Tuesday, July 08, 2008

Arabia go no kurasu

Hari ini Athirah mula masuk Arabia go no kurasu. Ummi ambil mereka kat sekolah petang lepas teakwondo terus balik, ingat nak beli nasi lemak kukus kat depan tu tapi semua tak hendak, katanya makan nasi lemak nanti pendek, manalah dia dapat ilmu tu... ummi diam ajer dak tak nak sudah.

Lepas Maghrib, terus hantar ke Uitm bawa Haziq sekali sebab malas pula nak balik ambil dia semula untuk hantar mengaji. Dah sampai fakulti bahasa, ummi, ayah dan Haziq tunggu sampai taklimat selesai sebab lepas tu kena pergi tengok kelas. Lastnya tengok kelas kelas dah dekat jam 9 goro. Hantar Athirah tunggu lagi, ;lastly Haziq tak dapat pergi mengaji, rilex ajelah dia, ayah bawa ajer kami makan kat Uitm, Haziq makan mee kungfu, Athirah Mee Hon tomyam Ayah dan Ummi makan sup cendawan.

Mulai Julai hingga Oktober hari Isnin dan Rabu Athirah akan belajar Bahasa Arab di Uitm untuk memantapkan Bahasa Arab dan subject lain yang dia belajar kat SAMTTAJ Shah Alam. Mudah-mudahan dia berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Thursday, June 05, 2008

Hari Lahir Bonda...

Setelah berpakat hampir sebulan... semua bersetuju sambutan hari lahir bonda hanya dibuat dirumah dan diawalkan kepada malam 5 Jun 2008. Hari Lahir bonda adalah 15 Jun 1939. Kini umur bonda menjangkau 69 tahun. Alhamdulillah sihat walafiat, masih boleh memandu kereta bersendirian, membuat exercise ringan dirumah dan pentingnya masih aktif dengan persatuannya.... Ibu tunggal. PEMADAM, WI dll.

Cerita sambutan hari lahir bonda, semalam lepas hantar Rosnita, Athirah dan Haziq kerumah Acik (transit) sebelum Ucu Tatee ambil untuk balik rumah nenek, Ummi shopping beli barang untuk buat Yogurt cakes. Sibuk juga pagi tadi sebab bangun kena settlekan kucing yang 3 ekor tu.. makan, minum, litter lagi.. kelam kabut sikit dengan ayah sebab selama ini Rosnita yang uruskan. Jam 12 balik dari office terus buat yogurt cakes dll. Jam 5 goro ambil Ikram pula kat Seksyen 19 stesen komuter balik dari Gopeng, terus bayar kek kat Secret Recipe yang Ngah dak order. Balik rumah tunggu ayah balik.

Hari tu ayah pulak ada hal, balik lepas Maghrib, Athirah dan Haziq dah berkali-kali call beritahu orang dah tunggu, kek tak sampai.. senyap ajer lah ummi, nak marah pun tak boleh sebab ayah pun bukan sengaja. Kami sampai jam 8.30 malam goro juga... imam masjid nak baca doa pun dah ada.. buat muka selamba majlis terus mula..

Tatee siap sewa canopy sebab kami buat BBQ. Besar jugalah majlis kali ini... makanan pnyalah banyak.. order lagi, semua nak-anak kena bawa dessert lagi.. masing-masing tunjuk skill. Sambil makan-makan kami berkaraoke pula... meriah betul kali ini. Malam tu sampai pagi kami berkaraoke.

Gambar-gambar next time. Tak sempat, ini pun ambil masa rehat kat office.

Saturday, May 17, 2008

First week kat hostel...

Minggu pertama dihostel ni ntah berapa kali sehari Ikram telefon... mujur bil, kalau top up tak tahu kat mana dia nak beli. Top up pun tak ada dijual di hostelnya... Hari ini dia balik guna bas 8.00 pagi dari hostel. Pagi lagi dia dah telefon. Mulalah complaint bus tak punctual lewat sampai 40 minit. Ramai potong que dia bas jam 8.00 pagi jadi 8.40 pagi tak biasa potong que, driver pulak tak check ticket.

Sampai KL Sentral jam 10. 40 goro lepas tu naik komuter ke Shah Alam. Ummi tunggu kat Shah Alam. Sampai ke Shah Alam 12.00 goro.. komuter lambat. Kali pertama ni dia balik dengan Adibah dan Akma.

Besok naik komuter juga agaknya, sebab nak belajar katanya. Nampak dia okay. Alhamdulillah.

Wednesday, May 14, 2008

O Tanjoubi Omedetou buat Haziq....

Pagi pagi lagi Ikram dah hantar sms wish Happy Birthday kat Haziq. Happy ajer Haziq. Paling best dalam perjalanan ke sekolah umi kata kat dia, hari ini kita beli kek yer... dia jawab, "tak pe Umi, beli ajer this Saturday, kesian Onichan tak dapat makan makan kek nanti" pandai pulak dia memikirkan abangnya... sedih pulak umi mendengarnya.

Petang tadi umi belikan juga dia kek kecil ajer sebab hari Sabtu nak celebtrate dengan abangnya pula... Ayah pula belikan KFC, sambut kecil-kecil ajer. Hari ini juga hari akhir exam dia. Nak minta beli games pulak... Macam-macam budak sekarang.

Tuesday, May 13, 2008

Exam semester Athirah dan Haziq

Minggu ini minggu exam buat budak-budak sekolah sebab 2 minggu lagi sekolah akan cuti selama 2 minggu. Athirah exam dari 12 hingga 22 Mei, haziq pula 8 hingga 14 Mei 2008. Oleh kerana menghantar onichan kena tambag sehari dua lagi untuk mereka kerana 12 haribulan dah dicutikan kerana pergi ke Gopeng.

Haziq kata okay exam dia, Athirah pun kata kali ini okay.. banyak masa nak ulangkaji, Haziq pula dengan bangga semalam memaklumkan yang dia dapat highest dalam BM penulisan. Athirah pun Alhamdulillah bolehlah ikut semua pelajaran. Ingat nak masukkan dia kelas Bahasa Arab kat UiTM semester depan.

Athirah dan Haziq complaint juga sunyi onichan tak ada... mana taknya kalau ada asyik bergurau ajer, kadangkala bergurau macam bergaduh. Buat masa ini Ikram selalu juga telefon memaklumkan yang dia buat penukaran dan sains fizikal tukar ke sains hayat. Mudah-mudahan dapat. Ameen. Kami biarkan sahaja dia buat sendiri biar dia tahu betapa susah nak capai cita-cita jangan asyik nak ditolong ajer..

Monday, May 12, 2008

Kolej Matrikulasi Perak...

Hari ini semua bangun awal, Ikram aje kata malas nak tinggalkan katil.... Athirah dan Haziq tak pergi sekolah sebab semua nak hantar onichan. Jam 7.00 pagi Mak Ngah dan Ayah Ngah sampai bawa karipap. Ayah dengan Ikram pergi beli nasi kerabu. Asagohan pagi ni Karipap dan nasi kerabu, kenyang sangat. Obaachan pun ikut, Ayah Cu hantar, bawa pula nasi lemak. Sampai tak termakan. Buat bento ajer.

Jam 9.45pagi semua sedia dan terus pergi. Perjalanan senang ajer dari Guthrie Highwat terus masuk Plus keluar kat tol Gopeng. Pendaftaran dikatakan jam 2 petang so kami jalan-jalan pergi bandar Gopeng dulu, then balik semua ke Kolej dan terus daftar. Ikram kata doanya makbul sebab dia dapat bilik bawah dekat dengan bilik air dan tempat sidai baju, belakang bilik pula cafeteria. Kat sini dia kena makan sendiri. Ikram kena masuk aliran Sains Fizikal, dia kata nak tukar Sains Hayat lepas ni. Harap-harap boleh tukar. Ameen.

Jam 3.00 petang ada taklimat, Umi pergi dengan Ayah, yang lain tinggal kat bilik Ikram. Satu bilik ada 4 orang, selesa jugalah... Kolej ni nampak okay, besar tapi berbukit sikit, berpeluh nampaknya hendak kekelas, macam kat UiTM Shah Alam ajer.

Habis taklimat lebih kurang jam 4.30 petang tergesa-gesa balik kebilik sebab taklimat Ikram akan mula jam 5.00 petang terlewat tak sempat pula nak jumpa IKram. Kami bawa kereta naik keatas kata kat guard tu nak ambil Mak tak larat nak turun, memang pun, masa naik 45 anak tangga nenek berhenti 3 kali diperjalanan. Kesian nenek, kami tak diberitahu ada disediakan van untuk mengangkut barang dan orang, menapaklah kami dengan barang-barang menaiki tangga yang curam dengan 55 anak tangga.

Jam 5.00 petang kami ke Masjid, cafetaria dan pusing keliling Kolej sebelum balik lebih kurang jam 5.45 petang. Perjalanan mengambil masa hanya 2 jam sahaja iaitu 192 km dari Shah Alam. Bermulah Ikram menjadi budak Kolej. Semoga tercapai cita-citanya. Umi, Ayah dan adik-adik sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang buat IKram. Ameen

Tuesday, May 06, 2008

Happy Birthday to Ayah

Hari ini Hari Jadi ayah yang ke 46. Ayah sibuk pulak hari ini, ada seminar hingga malam... kami tak dapat sambutlah hari ini... tunggu lah esok nampaknya. Petang tu kami beli hadiah kat ayah di body shop. Seperti biasa Haziq akan sibuk nak memberikan hadiah dan kad. Tersorok-sorok sampai orang boleh syak.. Malam tu kami beri hadiah ajelah..

Selamat Hari Lahir semoga sihat sejahtera dan bertambah rezeki.

Monday, May 05, 2008

Koinobori...

Hari ini hari kanak-kanak lelaki... untuk Haziq lah tu... masa kat Jepun semua disambut, banyak lah ikan kap tu digantung dimerata tempat, kat sini senyap ajer semua tak kisah... tapi umi saja nak tulis buat ingatan buat Haziq. Masa dulu Haziq siap boleh nyanyi lagu koinobori.

Tuesday, April 15, 2008

Tetapkan cita-cita....

Hari ini Ummi dan Ikram dok tunggu jam 12.00 malam, nak tahu keputusan Matrikulasi.. Ikram kata dia nak pergi buat matrikulasi. Alhamdulilah dia dapat Matrikulasi Sains 1 tahun di Perak. Afif pula dapat kat Kulim, tak dapat sama juga dia nampaknya. Pendaftaran 12 Mei 2008 nanti. Berangkat ke Perak lah Ikram buat masa setahun ni. Semoga cita-citanya tercapai. Ameen.

Friday, February 15, 2008

Happy Birthday Ummi

Hari ini hari jadi ummi pula... dah tua ummi. Pagi-pagi macam biasa anak-anak akan tersorok-sorok hadiah dan kad. Kad jadi barang wajib. Hari kerja jadi masing-masing pergi kerja, Balik kerja baru celebrate.

Malam pergi makan kat Pizza Shah Alam Mall. Pilihan anak-anak. Hadiah kali ini frame gambar semua, ummi letak kat ofis. Beli cakes kat Secret Recipe. Macam biasa mak dan adik beradik lain akan wish.

Saturday, January 19, 2008

Swimming Class

Hari yang ditunggu-tunggu, jam 2.30 petang alang datang rumah sebab nak pergi pool sama-sama. Sampai pool check nama tak ada, mujur Ngah ada kawan, contact kawan dia, dapatlah kami terus belajar hari tu, mulai jam 5 hingga 7 malam. First lesson, belajar terapung.. interesting, hari tu kami dah boleh mengapungkan diri... yahoo. Tercapai juga cita-cita nak berenang.

Balik swimming penatnya tak tahu nak cakap... letih, mata pun sakit sebab terlupa bawa google.

Thursday, January 17, 2008

Otanjoubi Omedeto Athirah....

