Wednesday, July 27, 2005

Sui youbi... Wednesday, last pool anjuran sekolah.

Hari ini cuaca baik, kami ber4 pergi rajio taiso... ayah tak larat sebab tidur lewat siapkan comments sensei... hari ini ramai yang tidak hadir, mungkin kerana kebanyakan office bercuti mereka ryoko shimasu..

Jam 9.30 seperti biasa anak-anak ada kelas renang, Ikram ada kelas renang dan kelas Kato sensei. Kelas Kato sensei terpaksa di habiskan segera, kalau tidak Kato sensei tak dapat bayaran untuk mengajar, tersangkut lagi 10 kelas. Kato sensei adalah guru yang mengajar Gaikakujin yang belajar di Minooka Shogakko dan Nagamine Chugakko yang dibayar oleh City Hall. Sekarang sensei ini sedang menyambung pelajaran di Osaka University... itulah yang menyebabkan banyak kelas tertunggak... murid sibuk, sensei pun sibuk.

Hari ini lama juga kat sekolah, tengok Haziq dan Athirah. Hari ini last pool anjuran sekolah. Esok bermula pula pool anjuran PTA yang dibantu oleh guru-guru.