Thursday, April 28, 2005

Berakhirnya 3 minggu persekolahan... kejayaan Haziq balik sendirian


back from school in lion group with Ogasawara sensei


with Umesaki Takuya kun

Sudah 3 minggu Haziq masuk 1 nensei, berbagai cerita telah dilaporkan. Hari ini luka jari dan lutut sebab jatuh depan tangga sekolah.... Balik sekolah masih dalam kumpulan dan dihantar oleh sensei. Ibu-ibu masih menanti disimpang depan rumah kami, masih ada kumpulan PUSPANITA. Hari ini pulang jam 1.40 petang, bawa apron untuk dicuci dan di iron. Kyushoku toban Athirah dan Haziq juga berakhir hari ini. Mungkin ada sekali lagi kyushoku toban mereka sebelum kami berangkat pulang bulan September ini.

Hari ini Haziq omokae Ayaka chan di Gomo tenjin dengan basikal. haziq balik sendiri, sampaikan Oota san telefon sebab tiba-tiba Haziq tak ada bersamanya. Hari ini kejayaan buat Haziq sebab dapat jalan sendirian. Petang Khamis aktiviti biasa mereka pergi tuition. Geram pun ada hari ini, Athirah telefon kata nak balik sendiri dengan Haziq, tunggu-tunggu sampai dah lebih 1/2 jam mereka tak sampai, pergi turut jalan kaki.... rupanya masih dalam class tunggu oniechan. Berbagai perangai anak-anak, belum tahu perasaan ibubapa.

Esok... Midori no hi. Sekolah cuti.

2 comments:

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »

Anonymous said...

Excellent, love it! » »