Sunday, July 24, 2005

バレーボール たいかい - Volley ball tournament.



Hari ini Minooka Shogakko menjadi johan pertandingan bola tampar antara sekolah-sekolah Kobe. Pertandingan diadakan di Daikai Shogakko. Omedetou Athirah dan pemain lain. Tak sia-sia berlatih 3 kali seminggu sejak 4 minggu terakhir ini mulai 7.45 am hingga 8.15 am, sebelum kelas bermula 8.20 am. Inilah pertama kali kami menonton pertandingan bola tampar. Tahun lepas Athirah masuk pertandingan pingpong kami tak dapat tengok sebab ada kawan datang rumah, hanya Ikram yang temankan. Ummi dan ayah kurang faham bagaimana pertandingan dikendalikan, lepas pertandingan akhir dan Minooka menang, seperti biasa tunduk hormat kat pemain lawan, kat pengadil, kat sensei, kat penyokong sekolah (ibubapa), mereka terus berlari naik pentas.. nampak kami blur agaknya, Kyoto sensei beritahu mereka akan mendapat sijil... dan cadangkan kami naik kepentas ambil gambar... Sijil ditulis disitu sahaja. Simple aje acaranya, pemberi sijil bacakan apa yang tertulis disijil dan serahkan kepada ketua pasukan. Selesai penyampaian sijil dan acara bergambar ramai, mereka diberi onogiri dan sumitai ocha.

Inilah teman Haziq semasa menunggu kakak bermain, Sebelum sikecil ini sampai, Haziq dah mula baring-baring, dapat kawan, lupa segalanya... legalah kami menyorak anak-anak...

Acara selesai lebih kurang jam 1.00 tengahari, pertandingan bola tampar untuk lelaki pula bermula. Lelaki Minooka Shogakko dapat Naib johan.

Perjalanan balik, terpandang pula flee market kat gokoku jinja, singgah sebentar, dapat beli 2 helai yukata baru (Ummi dan Haziq) dengan harga 1200 yen...

Petang seperti minggu yang lain, badminton di Kobe Daigaku...

3 comments:

yanAzhad said...

Omedetou Athirah :) Sports girl rupenye anak dara Kak Siti ni..pingpong boleh, volleyball boleh.. baseball tak main ke?

Anonymous said...

This is very interesting site... » »

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »