Thursday, June 02, 2005

Raining.... あめです

Hujan seharian, Athirah pakai baju sukan, Haziq baju biasa. Hujan begini, nampak cantik pemandangan dari rumah bila tengok payung anak-anak pergi sekolah yang berbagai warna... Group haziq dah tambah seorang lagi, iaitu Koyama kun. Setiap pagi dia join tunggu Takun dan Katcan serta pergi sama-sama. Haziq balik dengan gembira beritahu sensei kata tulisan む dia macam tulisan おとな (orang dewasa). Hari ini gembira aje buat shukudai.

Hari ini juga hari busy bagi anak-anak sebab ada KUMON, mula nak hantar sebab hujan, tapi jam 4.00 petang, hujan reda sedikit, so mereka jalan sendiri, hari ini tak ikut sebab nak menjahit beg untuk pianika Haziq. Balik mereka tunggu Ikram dab balik bersama. Hari ini Haziq gembira aje buat shukudai sekolah, di KUMON tadi Haziq lulus baca sifir 5 dalam masa 20 saat. English pula, biasa ajelah... sebab dia dah boleh baca.

Malam makan cepat, kena puasa sebab esok ada check darah. Anak-anak belajar、Ikram dan Athirah ada test kanji kente hari Sabtu ni 6/4. Ikram ambil level 4, Athirah ambil level 6. Harap-harap lulus.