Friday, August 05, 2005

Kin youbi.. 金曜日


Radio taiso dan sarapan.... makan roti aje, sebab hari ini ada menu lain untuk tengahari. Hari ini Ikram ada class Kato sensei, balik aje terus kemasjid. Ummi, Athirah dan Haziq masuk kedai Kobe Groceries, Kobe Halal Foods dan Kitano Halal Foods. Kereta ummi park kat Kobe Groceries, sebab tu kenalah bersidai kat situ lama. Parking free. Habis solat Jumaat, kami ke Nankinmachi, China Town, beli mee hon dan goma (sesame).

Balik terus siapkan kuah Laksa Sarawak... pastenya ummi dah buat pagi tadi, tinggal blend kacang tanah dan goma sahaja. Siapkan sayurannya, celur mee hon, buat sambal udang dan dimakan... dah lama tak makan, last makan masa pergi Sarawak ... semua selera makan. Malam rehat aje, sebab semua kekenyangan.

Malam, ayah masih sibuk dengan thesisnya... susahnya nak dapat Phd.... jadi student tua. Selalu bising kat anak-anak, ayah dah tua pun belajar, kenapalah anak-anak nak tengok TV aje?