Thursday, June 30, 2005

Kobetsukondan

Anak-anak dah berhenti KUMON, tapi memang dah program dia, hari ini jam 10.30am kami pergi kobetsukondan untuk anak-anak di KUMON. Sensei tu beritahu perkembangan anak-anak..Overall okaylah... cuma Eigo Athirah lebih sikit, dah masuk tahap 2 nen, chu. Alhamdulillah... cuma belum tahu lagi di Malaysia macamana... Ikram lagilah kecut perut kami kalau diingatkan SPM 2007, Athirah next year UPSR, Haziq tahun 2.

Hari ini, 5 jikan me, 6 nensei Minooka Shogakko pergi Nagamine Chugakko, tengok bakal sekolah menengah mereka.... Ikram kena balik cepat. Hari ini juga ada kelas renang Athirah... balik hari ini keletihan. Haziq pula main dengan Megumi chan, sampai jam 5.00.

Pergi pergi NAFCO beli noren 2 helai lagi...

Wednesday, June 29, 2005

こくごのほん。。。。Kenangan Manis Bulan Mei 2005

Pagi ini Haziq menangis kuat betul sebab buku こくご tak ada dalam randoseru. Hari ini pula ada subject tu..

Ummi: semalam ada tak こくご kat sekolah?
Haziq: Ada...
Ummi: Haziq tinggal dalam meja tak?
Haziq: tak ada..
At last
Haziq: Ummi, semalam Haziq ada letak buku atas meja sebelah, mungkin itu buku こくご
Ummi: Yes.. mesti itu. tapi kalau pagi ini Ummi jumpa buku tu, Ummi akan hantar kesekolah.. ok?
Haziq: diam ajer dengan muka monyok... berfikir agaknya...
Dah puas hati barulah dia diam, dan turun tunggu kawan-kawan lain.

Haziq, Haziq takut betul buku dia hilang.. dia tak suka nak share dengan kawan-kawan kalau tak bawa buku.

Hari ini group Haziq bertambah seorang lagi iaitu Maho chan, dia ni ex-classmate Haziq masa di Kuma Gumi di Kaoru Yochien, tapi pertengahan tahun 2003 dia ke USA ikut parents dia. Sekarang dia balik dulu, tinggal bersama dengan obachannya yang terror berbahasa Inggeris. Sedap Inggeris dia, sebiji-sebiji tapi very clear.

Hari ini Katchan pula terlambat, mereka pergi dulu. Balik sekolah, Katchan, ajak Haziq kerumah dia, beriya-iya mengajak, Ummi benarkan, mujur ada okashi kat rumah, so bawa ajelah.. Kebetulan dari Isnin sampai hari ini, Ikram ada test, so dia balik cepat, tiada bento... minta dia hantar supaya tahu dimana rumah Katchan. Haziq tak pernah kerumah Katchan, jadi kami semua tak tahu dimana rumah dia. Jam 3.40 emak Kat chan called, dia hantar Haziq sampai Gomo tenji, minta jumpa disana, Ikram pergi sekali lagi ambil Haziq.. tanoshikatta desu. Katchan beri dia 7 keping kad kabuto mushi. Suka betul...

Petang ni.. hubby gelabah balik, tiba-tiba Prof. Seichi Fukui, e-mail minta jumpa dia esok, dia kata nak discuss tentang translator dan dissertation dia. Translator tak jadi masalah, sebab dia dah dapat student Malaysia yang dah balik, anytime. 10000 yen sehari, siapa tak nak. Isniah dah setuju. Dissertation? Pembetulan? Naiklah darah tinggi ni. Tunggulah esok....

Terima kad kedua dan gambar dari Kak Sham sebanyak 21 keping, cantik-cantik gambarnya, macam-macam Kak Sham tulis kat belakang gambar, kami ketawa membacanya... Terima kasih kerana mendoakan kejayaan hubby... Semoga Kenangan Manis Bulan Mei 2005 tersemat dalam ingatan kita bersama (ayat Kak Sham).

Tuesday, June 28, 2005

Disaster Prevention Corporation, Kobe City.

Hari ini awal lagi dah siap 3 bento teratur atas meja... Athirah kena pegi awal sebab ada program keluar dari sekolah, berkumpul jam 8.00 pagi. Athirah and her group (10 orang dan seorang guru) akan Kobe, Nishi-ku, melawat museum arkeologi. Tanoshimi katanya.

Ummi pula jam 9.30 pagi ada talk di Minooka Shogakko tentang bantuan pernafasan. Semalam Minooka dah call remind, kalau tak pergi alamat malu lah nanti. Budak-budak kesekolah, Ummi dan hubby, breakfast dan kemas apa yang patut, pergi tunggu Athirah lalu depan rumah, zannen tak sempat Sofi kata, Athirah dah pergi dulu.. zannnen tak dapat ambil gambar group dia. Ummi pergi dengan hubby sampai Rokko michi pun dia dah tak ada.. so hubby hantar Ummi balik dan terus ke Minooka. Ummi sampai just in time. Adalah talk, tengok video dan praktikal. Ummi buat sungguh-sungguh, ok lah dan masa test Ummi dapat "A". Nihongo lagi.. terror juga (masuk bakul naik lift). Selesai jam 12.00 lebihkurang dapatlah minum ocha. Olehkerana dah jam 12.10 tengaharai masa sampai depan rumah Yumi san, Ummi tak singgah lagilah.. malu aje dah lambat sangat.

Jam 3.15 petang hubby dan anak-anak hantar Ummi pergi Kobe Kaisei, hari ini Ummi ada oppointment lagi, Dr. buat minor operation kat lengan Ummi sebab nak test sebab apa ada benjol keras... harap-harap bukan yang membahayakan. Minggu depan baru dapat result.

Hari ini pula ada offer telor "L" 128 yen 10 biji di Maruhachi... kami pergi berempat, (hubby tunggu di kereta) jadi dapatlah 40 biji kali ini... Di Maruhachi ni, setiap hari selasa dipanggil たもごのひ, (hari telor). Ummi jarang lepaskan peluang beli telor murah, senang nak buat kek, cookie, nasi lemak, mee rebus dll, yang penting minum pagi anak-anak おんせんたまご (telor separuh masak)..

Ummi terima kad dari Kak Sham, terima kasih Kak Sham... semoga Kak Sham sihat selalu.

Hari ini buka randoseru Haziq ada alarm warna kuning siap tergantung
神戸市.... ,sekolah pinjamkan selama 6 tahun kepada semua murid, Athirah pun dapat.. Athirah kata kena jaga baik-baik sebab kalau habis bateri, ganti sendiri begitu juga kalau hilang... Haziq gantung kat randoseru, Athirah tak mahu, malas nak jaga.

