Friday, July 15, 2005

金ようぶ - kin youbi (Friday)


ii tenki desu... lepas Haziq dan kawannya ke sekolah, Ummi dan hubby teus pergi jogging... naik bukit kat rumah dan turun semula... nampak Haziq seronok bermain tsuriwa dengan kawan-kawannya, sempat ambil gambarnya... happy betul dia disekolah. Hari ini Athirah pula ada latihan berenang dengan pakaian biasa...

Balik sekolah Haziq bawa balik pianika... beritahu dia dah pandai main pianika. Sejak semalam, Athirah dah mula bawa balik barang yang selalu ditinggal disekolah, sebab minggu depan dah akhir persekolahan untuk ichigaki... Haziq ichi nensei belum tahu lagi, bila kita cakap, tak mahu dengar, dia nak dengar cakap sensei dia aje... kalau betul nanti, balik dia beritahu, betul Ummi sensei pun kata macamtu...

Jam 3.00 petang, Ta-kun datang rumah, ajak Haziq main dirumahnya.. happy Haziq terus pergi dengan Ikram. Main kat sana samapi jam 5.00 lebihkurang. Puas bermain ... Ikram bersama kawan-kawan Maya chan ( adik Ta-kum)

Hari ini ada opening sales kat kedai baru, shoe plaza.. kami pun pergilah menyibuk kat situ, beli jugalah kasut kat Ikram, Haziq dan Ummi.. Athirah dan hubby tiada yang berkenan. Harga boleh tahan juga.

Balik Haziq mengadu gigi dah goyang sangat, Ikram pula takut-takutkan dia, nanti tertelan kena operate dll... ketakutanlah budak tu.. makan pun takut, tertidur tak makan malam pun... esok first things kena buat adalah bawa dia ke haisya, cabut gigi...