Tuesday, July 19, 2005

ocha...

Selepas anak-anak kesekolah, Ummi segera ke dapur siapkan karipap nak bawa pergi rumah Igawa Yumi san. Hari ini dia ajak Ummi pergi minum ocha kat rumah dia.... Sampi sana dah ada seorang kawan sedang minum dan makan senbei... Ummi pun join, berbagai cerita kami bualkan.. seronok pula, bercerita pengalaman di Jepun dengan mereka, Yumi san pula cerita pengalaman dia tinggal bersama host family di Tanjung Karang yang lansung tidak boleh berbahasa Inggeris... seronok kami bercerita tak sedar hampir 2 jam kat rumah dia.

Balik, hubby dah hampir siap kemas fail-fail dia, yang dah nak dibuang... bilik macam kapal pecah... bila nak siap kemas kertas-kertas ni... esok hari buang sampah, Ummi pun mula buka beg pakaian, masih banyak lagi yang perlu dibuang... gambarimasu.

3 comments:

Anonymous said...

akak..dah start acara packing ker?

Anonymous said...

Tak tahu nak cakap lah Ha, makin kemas makin sedih pulak nak tinggalkan Nihon.. Balik kali ini bermakna 6 tahun duduk Jepun... macam-macam kenangan ada, 3 tempat berlainan.

Anonymous said...

best regards, nice info » » »