Friday, July 29, 2005

Kin youbi.. 金曜日


Hari ini ada appoinment dengan dermatologist, selepas siap-siapkan urusan Haziq nak ke pool dan pesan kat Ikram minta dia uruskan adik-adik nak ke sekolah, Ummi pun pergi ke Kobe Kansei Hospital. Hari ini ayah ikut sama, nak jumpa Ono sensei sebab hari last day sensei tu merawat Ummi. Ono sensei akan pindah ke Kasai City Hospital mulai August 1. Kami juga minta sensei tu siapkan surat untuk rawatan Ummi di Malaysia.

Balik hospital, singgah di sekolah tengok anak-anak berenang, Haziq dah boleh berenang sejauh 25 m dalam masa 29 saat, baik 3 saat dari semalam. Jam 11.45 pagi anak-anak balik, Haziq terus minta nasi, lapar katanya, mungkin penat berenang agaknya. Dia juga bawa balik kyuri tanaman 1 nensei.

12.30 tengahari kami semua ke masjid, balik dari masjid terus pergi ke Togagawa lagi, tangkap kinkyo... kami pergi jalan kaki sahaja, balik ayah ambil. Banyak juga hasil tangkapan hari ini, sebab mereka bertiga, semalam, Athirah ada latihan bare-boru...

Lepas Maghrib kami pergi pula bon odori kat Gokoku jinja... ambil gambar dan tengok orang tua-tua menari. Rupa-rupanya sensei Nagamine Chugakko dan Minooka shogakko pun ada bertugas disitu. Ramai pula orang orang yang dikenali disitu...