Tuesday, June 28, 2005

Disaster Prevention Corporation, Kobe City.

Hari ini awal lagi dah siap 3 bento teratur atas meja... Athirah kena pegi awal sebab ada program keluar dari sekolah, berkumpul jam 8.00 pagi. Athirah and her group (10 orang dan seorang guru) akan Kobe, Nishi-ku, melawat museum arkeologi. Tanoshimi katanya.

Ummi pula jam 9.30 pagi ada talk di Minooka Shogakko tentang bantuan pernafasan. Semalam Minooka dah call remind, kalau tak pergi alamat malu lah nanti. Budak-budak kesekolah, Ummi dan hubby, breakfast dan kemas apa yang patut, pergi tunggu Athirah lalu depan rumah, zannen tak sempat Sofi kata, Athirah dah pergi dulu.. zannnen tak dapat ambil gambar group dia. Ummi pergi dengan hubby sampai Rokko michi pun dia dah tak ada.. so hubby hantar Ummi balik dan terus ke Minooka. Ummi sampai just in time. Adalah talk, tengok video dan praktikal. Ummi buat sungguh-sungguh, ok lah dan masa test Ummi dapat "A". Nihongo lagi.. terror juga (masuk bakul naik lift). Selesai jam 12.00 lebihkurang dapatlah minum ocha. Olehkerana dah jam 12.10 tengaharai masa sampai depan rumah Yumi san, Ummi tak singgah lagilah.. malu aje dah lambat sangat.

Jam 3.15 petang hubby dan anak-anak hantar Ummi pergi Kobe Kaisei, hari ini Ummi ada oppointment lagi, Dr. buat minor operation kat lengan Ummi sebab nak test sebab apa ada benjol keras... harap-harap bukan yang membahayakan. Minggu depan baru dapat result.

Hari ini pula ada offer telor "L" 128 yen 10 biji di Maruhachi... kami pergi berempat, (hubby tunggu di kereta) jadi dapatlah 40 biji kali ini... Di Maruhachi ni, setiap hari selasa dipanggil たもごのひ, (hari telor). Ummi jarang lepaskan peluang beli telor murah, senang nak buat kek, cookie, nasi lemak, mee rebus dll, yang penting minum pagi anak-anak おんせんたまご (telor separuh masak)..

Ummi terima kad dari Kak Sham, terima kasih Kak Sham... semoga Kak Sham sihat selalu.

Hari ini buka randoseru Haziq ada alarm warna kuning siap tergantung
神戸市.... ,sekolah pinjamkan selama 6 tahun kepada semua murid, Athirah pun dapat.. Athirah kata kena jaga baik-baik sebab kalau habis bateri, ganti sendiri begitu juga kalau hilang... Haziq gantung kat randoseru, Athirah tak mahu, malas nak jaga.

No comments: