Friday, August 26, 2005

Masjid Kobe....

Sambung lagi mengemas barang... letih juga nak pilih barang yang sesuai untuk sesuatu penuhkan kotak-kotak.. mujur Athirah membantu. Ikram bantu ayah. Haziq masih lagi kena bantu untuk siapkan shukudai...

Jam 10.45 pagi, anak-anak ikut ummi pergi Kobe Kaisei Hospital, sepatutnya jam 9.30 pagi, ummi minta Athirah telefon tunda sedikit masanya... cuti-cuti ni jadi kelam-kabut sikit dirumah, breakfast, lunch, tea dan dinner, tak dapatlah ummi nak diet. Kalau hari sekolah, siapkan bento dan minum pagi, roti serta telor, minum petang (Nesguik dan roti) dan makan malam sahaja. Banyak kerja ummi boleh selesai sebelum Haziq balik jam 2.00 petang.

Di hospital hari ini lama pulak, sebab sensei baru (Matsuo Sensei), lepas jumpa dia, baru dia minta ambil darah, lepas ambil darah kena pula tunggu 40 minit... cukup-cukup masa aje untuk hantar ayah, Ikram dan Haziq ke masjid... ummi buat keputusan, ayah tunggu depan hospital, basikal kami ambil kemudian... sampai masjid ngam-ngam 1.10 tengahari, sholat mula jam 1.15. Ummi pergi tempat biasa kat Kobe Grocers, parking pulak penuh, terpaksa tunggu, Athirah sukalah menunggu ni.. dapat tengok cerita kegemarannyanya.. Kids War. Baik betul tuan punya kedai tu, tengok kami menunggu dia suruh ummi letak aje sebelah kedainya, ummi pulak bimbang nanti kena saman.. mujur tak lama tu, ada customer dari kedainya keluar.. dapatlah parking. Hari ini ummi beli bbq sauce, nesquik dan okashi.

Balik ayah hantar pula kami ke hospital untuk kami ambil basikal dan ke Farmasi ambil ubat untuk 8 minggu... sampai tak cukup ubat farmasi tu hari ini, bayar dulu ubat kemudian. Petang tadi dia hantar kerumah, masa ummi bawa mereka pergi Oji pool.