Saturday, June 18, 2005

Sunshine Wharft Kobe....

Hubby sibuk sangat.... Ummi tolong juga sikit-sikit mana yang boleh. Jam 11.30 pergi Sunshine Wharf sebab ada bazar, mulanya Ummi lupa, hubby dok sibuk suruh pergi. Ummi pergi dengan anak-anak. Kali ini tak berapa belanja, hanya beli barang keperluan harian, iaitu, sabun basuh アタッタ 250 yen satu, Ummi beli 2 kotak. Suito pooh san 500 yen... yang paling menarik Ummi beli buku jahit quilt dan cara wrap hadiah, 10 yen satu. Ummi beli 5 buah buku, best betul. Jam 1.30 kami ke Yamada denki, tengok dictionary dan terus balik.

Jam 2.15 petang ke Minooka Shogakko pula dengan Athirah dan Haziq. Ummi pergi belajar Ikebana, anak-anak dengar hanashikai. Selesai kelas Ikebana, Ummi pula pergi toshokan bersama mereka. Jam 4.00 petang balik rumah, mulalah sessi membantu hubby menaip. Ikram, Athirah dan Haziq pergi ke Rokko michi, pergi naik bas, balik jalan kaki.. tak tahu apa yang hendak dibelinya. Jam 7.00 lebihkurang mereka pun balik. Ummi sibuk, Ikram masak nasi goreng. Ummi tolong hubby taip/semak thesis.. bila nak siap ni.. dah tak tahan mengantuk.

1 comment:

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
» »