Saturday, August 20, 2005

Mizu teppo dan acara pecah suika...

Hari ini kami berempat menyertai acara membuat Mizu teppo (ala pistol air) berdekatan Jinja di tepi jalan berdekatan Kobe Daigaku. Ummi sebenarnya tak tahu apalah acaranya, cuma dengar cerita Athirah dan Haziq... mereka tanya, ummi kata okaylah, Athirah hantar hagaki.. mereka akan memilih 200 kanak-kanak sahaja. Alhamdulillah mereka tepilih masuk group B. Kat tepi bukit tu adalah air terjun.. cantik juga, selama ni kami tak perasan pun adanya air terjun kat situ...



Mulanya group B, diberi penerangan mengenai kehidupan binatang didalam air, berbagai spesis dipamerkan, kesemua dikutip di sungai tersebut. Selepas penerangan dan kuiz, mereka diber alat menangkap ikan dan diminta mencari kehidupan didalam sungai dan kumpulkan seberapa banyak.... Athirah dapatlah ikan-ikan kecil... Haziq, nak cari yang besar aje... lansung tak dapat tangkap apa-apa. Zannen ne.. duduk menung ajelah..

Hampir sejam didalam sungai, mereka naik pula membuat mizu teppo... bersungguh-sungguh mereka membuatnya, siap semua, acara mizu teppo taikai pula diadakan.... mereka diminta menembak gambar yang digantung 3 peringkat.. Athirah dan Haziq hanya boleh menembak hingga tahap 2 sahaja... tak dapat hadiah. Beritahu ayah... ayah kata masa dia kecik2 dulu, selalu buat mizu teppo tolong nenek untuk siram sayor.....sama bentuknya



Selepas mizu teppo taikai, semua diberi curry rice dan juice yang disediakan oleh pihak penganjur (City Hall). Makanan tersebut dimasak oleh obaasan dan ojisaan. Kami makan bento (onigiri) sahaja bersama juice.

Acara kemuncak ialah memecah suika dengan mata tertutup. Setelah mata ditutup, mereka diminta pusing 3 kali dan berjalan menuju ke suika berpandukan sedikit arahan... Haziq berjaya memecah suika tersebut... pecah aje kami diberi makan suika tersebut... oishi katta desu... 4 biji suika besar disediakan untuk acara tersebut... sampai tak termakan... buah ke4 hampir jadi juice....