Pagi seperti biasa rajio, ahari ini semua pergi. Sarapan hari ini nasi kerabu... banyak ayah makan, lupa diet...
9.30 pagi anak-anak pergi pool anjuran PTA di sekolah. Bersemangat Haziq sebab hari ini dia dapat belajar berenang. Sensei akan ajar mereka yang belum pandai, termasuklah Haziq, yang hanya boleh berenang 2 meter. Nampak bersungguh dia belajar, masa terbaik dia untuk 25 meter ialah 32 saat. Gambatte Haziq. Ikram dan Athirah berenang serta main air dengan group lain kerana mereka memang dah pandai berenang dan dah
pun diberi sijil. Sekolah Jepun ni, semua diberi sijil kalau berjaya buat sesuatu.. Ikram dan Athirah ada berbagai-bagai sijil, sijil boleh main ski, boleh berenang, dan entah apa-apa lagi. Haziq pula dapatlah sijil boleh bersukan... itulah satu cara mereka menggalakkan anak-anak bersungguh dalam membuat sesuatu. Selesai berenang jam 11.30 pagi.
Jam 1.20 petang, Ikram hantar Athirah dengan basikal ke Shinohara Kitamachi koen berkumpul sebelum ke Rokko Shogakko untuk latihan volley ball bersama Rokko Shokakko dan Takaha Shogakko. Athirah pergi bersama kawan-kawan dan Miura Sensei.
Athirah berlatih volley ball, kami pula ke Togagawa untuk acara menangkap kinkyo. Ramai juga yang hadir... berebut-rebut menangkap ikan. Ini adalah acara tahunan anjuran City Hall dimusim panas, untuk anak-anak yang bersekolah rendah (shogakko ).... ayah pun naik geram nak masuk sungai tu.. banyak ikan-ikan yang sengaja dilepaskan termasuklah unagi, Haziq takut nak tangkap unagi.... Tengah tangkap tu, Lynn sampai dengan anak-anak.. so, semua pun sibuklah menangkap kingyo tu... Rezeki kami pulak hari ini, ada Nihon jin yang tak mahu bawa balik kinkyo yag ditangkapnya, dia tanya nak ke tidak, kami kata nak.. dapatlah seberkas lagi.. penuh akuarium malam ni.....
1 comment:
Best regards from NY! http://www.vortec-cpi.info/Hard-drive-repair-utilities.html Michael thurman weight loss program fat+loss+measure Canatal model kcvo3-1 Pga golf result Losing weight in the first trimester of pregnancy lose weight hummer limocine xenical weight loss Best fantasy football magazine T mobile blackberry Color laser fax machine What is a good body fat count Phendimetrazine us pharm overnight cod hosting provider cooking fat loss low weight Saab aftermarket
Post a Comment