Thursday, May 31, 2018

Ramadhan Kareem 1439

Tanpa disedari hari ini Ramdhan telah separuh di hayati, adakah aku telah mengambil sepenuhnya peluang yang diberi dengan pengisian yang sepatutnya? Semoga keluargaku dapat menghayati Ramadhan kali ini dengan sempurna. Alhamdulillah azam untuk tidak berbelanja di bazar Ramadhan dapat dipertahankan. Biasa kami hanya berbuka dengan tamr, buah-buahan, salad dan oat, kadangkala kami mengambil nasi atau bubur lambuk yang dihantar oleh jiran kami, Fitri.

Selesai solat maghrib kami terus ke masjid Negeri untuk berteraweh. Akhir-akhir ini hujan rahmat turun waktu petang hingga ke malam, Semoga kami dapat memenuhi malam malam akhir ini dengan berqiam dan mengaji al quran serta bertemu dengan malam Lailatul Qadar.  Aamiin.

Friday, March 09, 2018

Weekend di Pantai Timur

Hari ini ummi dan hubby ke Terengganu dengan Firefly. Seawal 5.30 kami dah ke Subang dihantar oleh Encik Amir, kakitang SKM Selangor. Faizal dah ke Terengganu dengan kereta malam tadi.  Sedang tunggu flight, kami berbual dengan YB Dato' Mustapha (Tok Pa).

Sampai Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra  kul 8.10 pagi, kami disambut oleh kakitangan SKM Terengganu dan Kleantan untuk dibawa ke tempat program di Besut. Asagohan di Restoran Daun Pisang di Penbgkalan Chepa, makan nasi berlauk, itik serti dan ayam kampung. Kenyang yang amat.

Hujan turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan ke Besut.  Sampai persiapan sedang berjalan, ada pertandingan mewarna oleh Bank Rakyat, pertndingan memmasak makanan tradisional. Ummi sempat merasa makanan untuk pertandingan memasak, disini mereka dibekalkan dengan ikan dan perasa deqsu, Berbagai jenis masakan diadakan, ummi paling suka masakan tempoyak ikan kerapu,

Di Terengganu kami tinggal di Demong Beach Resort, Alhamdulillah besar dan cantik tempatnya, belakang ada pantai.  Ummi tak sabar nak tunggu anak-anak sampai malam ni. Sepanjang tengah hari ummi dibilik sebab lelaki solat Jumaat. Usai solat kami tapak perasmian lagi, tengok pertandingan gasing. Rezeki hubby cuba sekali menjadi pula, happy dia,

Malam kami makan seafood di Zul Ikan bakar, maha Allah sedap tetapi tidak boleh lama, orang menunggu tempat duduk. Jam 10.00 kami balik semula ke tapak perasmian, unturk raptai.

Anak-anak sampai jam 10.30 malam, bawa makan dan kami balik he tempat penginapan dalam kul.11.30. Alhamdulillah semua berjalan sebagaimana dirancangkan.