Monday, June 27, 2005

Last day KUMON for my kids...

Balik sekolah, Haziq dok rayu nak ajak Megumi chan dan Takuya Kun datang main. Beri jugalah main sampai jam 5.00 sahaja sebab ada kUMON. Cepat-cepat dia siapkan shukudai dan hafal sifir... Hari ini Ummi dan hubby ikut sama sebab nak ambil gambar... Selesai bergambar pergi ke コナン beri のれん. puas hati dapat 2 pasang.

Malam, Yumi san call ajak tea kat rumah dia jam 10.30am esok... zannen jam 9.00 pagi esok ada talk mengenai cara menyelamat oleh Disaster Prevention Corporation, Kobe City... tak tahu bila habis. Walaubagaimana, janji dengan Yumi san akan datang kalau selesai cepat.

Sunday, June 26, 2005

金序様 -Kinjo san, our Host Family....

Hari ini selepas Suboh semua tak tidur semula, siap-siap nak pergi bazaar dan ke rumah host family, Takarazuka no Takasedai. Sambil berkemas-kemas rumah dengan bantuan anak-anak sediakan asagohan, pagi ni makan roti ajer.... Buat juga cheese cakes untuk dibawa ke rumah Kinjo san disamping tepak sireh sebagai hadiah.

Jam 8.00-10.30 pagi pergi bazaar kat Gokoku jinja, pagi ni beli mesin pancing ryobi 150 yen, japanese bowl dari kayu lukisan tangan, 1800 yen, jahitan silang pangkah bunga rose, 200 yen, jam tangan jenis Kansai Matsumoto, Japan design 1000 yen dan brooch dari buluh 100 yen satu. Haziq pula beli buku. Ikram dan Athirah dapat T-Shirt.

Jam 11.00 lebihkurang kami ke Takarazuka, kali ini kami pergi ikut jalan Rokko San, letih juga.. ikut bukit berpusing-pusing, tapi dekat. Jam 12.10 tengahari sampai diarea rumah dia... ternampak Kinjo san turun bas bawa bungkusan bento... berhenti dan bawa dia balik kerumahnya.... Kat rumah Kinjo lelaki sedang menunggu. Bagi cakes dan hadiah, suka betul dia dapat tepak sireh, kami pun terangkan kegunaan tepak sireh tu... dia siap keluarkan kamus malayalam... Kinjo san ni seorang Prof. di sebuah Daigaku di Osaka, mengajar English Literature... bahasa tak boleh lawanlah... Belajar USA/UK dari Undegrade lagi... Kali ini kami tak teruk kena soal, sebab dia terpaksa pergi meeting tengahari tu.. so sekejap aje kami jumpa dia, Kinjo perempuan lupa ojisan ada meeting... sebab tu dia suruh datang rumah dia hari ini.... tapi ok juga.. kurang sikit soalan.

Lepas makan-makan tenpura, kami tengok gambar keluarga dia, dia keluarkan Yukata dan ajar pakai serta hadiahkan Ummi Yukata sepasang bersama peralatannya... tak terkata Ummi, cantik, warna biru putih, obacan kata, warna biru dan putih ni, original Yukata..obi warna coklat.. sock warna putih macam kasut pun dia beri tapi itu untuk Kimono. Selesai maka-makan dia ajak kami pergi bandar, shopping... kali ini dia belikan Athirah Yukata dan peralatannya, siap kasut sekali. 1 mang lebih semuanya... Sibuk betul dia nak membelikan Athirah.. lepas tu dia bawa pula pusing dalam kedai, tak berani nak pegang benda lain, takut dia belikan... apa pula nak balas nanti. Akhirnya dia belikan buah-buahan di kedai yang selalu dia beli buah-buahan yang di kirimkan kerumah kami. Orang tu pun ingat kami duduk Kobe, sebab dia kata orang tu yang tolong post untuk dia...

Jam 5.00 lebihkurang kami hantar dia balik dan terus balik kerumah melalui jalan 121. Jalan raya sesak sikit sebab baru habis lumba kuda.... Makan malam hari ini tenpura dan blueberry pai dan buah-buahan yang diberi oleh Host Family. Kenyang.
Lepas makan... bantu anak-anak belajar.

Saturday, June 25, 2005

what a pack day!

Today is Saturday...pretend to be relax ??? thinking of going out for some fresh air in the morning because in the afternoon have to go for a badminton game with Indonesian friend.. (keep smashing for the past 3 years.)..finally, saw Athirah no Ajisai in our small garden outside the house.... Everybody agreed to go for a ajisai viewing... where to go? as usual check from the website and found one ajisai garden close to our house.. 13 km only... prepared some onigiri for bento... and by 10.00 we were already at the entrance of that garden.. as usual, many Japanese were there for the same reason... what a big garden! tired... only half way.. many types of ajisai... and found one play ground.. haziq, athirah and ikram took a chance to play with some of the facilities there... and finally, took onigiri in the park...

At 1.20 drove back.... took a Mount Rokko route.. Haziq want to attend hanashikai at 2.30...

3.30 haziq and the gang came back from hanashikai.. ready... to go to Sunshine wharf... before going to Shoshen for badminton game..

While busy jumping and smashing, received a call from Haris inviting for a gathering after maghrib and yassin reciting program at Faizal and Fairuz's house ... ... so, finished the game one hour earlier and rushed back...took quick shower... rushed to their house and enjoyed nasi ayam .. was there until 11.00... have to go early to watch soccer Brazil vs Germany...

Friday, June 24, 2005

Branded Sales..

seperti biasa, sambil masak breakfast, tengoklah newspaper dan advertisement yang dilampirkan bersama newspaper.. biasanya Kin youbi adalah barangan letrik, perabot, dari yamada denki dan midori, nitori, sunshine warft Kobe, barangan makanan basah dari Maruhachi, Gourmet city dll. Pagi ni ada branded sales di Port Island.... kat iklan tu ada handbag, kasut, jam tangan dll... bersemangat betul nak pergi, selesai urusan di Kobe Kaisei, called hubby, terus ke Port Island... berdasarkan peta yang disediakan, kami pun sampai, ramai juga yang dah ada kat sana... kami pun join. Barang banyak juga, tapi harga pun mahal juga... puluhan ribu... akhirnya hanya beli rantai dan ring pearl...

