Wednesday, July 06, 2005

個別懇談 - kobetsukondan, perjumpaan sensei dan parents

Jam 2.00 petang hari ini kobetsukondan untuk Haziq, overall okay, Macam-macam sensei tunjuk pelajaran Haziq disekolah yang telah siap difailkan. Jam 2.30 petang pula kobetsukondan untuk Athirah. Alhamdulillah kedua-dua tak ada masalah. Sensei kata dia tak risau apa-apa tentang mereka, masa belajar mereka tumpukan pelajaran, Haziq pula sensei kata masa belajar, pandang aja muka sensei dan bila tanya soalan dia akan angkat tangan lurus untuk menjawab soalan. Hiragana dah kenal semua. Athirah agak malu-malu bila bercakap dalam kelas tapi kalau dalam group okay. Matsumoto sensei juga kata, Athirah ni ada ii.. mono, tapi tak nak bercakap. Dia akan cuba gunakan masa yang tinggal ini untuk Athirah boleh keluarkan bila disoal dalam kelas. Walaubagaimana, nihonga memang dah boleh, tak ada masalah lansung. Senang hati kami, mudah-mudahan balik nanti, mereka akan dapat kuasai tulisan jawi dan arab pula. Amin. Selesai kobetukondan kami pergi pula ke dewan sekolah, tengok hasil kerjatangan anak-anak.. semua murid satu sekolah ditunjukkan... berbagai-bagai i1nensei dan 6 nensei, lukisan, 2 nensei, guna kami nendoh, 3nensei, payung dilukis, dan 4 nensei dan 5 nensei kerjatangan berkumpulan, cantik-cantik....

Inilah satu kelebihan sekolah di Jepun, perkembangan anak-anak dapat diteliti.. kat Malaysia, Dalam setahun parents dapat jumpa cikgu sekali sahaja (4 tahun dulu). Hubungan cikgu dengan parents agak jauh kecuali aktif PTA. Kat sini, Ummi entah berapa kali setahun jumpa cikgu, class observation, kate homon, entah apa-apa lagi, Ummi pula ikut club ikebana dan club volleyball serta apa sahaja aktiviti kat sekolah selalunya Ummi akan ikut, walaupun Nihongo Ummi berterabur... ganbarimasu. Ummi buat muka "sardine" bila tak faham.. tanya sahaja, kalau susah-susah guna bahasa isyarat.

No comments: