Monday, June 06, 2005

あさのかい - asa no kai... ucapan pagi

Masuk minggu ke 9 persekolahan anak-anak untuk semester pertama. Macam biasa, bangun siap-siap apa-apa yang perlu, buatlah bento... hari ini hubby tolong sebab badan kurang sihat. Masak kari kandar perasa maggi. Anak-anak kata sedap ayah masak. Asagohan pun hanya milo dan nestum. Home bakery cuti, tiada roti hari ini.

Pagi, Haziq beritahu hari ini giliran no 1-3 bercakap, termasuklah Haziq, dia no.3 dalam class.. tanya dia nak cakap apa? dia kata dia nak beritahu asagohan dia aje...minum cocoa dan malaysia no tabemono..cakap panjang-panjang nanti kena tanya... malaysia no tabemono tu apa? dia kata nestum. disebabkan susah nak dapat cereal yang boleh dimakan, kami malas nak mencari, jadi kami hanya makan quaker oat, Haziq ingat hanya quaker oat ada kat Jepun.

Tengahari rasa badan sihat sikit bangun dan buatlah kerja yang perlu, sentaku, sidai baju dan melipat baju. Menjahit beg yang terpengkalai dll. Haziq balik sekolah temankan dia buat shukudai dan hafal sifir 6. Hari ini Ikram pergi dulu KUMON sebab dia ke Suidosuji dahulu. Athirah dan Haziq pergi kemudian tetapi balik dahulu. Ikram balik lambat betul hari ini. Hari ini tidak kemana-mana, hanya dirumah sahaja. Hubby balik daigaku, singgah COOP beli budo untuk bento esok.

Malam ini masak nasi ayam. Temankan anak-anak buat shukudai dan study.