
Tepat 10.00 pagi acara pun bermula. Kami dapatlah buat rakaman.
Hari ini hari ketiga Haziq berehat di hospital ini. Ummi pun berehat sama. Haziq nampak semakin sihat, menurut ayah, keadaan terkejut-terkejut pun dah tak ada sepanjang malam tadi. Hopefully hari ini Haziq discaj.
Ummi pun tak tahu bagaimana demem denggi, selama ini hanya dengar sahaja. Haziq mula demem pada hari Khamis 21 November 2013. Malamnya ayah bawa di ke Klinik Al Hikmah Seksyen 7, Shah Alam. Ummi pula masih pening-pening kerana masih cuti sakit kerana demam. Sepanjang ummi demam Haziqlah teman ummi, tolong ambilkan air, tolong picit kaki dan badan ummi yang terasa sakit, dialah teman sepanjang ummi tidak sihat.
Hari Jumaat, Haziq dah tak larat nak teman ummi ke klinik untuk ambil darah. Ummimgagahkan didri pergi seorang. Alhamdulillah darah ummi dah,mula naik platelet dah naik 125, darah putih dah naik dan kepekatan darah juga semakin stabil. Ummi diberi mc lagi. Ummi balik tengok badan Hazq tetap panas, macam tiada apa-apa perubahan. Kami berdoa supaya bukan denggi. Sehingga hari Isnin badannya trrus panas, dalam lingkungan 37.8 - 38.8 darjah celcius. Hari Isnin platelet Haziqjatuh 101. Dr. Anis di kLinik Seksyen 7, Shah Alam kata kemungkinan denggi dan nasihatkan supaya banyakkan minum air, ummi berlawan minum air, Haziq menang ummi kena beri dia RM 10.00, itulah perjanjian kami. Masa itu, rumah macam hospital. Kami tidur dan hanya makan roti, kadangkala rasa nak menangis, tapi kami redha mungkin Allah nak hilangkan dosa kami.
Hari Sabtu ummi pergi klinik lagi, Alhamdulillah ummi dah sihat, platelet dah naik 205. Walau bagaimanapun ummi masih lemah. Sabtu dan Ahad kami berehat sahaja. Hari Ahad kami uruskan pasport untuk nak pergi umrah. Alhamdulillah, Haziq larat juga. Lepas ambil pasport ummi dsn ayah ke jemputan kenduri rumah Pak Usu OBD Kuala Kubu Bharu. Athirah dan Haziq tinggal kat rumah.
Hari Isnin, ummi pergi ofis selepas bawa Haziq ambil darah. Platelet Haziq 101., Dr Anis kata kemungkinan denggi.tengok esok katznya. Hari ini ummi bawa di ke ofis. Mukanya macam udang kena bakar. Tidur sahaja kat bilik ummi. Tengah hari dslsm perjalanan balik, hidungnya berdarah, banyak juga. Hari itu dia minta nasi ayam, nampak berselera dia makan, ummi kata dalam hati, sihatlah ni... Hari Isnin tu ummi bawa dia ke ofis.
Hari Selasa Haziq nampak makin lemah, ambil darah, platelet jadi 94. Dr Anis kata kena masuk wad. Dia nak uruskan ke HBTAR! Klang, ambulan akan hantar. Ummi call ayah. Ayah tidak dapat jawab, ummi discuss dengan Dr. Dr. Anis kata ini untuk pemantauan, hospital manapun boleh. Akhirnya kami decide untuk ke DEMC. Sampai sana ambil darah lagi, tapi katil pula penuh. Akhirnya ummi discuss dgn Dr. Samnudi, dia kata akan refer ke KPJ. Kat KPJ,Alhandulillah ada kekosongan katil. Ayah pun dah sampai dari ofis. Menunggu juga hampir 2 jam baru dapat masuk wad. Disini sekali lagi hdung Haziq berdarah. Dr. Pakar E&T pun datang. Alhamdulillah tidak ada masalah. Mungkin badan dia panas sangat. Masalah hari pertama dan kedua adalah badan dia macam terkejut-terkejut, mungkin badan panas sangat. Pagi ini masalah terkejut dah hilang. Alhamdulilah. Hati ini Haziq nampak sihat. Semoga Haziq sentiasa dalm peliharaan Allah. Ameen.
Hari ini Haziq kesekolah dengan memakai baju sukan.. Katanya ' Haziq kalau pakai baju sukan rasa bimbang, nak pakai sampai petangke' ummi kata 'mestilah' . Cantik baju sukan barunya.
Program hari ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. Keseluruhan 3.6 juta goro pelajar dari 10k sekolah seluruh Malaysia mengadakan senamrobik serentak. Tidak ketinggalan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam... Objektif program ini adalah untuk menggalakkan semua pelajar meminati sukan, dimana ianya baik untuk kesihatan.
Petang pula ummi ada meeting Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) disebabkan KPE ada urusan diluar, meeting mula lewat sedikit dan selesai lebih kurang jam 6.00 petang, bergegas ummi ambil Haziq dan balik kerumah. Ayah dah sampai, driver nak hantar ke KLIA pun dah sedia. Senaik ummi dan Haziq sampai ayahpun pergi, Flight jam 8.00 malam.
Seteah ayah bertolak, ummi terus kedapaur untuk siapkan makanan malam, Haziq pula terus menghafal.. simple malam ni, sayur campur dan goreng telor dadar, tak sempat nak keluarkan ikan. 8.00 malam hantar Haziq tasmik di Surau Al Islah, Seksyen 7. Alhamdulillah dia dah hafal 6 juzuk, malam ini mengulang 1 juzuk... balik dia masih belum bagi hadiah kat Ustaz yang mengajar tu... malu ummi, walau ustaz tu tak pernah minta. Malam ini hanya Ikram yang hantar dan ambil Haziq, ummi setlekan baju-baju yang melambak. Alhamdulillah semua selesai. Balik mengaji mereka bawa Tutti Fruitti..yumyum.
Sejak Dou Youbi Haziq sibuk menuntut dengan Athirah macam mana debate, bersemangat nampaknya dia. Getsu youbi yoru kuji goro ummi dan ayah hantar dia kesekolah untuk menyertai debate. Budak asrama sedang solat Isyak. Ummi tanya betul ke malam ini, mujur nampak Ameen dan Syafik, rakan kumpulan debate dia. Tajuk pertama berkaitan facebook kumpulan Haziq menang lawan tingkatan 3, malam kedua lawan tingkatan 5 berkaiatan Rapes should be hang, kumpulan tingkatan 5 menang, malam ketiga lawan tingkatan 6 berkaitan fat taxs for the fat ass. Haziq kata pada ummi,'takutlah ummi sembahyang hajat yer doakan Haziq'... Risau sangat dia. Semoga malam ini dia menang. Ummi dan Ikram tunggu di depan kelas dia pula keluar pintu belakang, bertuah betul budak ni.. hari ini dia kalah l;agi dengan pelajar tingkatan 6.
Hari ini Nichi Youbi, seperti biasa lepas asa gohan cucur ikan bilis, Athirah dan Haziq akan berlatih archery, Athirah dah naik status sikit dah boleh mengajar, Haziq masih berlatih. Weekend ni ayah ada SAKI - Sukan antara NTAN di INTIM, Kemaman Trengganu. Ummi pergi hantar mereka, Ikram pun ada aktiviti di UiTM. Sampai jam 10.00pagi ummi buat kerja rumah, petang ada jempuan kendui tahlil di rumah Pak Ngah dan jemputan kahwin di rumah Kak Pah di Kampung Lombong, first time ummi dengar nama kampung tu...
