Monday, June 13, 2005

ECO Family, Kobe

Seperti selalu, Monday is my lazy day... Masuk minggu ke 10 anak-anak sekolah untuk semester ini. Semakin hampir rasanya kena balik Malaysia. Haziq selalu cakap dia nak sekolah sampai 6 nensei kat sini... walaubagaimana selalu beri semangat kat dia dimana sahaja kita sekolah sama sahaja, yang penting belajar sungguh-sungguh, kalau ada rezki boleh masuk daigaku di Jepun. Athirah pula lansung tak kata apa-apa.. dengan kawan-kawan pun tak beri tahu yang dia akan balik penghujung bulan September/awal Oktober, begitu juga dengan Ikram... Ikram kata dia dah tak boleh dengar lagu Jepun, bila dengar rasa sedih... itulah ragam anak-anak..

Jam 9.45 pagi Yumi san datang ambil Ummi untuk pergi Nada Shogakko, untuk buat speech seperti yang dirancangkan. Sampai sana, tolonglah dia buat jumbi sikit, ramai juga yang datang membantu.. seronoknya semua pandai berbagai bahasa... Bahasa Malayu pun ramai yang tahu, mereka kata mereka belajar dengan mendengar sahaja.. dia tak pernah pun pergi Malaysia... tapi dia tahu cakap Melayu. Ada yang padai cakap Tamil, Thai, India, Itali, Peranchis dll. Mulanya kami memperkenalkan diri dengan bahasa yang kami tahu... lepas tu adalah acara games minda dengan penonton yang terdiri dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa, aktif semua.. peta negara luar pun ramai yang dah tahu... Ummi pun join juga.. tanoshi katta desu.. Sampai giliran Ummi, Ummi pun ceritalah tentang Malaysia... Ummi tukar sikit speech tu.. campurkan bahasa Jepun, Inggeris dan Melayu... sebab tengok ada yang baru Yochien... nak cakap tinggi pun mana dia faham.. Ummi takut mereka tertidur pulak.. tapi Alhamdulillah... rasanya berjaya... lepas tu Ummi tunjukkan bahan pameran Ummi iaitu sepasang baju melayu, baju kurung, baju kebaya, songkok, samping, congkak dan bola takraw... last tu masa nak balik Ummi ambillah gambar dengan separuh dari mereka dan ada yang komen, best speech tentang Malaysia.... masa tu, speech pun tentang Malaysia aje... yang lain hanya games dengan bahasa lain... seperti sebutan nombor untuk buat kumpulan. Mereka juga menyanyikan lagu rasa sayang, lagu Peranchis, lagu Inggeris dan lagu Jepun... Ummi ikut ajelah. Jam 12.00 acara pun selesai, Ummi pun berikan pemplet tentang Malaysia tu pada semua yang ada. Jam 12.30 tengahari siap kemas barang, Yumi san hantar Ummi balik.. petang dia datang lagi bawakan Ummi orange, mango dan pineaples juice.

Jam 2.30 petang Haziq pun balik sekolah, temankan dia buat shukudai Kumon dan hafal sifir 8. Hari ini penat sangat, tak larat jalan kaki ke Suido suji dengan anak-anak, mereka pergi sendiri tapi Ummi dan hubby pergi ambil dengan kereta. Kaimono sikit. Hubby masih sibuk sebab kena submit thesis pada Jun 20. Gambatte ne..

1 comment:

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Softest mattress ct shemales escort Oral sex tip woman recovery time objective data application backup encryption Areca palm picture latin name