Monday, July 18, 2005

Minooka Natsu Matsuri dan うみのひ( hari laut)












Selepas Suboh semua siap-siap nak pergi beach, nak tengok Nihonjin sambut Hari Laut. Tapi tak jadi pergi, tiba-tiba hubby sakit perut dan muntah-muntah, tanda sakitnya nak datang... Haziq kata Haziq rasa dalam perut ayah dah ada batu. tunggu ajelah... setiap tahun tentu kena, tak tahulah apa nak ubatkan.

Jam 2.45 petang pergi dengan family Umesaki san ke Minooka Shogakko. Haziq sampai tak terikut main games, everybody enjoyed. banyak juga acaranya.. Setiap kupon berharga 150 yen dan kami boleh main 10 games, dapat free minuman, senbei dan sosej (pandang ajelah). Puas Haziq, Athirah dan Ikram bermain, sebab kupon kami semua beri kat mereka. Ada juga acara story telling (kesukaan Haziq), ibubapa menyanyi dan menari.. penuhlah tangan membawa balik omiyage... Patutlah sebelum tu sekolah dah beri surat supaya bawa beg untuk isi hadiah....