Wednesday, August 17, 2005

Disaster Prevention Museum and Human Renovation Museum


Hari ini Kato sensei cancelled class Ikram. Balik sahaja Athirah dan Haziq dari latihan bare-boru, ummi bawa mereka ke The Great Hanshin-Awaji Earthquake Memorial. Free jika ada kad Hyogo. Besar juga tempatnya. Ianya terbahagi kepada 2 bahagian, Disaster Prevention Museum (4 tingkat) dan Human Renovation Museum (3 tingkat).

Selesai urusan masuk, kami diminta tunggu masa untuk dibawa melihat theater, tiada tempat duduk disediakan. Disini kami mendengar dan melihat bagaimana kejadian 1/17 berlaku. Bangunan dan jalanraya jatuh, api menyala, suara kanak-kanak/ibupaba memanggil-manggil dari celah-celah api, segalanya bertaburan... Gegaran menyebabkan segalanya jatuh dan orang sedang baring tidak dapat bengun dek kuatnya gegaran. Amat memilu dan menyedihkan suasana ketika itu...

Selepas lebihkurang 7 minit kami keluar dan melalui diorama situasi sebaik sahaja selepas jishin. Barangan bertaburan merata-rata. Selepas itu kami masuk pula kedewan yang menyiarkan documentary films yang menunjukkan proses pembangunan bandar dan orang-orang yang terlibat. Nampak susah nak memulakan hidup, betapa tabah mereka membangun semula kehidupan mereka. Berpindah dari dewan orangramai kerumah sementara. Hampir 6 bulan mereka tinggal dewan. Air bersih tiada. walaubagaimana bantuan mencurah datang dari seluruh dunia....

Tempat ke 4 kami pergi ke barcode navigator (B-navi). Disini kami diterangkan mengenai tempat-tempat terjadi, cereita-cerita dari mangsa dan pekerja sukarela. Mereka juga mempamerkan peralatan canggih yang 4 tahun dahulu tiada di Museum Selangor.

Di Human Renovation Museum kami ditunjukkan berbagai kehidupan. Nampak cantik dan menarik. Semua boleh dicuba. Anak-anak enjoy mendengar bunyi, menekan button, menonton video dan paling anak-anak ummi suka, buat message kat komputer yang disediakan, bergambar sakan mereka... ummi pun tumpang jugalah bergambar dan menulis massage untuk masa depan. Last kami masuk Heart Thearter menonton large-scale 3-D - Freddie. Sibuk Haziq menangkap daun-daun beterbangan depan mata, dengan marahnya dia kata, kenapa asyik tak dapat aje? Bila tak pakai cermin mata tak nampak pula. Ummi kata itulah namanya 3 dimention.

Untuk makluman, semua pekerjanya boleh berbahasa Inggeris dengan baik, peralatan canggih dan sebagai pelawat gaikakujin, ummi diberi alat untuk mendengar dalam bahasa Inggeris. Semasa berada dalam bangunan ini kamera tidak dibenarkan sama sekali... zannen deshita

5 comments:

ainizakri said...

Kak Siti..

Berjalan puas-puas sebelum balik...lebih baik berjalan dan kutip pengalaman..dari..ehem..kumpul noritake..ha ha aha, memang tak ralat tak beli ber set set. (nasib baik tak terpengaruh nak beli byk byk dulu!!). Tapi lain org lain pandangan, ada kawan yg betul betul ralat tak beli byk byk set...

Pengalaman juga yg paling manis untuk dikumpul kan Kak Siti.

Zakri kirim salam kat cik Abe.

salam
-ainizakri-

Anonymous said...

Noritake? Beli sekadar untuk ada sahaja. Beli zaman muda-muda dulu masih tak dipakai lagi... nak tambah? Modal Zari, dulu tak pakai lagi?

Kalau berjalan, kami semua suka. habis duit dek berjalan ajelah...

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you!
» »

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » »

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... Swimsuit idol Arizona+health+insurance+plan