Wednesday, April 27, 2016
Alhamdulillah, dapat kata laluan menulis blog..
Cerita hari ini adalah berkaitan anak bongsu ummi yang soleh.. tanya ummi boleh ambil dia ketidak, aleh-aleh balik rumah, baru lepasa mandi dan pakai baju melayu yang lama dan tangan yang senteng. Ummi minta dia tukar dan bawa pula buku yang tidak diikat untuk dipulangkan. Katanya janji dengan kawan, sampai sekolah tidak ada sesiapa kat pondok, kami balik jer.. Singgah CIMB Bank, Haziq tolong ambilkan duit ummi, isi petrol dan beli tali untuk ikat buku yang tidak diikat lagi... Hari ini todak jadi hantar bu8ku ummi janji hantar esojk dan belanja Haziq asagohan. Hari ini kami puasa. Semoga puasa kami diterima. AAmeen.
Thursday, May 15, 2014
SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
Ummi Keta Jamuan Makan Malam, Ahlhamdulillah semua berjaya
Thursday, December 12, 2013
Majilis Kesyukuran Hajjah Zaidah dan Berendoi Cicit Pertama

Tepat 10.00 pagi acara pun bermula. Kami dapatlah buat rakaman.
Wednesday, November 27, 2013
Haziq @ KPJ Healthcare Shah Alam.
Hari ini hari ketiga Haziq berehat di hospital ini. Ummi pun berehat sama. Haziq nampak semakin sihat, menurut ayah, keadaan terkejut-terkejut pun dah tak ada sepanjang malam tadi. Hopefully hari ini Haziq discaj.
Ummi pun tak tahu bagaimana demem denggi, selama ini hanya dengar sahaja. Haziq mula demem pada hari Khamis 21 November 2013. Malamnya ayah bawa di ke Klinik Al Hikmah Seksyen 7, Shah Alam. Ummi pula masih pening-pening kerana masih cuti sakit kerana demam. Sepanjang ummi demam Haziqlah teman ummi, tolong ambilkan air, tolong picit kaki dan badan ummi yang terasa sakit, dialah teman sepanjang ummi tidak sihat.
Hari Jumaat, Haziq dah tak larat nak teman ummi ke klinik untuk ambil darah. Ummimgagahkan didri pergi seorang. Alhamdulillah darah ummi dah,mula naik platelet dah naik 125, darah putih dah naik dan kepekatan darah juga semakin stabil. Ummi diberi mc lagi. Ummi balik tengok badan Hazq tetap panas, macam tiada apa-apa perubahan. Kami berdoa supaya bukan denggi. Sehingga hari Isnin badannya trrus panas, dalam lingkungan 37.8 - 38.8 darjah celcius. Hari Isnin platelet Haziqjatuh 101. Dr. Anis di kLinik Seksyen 7, Shah Alam kata kemungkinan denggi dan nasihatkan supaya banyakkan minum air, ummi berlawan minum air, Haziq menang ummi kena beri dia RM 10.00, itulah perjanjian kami. Masa itu, rumah macam hospital. Kami tidur dan hanya makan roti, kadangkala rasa nak menangis, tapi kami redha mungkin Allah nak hilangkan dosa kami.
Hari Sabtu ummi pergi klinik lagi, Alhamdulillah ummi dah sihat, platelet dah naik 205. Walau bagaimanapun ummi masih lemah. Sabtu dan Ahad kami berehat sahaja. Hari Ahad kami uruskan pasport untuk nak pergi umrah. Alhamdulillah, Haziq larat juga. Lepas ambil pasport ummi dsn ayah ke jemputan kenduri rumah Pak Usu OBD Kuala Kubu Bharu. Athirah dan Haziq tinggal kat rumah.
Hari Isnin, ummi pergi ofis selepas bawa Haziq ambil darah. Platelet Haziq 101., Dr Anis kata kemungkinan denggi.tengok esok katznya. Hari ini ummi bawa di ke ofis. Mukanya macam udang kena bakar. Tidur sahaja kat bilik ummi. Tengah hari dslsm perjalanan balik, hidungnya berdarah, banyak juga. Hari itu dia minta nasi ayam, nampak berselera dia makan, ummi kata dalam hati, sihatlah ni... Hari Isnin tu ummi bawa dia ke ofis.
Hari Selasa Haziq nampak makin lemah, ambil darah, platelet jadi 94. Dr Anis kata kena masuk wad. Dia nak uruskan ke HBTAR! Klang, ambulan akan hantar. Ummi call ayah. Ayah tidak dapat jawab, ummi discuss dengan Dr. Dr. Anis kata ini untuk pemantauan, hospital manapun boleh. Akhirnya kami decide untuk ke DEMC. Sampai sana ambil darah lagi, tapi katil pula penuh. Akhirnya ummi discuss dgn Dr. Samnudi, dia kata akan refer ke KPJ. Kat KPJ,Alhandulillah ada kekosongan katil. Ayah pun dah sampai dari ofis. Menunggu juga hampir 2 jam baru dapat masuk wad. Disini sekali lagi hdung Haziq berdarah. Dr. Pakar E&T pun datang. Alhamdulillah tidak ada masalah. Mungkin badan dia panas sangat. Masalah hari pertama dan kedua adalah badan dia macam terkejut-terkejut, mungkin badan panas sangat. Pagi ini masalah terkejut dah hilang. Alhamdulilah. Hati ini Haziq nampak sihat. Semoga Haziq sentiasa dalm peliharaan Allah. Ameen.
Wednesday, October 02, 2013
Penilaian Menengah Rendah
Alhamdulillah, sekolah menyediakan makanan tengah hari di asrama untuk semua pelajar Tingkatan 3. Walau bagaimanapun ummi dah sediakan bekalan untuk Haziq, roti. Hajat ummi akan datang jumpa dia, tapi tak jadilah sebab lunch disediakan. KOP pun buka, so budak-budak boleh beli makanan sementara tengah hari.
Semoga Haziq dan kawan-kawannya lulus dengan cemerlang. Ameen
Tuesday, July 30, 2013
Thursday, January 17, 2013
Athirah's Birthday
Monday, December 24, 2012
Allahyarham Haji Amir Halim bin Abdullah.
Arwah nampak lemah, guna oksigen. Sedang ngah bercerita arwah panggil ngah minta tisu untuk buang air liur. Da minta kami urutkan tangannya, ummi bantu juga, lepas tu dia minta Aiman pula tolong. Ummi tengok ajelah, lepas tu dia duduk sahaja matanya nampak sayu dan kulitnya warna kuning, doktor kata kanser dah merebak ke hatinya. Ummi hanya berdoa supaya arwah bersabar, dan ummi nampak dia tidak pernah mengeluh dengan sakitnya itu. Sejak arwah keluar hopital Putrajaya, tiap hari ummi melawatnya di rumah, bercerita dengannya. Dia nampak gembira bercerita dia akan dapat cucu, dan masih ingin membantu ummi menunjukkan jalan pintas ke Shah Alam, sememangnya dia adalah pakar rujuk kami sekiranya tak tahu jalan. Dia cekap dengan jalan-jalan dan ingat.
Dalam pukul 1.00 lebih kawan2 ngah balik, tinggal kami bertiga, Ngah, Aiman dan ummi. Arwah minta di tambah oksigen, kami panggil doktor, doktor kata 'ini dah maksimum, no.6' kalau tak silap. Lepas tu arwah diam. Ummi lihat dia nampak penat, jadi ngah minta dia berbaring. Lepas dia berbaring kami nampak matanyaa macam ada kelainan, jadi kami terus ajar dia mengucap dan beristifar. Semasa kami sibuk mengajar mengucap kedengaran azan zohor berkumandang dari Masjid hadapan HBTAR, semasa sedang azan itulah tiba-tiba arwah tertunduk dan rasanya semasa itulah sampai ajalnya. Innalillah hiwainnahirrajiun. Perginya dengan tenang dan tidak nampak keperitannya menanggung penyakit kanser pankreasnya.
Setelah itu doktor pun datang dan ngah minta jangan dibuat apa-apa rawatan kecemasan. Semasa iu emakpun sampai dan doktor sahkan arwah dah tak ada. Kami terdiam dan redha. Emak terkata apa-apa. Akhirnya ummi bersuara untuk memberitahu semua keluarga. Kami hubungisemua keluarga dan ngah putuskan supaya arwah dikebumikan di Subang Jaya. Urusan pengkebumian diurus oleh Aiman sendiri, mujur ada Selamat, dia berurusan dengan van jenazah. Ummi dsn Acik balik kerumah dan terus ke masjid Subang Jaya. Alhamdulillah semua urusan mudah.
Jenazah sampai untuk sebelum Asar dan selepas Asar terus dimandikan dan terus disembahyangkan di Masjid Subang Jaya. Memang mudah. Kebetulan pula arwah sudah meminta Haji Suratman membacakan yasin di surau malam ini, majlis bacaan yasin menjadi kenduri tahlil arwah. Semua telah disusun Allah swt. Malam ini kami tidur rumah ngah.
Semoga roh Allayarham Amir Halim ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Ameen.
Tuesday, November 20, 2012
Ryoko... Langkawi sima
Sampai di Langkawi kereta sewa dah tunggu, so ayah pandu ke LADA untuk ambil kunci dan singgah makan dan terus kerumah Inap LADA, sebuah rumah teres. Rumah tersebut sangat selesa, 3 bilik dan 2 bilik, kelengkapan asas cukup nak masak pun boleh. Oleh kerana kami sampai dah malam, malam ini terus tidur.
Sebelum tidur kami berbincang untuk tempat lawatan. Tidur awal supaya esok boleh ronda sampai malam.
Wednesday, October 10, 2012
Istana Negara - Johan Setia Mahkota (JSM)

Hari ini 8 Oktober 2012, ummi oyasumi untuk menemani ayah ke Istana Negara untuk menerima kurniaan bintang Jasa Setia Mahkota (JSM) dari Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 14, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Kami sampai ke Istana Negara lebih kurang jam 7.45 pagi, ramai juga yang telah hadir semasa itu. Masuk Istana Negara ummi dan ayah mula ambil gambar. Semua kawasan cantik berjaga rapi. Nampak mewah disetiap ruang. Teringat bonda, kalau bawa dia mesti dia suka, tapi kesian pula dia menunggu kat luar.
Acara bermula tepat jam 9.00 pagi. Ayah hantar ummi kat tempat disediakan, then ayah ketempatnya. Sebelah ummi dari Sabah, suaminya Business Man. Dia maklumkan kat ummi protokol do and don't semasa dalam Istana. Antaranya tunduk bila nak keluar atau nak duduk semula, jangan ambil gambar semasa acara bermula, jangan letak buku cederamata kat atas kerusi dll. Acara habis lebihkurang jam 12.00 tengah hari.
Habis acara ini kami ke bilik jamuan, besar juga, kami duduk bersama angkatan tentera. Puas makan berbagai juadah. Lepas makan kami masuk semula ke Balai Rong Seri untuk bergambar di tempat disediakan oleh jurugambar Istana. Kami beratur, Alhamdulillah tak ramai lagi yang beratur, kebetulan bintang ayah tidak ramai so sekejap aje kami dah selesai. Lepas tu kami bergambar sakan lagi.
2.30 goro kami keluar dari Istana Negara, ayah belanja pula ummi makan Nasi Ayam kat Jalan Duta, katanya sedap. Kami makan lagi then beli bungkus untuk Haziq pula. Balik kepenatan. Omedetou ayah atas kurniaan yang diterima. Kami amat menghargainya dan semoga ayah terus berjaya di dunia dan akhirat.
Saturday, October 06, 2012
Tiring Day...
Seharian ummi keluar dan menjahit, lunch pun makan luar. Malam pergi pula rumah Kak Mah sebab dia balik KL sebab ada medical check-up di HKL. Alhamdulillah kak Mah nampak sihat selepas buang pundi kencing kerana dijangkiti kanser. Sampai rumah Kak Mah kami makan-makan sebab rupanya sambut hari jadi Kak Mah.
Balik rumah Kak Mah ummi mula menjahit, sampai 3 pagi.. Alhamdulillah siap sebelah tangan. Esok pagi sambung lagi menjahit.
Saturday, July 21, 2012
Balik Banting....
Tapi ayah kata, bawalah makanan juga nanti anak kita makan makanan orang aje.. so ummi pun masak. Masa berbuka memang banyak makanan tapi banyak yang belilah... Alhamdulillah habis masakan ummi.. sebab ummi masak sendiri.
Malam tu kami teraweeh d Masjid Sultan Alaeddin Kampung Bandar, Masjid di Raja, bersebelahan dengan Sekolah Tahfiz Sains dan Teknologi, Kampung Bandar. Tapi hari ini semua budak asrama balik tidak penuh sangat, imam pun baca surah biasa sahaja... Kami pergi dengan bonda. Alhamdulillah bindo sihat hari pertama ini.
Balik terawehh bonda dah sibuk nak masak sahur, kena juga tolong dia, ikutkan hati ummi nak masak pagi dah ready dengan Tatee, tapi bonda dah sibuk buat jugalah... Senangkan hati bonda. Cucunya pun bukan kecil lagi.. Sahur pagi ini hanya Haziq yang terkecil, itupun dah 14 tahun... tak sahur pun tak apa. Tapi biasalah nenek nak perfect...
Siap persiapan kami pun tidur.... harapkan bangun sahur asa 5.00ji goro...
Friday, July 20, 2012
O Tanjoubi Omedetou Muhammad Aliff Ikram
Hari ini pagi ummi ada Program Gotong Royong Perdana di pejabat, ummi bertugas bahagian pejabat. Semua bekerja bertungkus lumus untuk mencantikkan pejabat. Disebabkan dalam pejabat, ummi terselamat dari kena panas, kakitangan yang kena bahagian luar, berpeloh-peloh terutama yang membersihkan longkang. Oleh kerana Gotong Royong Perdana, semua kakitangan diberi sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang. Kenyang sampai dah tak lalu nak makan, petang tu diberi laksa. Ummi hanya mampu ambil kuah sahaja.
Hari ini adalah 20 Julai 2012 bersamaan 30 Syaaban 1433H. After ofis ummi dan Athirah pergi rumah Aza untuk tempahkan baju kami. Hari ini ayah pun balik awal, sebab malam ni bermulalah Sembahyang Sunat Taraweh. Semua eager nak pergi Masjid, sampai round about ayah tanya 'sembahyang kat mana? Haziq jawab 'Masjid Negeri'. So terus ke asjid Negeri, terkejut juga jalan sesak nak masuk ke Masjid Negeri... Akhirnya kami lepas juga, ayah park di tepi jalan. MashaAllah penuh Masjid, ummi dan Athirah cepat-cepat siap dan terus buat apa yang patut... Imam Isya' dan 10 rakaat awal baca slow, imam seterusnya memang laju, malam pertama habis satu juzu' Selesai sholat kami terus makan di Seksyen 6. Kira sahur lah tu.
MALAM INI TIDAK ADA SAMBUTAN HARI JADI BUAT IKRAM, KAMI AKAN BUAT SELEPAS INI.
Wednesday, July 11, 2012
Tuesday, July 10, 2012
Satu Murid Satu Sukan....
Hari ini Haziq kesekolah dengan memakai baju sukan.. Katanya ' Haziq kalau pakai baju sukan rasa bimbang, nak pakai sampai petangke' ummi kata 'mestilah' . Cantik baju sukan barunya.
Program hari ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. Keseluruhan 3.6 juta goro pelajar dari 10k sekolah seluruh Malaysia mengadakan senamrobik serentak. Tidak ketinggalan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam... Objektif program ini adalah untuk menggalakkan semua pelajar meminati sukan, dimana ianya baik untuk kesihatan.
Petang pula ummi ada meeting Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) disebabkan KPE ada urusan diluar, meeting mula lewat sedikit dan selesai lebih kurang jam 6.00 petang, bergegas ummi ambil Haziq dan balik kerumah. Ayah dah sampai, driver nak hantar ke KLIA pun dah sedia. Senaik ummi dan Haziq sampai ayahpun pergi, Flight jam 8.00 malam.
Seteah ayah bertolak, ummi terus kedapaur untuk siapkan makanan malam, Haziq pula terus menghafal.. simple malam ni, sayur campur dan goreng telor dadar, tak sempat nak keluarkan ikan. 8.00 malam hantar Haziq tasmik di Surau Al Islah, Seksyen 7. Alhamdulillah dia dah hafal 6 juzuk, malam ini mengulang 1 juzuk... balik dia masih belum bagi hadiah kat Ustaz yang mengajar tu... malu ummi, walau ustaz tu tak pernah minta. Malam ini hanya Ikram yang hantar dan ambil Haziq, ummi setlekan baju-baju yang melambak. Alhamdulillah semua selesai. Balik mengaji mereka bawa Tutti Fruitti..yumyum.
Monday, July 09, 2012
Athirah tidak sihat
Wednesday, July 04, 2012
Semi- Final Debate SAMTTAJ Shah Alam...
Sejak Dou Youbi Haziq sibuk menuntut dengan Athirah macam mana debate, bersemangat nampaknya dia. Getsu youbi yoru kuji goro ummi dan ayah hantar dia kesekolah untuk menyertai debate. Budak asrama sedang solat Isyak. Ummi tanya betul ke malam ini, mujur nampak Ameen dan Syafik, rakan kumpulan debate dia. Tajuk pertama berkaitan facebook kumpulan Haziq menang lawan tingkatan 3, malam kedua lawan tingkatan 5 berkaiatan Rapes should be hang, kumpulan tingkatan 5 menang, malam ketiga lawan tingkatan 6 berkaitan fat taxs for the fat ass. Haziq kata pada ummi,'takutlah ummi sembahyang hajat yer doakan Haziq'... Risau sangat dia. Semoga malam ini dia menang. Ummi dan Ikram tunggu di depan kelas dia pula keluar pintu belakang, bertuah betul budak ni.. hari ini dia kalah l;agi dengan pelajar tingkatan 6.
Khas bersama khas KSN Dato Sri Dr Ali Hamsa - Merakyatkan Perkhidmatan Awam
Ummi menonton di tv1. Semoga 1.4 juta kakitangan awam akan mendapat menafaat dari transormasi ini.
Saturday, June 30, 2012
Golden Fruits from our garden......
Hari ini Nichi Youbi, seperti biasa lepas asa gohan cucur ikan bilis, Athirah dan Haziq akan berlatih archery, Athirah dah naik status sikit dah boleh mengajar, Haziq masih berlatih. Weekend ni ayah ada SAKI - Sukan antara NTAN di INTIM, Kemaman Trengganu. Ummi pergi hantar mereka, Ikram pun ada aktiviti di UiTM. Sampai jam 10.00pagi ummi buat kerja rumah, petang ada jempuan kendui tahlil di rumah Pak Ngah dan jemputan kahwin di rumah Kak Pah di Kampung Lombong, first time ummi dengar nama kampung tu...
Jam 10.00 pagi ambil Athirah dan Haziq, then ummi terus pergi kelas mengaji dirumah Mak Lang. Sampai rumah Seksyen 7 ada kereta paarking kat rumah kami, so ummi park kat rumah Fadzil/Nadia... Paling best tetpangdanglah drogon fruits yang kami tanam 6 tahun dahulu rupanya berbuah, Mak Lang ingat buah plastik. Berkilat buahnya. Ummi mms gambarnya kat ayah, Ikram, Athirah dan Haziq. Semua happy dan nak angkat bawa balik Seksyen 3....
Petzng lepas balik jemputan semua ke rumahSeksyen 7, bergambar dan memetik buah.... Tak sangka ianya berbuah, kamidahletak diluar pagar
Nota: Hari ini semua semua anak murid ada kecuali Ngah, dia ada kenduri kahwin. Hari ini belajar tajwid ulangkaji dan belajar hadis 40 berkaitan haram menzalimi.