Jam 10.00 pagi ambil Athirah dan Haziq, then ummi terus pergi kelas mengaji dirumah Mak Lang. Sampai rumah Seksyen 7 ada kereta paarking kat rumah kami, so ummi park kat rumah Fadzil/Nadia... Paling best tetpangdanglah drogon fruits yang kami tanam 6 tahun dahulu rupanya berbuah, Mak Lang ingat buah plastik. Berkilat buahnya. Ummi mms gambarnya kat ayah, Ikram, Athirah dan Haziq. Semua happy dan nak angkat bawa balik Seksyen 3....
Petzng lepas balik jemputan semua ke rumahSeksyen 7, bergambar dan memetik buah.... Tak sangka ianya berbuah, kamidahletak diluar pagar
Nota: Hari ini semua semua anak murid ada kecuali Ngah, dia ada kenduri kahwin. Hari ini belajar tajwid ulangkaji dan belajar hadis 40 berkaitan haram menzalimi.
Hari ini ummi keluar awal untuk persediaan audit. Rasanya ummi dah buat terbaik untuk memastikan semua berjalan lancar. Pagi ummi buat analisa data dan pemantauan objektif kualiti. Sebaik mungkin disiapkan sajak seminggu ini. Pagi tu ummi masuk audit pembukaan. Auditor kali ini Encik Fairo bin Najimi, Encik Prem Kumar dan petangnya datang pula Encik Ikmal Hisham. Sebagai Ketua Audit Dalam ummi di audit pada 12.30 tengahari goro. Lama juga kena kali ini, lepas lunch sambung lagi. Mr Prem comment Nota Audit tak lengkap, kenz lengkapkan lagi lepas ini.
Audit Penutupan diadakan pada 5.20 petang goro, berbagai comment diberikan, NCR - 2, Pemerhation 10.. Alhamdulillah maxih baik. NCR dikenakan pada Wakil Pengurusan kerana minit kajiam semul pengurusan tidak detail, kedua kena kat ummi, audit dalam tak ikut plan yang dirancang.... Next year kena betulkan. Ummi zkan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Habis audit penutupan kebihkurang jam 6.50 petang.
Alhamdulillah juga hari ini Haziq ada latihan kawat bersama Ameen, memang dah balik lambat. Walau bagaimanapun Haziq dah minta tolong Dr. Syarifah Norzehan untuk hantarkan... Thanks Zehan selalu tolong akak. Kebetulan Haziq dan Ameen memang satu kelas dan majoriti aktiviti mereka memang sama, tak ada masalah kami, Zehan dan ummi boleh tolong menolong...
Malam rasa malas nak keluar tapi dikuatkan juga ikut ayah hantar Haziq mengaji dan singgah Seksyen 7, ambil barang sikit-sikit, lepas tu kami pergi pula My Mydin beli grosery... Then ambi lHaziq. Balik Haziq sibuk barang nak bawa pergi mukhaiyam....
Hari ini ummi dan Haziq pergi sekali dengan ayah. Rasa malas dah datang sebab kena pergi Port Dickson Lab Pemantapan Kriteria Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC). Ummi pergi dihantar oleh pemandu pejabat lebih kurang jam 3.00 petang. Sampai PD lebih kurang 4,15 petang. Program start jam 8.30 malam lepas dinner. Ummi ditempatkan dalam group Pengurusan Organisasi bersama Norfazian mpsj, Cikgu dan Pegawai Penerangan dari JAIS, Rizal Jabatan Mufti dan Pengarah JKM Selangor. Rancak perbincangan kami untuk memastikan kriteria tersebut boleh menepati kemampuan semua jabatan... Yang pastinya tahun ini PBT tak sama dengan Badan Berkanun, macam ada harapan nak menang...
Perbincangan selesai jam 10.30 malam lepas supper ummi balik bilik, boring duduk seorang.... Mujur ummi ada bawa bahan bacaan.... dapatlah baca malam ini. Telefon rumah anak- anak dah tidur...