Dekan IPTA untuk buat rayuan... dia nak buat tak boleh sebab sibuk dengan minggu silatulrahim. Alhamdulillah, ada maklumbalas untuk kami hantar rayuan bersurat bersama keputusan Matrik.. nampak cahaya sikit.

Hari Isnin Ikram telefon, kawan dia dari UiTM beritahu suruh hantar rayuan sebab Perubatan masih ada kekosongan.. cepat-cepat Ummi sediakan surat rayuan. Pagi Selasa ummi dan Mak Ngah pergi office medic hantar surat rayuan...

Nak rezeki Ikram, pagi tu juga Office Dekan Fakulti Pergigian dah offer Ikram... so kami terima saja Dental Surgery.... 12 Julai 2009 Ikram akan mendaftar sebagai Pelajar UiTM Shah Alam... ikut jejak ummi pulak..

Alhamdulillah.

Sunday, July 05, 2009

Minggu Silatulrahim Dayasari...

Sepanjang minggu Ikram menjalani Minggu Silatulrahim di Kolej Dayasari (Kolej Kelima).... Kolej dia dekat dengan Surau.. mudah dia mengikui acara di Surau, setiap waktu dapat berjemaah. Sepanjang minggu Ummi dan Ayah dok sibuk hantar surat rayuan untuk Ikram tukar Kursus.. dia tak minat lansung pengurusan Harta Tanah.. dia nak tukar Perubatan ataupun Pergigian..

Puas juga ummi telefon MARA dan JPA.. hajat nak urus dia masuk Cyberjaya kalau tidak berjaya buat rayuan. MARA kata dia boleh beri pinjaman.. Alhamdulillah.

Mula tu kami dah urus pergi Indonesia, bila dapat result Matrikulasi dia tak jadi nak pergi Indonesia, sebab Alhamdulillah, CGPA melebihi 3.5. dia confident dapat masuk IPTA.. aleh-aleh dapat Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah UM... lain betul dengan minatnya.. menung dia.

Sebelum masuk UM dia dapat offer Sarjana Muda Teknologi Bangunan kat USM.. menung lagi... dengan berat hati tolak sebab nak dapatkan kursus yang diminati... tak tahu lah apa hikmahnya kepada Ikram... semoga dia berjaya mencapai cita-cita. Ameen.

Sunday, June 28, 2009

Kolej Kelima - Dayasari, Universiti Malaya

Walau dalam keadaan sedikit kecewa Ikram menabahkan hatinya untuk mendaftar di Maraya Daigaku mengikuti Kursus Pengurusan Harta Tanah EM 220. Kami hantar dalam jam 10.00 pagi.. sengaja datang lewat biar tidak bersesak sangat. Alhamdulillah.... mudah sahaja Ikram dapat Blok D.

Ayah gembira sebab dia ada nostalgia.. duduk Kolej Kelima juga 27 tahun dahulu... syok ayah bercerita. Tengah hari kawan ayah Nawi datang jumpa ayah... ingat nak minta tolong tukarkan Ikram kursus lain... boleh ker???? Tak tahulah..

Ummi tolong IKram kemas sikit-sikit barang, dia tak nak pun keluarkan barang sebab dia akan kena tukar bilik lagi selepas selesai haluan siswa.... kolej dia dekat surau.. bolehlah dia sembahyang berjemaah setiap waktu... harap-harap begitulah.

Jam 2.00 kami balik ... Ikram tertinggal pulak baju melayu... Sebelum Maghrib kami hantar kat UM semula... ayah sembahyang sekali kat sana.

Malam kami cuba juga buatkan surat rayuan pertkauaran kursus.. hantar kat berbagai Universiti, harap-harap mengenalah rayuannya....

Thursday, April 30, 2009

Persiapan Majlis Khatam Al-Quran....

Setelah hampir tiga bulan buat preparation, tibalah masanya hari yang ditunggu-tunggu... lepas maghrib kami terus balik kampung. Athirah dan Haziq tak pergi kelas Cambridge sebab banyak kerja nak buat untuk persiapan 2 Mei 2009 nanti.Bunga telor dah siap 100 batang bunga dip warna putih, ummi buat sendiri. Coklat jenama Tasneem dari Puan Hariah Sahri dah pun diterima, ummi order 16 kg semuanya. Alhamdulillah setakat ini seperti yang dirancang.

Sampai rumah mak, ucu, mak usu, Nur Illiyin dan Kak Normah sedang ikat telor dalam bekas durian yang ucu dan mak usu buatkan.... ummi tak pandai nak buat itu. Tak belajar lagi. Pulut dan rendang semua dah diisi... Malam ni kami hanya tinggal isi colat dalam kotak... remeh juga lewat malam juga baru dapat tidur. Dapat lebih kurang 350 kotak coklat.

Alang bawakan kek coklat 15 kotak, telor dan bunga warna putih 50 batang, Acik bagi jelly dan bunga telor warna pink 50 batang,mak cik (Mertua Tatee) bagi 2 bungkus besar kerepek dan lain-lain yang tidak disebutkan (tapi ummi ada catat untuk ingatan sendiri). Semua sibling balik kecuali adik kat USA dan Long kat Putrajaya sebab tak sihat.

Alhamdulillah sempat juga ummi siapkan bunga telor tu.. buat perlahan-lahan, emak punyalah risau tengok ummi buat, dia nak tolong susah nak datang kat Shah Alam. Kalau ummi balik kampung baru dia dapat tolong... emak dapat tolong buat frame bunga dip, banyak emak tolong... happy dia kami nak buat kat rumah kampung...

Esok sambung ...

Sunday, April 05, 2009

Hanum ex-classmate Diploma tahun 1983-1985

Malam tadi dah niat nak bangun awal sebab nak buat cukodok udang untuk Ikram... disebabkan keletihan mengikut ayah ke IPN Sabak Bernam. Balik singgah beli ikan. udang dll. Balik membasuh ikan, udang dan ketam untuk masuk dalam freezer lagi malam juga baru selesai. Ummi tertidur sampai 6.30 pagi. Bangun lepas siasiap terus buat cukodok, goreng ketam dan sotong ball untuk bawakan Ikram. Kek ummi dah siapkan dari awal.

Akhirnya asa 11.00 juga sampainya.... sampai aje terus makan dan siap ke Ipoh...

Hari ini anak-anak nak gi JUSCO Ipoh... nak jadi cerita ummi jumpa ex-classmate masa UiTM, anak dia sebaya dengan Ikram.. belajar pun sama Ikram cuma Ikram Biologi anak dia Fizikal. hari ini tak dapat cerita lama, sebab banyak hal. Makan kat Kenny Rogers.

Hari last nanti janji nak jumpa mereka lagi...

Thursday, March 26, 2009

Baju melayu


First and last...

Monday, March 02, 2009