Saturday, April 02, 2005

Nada さくらまつり 

Hari ini Ikram dan Athirah pergi jogging di 丸山こうえん。 Balik aja beritahu ada まつり
kat Nada mulai jam 11.00am. Lepas siap-siap kami pun pergi, park kereta kat AOKI... tempat biasa park bila ada flee market kat kawasan tu.. beli barang kat AOKI tu seingat-ingat tak pernah, tapi sebelum balik mesti singgah tengok-tengok dulu, belik sini, belik sana.,, biar orang kat AOKI tu nampak.

Hari ini flee market tak banyak...tapi adalah bergambar dengan motor けさっつ, bomba dll. Puas kami bergambar, ada pertunjukan kebudayaan, ada games.. seperti main golf, wanage, jualan makanan... makanan? inilah sedihnya, 99% tak halal, pandang ajelah...

Paling best dapat postcard free, boleh hantar cd kat kawan-kawan, tulis sahaja alamat kat envelope yang disediakan...Kamipun tulis alamat, Hosni. Alias, Kinjosan, Mari sensei, Itsuko sensei dan Satsuko sensei.

Petangnya ke Rokkomichi beli kain untuk buat beg, beg sansu set dan dogu bako. Kenalah menjahit nak jimatkan duit... beli mahal beg tu.. mencecah 2000/3000 yen.