Semakin sibuk sejak musim panas ni, anak-anak ada pool boleh dikatakan setiap hari, Ikram dan Athirah tak ada masalah, semua dia buat sendiri seperti siapkan pakaian renang dan kad suhu, Haziq pula main tunggu aje... semua kena Ummi siapkan.. hubby kadangkala membantu, tapi tak biasa so, kena juga masuk tangan Ummi ni... kalau tak lengkap tak boleh masuk pool terutama kad suhu mesti kena hanko (stamp nama).
Jam 4.00 petang kami semua ke sekolah Ikram pula, kobetsukondan... keputusan Ikram overall, average sama dengan budak-budak Jepun... cuma kalau satu persatu, Nihongo kurang dari average, eigo lebih dari average. Alhamdulillah, semua subject menaik. Rajin betul sensei ni, siap dengan powerpoint tunjuk result budak-budak. Fukuda Sensei ni, memang guru kelas dia semasa 1 nen 3 kumi dulu dan 3 nen 4 kumi ni jadi guru kelas juga, jadi kami ni kenal sangatlah dia.. banyak kali datang rumah, masa nak uruskan makanan Ikram kalau kena keluar sekolah... seperti bermalam di Rokko san, bermalam di Utara Hyogo masa nagai katsudo (Ikram seronok betul, naik banana boat dan dilepaskan untuk berenang semula kepantai, tangkap ikan dll aktiviti di pantai selama 4 hari) dan akhir sekali ke Tokyo. Satu lagi kelebihan sekolah Jepun... bila berada di tahun akhir persekolahan akan diadakan ryoko, murid 6 nensei shogakko pun ada. Minooka shogakko pergi ke Hiroshima.
Penentuan kelas juga tidak seperti di Malaysia, nama murid di senaraikan berdasarkan keputusan mereka, selepas tu pembahagian akan dibuat samarata. Pandai dan tak pandai akan berada dalam satu kelas.
Jam 4.30 petang selesai perjumpaan, kami pun pergi window shopping kat ナフコ. Balik cepat sebab Haziq dah menangis nak tengok channel 11, ムシキンッグ jam 6.00 petang.
Hari ini Haziq gembira sebab tulisan dia dalam あのねちょう terpilih masuk shimbun 1 nensei. Sibuk tunjuk Ummi nama dan gambar dia.
4 comments:
wah..ikram, eigo lebih dr average, boleh jd eigo sensei kat kengkawan. :)
Alhamdulillah, cuma kami risaukan subject lain tu, terutama sansu dan rika, 2007 nanti dia kena ambil SPM. Anak dah besar ni, risaukan pelajaran pula...
Maths dgn science ke.. hmm.. apa kata minta la tlg Piye, diakan terer Maths. ;) Nanti blk Mesia Ikram kena amik PMR ke?
rasa tak sempat ambil PMR.. sekarang ni ayah mengasah dia dengan Maths dan science, problemnya step untuk maths. Jepun beza dengan Malaysia, walau kotae nya sama.
Post a Comment