Hari ini juga Athirah dan Haziq mula masuk pool.... sampai petang semalam Athirah sibuk memastikan peralatan masuk pool untuk dia dan Haziq... beria-ia dia menyiapkan barang Haziq takut benar dia Haziq tertinggal barang.. malu nanti nampak dia tak jaga adik... Pagi-pagi lagi dia dah mengarahkan Haziq mengambil suhu dan menuliskan ke kad suhu yang memang disediakan dan meletakkan hanko. Siap kad disediakannya. Arigatou Athirah. Bal;ik sekolah, sibuk Haziq bercerita mengnai pool. Seronok sangat hari ini. Malam ni sure tidur awal.

Hubby balik dari Masjid, kami pergi pula membasuh kereta... quality time bersama anak-anak. Basuh kereta sendiri, air 300 yen dan vacumm 100 yen.. puas main air kat tempat tu... kereta pun tak banyak..

Malam... bersama-sama anak-anak kelas agama.

Thursday, June 23, 2005

KUMON

Hari ini Ikram beritahu dengan sensei kat KUMON, bulan ni last belajar KUMON, sebab nak balik Malaysia. Haziq seronok betul... dia kata dia boleh ajak kawan-kawan hari hari. Takun pula bagi dia greenlight boleh datang rumah dia bila-bila masa, sebab Haziq dah nak balik Malaysia... Hari ini terpaksa ambil mereka kat KUMON sebab lewat sangat baru habis.. jam 7.30 malam. Ini kerana Haziq main dengan Sakashita Junpei kun pula sebelum pergi KUMON.

Ikram dan Athirah biasa ajer, tak beritahu lagi bila nak balik Malaysia kat kawan-kawan.

Malam... urusan biasa, dah mula ajar pelajaran Malaysia, bimbang terkejut nanti, terutama bahasa dan pelajaran agama.

Wednesday, June 22, 2005

Suiyoubi - 水曜日 Haziq dan Katsuro kun

Bangun awal, siap-siap buat burger ayam untuk bento... oishi katta desu. Bila buat burger teringatlah makan burger Mc Donald. Burger buat sendiri pun best juga... Hari ini siap dengan salada.

Hari ini Haziq pakai baju sukan dan boleh pinjam buku di toshokan. Dia bawa balik 2 buah buku, kabuto mushi dan kuwakata. Hari ini dia ajak Kimura Tatsuro kun datang rumah. Petang pula Haziq dan Katsuro kun pergi ke Maruyama koen bersama-sama Ikram. Emak Katsurokun dah tunggu kat sana. Main sampai jam 5.00.

Lepas Maghrib mula ajar haziq ayat-ayat dalam sembahyang...

Tuesday, June 21, 2005

window shopping...

Selesai urusan harian... terus ke Nada ku City Hall hantar borang, borang apa pun tak berapa pasti, tapi dia minta isi dan hantar berkaitan persekolahan anak-anak di Jepun. Selesai urusan di City Hall terus ke Sannomiya, DAIEI hajat nak shopping curtain, のれん dll. Yang berkenan dihati takai des ushita... ada dekat 1man sehelai... tak beli lagi, tengok tempat lain pula... masuk auction ke....

Balik jam 1.00 lebihkurang, bimbang nanti Haziq balik, tak dapat masuk rumah pulak...

Malam, benkyo dengan anak-anak.

Monday, June 20, 2005

thesis submitted...... tunggu viva.

Jam 2.45 pagi lebih kurang hubby gerakkan dan terus tak tidur sampai malam... hubby dah mula gelabah, Ummi masak べんと dan あさごはん lebihkurang aje, mujur hanya Ikram yang sekolah, Athirah dan Haziq おやすみ - cuti ganti sebab semalam kena pergi sekolah. Selesai kemas meja makan, terus bantu hubby kat komputer, adik dari US pun sama-sama semak dan betulkan. Mana yang dia tak clear dia tanya dan bantu tukar ayat supaya nampak lebih clear. Mujur tak banyak yang dia tak faham, so sekejap aje tugas ni selesai. ありがとう adik, lepas ni kami akan hantar lagi untuk di edit, lebihkurang 335 pages. Terasa begitu dekat USA dan Japan, dapat saling membantu semasa diperlukan dengan adanya teknologi terkini, berbicara dalam YM dengan camera

Jam 12.00 tengahari siap print sehingga muka surat 235, ink habis,,, hubby berpeluh mana taknya, tengok stock ink tak ada. Apa lagi siap-siap pergi daigaku. Ummi pun ikut hari ini, hubby print, Ummi dok siapkan table of content berdasarkan pages yang telah diprint... laparnya perut tak boleh cerita... rugi tak puasa hari ini. Lepas siap semua, Pak Yon Arsal dan 2 Nihonjin no tomodachi bantu untuk punch hole dan ikat dengan hard cover... macam cara dulu-dulu.. Kalau kat Malaysia hantar kedai untuk dijilid.

Alhamdulillah jam 4.50 petang 6 salinan thesis dapat dihantar ke Pejabat GSIC, Kobe University... kat situ ada seorang student dari Egiept pun submit paper dia. Pekerja tu semak paper hubby, check aje ternampak spelling mistake kat borang "Summary of the Doctoral Dissertation" frust hubby, tapi staff tu kata hantar sahaja esok. Economics students yang InsyaAllah akan grad kali ini 3 orang, 2 foreigner dan seorang nihonjin. Nihonjin tu dah hantar pagi tadi. Legalah hubby malam ini. Lepas Maghrib kami semua makan kat サイゼリア。

Hari ini ada KUMON, pandai-pandai mereka urus sendiri, Ummi tak dapat bantu Haziq hafal sifir 9, Athirah saja yang bantu. Lepas juga dia hafal sifir 9 hari ini.

Sunday, June 19, 2005

にちよさんかん 、お父さんのひ ーおめでとう

Mengantuk betul pagi ini.. malam tadi tolong hubby sampai suboh.. tidur sekejap buat sarapan pagi. Walau hari ini Sunday, tapi Athirah dan Haziq ada nichiyou sankan iaitu sekolah hari Ahad. Kebanyakan sekolah di Jepun memang mengadakan NIchiyosankan ni untuk kaum bapa melihat anak-anak mereka belajar. Sebelum ini, kelas hari Ahad ini di panggil juga chichiyo sankan, iaitu hari bapa belajar(lebihkurang begitu) Nichiyo tu dari Nichi youbi.

Hubby memang tak boleh pergi, kesian hubby, dia memang suka pergi sekolah anak-anak tapi sebab tak siap thesis, kena submit pula Hari Isnin ni, dia buat kerjalah dirumah. Jam 8.15 pagi Ummi pergi dengan Ikram. Sampai depan sekolah, nampak Haziq sedang siram pokok あさがお (asagao) - morning glory dan pokok tomato.. besar betul tomato dia.. buahnya banyak, tapi zannen Haziq tak suka tomato. Dalam kelas Haziq ada berbagai hiasan buatan anak-anak dan didepan kelas pula diletak pula pokok buloh, untuk tanabata.

Penat juga hari ini sebab waktunya sama 8.30- 10.30, kejap kelas Haziq, kejap kelas Athirah. Seronok juga kalau Malaysia buat acara tu...Kelas Haziq, kebetulan べんきおうかかり Haziq bertugas あさのかい , jadi dapatlah tengok dia bercakap kat depan dengan 7 murid yang lain, Haziq mainkan CD lagu dan menyanyi bersama-sama. Masa kelas dia belajar sansu, Ummi dan Ikram pergi kelas Athirah, masa tu kelas Athirah pula main muzik dan menyanyi juga. Masa kelas kokugo pun tengok kelas Haziq, dia kena bercakap juga, bagus betul Haziq, sensei tanya, sentiasa angkat tangan... lurus pula tangan dia tu... beriya-iya nak menjawab. Athirah pula, kena menulis di depan.. lepas tu bila sensei suruh baca, perlahan betul dia baca.. malu lagi nak bercakap depan orang ramai, masa menyanyi lagilah suara pun tak dengar.

Yasumi jikan, Haziq ajak juga Ummi tengok dia main tsuriwa. pandai betul dia, bergayut-gayut.. sekejap saje sampai hujung. Habis yasumijikan, Ummi masuk kelas せいかつ Haziq, parents dan anak-anak sama-sama buat たけとんぼ - dragon fly, lepas tu sama-sama terbangkan tonbo, masa terbangkan tonbo, Ikram aje keluar dengan Ikram, Ummi pergi pula kelas Athirah sampai jam 10.20pagi.

10.30 pagi, semua kena masuk roka, dengar ceramah tentang Kobe... entahlah bukannya faham pun. Penceramah tu pula, punyalah rajin, 2 jam straight dia bercakap, umur dia dah 82 tahun, kuat betul. 12.30 habis ceramah tunggu Athirah dan Haziq kat kelas mereka. Hari ini disekolah ada menjual pakaian renang, Ummi hanya belikan Haziq topi berenang. Topi Haziq warna biru.

Lepas Asar, hubby suruh beli kertas fotocopy 6 rim kat コナン. Pergi dengan anak-anak. Hari ini Ummi beli bunga. Esok bolehlah menanam. Selesai di コナン Ummi pergi pula kaimono kat Kansai Supa.. harga boleh tahan juga.. sushi murah-murah dan cantik-cantik. Kami beli inari sushi untuk makan malam bersama pecal. Pecal tu, kuahnya mak bawakan masa datang tempohari... kali ini kuahnya manis pula.. tapi sedap.

Malam tolong hubby lagi, tapi malam ini sekejap aje, tak tahan mengantuk, sampai tertidur depan laptop. Kesian hubby tak dapat tolong banyak.. tengok kita tertidur banyak kali kat laptop, dia kejut suruh tidur. Apa lagi? Oyasuminasai



父の日 おめでと。

Selamat Hari bapa, semoga berjaya mendapat gelaran Dr...dan menjadi bapa yang dikagumi oleh anak-anak. Kami hanya hadiahkan ayah lukisan kami. Lepas ayah siap kami nak ajak dia keluar makan kat Saizeria. Sekarang ni ayah serius ajer.. kami tak boleh bising. Bila ayah sibuk sangat, Ummi akan bawa kami keluar.

Saturday, June 18, 2005

Sunshine Wharft Kobe....

Hubby sibuk sangat.... Ummi tolong juga sikit-sikit mana yang boleh. Jam 11.30 pergi Sunshine Wharf sebab ada bazar, mulanya Ummi lupa, hubby dok sibuk suruh pergi. Ummi pergi dengan anak-anak. Kali ini tak berapa belanja, hanya beli barang keperluan harian, iaitu, sabun basuh アタッタ 250 yen satu, Ummi beli 2 kotak. Suito pooh san 500 yen... yang paling menarik Ummi beli buku jahit quilt dan cara wrap hadiah, 10 yen satu. Ummi beli 5 buah buku, best betul. Jam 1.30 kami ke Yamada denki, tengok dictionary dan terus balik.

Jam 2.15 petang ke Minooka Shogakko pula dengan Athirah dan Haziq. Ummi pergi belajar Ikebana, anak-anak dengar hanashikai. Selesai kelas Ikebana, Ummi pula pergi toshokan bersama mereka. Jam 4.00 petang balik rumah, mulalah sessi membantu hubby menaip. Ikram, Athirah dan Haziq pergi ke Rokko michi, pergi naik bas, balik jalan kaki.. tak tahu apa yang hendak dibelinya. Jam 7.00 lebihkurang mereka pun balik. Ummi sibuk, Ikram masak nasi goreng. Ummi tolong hubby taip/semak thesis.. bila nak siap ni.. dah tak tahan mengantuk.

Friday, June 17, 2005

Padi Minooka Shogakko


padi disekolah ditanam oleh 5 nensei...

Kagum melihat sekolah Jepun, walau kawasan sekitar tiada pokok padi, tetapi pihak sekolah mengambil inisiatif menanam padi bersama murid 5 nensei didalam bekas khas dan tin-tin besar. Athirah dapatlah merasa menanam padi, mengering padi dalam kelas. Kemudian dijadikan beras serta dimakan bersama rakan sekelas. Ummi dulu, tinggal dikawasan tiada padi, lansung tak pernah masuk sawah...


Hari ini membersih pasu bunga dan kawasan balcony... hajat nak tanam bunga pula lepas ini, tapi dalam pasu kecil-kecil aje.. nak tanam pokok yang berbunga biar cantik balcony. Dulu banyak tanam pokok-pokok herba, cili, lemon grass, kunyit, cekor dll, tapi sekarang tinggal lemon grass aje, lain dah mati.

Pagi tadi, 6 nensei membasuh pool bagi persedian berenang minggu depan. Haziq pula dah sihat hari ini cuma masa taiku dia tak main, petang, pergi pula bermain dirumah Umesaki Takuya bersama Oota Megumi dan Oota Ayaka. Haziq dah bawa omiyage buat Takuya kun. Kawan lain belum lagi. Malam Ummi buat makaroni bakar sahaja.

Thursday, June 16, 2005

箕面箇所賀っ子の先生電話しました -panggilan telefon dari Minooka shogakko

12.15 tengahari goro, denwa berbunyi, hati tertanya-tanya siapa pulak yang telefon, dengar suara Nihonjin, mujur dia perkenalkan diri.. fahamlah, rupanya Haziq sakit perut minta diambil, Ummi pun siap-siap pergi ambil, dipagar sekolah, intercom, perkenalkan diri lagi... kalau tidak, tak boleh masuk, sensei dah tahu..so tak ada masalah. Kyoto sensei ambil dipintu pagar, hantar ke bilik sakit.. Haziq sedang baring.. kesian dia, tak boleh bangun, Ummi tepaksalah dokong dia, randoseru dan bento sensei yang jaga bilik sakit tu yang tolong bawakan ke kereta... mengah juga mendokong nya.. 22kg. Masalah sekali lagi, kena dokong naik ke tingkat 4, mengah Ummi, demi anak, bawa juga. Petang ni, kalau tak kurang kenalah bawa dia ke klinik pula... Makan tengahari pun tak lalu, Ummi suapkan tapi dia makan 2/3 suap aje... kesian tengok dia bila sakit, kalau sihat tak duduk diam... hari ni pun hari KUMON, alamat tak pergilah hari ini... Moga Haziq sembuh. Pandai pula bawa diri disekolah, sakit perut terus pergi bilik sakit, lansung tak beritahu kakak yang di 6 nensei... dia kata abang 3 の 2 tolong dia pergi ke bilik sakit tu.. sebab dia susah nak jalan tegak.

Petang jam 6.00 petang pergi Klinik Nagasako. Kali ini Ikram dukung dia pergi dan balik. 2 kali makan ubat, Alhamdulillah baik, terus buat shukudai dan baca buku.

Wednesday, June 15, 2005

Happy Birthday Mom...

Selamat Harijadi untuk bonda yang dikasihi. Semoga sentiasa sihat dan diberkati Allah hendaknya... dari jauh kami kirim doa untuk mu bonda/nenda.

Hari ini macam biasa, temankan Haziq baca buku dan buat shukudai, kalau ditemankan laju sikit dia buat. Sekarang ni, bila balik aje sekolah, mesti cari makanan, lapar katanya... puas bermain disekolah. This Friday, 6 nensei akan bersihkan pool sekolah, pool akan dibuka next week, seronok betul Haziq nak main pool.... masa di yochien dulu, poolnya kecil, kali ini besar... kata kat dia, mesti pandai berenang kali ini. Pool sekolah Ikram tak tahu bila pula bukanya... tapi selalunya lebihkurang aje masanya... whatever, Ummi kata kat anak-anak, penuhi masa belajar di Jepun puas-puas, di Malaysia nanti, nak masuk pool kenalah pergi swimming pool kat akuatik (kalau tak silap), kena bayar lagi tu... walaubagaimana Ummi akan bawa mereka pergi, sebelum ke Jepun pun Ummi selalu bawa mereka pergi berenang...

Malam ni, adik dari US called dia hantar cakes ke rumah Alang, emak kat rumah Alang sebab Alang nak buat berkhatam Quran Addin dan Fatin hari Sabtu ni... Cakes dari secret recipes.. おいしいそね。。。Sekarang ni tentu emak tengah makan cakes yang adik hantar... Next year, InsyaAllah kami bolehlah join makan brithday cakes mak, sambut sama-sama macam dulu-dulu.

Tuesday, June 14, 2005

Haziq masih tak puas hati...

Hari ini Haziq masih tak puas hati, dia masih kata, kenapa dia tak dapat sijil dari KUMON... puas juga menerangkannya, Alhamdulillah, hari ini sensei beri dia 2 stamp すばらしい sebab dia tulis おけこしょう hiragana dengan cantik, sensei tulis (ん)とってもじゅずですね。。。 Puas hati betul dia, sungguh-sungguh dia membuat おけこしょう yang seterusnya, jadi bolehlah cover sikit ketidakpuasan hatinya...

Petang, dia minta Ummi telefon JJFC, dia nak juga masuk サッカーまつり bersungguh-sungguh betul, sebab masa dulu, terlupa nak buat reservation, dia tak boleh masuk.... Alhamdulilah kali ni dia diterima.

Hari ini hubby jumpa lagi Prof. Fukui, risau betul dia, kali ni nak jumpa untuk ambil comments paper yang dia hantar last Friday... Minta-mintalah okay.. tak lah teruk nanti bila viva.

Malam ni, makan nasi kerabu.... berselera semua, Haziq bertambah 3 kali. Hubby dan Ikram pergi projek cari barang... hasil kali ni amat memuaskan. New webcam, new wallet, new card case and keitai. Setiap malam Rabu, minggu pertama dan ketiga, itulah kerja mereka... hahahaha

Monday, June 13, 2005

Sijil dari KUMON..

Lepas makan malam, Athirah beritahu dia dapat sijil dari KUMON yang mengatakan dia berjaya mencapai no. 18,036 dari 42,964 peserta KUMON seluruh Jepun dan No. 811 dari 1,962 peseta Kumon seluruh Hyogo ken. Omedeto Athirah..

Haziq kata, "Ummi, Haziq pandai juga tapi kenapa tak dapat?" Ikram diam sahaja. Ummi kata "Abang dan Haziq memang pandai tapi masih ikut level budak Jepun, sebab tu ramai persaingan, kakak pula ambil English level sekolah menengah Jepun, jadi nampaklah kakak cepat," Walaubagaimana dia masih kata dia pandai. Budak-budak sentiasa nak menang. Akhirnya Ummi kata, "macamni Haziq, nanti tanya sensei KUMON, bagaimana nak jadi orang yang dapat sijil?, Ok?. Dia diam. InsyaAllah tentu dia akan tanya nanti, sebab Haziq ni memang berani dan kalau dia hendakkan sesuatu dia akan cuba sampai dapat.

ECO Family, Kobe

Seperti selalu, Monday is my lazy day... Masuk minggu ke 10 anak-anak sekolah untuk semester ini. Semakin hampir rasanya kena balik Malaysia. Haziq selalu cakap dia nak sekolah sampai 6 nensei kat sini... walaubagaimana selalu beri semangat kat dia dimana sahaja kita sekolah sama sahaja, yang penting belajar sungguh-sungguh, kalau ada rezki boleh masuk daigaku di Jepun. Athirah pula lansung tak kata apa-apa.. dengan kawan-kawan pun tak beri tahu yang dia akan balik penghujung bulan September/awal Oktober, begitu juga dengan Ikram... Ikram kata dia dah tak boleh dengar lagu Jepun, bila dengar rasa sedih... itulah ragam anak-anak..

Jam 9.45 pagi Yumi san datang ambil Ummi untuk pergi Nada Shogakko, untuk buat speech seperti yang dirancangkan. Sampai sana, tolonglah dia buat jumbi sikit, ramai juga yang datang membantu.. seronoknya semua pandai berbagai bahasa... Bahasa Malayu pun ramai yang tahu, mereka kata mereka belajar dengan mendengar sahaja.. dia tak pernah pun pergi Malaysia... tapi dia tahu cakap Melayu. Ada yang padai cakap Tamil, Thai, India, Itali, Peranchis dll. Mulanya kami memperkenalkan diri dengan bahasa yang kami tahu... lepas tu adalah acara games minda dengan penonton yang terdiri dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa, aktif semua.. peta negara luar pun ramai yang dah tahu... Ummi pun join juga.. tanoshi katta desu.. Sampai giliran Ummi, Ummi pun ceritalah tentang Malaysia... Ummi tukar sikit speech tu.. campurkan bahasa Jepun, Inggeris dan Melayu... sebab tengok ada yang baru Yochien... nak cakap tinggi pun mana dia faham.. Ummi takut mereka tertidur pulak.. tapi Alhamdulillah... rasanya berjaya... lepas tu Ummi tunjukkan bahan pameran Ummi iaitu sepasang baju melayu, baju kurung, baju kebaya, songkok, samping, congkak dan bola takraw... last tu masa nak balik Ummi ambillah gambar dengan separuh dari mereka dan ada yang komen, best speech tentang Malaysia.... masa tu, speech pun tentang Malaysia aje... yang lain hanya games dengan bahasa lain... seperti sebutan nombor untuk buat kumpulan. Mereka juga menyanyikan lagu rasa sayang, lagu Peranchis, lagu Inggeris dan lagu Jepun... Ummi ikut ajelah. Jam 12.00 acara pun selesai, Ummi pun berikan pemplet tentang Malaysia tu pada semua yang ada. Jam 12.30 tengahari siap kemas barang, Yumi san hantar Ummi balik.. petang dia datang lagi bawakan Ummi orange, mango dan pineaples juice.

Jam 2.30 petang Haziq pun balik sekolah, temankan dia buat shukudai Kumon dan hafal sifir 8. Hari ini penat sangat, tak larat jalan kaki ke Suido suji dengan anak-anak, mereka pergi sendiri tapi Ummi dan hubby pergi ambil dengan kereta. Kaimono sikit. Hubby masih sibuk sebab kena submit thesis pada Jun 20. Gambatte ne..

Sunday, June 12, 2005

にちようび ,やすみです。。。

Macam semalam, sayang nak tinggalkan futon, santai dengan anak-anak tengok magi ranger dan cerita-cerita lain, sambil tu bacalah sikit-sikit, praktis nak cakap esok, terkial-kial dan berbelit-belit lidah cakap Jepun... speech dah Ikram tolong translatekan... arigato Ikram, siap gambar-gambar lagi tu...

Jam 9.00 pagi bangun tapi blackout sekejap, entah kenapa tiba-tiba rasa pening, ummi cuba berdiri pegang pintu tapi terjatuh, panic hubby.... berpeloh-peloh ummi pagi tu, katanya muka ummi pucat. Alhamdulillah lepas kena picit, lega dan boleh bangun buat cokodok ikan bilis.. tak pernah pula kena macam tu, janganlah itu petanda kena penyakit lain pulak...

Hubby study. Petang ゆうゆ san datang nak information untuk buat ごしょかい. hari ini hanya buat preparation untuk esok ajelah... Petang pergi lagi Sunshine Wharft, ambil jugalah 携帯 tu.. yang tinggal hanya warna orange.. kata kat Athirah ini dia punya, suka betul Athirah, malam asyik dok pegang telefon aje bersama Haziq.. Haziq pun dah pandai buat SMS... singgah rumah Faizal/Fairus ambil pamplet tentang Malaysia dari TDC, Osaka.

Siap-siap barang untuk ditunjukkan esok. Gambarimasu.

Saturday, June 11, 2005

Yasumi desu...


handsome?

Lepas suboh... semua santai atas futon sambil tengok Tv... Best juga tengok cerita kanak-kanak... 9.00 pagi semua dah bangun dan siap-siap minum pagi, makan nasi berlauk. Makan kenyang-kenyang, lepas Zohor tu pergi Mikage gunting rambut hubby dan Haziq. Shopping kat Nagasakiya dan Daiso.. Balik hubby terus hantar ke Minooka shogakko sebab Haziq nak dengar はなしかい (hanashikai) -story telling. Ummi da Athirah tak masuk dengar hanashikai tapi kami tengok buku-buku kat luar sahaja.

Jam 4.00 goro kami balik dan lepas Asar pergi pula main badminton dan tennis. Busy betul hari ini, makan pun tak tentu... Maghrib pun kat gym. Balik singgah pula di Sunshine wharf... tengok-tengok aje dan ambil gambar.. nak buat telefon tapi dah tutup.. staf tu simpankan esok sampai jam 7.00 petang... kangai yo.. nak ke tak nak sebab harganya dah 6 ribu yen lebih...

Balik cuba-cuba buat draft untuk speech on Monday.

Friday, June 10, 2005

Yorugohan kat Nada Kaikan...

Alhamdulillah... hari ini Ono sensei turunkan dos NEORAL (50mg) dari 3 kali sehari kepada 2 kali sehari, selbex (50mg) masih tetap 3 kali sehari Ubat sapu pula diganti kepada lebih kuat iaitu campuran オキサロール dan リンデロンレ。 Mudah-mudahan sembuh betul berubat kali ini, berubat ni kadangkali malas sebab tu lah tak baik-baik, kali ini dah janji dengan diri supaya berubat betul-betul, jangan tak pergi oppointment.

Balik Kobe Kaisei, terus ke Rokkomichi, beli ribbon nak buat ketupat..

Petang jam 2.00 petang Haziq balik, terrgesa-gesa dia nak pergi rumah Umesaki Takuya kun bersama Megumi chan dan Ayakan chan. Jam 3 petang goro Umesaki san datang bersama Takuya kun dan Maya kun ambil mereka... berbagai okashi dibawanya.. controller PS2 pun dibawanya. Jam 5 petang Oota san bawa dia balik sekali. Gembira betul hari ini. Beritahu nak pergi lagi...

Malam ke kaikan, bilik Fadiah, hajat nak belajar ketupat, tapi semua dah lupa.. makan malam kat sana... jam 11.00 goro baru balik. Esok cuti jadi budak-budak dapatlah tengok TV.

Thursday, June 09, 2005

もくようび - moku youbi

Seperti biasa, hari ini sedang kemas-kemas dalam bilik tatami, dengar "krok,krok" dari balik sofa, rupanya bunyi dari anak kabuto muchi Haziq... dah besar agaknya, aktif sikit Haziq punya ni dibanding dengan Athirah dan Ikram punya.

Haziq balik sekolah jam 2.30 petang, hari ini hari busy bagi anak-anak kerana ada KUMON. Hari ini Haziq best betul, semua shukudai dah siap, tinggal buat sifir 7 ajer... tak sampai setengah jam hafallah dia. Ikram pergi dulu hari ini sebab Athirah pulak tak siap lagi shukudai... jam 4.45 petang baru kami pergi. Balik sama-sama... adalah pembantu bawa barang...

Hari ini cuba-cuba buat ketupat, tapi tak ingat, cuba hubungi Fadiah, dia pun tak ingat.. nampaknya tak dapatlah nak tunjuk buat ketupat. Malam tengok anak-anak belajar.

Wednesday, June 08, 2005

speech about Malaysia...


best friends...

Haziq hari ini mood kurang baik sebab Megumican pergi ikut kawan-kawan perempuan, Haziq pula kena tunggu Takuyakun dan Katsunorikun. Kebetulan hari ini dia turun awal, jadi terasa lamalah menunggu... dia marah dan terus pergi sendiri, tak peduli pun Ummi panggil... bahaya betul, ada kereta pun dia tak perasan, Ummi rasa nak kejar dan jerit kat dia ada kereta, mujurlah kereta tu berhenti, memang kanak-kanak sekolah ramai waktu tu, so kereta pun semua tak laju... betullah Haziq ni buat Ummi risau ajer... Athirah pula pergi dengan Sofi (Indonesian).

Petang pula Yumi san datang rumah, minta buat speech pada 6/13 di Nada, jam 10.30 hingga 12.00 tengahari. Ummi setuju aje... lepas ni kenalah minta budak-budak check kan Nihongo. Satu lagi sekarang dok fikir apa pulak nak bagi sebagai omiyage... fikir-fikir macam nak buat ketupat dari ribbon. Ingat lagi tak ni? trylah... Called Hezleen minta dia ambilkan pamplets tentang Malaysia di TDC Osaka. Sambil fikir-fikir tengokkan Haziq dan Athirah buat shukudai... Haziq gembira hari ini sebab sensei kata dia dah pandai buat "あ".

Malam dengarkan Haziq membaca hiragana dan beri komen. Itulah rutin setiap malam masuk minggu ke 5, parents diminta komen ditempat yang disediakan. Ikram pula study sains dan matematik Malaysia. Pelajaran Malaysia Athirah pula Kajian tempatan.

Tuesday, June 07, 2005

Alhamdulillah... dah sihat.

Bangun pagi, rasa segar.. dah sihat hari ini.. syukur Alhamdulillah. Selesai urusan anak-anak kesekolah, hantar hubby ke Daigaku, hari ini dia ada oppointment dengan Prof., patutnya semalam, tapi disebabkan Prof ada meeting, kena jumpa hari ini. Mudah-mudahan hari ini komen berkurangan.... dapatlah berjalan ke pulau-pulau bawah sebagaiman rancangan awal kami. Hubby kena submit thesis pada June 20. Sekarang ini memang dia tidur dan rehat tak menentu, ikut dan aje. Kadangkala kesian juga, asam garam mencapai cita-cita... demi sebuah gelaran Dr. dalam perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Anak-anak balik seperti biasa, terus buat shukudai masing-masing. Ikram kalau ikut pelajaran Malaysia, dia akan ambil PMR tahun ini, tapi mungkin dia tidak sempat ambil, walaubagaimana sekarang ini dia mengikuti tuition ADABI gaya Pos. Ini adalah untuk persediaan dia menghadapi pelajaran di Malaysia nanti. Selalu ingatkan dia kalau nak berjaya mesti study smart... Athirah pula tahun depan akan ambil UPSR, Haziq akan masuk Tahun 2. Anak-anak dah besar, mula rasa bimbang akan pelajaran mereka, mampukah kita menjadi parents kepada anak-anak sekarang?

Malam ambil hubby di Daigaku, Pak Yon Arsal pun ada. Singgah di COOP, bei aiskrim untuk Haziq sebab dah janji tadi. Hubby beritahu Prof. beritahu mungkin viva sebelum July 28. Kalau ikutkan program yang Prof. dah sediakan buat hubby, adalah masa untuk kami meneroka pulau Shikoku dan Kyushu.

Malam, seperti biasa temankan anak-anak belajar. Berakhir sehari kehidupan seorang surirumah. Hari ini menjahit beg bento, lapik makan dan bekas tissue. Yatta.

Monday, June 06, 2005

あさのかい - asa no kai... ucapan pagi

Masuk minggu ke 9 persekolahan anak-anak untuk semester pertama. Macam biasa, bangun siap-siap apa-apa yang perlu, buatlah bento... hari ini hubby tolong sebab badan kurang sihat. Masak kari kandar perasa maggi. Anak-anak kata sedap ayah masak. Asagohan pun hanya milo dan nestum. Home bakery cuti, tiada roti hari ini.

Pagi, Haziq beritahu hari ini giliran no 1-3 bercakap, termasuklah Haziq, dia no.3 dalam class.. tanya dia nak cakap apa? dia kata dia nak beritahu asagohan dia aje...minum cocoa dan malaysia no tabemono..cakap panjang-panjang nanti kena tanya... malaysia no tabemono tu apa? dia kata nestum. disebabkan susah nak dapat cereal yang boleh dimakan, kami malas nak mencari, jadi kami hanya makan quaker oat, Haziq ingat hanya quaker oat ada kat Jepun.

Tengahari rasa badan sihat sikit bangun dan buatlah kerja yang perlu, sentaku, sidai baju dan melipat baju. Menjahit beg yang terpengkalai dll. Haziq balik sekolah temankan dia buat shukudai dan hafal sifir 6. Hari ini Ikram pergi dulu KUMON sebab dia ke Suidosuji dahulu. Athirah dan Haziq pergi kemudian tetapi balik dahulu. Ikram balik lambat betul hari ini. Hari ini tidak kemana-mana, hanya dirumah sahaja. Hubby balik daigaku, singgah COOP beli budo untuk bento esok.

Malam ini masak nasi ayam. Temankan anak-anak buat shukudai dan study.

Sunday, June 05, 2005

Nada Challenge - 灘チャレンジ2005


Nada challenge & bazar....


supa- boru


Nada... tepi sungai.
Hari ini sakit perut, onaka kaze agaknya... Ikram dan Athirah buat sarapan, dia masak ayam 5 rempah. Oishi desushita. Lepas makan siap-siap pergi Nada Challenge, ada bazar, buat mochi dari pulut yang dimasak kemudian ditumbuk sampai halus, supaboru dan lain-lain, tak lama sebab badan tak berapa sihat. Jam 1.30 hubby hantar pergi Minooka Shogakko sebab ada kelas Ikebana. Selesai kelas Ikebana masuk toshokan bersama Athirah, duduk tengok buku-buku sehingga jam 4.15 petang.

Balik, terus berehat, rumah nampak tak terurus... tapi memang tak larat betul. Nak suruh anak-anak, mereka sedang buat shukudai... biarkan sahajalah.... minta-minta sekejap lagi bolehlah masak makan malam... kalau tak "MAGGI" yang ucu bawa sedia menanti.

Alhamdulillah, anak bujang masak nasi goreng special malam ini, siap telur dadar lagi.. tak jadi makan MAGGI. Arigato Ikram kun.

Saturday, June 04, 2005

そめんとまつまめ -somen dan matsumame


somen...


with kokoro-net members...after eating somen

Hari ini cuti... lepas sarapan Ikram dan Athirah study kanji semula, dah dekat ni sibuk pulak dia... Haziq biasalah dengan omocha dia. Hari ini masak ayam briyani. Kenyang makan.

Jam 1.00 tengahari hantar mereka pergi test di KUMON. Balik 2.30 petang ambil mereka, masing-masing confident boleh lulus... mudah-mudahan. Amin. Athirah pula, lagi 30 minit nak habis dah keluar, katanya dia dah semak banyak kali, dah tak larat nak duduk... Ikram pula, tunggu juga sampai habis masa sebab bimbang ada salah. Masing-masing nak menang.

Dari KUMON terus ke JASSO kat Nada, ada belajar buat somen dan matsumame (manisan) yang ada mochi dan kacang merah. Kami tak boleh makan kuah dia, sebab ada sake.. makanlah dengan telor dan kuah ikan.. tapi ok juga. Matsumame pula budak-budak makan banyak juga, cuma Haziq nak muntah bila termakan mochi. Balik singgah di A Price, minum kopi dan beli sedikit barang termasuk barang untuk buat somen... malam kami makan somen.

Friday, June 03, 2005

Nada City Hall..

きょのてんきははれです。 Haziq dan Athirah pakai baju sukan。 Selesai anak-anak kesekolah, segera ke Kobe Kaisei hospital, nak cepat sebab ada check darah... kalau lambat ambil darah, alamat jam 11.00 pagi tak selesai lagi. Hari ini jam 8.45 dah siap ambil darah... dermatolgy department pulak dah bertukar ke tingkat 1, cari-cari tak jumpa.. terpaksa jugalah bertanya.. rupanya kat pintu masuk, tak perasan masa tu... Hospital ni sekarang sedang buat renovation... itu yang agak susah sikit, parking space berkurangan... hari ini jalan kaki sahaja.

Tengahari ikut hubby ke Masjid. Petang pula bawa anak-anak ke Nada City Hall, Fukuda sensei dah tanya Ikram mengenai surat pengesahan tentang hubby tak bekerja di Jepun. Oleh kerana terlewat sedikit, bas 18 dah lepas, naik bas no.2 sampai Hankyu Rokko, jalan kaki pula ke Rokko michi.. jam dah 4.40 petang, giri-giri betul... Jalan cepat-cepat, sampai kat Pejabat City Hall, jam 4.59 petang.. tanya kaunter dia kata surat tu di tingkat 3, memang dah cukup masa.. tapi Alhamdulillah, kami dilayan macam biasa, tak siapa pun yang keluar dari office tepat jam 5.00 petang, teringat masa kat office dulu, jam 4.40 dah ada yang beratur (bukan semua) nak punch card jam 4.45 petang.... ini dulu, tapi sekarang ni tak tahulah sebab dah 3 tahun setengah tak kerja... harap-harap semua dah berubah, sudah jadi pekerja yang lebih dedikasi...

Malam ini semua tidak boleh tengok TV sebab esok Ikram dan Athirah ada test kanji kente, katanya semua dah ready... kita kecut perut tengok dia.. mereka selamba aje... harap-harap lulus esok. Amin. Ganbatte ne...

Thursday, June 02, 2005

Raining.... あめです

Hujan seharian, Athirah pakai baju sukan, Haziq baju biasa. Hujan begini, nampak cantik pemandangan dari rumah bila tengok payung anak-anak pergi sekolah yang berbagai warna... Group haziq dah tambah seorang lagi, iaitu Koyama kun. Setiap pagi dia join tunggu Takun dan Katcan serta pergi sama-sama. Haziq balik dengan gembira beritahu sensei kata tulisan む dia macam tulisan おとな (orang dewasa). Hari ini gembira aje buat shukudai.

Hari ini juga hari busy bagi anak-anak sebab ada KUMON, mula nak hantar sebab hujan, tapi jam 4.00 petang, hujan reda sedikit, so mereka jalan sendiri, hari ini tak ikut sebab nak menjahit beg untuk pianika Haziq. Balik mereka tunggu Ikram dab balik bersama. Hari ini Haziq gembira aje buat shukudai sekolah, di KUMON tadi Haziq lulus baca sifir 5 dalam masa 20 saat. English pula, biasa ajelah... sebab dia dah boleh baca.

Malam makan cepat, kena puasa sebab esok ada check darah. Anak-anak belajar、Ikram dan Athirah ada test kanji kente hari Sabtu ni 6/4. Ikram ambil level 4, Athirah ambil level 6. Harap-harap lulus.

Wednesday, June 01, 2005

Recycle uniforms

Pagi macam biasa. Haziq balik lebihkurang jam 1.50 tengahari.. bawa dia ke Nagamine Shogakko. Hari ini Hubby pergi sama. Kesekolah pergi ambil baju recycle, hajat nak ambil seluar winter sekolah, tapi saiz yang dikehendaki tak ada, seluar Ikram sekarang dah koyak sikit sebab dia terjatuh masa balik dalam hujan. Kami ambil juga uniform untuk Athirah, skirt dan kot sepasang untuk musim sejuk... buat kenangan sebab dia akan masuk Chugakko next year kalau terus disini. Dia untung sikit sebab lahir January, 17. Di Malaysia nanti dia masih Tahun 6, tahun depan.

Malam ni, Ikram dok kira countdown balik Malaysia, katanya tinggal 120 hari sahaja lagi... ah, sempatke nak kemas ni... macam-macam di kepala ni yang dirancangkan, dapat ke tidak nak dilaksanakan.

Hubby masih ganbatte nak siapkan thesis dia.