Monday, December 24, 2012

Allahyarham Haji Amir Halim bin Abdullah.

Hari ini ummi dan ayah ambil cuti untuk persiapan persekolahan Haziq. Pagi lagi kami keluar ke Plaza Alam Central untuk beli baju sekolah di Kedai Canggih. Belilah kelangkapan semuanya, 3 pasang baju pengawas kuning dan seluar hijau serta seluar putih untuk baju PBSM. Baju melayu tempah kat Jaafar.  Lebih kurang jam 10.30 pagi selesai membeli, dapat telefon dari emak minta temankan ngah jaga abang ngah di hospital Klang. Ayah hantar ummi dan ayah terus ke HKL untuk ambil ubatnya. Sampai hospital Aiman tengah tunggu ayahnya, ngah turun beli makanan. Sampai situ Syarifah Norzehan pun sedang cari Abang Ngah. Tak lama ngah pun sampai.
Arwah nampak lemah, guna oksigen. Sedang ngah bercerita arwah panggil ngah minta tisu untuk buang air liur. Da minta kami urutkan tangannya, ummi bantu juga, lepas tu dia minta Aiman pula tolong. Ummi tengok ajelah, lepas tu dia duduk sahaja matanya nampak sayu dan kulitnya warna kuning, doktor kata kanser dah merebak ke hatinya. Ummi hanya berdoa supaya arwah bersabar, dan ummi nampak dia tidak pernah mengeluh dengan sakitnya itu. Sejak arwah keluar hopital Putrajaya, tiap hari ummi melawatnya di rumah, bercerita dengannya. Dia nampak gembira bercerita dia akan dapat cucu, dan masih ingin membantu ummi menunjukkan jalan pintas ke Shah Alam, sememangnya dia adalah pakar rujuk kami sekiranya tak tahu jalan. Dia cekap dengan jalan-jalan dan ingat.
Dalam pukul 1.00 lebih kawan2 ngah balik, tinggal kami bertiga, Ngah, Aiman dan ummi. Arwah minta di tambah oksigen, kami panggil doktor, doktor kata 'ini dah maksimum, no.6' kalau tak silap. Lepas tu arwah diam. Ummi lihat dia nampak penat, jadi ngah minta dia berbaring. Lepas dia berbaring kami nampak matanyaa macam ada kelainan, jadi kami terus ajar dia mengucap dan beristifar. Semasa kami sibuk mengajar mengucap  kedengaran azan zohor berkumandang dari Masjid hadapan HBTAR, semasa sedang azan itulah tiba-tiba arwah tertunduk dan rasanya semasa itulah sampai ajalnya. Innalillah hiwainnahirrajiun. Perginya dengan tenang dan tidak nampak keperitannya menanggung penyakit kanser pankreasnya.
Setelah itu doktor pun datang dan ngah minta jangan dibuat apa-apa rawatan kecemasan. Semasa iu emakpun sampai dan doktor sahkan arwah dah tak ada. Kami terdiam dan redha. Emak terkata apa-apa. Akhirnya ummi bersuara untuk memberitahu semua keluarga. Kami hubungisemua keluarga dan ngah putuskan supaya arwah dikebumikan di Subang Jaya. Urusan pengkebumian diurus oleh Aiman sendiri, mujur ada Selamat, dia berurusan dengan van jenazah. Ummi dsn Acik balik kerumah dan terus ke masjid Subang Jaya. Alhamdulillah semua urusan mudah.
Jenazah sampai untuk sebelum Asar dan selepas Asar terus dimandikan dan terus disembahyangkan di Masjid Subang Jaya. Memang mudah. Kebetulan pula arwah sudah meminta Haji Suratman membacakan yasin di surau malam ini, majlis bacaan yasin menjadi kenduri tahlil arwah. Semua telah disusun Allah swt. Malam ini kami tidur rumah ngah.
Semoga roh Allayarham Amir Halim ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Ameen.
Published with Blogger-droid v2.0.6