Wednesday, August 03, 2005

Last day pool PTA Minooka Shogakko...


Seperti biasa rajio taiso, bare boru dan pool. Itulah rutin anak-anak selama 2 minggu ini. Hari ini last day untuk pool dan bare-boru. Latihan bare-boru akan bermula semula pada 8/16 untuk perlawanan selanjutnya. Hari ini ada perlawanan berenang untuk anak-anak, setiap seorang dibenarkan mengambil 2 acara sahaja. Acara suka-suka, sensei pun ambil bahagian. Lastnya diberi sijil setiap seorang, sebagai penaik semangat anak-anak untuk berenang. Ikram join sekali hari ini.

Selepas zohor kami semua ke Nadahama Science Square, itulah tempat yang mulai disukai oleh mereka, disamping selesa dengan alat penghawa dingin, mereka bebas bermain berbagai alat yang boleh dicuba, jam 3.00 masuk ride theater, mulanya Haziq takut, sekarang suka, setiap hari nak pergi... sebab dekat, ummi bawalah mereka, daripada pergi supa, lebih baik pergi tempat macam tu... Hari ini pula ada pertunjukan sains untuk anak-anak yang berminat, Haziq pun duduklah kat depan dengan kehairanan bagaimana bunyi boleh menggerakkan gabus halus, air dll...

Malam, teman mereka buat shukudai yang bertimbun... Haziq sekarang tiap hari memerhatikan perkembangan danggo mushi, lukis dan tulis apa yang dilakukan, sama seperti melukis asagao. Sekarang Ummi memastikan supaya shukudai yang mudah siap dahulu, lepas ni dia kena buat karangan, meringkaskan buku cerita, melukis gambar obaasan/ojiisan dan membuat karangan dan melukis 2 perkara yang paling disukai semasa cuti ini... ganbatte Haziq...