Friday, August 05, 2005

Hanabi Taikai - Minato Kobe (みなと神戸)




Sepanjang minggu sibuk memanjang, banyak baju yang tak sempat nak lipat... so pagi ni, buat tak tahu aje, lepas radio taiso ummi terus settlekan baju yang banyak tak lipat, masing-masing sibuk tolong ummi, kalau ummi diam tu mereka tahulah kena tolong, sebelum "harimau mengaum". Jam 5.00am ummi dah set home bakery untuk siapkan roti jam 8.30am. Sarapan pagi ini roti dan onsen tamago.

Tengahari pula ummi buat mee hon goreng sahaja. Ringkas sikit. Persediaan nak pergi ke Minato Kobe (Merican Park) tengok hanabi taikai. Gosok yukata dll. Lepas Asar kami pun turun. Puas berpusing cari parking, jumpa satu tempat kat Kiss FM, 1000yen/hour, keluar balik, akhirnya ayah balik rumah, Sholat Maghrib baru pergi naik bas. Hari ini anak dara dan anak bujang kami balik naik bas dengan yukata... Mujur kami dapat duduk depan sungai, call juga Lynn tapi tak dapat jumpa, duduk sendiri-sendirilah kami sebab susah nak jumpa, hito ga oi.. Nihonjin pakai lawa-lawa, yukata dll, duduk dan makan-makan.. kami pun samalah, puas juga kami berposing. Hanabi start jam 7.30pm dan tamat jam 8.30pm. Hajat kami nak pakai yukata, tapi tak sempat nak salin, tinggal dalam kereta... bawa jubah untuk sholat aje. Zannen desuta.

Balik pun berpusu-pusu, kami biarkan orang keluar dulu, kami posing lagi kat merican park tu... orang dah kurang baru balik. Jalan kaki dari Merican Park sampai ke Sannomiya. Berpeluh juga, mujur hanya hujan renyai-renyai, kalau lebat alamat basah kuyuplah kami. Sampai rumah jam 10.00pm goro. Laparlah pulak anak-anak, makan nasi dengan sambal udang brahim pula... tanoshi katta desu.