Saturday, July 30, 2005

Hyogo Prefecture Flower Centre





Selepas rajio taiso, makan nasi lemak... tak tahu nak pergi mana, buka-buka pamplate, terpandang Hyogo Pref. Flower Center, nampak cantik. Bincang-bincang setuju nak pergi.. call Lyn, kot dia free boleh join sekali.. akhirnya sepakat semua pergi. Jam 11.00 pagi kami pun memulakan perjalanan ikut jalan biasa, berhenti dekat marusugi (マルスギ) nampak fruits, yasai dan sakana dia fresh aje.. belilah banana dan 2 ekor ikan tenggiri 100 yen seekor, hajat nak beli 5 ekor tapi bimbang nanti berbau pulak sebab nak berjalan lagi... rupanya sampai malam ok lagi sebab dia letak banyak kori (ice)...

Di Kasai kami sampai lebihkurang sama dengan Lyn and family... apa lagi bergambar sakan.. anak-anak pun puas bermain sampai keletihan.... akhir-akhir mereka dok menangkap abura zemi yang banyak dipokok-pokok dan menakutkan Haziq dan Amir.... Haziq lari balik ke kereta, puas juga kami mencari, mujur dia dengar suara Ikram panggil dia, pucat Ikram...

Balik, terus pula ke Kobe Sunshine Wharf, tengok bon odori, sepakat malam ni kami nak pakai yukata, selesai Maghrib, semua dok menyalin pakaian... terkial-kial memasang obi kat anak bujang...obi Athirah pasang siap, senang aje... Kat sana kami bertemu juga dengan Lynn dan family.

3 comments:

lynn said...

kak, jom pi hanabi... http://www.city.kobe.jp/cityoffice/17/010/index-e.html

Anonymous said...

seronok nampaknya org kobe...boleh lepak kat taman bunga...hehehehe

Anonymous said...

gomen ne...itu oprg chiba la...