Monday, June 13, 2005

Sijil dari KUMON..

Lepas makan malam, Athirah beritahu dia dapat sijil dari KUMON yang mengatakan dia berjaya mencapai no. 18,036 dari 42,964 peserta KUMON seluruh Jepun dan No. 811 dari 1,962 peseta Kumon seluruh Hyogo ken. Omedeto Athirah..

Haziq kata, "Ummi, Haziq pandai juga tapi kenapa tak dapat?" Ikram diam sahaja. Ummi kata "Abang dan Haziq memang pandai tapi masih ikut level budak Jepun, sebab tu ramai persaingan, kakak pula ambil English level sekolah menengah Jepun, jadi nampaklah kakak cepat," Walaubagaimana dia masih kata dia pandai. Budak-budak sentiasa nak menang. Akhirnya Ummi kata, "macamni Haziq, nanti tanya sensei KUMON, bagaimana nak jadi orang yang dapat sijil?, Ok?. Dia diam. InsyaAllah tentu dia akan tanya nanti, sebab Haziq ni memang berani dan kalau dia hendakkan sesuatu dia akan cuba sampai dapat.

No comments: