Wednesday, April 13, 2005

Kyoshoku toban., odogu bako, wabaki dan bento

Hari ini Athirah dan Haziq pula mula bawa bento. Mula kelamkabut untuk siapkan 3 bento. Menu hari ini, kari kering ayam, tempura ikan serta kabocha dan ringo. Haziq bawa bawa bento dengan semua kelengkapan baru. Oleh kerana dah hampir 3 tahun setengah siapkan bento, kira dah cekap jugalah sekarang. Hari ini sarapan pagi hanya quaker oat dan milo. Roti terlupa buat malam tadi.

Mulai hari ini hingga 28hb. Athirah dan Haziq bertugas untuk mengagihkan makanan bersama kawan-kawan lain. Tugas ini dinamakan kyushoku toban. Mereka akan memakai pakaian khas dengan topi dan mask.

Hari ini Haziq balik jam 1.00, dah mula balik lambat. Hari ini Athirah dan Haziq juga bawa dogu bako. Di jepun, memang disetiap meja murid dimestikan ada satu kotak untuk diisi stapler, solotape, gunting, gam, colour pencil, water colour, croyon dll. Kotak tu bertutup lebih kurang besar sais A4. Ada berbagai harga dan quality, bagi anak-anak kami, harga biasa, beli disekolah sahaja lebihkurang 700yen = RM 21.00. Kotak ini akan diletakkan dimeja sehingga cuti semester akan datang.

Wabaki ini ialah kasut dalam yang digunakan semasa dalam dewan. Kasut ini juga dimasukkan didalam beg khas iaitu beg kasut dan digantung ditempat khas disekolah.

Haziq bangun pagi 6.30 pagi sebab dia nak ichiban mandi. Dia nak siap dulu dari onichan to onechan, kalau mereka siap dulu, alamatlah mood hari tu habis... Lepas minum dia main omocha dia.. masih nak main mainan lagi tu.

Jam 7.55 turun bawah, Takuya kun dam Megumi chan dah ada, tunggu sekejap Katsunori kun, baru pergi sama-sama. Mereka berlari naik bukit, tak sabar nak sampai sekolah cepat.

Bekas bento masa Yochien, kecil so tukar baru. Beg bento, lapik makan ummi jahitkan baru, begitu juga dengan Athirah, bawa lapik makan baru. Ikram pun dah order nak lapik makan baru juga.