Tuesday, April 05, 2005

まやさん - まや山 /おわかれさむいん

Rancangan untuk mayatozan ni dah lama dibuattapi tak kesampaian, ada-ada sahaja halnya. Haziqpun dah baik dari みずぼそ, rancangan ni dilaksanakan. Semalam dah beli okashi, nori dan konbu, banto hari ni ialah onigiri.

Jam 9.00am hubby hantar ke mayacable, mula mendaki dari trek yang telah disediakan. Jauh juga.. Haziq jadi leader... suka betul dia, tunjuk sana-tunjuk sini. Bercerita bagaimana dia mendaki Mount Maya. Terasa juga penatnya. Hari ini tak ramai yang pergi, ada seorang ojisan, tapi dia lambat sikit. Sampai kat atas sambung naik ropeway. Semua tambang Yen dewasa 440, Ikram dan Athirah 220 seorang, Haziq free. Nice view, berwarna-warni, hilang penat sekejap. Naik ropeway selama 5 minit sejauh 1km. Sampai diatas, sessi bergambar, main-main dan makan-makan, biar ringan beg.

Turun? wah! discuss lebihkurang dengan anak-anak, Ikram dan Athirah tak kisah, Haziq nak turun berjalan sebab nanti laju... ok juga tapi jalan ni jalan yang dia pun tak pernah lalu.. mula-mula jalan okay aje, cantik dan tak berapa curam, sampai tengah, wah!! curam juga, naik bukit, turun bukit ikut trek, penat juga.. tapi dah sampai tengah jalan tak kan nak balik semula.... semua gambarimasu. Dalam perjalan bertembung dengan pasangan suami isteri naik, Haziq tanya jauh lagi tak?.. dia kata lebih 1 jam lagi.. amboi jauh juga.. Gambate ne.. katanya., Kat atas tadi tulis hanya 680km, sebab tu nak turun sendiri...Sepanjang perjalanan turun hanya bertemu dengan 1 pasangan suami isteri dan seorang ojisan.

Penat turun naik bukit, jatuh pun dah berkali-kali, budak-budak okay aje, akulah yang jatuh berkali-kali sebab jalan depan sekali, nak tengok jalanlah katakan... jadi leader, sebab hubby tak ikut. Bimbang juga keselamatan anak-anak. Turun memang jalan tu dekat sikit, keluar di すまだに、 dekat dengan Nagamine dan Minooka. Jalan yang pernah pergi bersama 4nensei Minooka - program picnic dan masak-masak bersama ibubapa tahun lepas.

Walubagaimana inilah pengalaman berharga mendaki dan menuruni Maya san bersama-anak-anak. Budak-budak kata nak ajak ayah bila ayah dah siap tulis thesis. Pengalaman yang tidak dapat dijual beli... buat kata pepatah, "jauh berjalan luas pandangan". Semoga anak-anak mengharhagai pengalaman ini. Betapa cantik alam sekitar dan jagalah alam sekitar, semoga mereka tidak mengekalkan bagaimana Nihonjin menjaga kebersihan alam sekitar.

Kaki ni dah mula sakit sebab banyak kali jatuh...

てんきよほ meramalkan hari ini adalah last sejuk di Kobe dan Osaka, sayang rasanya nak tinggalkan fuyu, sebab fuyu tak ada kat Malaysia. Satu lagi fuyu mengurangkan mata memandang nihonjin membuka aurat.