Thursday, July 07, 2005

たなばた (tanabata), Pool dan こくご (bahasa Jepun)

Hari ini nihonjin sambut tanabata, tulis apa kita nak dan gantung kat pokok buluh...

9.45 pagi lebihkurang Ummi pergi sekolah, ambil gambar Athirah masuk pool, lama juga Ummi kat sana, tengok anak-anak tu bermain air bersama sensei. Seronok betul nampaknya Athirah berenang sambil bermain-main dalam air. Walaubagaimana, masih ada juga Nihonjin yang tak berapa boleh berenang, so adalah sensei yang masih ikut dan tunjukkan bagaimana berenang dengan betul.

Tengahari pula Ummi kesekolah lagi.. ambil gambar Haziq balik sekolah pula. Sampai rumah terus dengar dia mambaca buku, sebab setiap hari dia mesti baca buku こくご (Bahasa Jepun) dan Ummi pula kena dengar dan tanda hanko Ummi kat tempat disediakan. Jenuh juga mendengar dia membaca, dia nak baca 10 cerita satu hari dan satu cerita kadangkala dia nak baca sampai 10 kali (kalau cerita pendek). Tujuannya untuk menjadi pembaca terbanyak dalam kelas. Itu memang satu perangai Haziq, dia mesti dapat pertama dalam apa sahaja. Kalau ada orang lebih pasti esoknya dia akan buat lebih lagi.. Sensei pun dah faham perangai Haziq yang satu ini. Dia menangis kalau tak dapat baca seperti yang dihajatnya. Pernah dia salahkan Ummi sebab Ummi kata cukuplah baca 21 kali sahaja. Bila di sekolah ada kawan baca 25 kali, dapat stamp lain dari dia, esoknya dia baca samapai 125 kali... lepas peritiwa tu, Ummi ikut sahaja berapa banyak dia nak baca, Ummi dengar ajerlah, sampai Ummi pun hafal. Harap-harap perangai nak dapat いちばん (no.1) ini akan membantu dia menjadi orang yang berjaya dunia dan Akhirat. Amin.

Petang janji dengan Lynn dan anak-anak akan pergi ke Maruyama Koen, tapi Ikram balik sekolah beritahu, Nagamine Chugakko buat announcement ada おあめ semua kena balik, kat TV pun keluar.. postpone, tak tahu bila pula nak pergi. Petang memang hujan, ada (かみなり) guruh dan kilat pun. haziq diam aje, takutlah tu.. dia kata itu naga, tak tahu mana pula perkataan tu dia dapat. Malam hujan tak turun lagi....

7 comments:

yanAzhad said...

wah... terer la haziq nihongo no hon o yomimasu. Nanti boleh ajar untie yana ek :)

Mai Zack said...

boleh, boleh.... no problem... ikram desu

lynn said...

thanks kak siti n fmaily, tjk dan bawa kami jalan+lepak kat taman tu.. anak2 suka sgt. tak puas nak main, pagi2 tadi along kata nak pergi lagi.

siTi khaDijah said...

Anytime tempat tu luas dan chusajo pun ada.. Athirah dan Haziq selalu pergi main basikal kat situ lepas siap shukudai. Anyway thanks for the cakes and keropok. Akak tak bawa apa pun masa tu...lenggang kangkong.

Anonymous said...

Excellent, love it! Vermeer's girl with the pearl earring icelandic sweaters knit skirt dominican republic cheap international calling card catalog and stationery phentermine fluoxetine weight loss Cheap calls to libya Kia+rio Gun'n rose mp3 Volkswagen celeste Reader kanecal ccd barcode scanner Free credits for cell phones Electric cooktop covers Lansing laser hair removal Gun laser paintball scope

Anonymous said...

What a great site County liposuction orange thigh Anna nacole weight loss pills frigidaire gallery refrigerator Paris hilton horn alana evans pornstar Andy milonakis bingo has aids Bikini contest and massachusetts Peugeot 605 3 0 140 kw Marietta liposuction absolute shemale pink pornstars sylvia saint Bingo bus trip in michigan Bikini contest wet Explicit penis Ruby the pornstar suzuki atv part Proactiv acne medication0a gps plotters uk On knees ass up pornstar paradise.com

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. » »