Tuesday, June 07, 2005

Alhamdulillah... dah sihat.

Bangun pagi, rasa segar.. dah sihat hari ini.. syukur Alhamdulillah. Selesai urusan anak-anak kesekolah, hantar hubby ke Daigaku, hari ini dia ada oppointment dengan Prof., patutnya semalam, tapi disebabkan Prof ada meeting, kena jumpa hari ini. Mudah-mudahan hari ini komen berkurangan.... dapatlah berjalan ke pulau-pulau bawah sebagaiman rancangan awal kami. Hubby kena submit thesis pada June 20. Sekarang ini memang dia tidur dan rehat tak menentu, ikut dan aje. Kadangkala kesian juga, asam garam mencapai cita-cita... demi sebuah gelaran Dr. dalam perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Anak-anak balik seperti biasa, terus buat shukudai masing-masing. Ikram kalau ikut pelajaran Malaysia, dia akan ambil PMR tahun ini, tapi mungkin dia tidak sempat ambil, walaubagaimana sekarang ini dia mengikuti tuition ADABI gaya Pos. Ini adalah untuk persediaan dia menghadapi pelajaran di Malaysia nanti. Selalu ingatkan dia kalau nak berjaya mesti study smart... Athirah pula tahun depan akan ambil UPSR, Haziq akan masuk Tahun 2. Anak-anak dah besar, mula rasa bimbang akan pelajaran mereka, mampukah kita menjadi parents kepada anak-anak sekarang?

Malam ambil hubby di Daigaku, Pak Yon Arsal pun ada. Singgah di COOP, bei aiskrim untuk Haziq sebab dah janji tadi. Hubby beritahu Prof. beritahu mungkin viva sebelum July 28. Kalau ikutkan program yang Prof. dah sediakan buat hubby, adalah masa untuk kami meneroka pulau Shikoku dan Kyushu.

Malam, seperti biasa temankan anak-anak belajar. Berakhir sehari kehidupan seorang surirumah. Hari ini menjahit beg bento, lapik makan dan bekas tissue. Yatta.