Monday, July 04, 2005

あめ。。。。

Sejak malam hujan turun dengan lebatnya.. pagi ini Haziq terpaksa juga pakai raincoat, Athirah dan Ikram guna payung sahaja.. agak sukar anak-anak mendaki bukit dalam hujan. Hari ini Haziq ada pool, bawa juga pakaian renang walaupun memang tentunya tak boleh masuk pool. Tengahari hujan masih turun.. Oleh kerana hujan agak lebat, Ummi ambil kesempatan membasuh balcony.. puas hati dapat guna air banyak, jika hari biasa, siram pokok pun kena berhati-hati dan dibuat awal pagi, bimbang terkena rumah dibawah. Tapi disini kami ambil insurance untuk barang yang terjatuh dari rumah. Esok dijangka cloudy.

Hubby masih sibuk membetulkan mana-mana yang tersilap dalam thesisnya. Oleh kerana esok hari membuang barang non burnable, hari ini Ummi pula sibuk mengemaskan toys Haziq, mana yang nak dibawa balik, nak dbuang dan nak ditinggalkan untuk kawan-kawan... Selesai Haziq buat shukudai, diapun membantu memilih barang yang dia suka... Malam tadi asyiklah dia bermain dengan toys yang dah lama tidak dimainnya.