Tuesday, July 26, 2005

Typhoon....


Hari ini semua aktiviti kami terpaksa dibatalkan... Kobe dilanda typhoon. Anak-anak berharap sebelum jam 8.00 pagi, hujan berhenti, tapi nampaknya hujan renyai-renyai terus turun... akhirnya Ummi pun ajak anak-anak buat shukudai... banyak helai juga siap... sambil tu perut mereka lapar, Ummi buat pula karipap. Sarapan pagi hari ini pakora (makanan Pakistan).

Hari ini kami buat kerja rumah bersama-sama, Ikram cuci bilik air dan toilet, Athirah kemas dan vakum bilik, Haziq tolong simpan baju yang ayah lipat... cepat kerja-kerja tu siap, jam 2.00 pm kawan Athirah, Matsui dan... datang rumah, beri makan karipap. Mereka main hingga jam 4.30 petang.

Ayah pula, sibuk menyiapkan rombun yang dipulangkan oleh Prof. Seichi Fukui semalam. Ganbatte ayah.

1 comment:

Anonymous said...

Very nice site! Notre dame fighting irish football ticket