Hari ini genab pula Athirah 14 tahun.. besar dah anak ummi... lahir awal tahun cepat ajelah sambut hari jadi. Macam biasa pagi pagi kami akan beri kad dulu, lepas tu baru lah hadiah dan amakan-makan. Hari ini selepas berbincang kami makan kat Carlton Holiday ajer.. tapi frust sikit sebab dah taka macam dulu, makan tak banyak pilihan.. ala carte. Tak tahu nak pilih apa.

Petang tadi beli cakes... kebetulan nenek, ucu dan acik serta penjual baju renang muslimah pun datang. Rezeki mereka makan cakes. Tatee dan Acik beli baju dari dr. tu. cantik juga bajunya tapi sarung sekali ssusah sikit nak pakai. Ummi beli swimming suit kat Jusco, offer 30%. Semangat nak belajar berenang.

Last, selamat hari jadi athirah, semoga menjadi anak yang solehah.

Thursday, January 03, 2008

nyugakko shiki....

Hari sekolah mula dibuka... ayah ambil cuti, umi tak ambil sebab umi kerja kat Shah Alam sahaja. Mulanya hantar Haziq sebab semua bayaran dah diselesaikan semasa bulan November lagi. Buku sekolah pun dah dapat sebelum sekolah dibuka. Buku kena beli sebab Haziq masih disekolah swasta... dah selesa kat situ.

Haziq dah masuk kelas kami pergi pula sekolah Athirah... tak ramai parents yang hadir, kalau tak datang pun tak apa sebab semua akan diberi kepada anak-anak bila masuk kelas nanti. Bayaran SMATTAJ semua akan dibuat di Bank Muamalat. Sekolah tidak akan menerima cash.

Tambah setahun lagi kelas mereka. Haziq dah okay sangat, dalam kelas pun dapat juga no. 4. Athirah pun sama cuma dia terpaksa study smart untuk subject Diniyyah. Alhamdulillah berkat doa semua moga-moga anak-anak kami akan berjaya.

Alhamdullah juga, tahun ini Athirah dah boleh dapat buku pinjaman.... Lega sikitlah kan.

Wednesday, December 05, 2007

Lesen memandu....

Hari ini macam biasa, Ummi hantar Haziq dan Omar.. hari ini Alhamdulillah Muallim Hisham dah sampai, tak perlu nak temankan mereka. Ummi terus ke pajabat. Hari ini ada meeting Pengurusan, kena cepat.

Asa hachi ji goro Kak Nomi ambil Ikram nak gi JPJ test memandu. Jam 10.00 goro dia message, parking dan naik bukit dah clear.... jam satu dia beritahu dia dah boleh dapat "P". Tahniah kat Ikram, besar sudah anak Ummi dan Ayah.

Petang ni ummi buat bekas potpouri untuk majlis berkhatam Quran Fatin dan Amir. LEth juga sampai malam menggentel riben tu.. kali ini ummi buat bunga 'dip' merah. Rahsia kat mereka semua... majlis tu 30 Dis 2007 nanti... anak-anak kata kalau nak rahsia kat nenek jangan balik kampung.

Malam ni ayah dinner kat PICC....

Thursday, November 29, 2007

Nash driving school....

Hari ini macam biasa, bangun dan siap-siap pergi kerja, paling susah suruh siap Haziq. Dia asyik dengan animax dia... pandai pulak dia bagi masa mandi dan minum dia. Hari ini hantar Haziq dan Omar dulu, tapi sampai sana, sekolah belum buka lagi... bawa dia pergi office dulu. Ummi punch dan terpaksa keluar semula hantar kesekolah semula.

Lepas hantar Haziq dan Omar, hantar pula Ikram nak belajar memandu... lesen L dah ada, kami ambilkan dia belajar 6 jam dulu.. harap-harap boleh lulus. Kat Nash pun sama juga, lambat buka, tapi ummi tinggalkan sahaja Ikram, pandailah dia handle diri dia...

Hari ini kat office pun banyak kerja, kelam kabut ummi, nak siapkan kertas kerja untuk meeting tatatertib. Meeting tak confrim lagi, Dato' beritahu anytime from now... kena juga siapkan, harap-harap hujung minggu depan.

Malam ni ayah dinner lagi....

Wednesday, November 28, 2007

Last paper Ikram... SPM

Pagi ini Ikram ikut ummi pergi office, sebab mudah nak pergi sekolah katanya... Pagi ummi asagohan dekat kafe Bangunan UMNO. Ikram makan nasi lemak, Ikram suruh ummi makan lontong, dia nak makan.

Pagi ni dia study ekonomi 1. Exam 2.00 goro. Lepas Zohor ummi hantar dia kat sekolah... Ini paper extra dia ambil, belajar sendiri... ayah suruh, nampak okay jugak... masa test dulu...

3.30 goro ummi keluar ambil dia... nampak dia sorang kat dalam dewan tu... sains student dia sorang yang ambil paper tu.. umi tunggu kejap dia pun keluar.. ikut ummi gi office. Jam 5.00 ummi balik ambil pulak Haziq kat sekolah... nampak okay juga dia join bersama Al Hafiz.. kena hafal surah Al Muk, baru dapat hafal 7 ayat... boleh tahan jugala...

Malam ni ayah ada dinner, ummi tak ikut. Hajat nak makan luar tak jadi sebab cuaca hujan pulak malam ni.. tidur ajelah..

Harap-harap anak-anak berjaya dengan cemerlang dan mudah untuk meneruskan pelajaran kat mana pun boleh... Ameen.

Friday, November 16, 2007

Hari Buku Kemajuan Murid (BKM) Sri Pintar

Hari ini ummi kena pergi sekolah Haziq ambil report card....

Haziq pesan ambil cepat-cepat sebab dia nak balik rumah cepat... Jam 3.15 goro ummi sampai bersama Athirah... Ayah ada kerja luar tak dapat ikut... Ummi diatara yang sampai awal... Sukalah Haziq.

Alhamdulillah, pelajaran Haziq semakin baik, dah setanding dengan kawan-kawan yang lain... dia dapat no.5 dalam kelas.. dapat highest dalam Feqah dan Tauhid.... dari balik tak tahu lansung baca dan menulis sekarang dah sama dengan orang lain. Bahasa Melayu Haziq pun dah makin canggih.

Hari ini Hari last sekolah bagi Haziq....

Monday, November 12, 2007

SPM bermula....

Hari ini Ikram akan menduduki SPM.... pagi ini Bahasa Melayu dan Sejarah... balik 4.30 petang. Pagi ummu dan ayah hantar. Tengahari dia tak nak balik ... makan kat sekolah aje. Balik ummi dan ayah ambil dia.. kebetulan ayah ada hal, dia ambil cuti.

Ummi dah ayah pun rasa gementar bila Ikram ambil exam... macam kita pulak nak ambil exam. Rizau semacam ummi. Walau bagaimana tawakal ajelah... nampak dia dah usaha. Semoga segala usahanya diberkati... Ameen.

Wednesday, November 07, 2007

Cuti sekolah SAMTTAJ

Hari ini last day untuk Athirah dalam Chu 1 -4. Esok mula sekolah dia cuti.. Hari ini ada gotong royong bersihkan sekolah. Athirah pakai baju sukan. Result exam belum dapat sehingga sekarang. Tahun depan baru dapat agaknya, pelik sikit sekolah ni.

Jam 11.00 goro balik, dia balik dengan Fatinah.... nak tolong fatinah masak untuk jemput jamuan hari raya malam nanti.

Seharian dia kat rumah tu. Balik kakak Fatinah yang hantar.

Monday, October 22, 2007

Exam

Hari bermulah exam Haziq... confident aje dia. Begitulah Haziq.

Bangun pagi seawal 5.30 pagi tengok animax daln nihongo... pandai dia bahagi masa, 7.00 pagi asagohan, 7.30 goro ummi hantar dia. Hari ini exam Bahasa Melayu dan Feqah.

Balik petang dia kata "ok boleh dapat 100". Ummi dan ayah senyum ajelah... janji nak games kalau dapat no. 1 hingga 3. Last semester dapat no. 4.

Sunday, May 06, 2007

O Tanjoubi Omedetou Otosan...

Hari ini Hari jadi ayah.... Selamat Hari Lahir, Semoga murzh rezeki...

Hari ni kami dinner kat SACC Mall dekat Palma, makan cakes Secret Recipe... best. Anak-anak puas hati. Kami beri hadiah set wallet dan belt ajer kat ayah..

Monday, March 26, 2007

Kursus...

Hari ini ayah hantar Haziq, ummi ada kursus pengendalian mesyuarat kat INTAN B.Kiara. Ummi drive sebab senang nak balik... Kurus 4 hari.

Best rasanya, lega tak fikir tentang kerja kat office... relax jumpa kawan-kawan... Kursus ini banyak belajar bahasa melayu, enjoy, ingat kita ni dah pandai sangatlah bahasa melayu... sekali dia beri test, banyak jugaklah salah. Rupanya tak ada siap yang betul semua.

Balik jam 4.30 petang... balik terus. Haziq balik naik van uncle benny.

Thursday, February 15, 2007

O- tanjoubi .....

Hari ini tanjoubi ummi.. macam biasa kalau hari jadi ummi, anak-anak sibuk tersorok-sorok kad dan hadiah... paling sibuk Haziq yang belum boleh simpan rahsia.... Kali ini mereka hadiahkan sun-glasses jenama vinnci. Terima kasih kat anak-anak dan hubby sebab ingat juga tanjoubi ummi.

Malam pergi makan kat Secret Recipe..... Makan Soba, salada, cakes dll...

Monday, January 29, 2007

WIRA bunyi boat...

Pagi ni kelakar betul... lepas semua asa gohan.. kami keluar hantar ayah, IKram dan ASthirah nak kesekolah... Aleh-aleh kereta tak boleh jalan laju lepas tu bunyi boat pulak..suspen ayah dan umi..

Ayah terus juga hantar anak-anak kesekolah... akhirnya ayah decided tak gi kerja kena hantar kereta servis. Satu hari juga baru siap, petang ummi hantar ayah ambil kereta. Plug cable ada problem. Mujur masih dalam warranty, tak lah kena bayar apa-apa.

Buat masa ini Athirah ayah hantar, balik ummi ambil..

Monday, January 22, 2007

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam...

Setelah membuat rayuan kepada Bahagian Pendidikan, JAIS Athirah berjaya diterima masuk ke SAMTTAJ, Shah Alam, tapi tak dapat asrama.. Alhamdulillah. Berjaya dia masuk sekolah agama tu.. PSRA Athirah dapat Jaid Jiddan macam kelas dua lah.. kalau kelas pertama Mumtaz.

Hari Jumaat tu Athirah dah last ke sekolah Menengah Seksyen 7. Senang sikit masuk SAMTTAJ sebab kelas pagi semua, hari Sabtu tak payah pergi buat apa-apa aktiviti sebab sekolah ni sekolah pilihan agama dalam Negeri Selangor selepas Sekolah Integrasi Subang Jaya.. mudah-mudahan Athirah boleh bawa pelajaran tersebut.. maklum saje empat tahun dia tak ada pelajaran formal agama di Malaysia.

Hari ini Umi dan ayah ambil cuti lagi untuk daftarkan Athirah... ramai juga dapat masuk intake kedua. Athirah ditempatkan dalam 1 - 4. Dapat sekelas dengan Amirah dari SMK, Seksyen 7.

Semoga da dapat belajar dengan tenang disekolah agama/arab.

Saturday, January 20, 2007

O tanjanjoubi omedeto no party...

Hari ini ajak kawan-kawan Athirah asa gohan kat Hotel Uitm .. ramai juga kawan-kawan dia yang datang... hampir semua kelas pintar 6 datang... parents pun sporting. Seronok mereka.. Athirah pun next week dah kena masuk sekolah baru.. kawan sekolah seksyen dah nak berpisah pula...

Puas juga mereka berbual, kami dok makan kat meja lain bersama mak Khalidah...

Jam 11.00 pagi kami pun selesai..

Wednesday, January 17, 2007

Otanjoubi omerdetou Ti chan...

Hari ini birthday athirah... sama dengan jishin di Kobe... hari ini pun hari sekolah. Tak buat apa-apa... Dou youbi baru buat.

Malam kami makan kat Secret Recipe makan Soba dan salada... makan cakes

Simple ajer lah...

Friday, January 05, 2007

Bonda Hajjah Bidah binti Ishah

Asa 3.45 goro keitai hubby berbunyi.... berdebar kami. Innalillah hiwainnalillahhirrajiun. Bonda hubby telah kembali ke Rahmatullah jam 3.30 pagi 5 Januari bersamaan 15 Zulhijjah 1427 kerana sakit tua di usia 86 tahun. Hubby tak terkata... Ummi bangun kejutkan anak-anak dan beritahu bonda di Kampung ummi beritahu dia berita ini... bonda nak ikut. Naik apa? Lastly ummi tolong buat keputusan supaya balik dengan flight MAS sebab masih banyak seat lagi. Airasia tak dapat dihubungi seawal ini.. Siap-siap Ayah Ngah hantar kami ke KLIA dan bonda tunggu di KLIA. Flight jam 7.30 pagi.

Sampai ke Pengkalan Chepa jam 9.30 pagi. Kawan Asri tunggu dan hantar kami ke Kota Bharu untuk mendapatkan Taxi balik ke Machang. Alhamdulillah jam 10. 00 pagi kami dah sampai... Persiapan sedang dibuat. Mujur semua urusan dibuat sendiri kerana arwah akan diurus oleh menantu kedua perempuan Arwah Bonda iaitu isteri Abang Pa. Abang Pa adalah Imam kariah tersebut.

Di Kelantan urusan mandi masih di riba tak macam kat Selangor semua ada tempat khas. Arwah selamat disemadikan selepas sholat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam kampung Pangkal Jenereh, Machang, Kelantan. Malam tu kenduri arwah dan hujan turun sepanjang malam.

Tuesday, January 02, 2007

Nyiugakko shiki Ikram dan Haziq....

Hari ini semua anak-anak kesekolah... Hari pertama bagi Ikram dan Haziq di sekolah lama mereka... Ikram dengan kasut dan baju baru... Ikram kasut aje baru kerana baju yang ditempah terpendek.... tak boleh pakai... terpaksa tailor tu ganti yang baru...

Bayaran semua dah buat bulan Disember.. so hari ini mereka terus belajar.... Hari ini Ummi dan Ayah bercuti, suka nak ambil dan hantar mereka hari pertama.

Tahun ini Ikram ambil SPM... Ganbatte ne...

Monday, January 01, 2007

Nyiugakko shiki SMK Seksyen 7

Pagi lagi semua dah siap.. Athirah siap pakai baju kurung putih dan kain biru muda... cute pakai baju kurung dan bertudung.

Sampai kat sana, tak tahu nak masuk group mana sebab nama Athirah belum didaftar sebab dari sekolah swasta... Puas juga menjaja surat dari Pejabat Pelajaran Daerah. Tinggalkan Athirah kat group dia, kami pergi dengar taklimat... barulah faham bagaimana sekolah tu... Alhamdulillah sekolah ni ada Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas khas. Kelas ini dibawah perhatian Kementerian dimana muridnya adalah dipilih dari kalangan 5A. Ada 4 kelas disediakan campur satu kelas KAA. Kelas biasa pun banyak juga, tapi ummi tak tahu berapa.

Jam 12.00 juga baru selesai semua urusan. Sibuk juga kami menguruskan dia supaya dapat KAA. Kat Seksyen 7 dari Sekolah Sri Pintar adalah 2 lagi kawannya iaitu Amir Izwan dan Syafiq. Esok bermulah sessi persekolahan sebenar... dapatlah hendaknya Athirah SAMTTAJ, Shah Alam.

Saturday, December 30, 2006

Berita Bonda...

Lama tak update... isogashi desukara....

Malam Sabtu ayah terima telefon dari kampung... orang dah ramai datang melawat Mak.. uzur sangat kata meraka.. hajat nak balik pagi Sabtu kami batalkan... terus juga balik malam tu. Kak Mah ikut sekali, Abang Lah dan Muhammad balik juga pada 01 Januari nanti.

Perjalanan malam tu baik sekali, kereta banyak tak bimbang apa-apa, begitu agaknya kalau balik malam dekat dengan cuti panjang. Kami bergilir drive. Sampai di Machang jam 10.00 pagi goro. Emak balik bercakap tapi kami tak berapa faham.. nampak uzurnya.

Semasa dikampung teringat pula dengan keluarga Azie/Zahid yang akan berangkat ke Manila hari ini jam 12.00 tengahari.. tak berkesematan nak jumpa. Sorry Azie. Azie dan Zahid kawan sama-sama di Ichikawa Ono Japan 2001-2002...

Dikampung suasana muram... hanya bacaan Al Quran yang kerap kedengaran... saudara mara sahabat handai turun naik.. memang letih juga melayannya... Kami serba salah 1 haribulan kami terpaksa balik juga ke Shah Alam sebab Athirah nak mendaftar sekolah di Seksyen 7.. tak pergi susah juga sebab dia nak masuk Tingkatan 1... harap-harap kami sempat berjumpanya lagi...

Tuesday, November 21, 2006

Keputusan UPSR dan PSRA

Hari ini keputusan UPSR akan dikeluarkan....

Kami dimaklumkan keputusan UPSR akan dikeluarkan jam 12.00 goro, sebab pusat peperiksaan Sekolah Sri Pintar adalah di SRA Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Sekolah swasta lewat sedikit... dengan debaran kami menanti.... Pagi tu ummi pulah ada meeting, ayah pulak sibuk dengan urusan ke Korea... macam-macam betul...

Jam 11.50 goro ummi minta kebenaran balik awal.... pergi ke sekolah, kat sana emak Firdaus pun dah ada.. tunggu lama juga baru Mudir sampai.... Sambil tunggu tu Mudir call, 10 orang dapat 5A dari 21 orang pelajar.... ummi berdebar rasanya.. macam ummi pulak yang ambil exam.

12.45 goro baru Mudir sampai, berdebar rasanya, rasa nak menangis pun ada, sebak rasanya menunggu keputusan.... tiba Mudir kata Athirah 5A... tak terkata ummi.... tahniah bertalu-talu dari mualliamah dan muallim... Athirah janji jangan beritahu ayah... ummi pun ikutlah... kesian ayah, sampai malam baru dia dapat tahu keputusan Athirah... malam tu kami makan chicken chop....

Terbukti sudah, walau setahun belajar boleh juga mendapat keputusan cemerlang, asalkan ada kemahuan dan pengorbanan.... Tahun depan Ikram, dou? Moga-moga anak-anak ummi berjaya dunia dan akhirat.

Esok keputusan PSRA ... harap-harap dapat cemerlang juga.

Monday, September 18, 2006

PSRA...

Hari pertama PSRA... Athirah study dengan Izzatti dan hiayah kat rumah, 8.00 pagi goro mereka sampai, kami tak cuti sebab pusat peperiksaan hanya di Seksyen 3 Shah Alam. Ummi bali tengahari bawakan makanan dan hantar dia jam 2.00 petang. PSRA amatlah mencabar bagi Athirah... tak belajar lansung selama 4 tahun, buat ajelah... tapi masa trial ada juga pembaharuan... dapatlah dia sederhana, kalau awal tahun dulu lemah sungguh. Dia pernah kata, dia teka bila buat Bahasa Arab, nak buat ayat menggunakan perkataan peti ais, dia buat peti ais boleh dimakan... ketawa dia.

Dia banyak belajar dengan kawan-kawan.. sebab ayah dan ummi pun tak pandai nak ajar... Bahasa Arab pun manalah tahu...

Mujur juga dia sekolah disini, muallimah dan muallim semua ambil berat.

Petang jam 6.00 petang ummi ambil dia. Susah katanya. Semasa Imlak sebutan muallim yang bacakan tu dia kurang jelas... okaylah Athirah, jangan risau. Ummi dan Ayah tahu Athirah dah buat yang terbaik, cuma banyakkan doa lagi...

Wednesday, September 06, 2006

Last day UPSR

Hari ini last day, lepas ni enjoylah seminggu sebelum PSRA pula.....

balik exam, Athirah pun dok relax mengikut ayah urus hal-hal yang berkaitan.

Malam kami pergi makan kat Hotel UiTM celebrate Athirah habis exam.

Tuesday, September 05, 2006

Hari kedua UPSR

Bangun awal... siap-siap hantar Ikram dan terus ke Subang Jaya seperti semalam. Athirah nampak ready, hari ini dia relax sikit sebab matametik, subjek yang dia suka. Harap-harap dia dapat seperti yang dihajatkan. Kalau test matematik dia tak pernah kurang dari 95/100. Bahasa Melayu pemahaman yang dia paling risau...

Dua hari ini, Athirah buat ulangkaji dengan ayah sampai malam.

Monday, September 04, 2006

UPSR....

Minggu ini ayah ambil cuti selama 3 hari untuk menghantar Athirah ke Sekolah Integrasi masjid darul Ehsan, Subang Jaya. Calon dari Sekolah Sri Pintar Shah Alam, Subang jaya dan beberapa sekolah Integrasi swasta di dalam daerah Petaling mengambil peperiksaan disini. Awal lagi kami dah pergi. Kami diantara yang terawal sampai.

Jam 7.45 pagi semua dah berkumpul, calon diedarkan slip peperiksaan. Setelah doa dibacakan, calon dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan, nampak teratur kerana hari Sabtu selepas acara solat hajat di Masjid berdekatan, calon telah di maklumkan tempat duduk masing-masing.

Jam 12.00 tengahari goro, Ayah dan Ummi sampai, terlewat sedikit... Athirah kata okay... boleh jawab semua. Mudah-mudahan keutusan seperti dihajatkan. Ameen.

Thursday, August 31, 2006

Kerana Mu Malaysia....

Hari ini pagi-pagi lagi Ummi, Ayah dan anak-anak dah siap-siap pergi dataran Kemerdekaan Shah Alam... tengok perarakan...

Anak-anak tetap bangun awal walau malam tadi balik lewat sebab tengok show Ella dan Hanabi.... seronok Haziq... Ikram keluar dengan classmate dia.

Perarakan kali pertama yang Haziq boleh ingat... Dia nampak seronok, ambil kipas kertas.. minum Milo tada. Ulang alik dia mengambil Milo.

Jam 11.00 pagi acara selesai, kami pun balik rumah setelah tengok apa yang patut kat office, sebab pameran Misteri masih dibuka....

Wednesday, August 30, 2006

Pameran Misteri, Jin, Hantu, Keranda dan ....

Mulai 04 Julai yang lalu, Muzium Sultan Alam Shah tiba-tiba menjadi tumpuan ribuan pelawat dari seluruh pelusuk negara, termasuk dari Singapura, Brunai dan sekitarnya... Warga LMS semakin sibuk, bekerja hingga jam 12.00 malam, ada yang tidur di pejabat...

Ummi pun sibuk, balik lewat malam, mujur ayah rajin temankan. Anak-anak kat rumah.

Setelah sebulan berlalu, pelawat pun dah mula reda... Muzium dibuka hingga jam 10 malam. Hantu? Bagaimana yer... ada kata hantu tipu tapi yang ummi tahu tuan punya hantu kata, itu hantu betul, kita mana tahu, hantu tu betul ke tidak sebab kita tak tahu... bagi ummi, harap-harap ummi tak jumpa hantu.

Friday, August 18, 2006

Hahaha

Yo Yo Yo Yo!!!

Tadi pukul 8.30 Ikram pegi buat Baito(part-time) jadi translator bahasa JEPANG... entah la apa yang die dapat..

Ikram dah MAJU...!!!

さっき8時半からイクラムがバイトで通訳の仕事してた!

Thursday, July 13, 2006

Hahahah

もうすぐイクラムの 
た・ん・じ・ょ・う・び

Yeay yeay...

ケータイ? ケータイ? ケータイ?

あっ!もうすぐテストだ!!

Monday, June 12, 2006

Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan.

Roku Gatsu, juni nichi kara roku gatsu juroku nichi made ummi ada kursus di INTAN Bukit Kiara. Ishukan berulang dari rumah. Letih juga.

Hari ini ayah cuti, dialah yang settle semua baju-baju dll. Haziq pula tiba-tiba demam. Dou?

Sunday, June 11, 2006

Balik ke Shah Alam

Hujan leebat sepanjang malam.

Pagi lepas Suboh, Pak Lah dan Mak Usu Mah tak menoreh getah sebab hujan lebat. Abang Muhammad pergi sekolah. Kami asa gohan dan terus balik ke Shah Alam. Perjalanan lancar, Alhamdulillah. Kuala Lipis tukar driver, ayah dah tak tahan.

Macam biasa kami tak biasa berhenti makan, selalunya kalau anak-anak dah lapar kami akan beli fast food sebab mudah nak pilih.... Perjalanan balik kali ini kami berhenti beli buah salak dan itulah makanan semasa perjalanan.... musim buah salak madu, manis rasanya... sepanjang perjalanan dari Kelantan ke Pahang itulaj buah yang dijual.

2.00 goro kami sampai di Shah Alam.

Saturday, June 10, 2006

BAlik rumah Nenek...

Lepas sarapan pagi kami terus balik ke rumah nenek....

Makan tengahri, dan bawa nenek jalan ke pekan. Beli sikit omiyage untuk kawan-kawan. Beli juga tudung hajat nak jual.

Petang Mak Usu Mah, Pak Lah dan Muhammad balik dari KL, sebab esok sekolah akan dibuka di Kelantan. Kami pun akan balik ke Shah Alam esok.

Friday, June 09, 2006

Seberang Takir..

Sholat Suboh, ajak anak-anak pergi Pantai semua malas... best tempat tu, malam-malam ada yang pergi memancing. Ikram, Athirah dan Haziq malas nak keluar, tak da mood, semua dah tak sabar nak balik rumah nenek... so, siap-siap dan terus balik. Diperjalanan singgah asa gohan makan Laksam dan Nasi Kerabu di Besut kalau tak silap.... Kat Malaysia gerai banyak tapi kadangkala nak berhenti makan tu kena fikir 1000 kali, tengok2 kadangkala terencat tekak... garai-gerai banyak yang kurang mahu menjaga kebersihan. Kalau nak banding dengan Negara maju, jauhlah tahap kebersihannya...

Sampai di Machang, ayah singgah pasar dan beli pula Laksa. Kami terus pergi rumah Mek sebab Nenek disana... Sampai rumah orang Sembahyang Jumaat... Siap makan-makan dan sholat kami bawa pula Mak berjalan rumah Baba. Malamnya kami tidur rumah Mek.

Thursday, June 08, 2006

Penyu... di Rantau Abang.

Seawal 4.00 pagi Ummi bangun dan siap-siap untuk balik kampung... susah pulak bangunkan anak-anak.. lastnya bergerak lepas Suboh juga... kebetulan pula waktu ni 5.40 lebihkurang dah masuk Suboh. hari ni kira awal jugalah... guna highway, anak2 dan umi tidur diperjalanan, Sampai kemaman jam 9.00 pagi... ummi tukar drive, ayah pulak tidur... sampai Rantau Abang baru tukar semula, asa gohan makanan yang dibawa ajer... tak tahu nak pilih tempat makan yang sesuai... terus aje sampai Masjid putih masjid terapung... cantik masjid tu.. buat solat Jamak baru cari kedai makan....

Sportingnya anak-anak kami ni... dari kecik-kecik lagi dimana jua berada, kalau berjalan, tak sibuk lapar... asal dapat minuman sudah... diperjalanan kami hanya berhenti makan keropok lekor.. pun memadai... ingat lagi bila kat Jepun, kami pasti singgah beli onigori. Makan memang tak susah.

Seperti yang dirancang, perjalanan kali ini kami memang nak santai... pergi Pasar Payang belilah kain samping dll ... macam biasa kalau ke Pantai Timur.... Di Pasar Payang hari pun dah mula ke petang, badan pun dah letih, cari chalet kat Seberang Takir.... best depan laut.... disebabkan dah penat anak-anak tak kisah laut, terus aje rehat, terebi o mimashisu. Lepas Maghrib keluar semula ke Kuala Trengganu, makan kat Restoran terapung. Tak tahu balik jam berapa, terus zzzz...

Wednesday, June 07, 2006

Sui youbi...

Hari ini anak-anak dah mula sibuk sebab Athirah mula cuti esok... kami bercadang akan balik Kelantan melalui Terengganu esok... tanoshimi neeee...

Petang ni... ummi daan ayah keluar beli apa yang patut untuk dibawa balik, air mineral untuk minuman sepanjang jalan, okashi dll lagi.... sibuk mereka menyiapkan barang-barang masing-masing.... balik pun tak boleh lama sebab minggu depan sekolah dah mula dibuka... tapi tak apa, sekejap pun tak apa janji dapat jumpa nenek.

Saturday, June 03, 2006

Balik rumah Nenek Banting...

Cuti ni kami bawalah anak-anak balik Banting, makan-makan dan jumpa dengan cousin mereka yang balik juga... seronok Haziq dapat main-main dengan Amar dan Amir. Kami hanya boleh balik hujung minggu.

Minggu depan Athirah sekolah lagi dan kemungkinan besar kami akan balik Kelantan raishu no moku youbi. Tak sabar mereka nak balik.

Tuesday, May 30, 2006

Taekwondo

今日アティちゃんとハジックがTaekwondoのテストがあったんの♪?

Saturday, May 27, 2006

Amar di IJN.

12.00 t.hari balik ambil Athirah di sekolah dan hantar dia balik kerumah... beli lauk dan makan sama-sama mereka kat rumah. Ikram dan Haziq duduk kat rumah.

Kesian anak-anak tak dapat bawa kemana-mana, Athirah sekolah tiap hari... hujung minggulah agaknya balik rumah nenek dan jalan-jalan.

Tengok Amar di IJN, nampaknya dia semakin sihat setelah major operation berjaya... Terima kasih semua yang mendoakannya.

Friday, May 26, 2006

Semester ni yasumi...

Hari ni mulah cuti sekolah selama 2 minggu, kesian Athirah tetap bersekolah, cuma balik jam 12.00 tengahari.... teakwondo pun ada hari ini. Ummi hantar Haziq jam 10.00 pagi, Athirah pula memang sekolah sebab persediaan untuk UPSR. Tak dapat cuti lansung dia. 30 hb pula ada test teakwondo. Harap2 mereka lulus.

Minggu ini Athirah ada kelas tambahan sehingga hari Khamis... Rasanya akan balik Banting.

Monday, May 15, 2006

Klinik....

Dah seminggu ayah sibuk dengan PTK dia.....

Bangun pagi, mata Haziq semakin bengkak.. umi bawa dia ke klinik.... Klinik dekat rumah tutup pula. Akhirnya pergi ke Klinik Rosli Seksyen 18. Dapatlah ubat mata

Dapat ubat, nampak baik sikit. Merah dah kurang... harap-harap besok boleh pergi sekolah.

Sunday, May 14, 2006

O-tanjoubi Omedeto Haziq kun

Hari ini jam 11.50 pagi genaplah Haziq 8 tahun... besarlah anak bongsu umi. Kesian dihari jadinya.. mata bengkak. Tak boleh keluar kemana-mana. Sakit mata pulak dia.... Umi belikan saje dia cakes kat Secret Recipe pula kali ini, makanlah cakes sahaja. Potong cakes makan-makan dan hantar rumah Omar.

Dia merengek nak berjalan ke Zoo.. apakan daya tak boleh keluar...

Sunday, May 07, 2006

Ishah... ex-Saitama Daigaku no gaksei

Malam tadi dah makan-makan dengan nenek, sambut Hari Ibu lebih awal, kebetulan nenek datang rumah... Semalam sibuk shopping dengan nenek, kek harijadi ayah kami tangguh hari ini.

Hari ini Umi pergi beli cakes kat Baker's Cottage, terserempak dengan Ishah, ex-Saitama Daigaku no gaksei, dialah yang tolong umi masa bersalinkan Athirah di Kita Urawa Chuo Byoin 12 tahun dulu... dia dah ada anak seorang.... onanoko. Sembang dengan dia sekejap, tukar-tukar no. telefon. Best juga... lama tak jumpa.

Malam study dengan anak-anak.

Saturday, May 06, 2006

Otousan no tanjoubi

Otanjoubi omedetou otousan... semoga murah rezeki. Kami semua doakan ayah sihat sentiasa dan sentiasa di dalam keredhaan Allah swt. Athirah dan Haziq ada kelas tambahan, Ikram pula ada tuisyen... Jam 12.45 tengahari. ada teakwondo.

Hari ini kita makan steam boat dan steak kat Hotel UiTM dengan Nenek, Ucu dan Ayah cu..

Otousan no purezento wa?

Sunday, April 16, 2006

amal islami

hari ini, pagi-pagi dah pergi hantar Athirah masuk pertandingan tulisan khat... emmm. terkejut bila cik gu kata tulisan khat nya boleh tahan... emm,,, mungkin sebab dah lama dok practice kanji.....tak menang pun tak apa, asal take part.. daijobu desuu..

Lepas aje pertandingan, terus aja hantar mereka gi kelas tae kwan do...

Balik rumah, sembahyang zohor.. terus ke MA TIC, Jalan Ampang.. tengok wayang.... sebenarnya setiap bulan, ada Japanese Foundation adakan wayang free cerita Jepun.. kali ini cerita ROBOCON.. Ikram, Athirah dan Haziq dan Umi semuanya menonton sampai habis... otosan wa.. nette imashita.......... gomen nee....

Wednesday, February 15, 2006

tanjoobi omedeto...

untuk UMI.... o tanjoobi omedeto.......

belanja apa????

Tuesday, January 17, 2006

o-tanjoubi omedeto Athirah chan...

Hari ini (17 Januari 1994) 12 tahun yang lalu umi di Saitama, Jepun, sibuk buat kek dll untuk sambutan tanjoubi Athirah yang pertama, sambil menonton terebi. Masa tu kami enjoy dengan 3 family lagi, Zaki/Hasnah, Latif/Sharifah, Yusof/Hanim dan Untie Chan, yang lain semua u/grad. Seronok juga, hingga kini kami masih berhubung....

Masa kami di Kobe dulu, seawal 7.00 pagi kami naik bas ke Sannomiyo, tengok acara sambutan untuk mangsa, macam pesta.... itulah acara orang bukan Islam mengingati si mati. Ada patong dari yuki penuh di ukir dll... kami dok bergambar ajelah.. zohor balik rumah.

Hari ini, umi belikan makanan untuk kawan-kawan sekelas dan beli cakes untuk dia. Makan-makan diluar...

O tanjoubi Omedetou... Sayang dari Umi, Ayah, Abang dan Haziq.

Lama sungguh tak update cerita.... isogashi desu kara.

Tuesday, January 03, 2006

Hari pertama persekolahan di Malaysia...

Pagi lagi semua bangun, jam 7.00 goro, hantar Ikram ke SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2.. tak hantar sampai dalam, dah besar, lagipun ummi dan ayah dah jumpa Pengetua semasa mendaftar dulu...

Selesai sekolah Ikram, hantar pula Athirah dan Haziq di Sekolah Integrasi Sri Pintar, Seksyen 7... Ummi rasa terharu sebab kedua-dua tak pandai Bahasa Arab, semasa assembly sekolah tu gunakan arahan bahasa Arab, lepas tu kena menyanyi lagu Negara Ku, Lagu Negeri Selangor, Asmaulhusna, ikrar dalam bahasa Arab dll. Athirah dan Haziq diam ajerlah... ummi tak pernah ajar dia nyanyi lagu-lagu tu... asmahulhusna tu dengar kat tape ajer.. mudah-mudahan mereka boleh ikuti...

Habis assembly hantar dia kekelas, berkenal-kenalan... Haziq dan Athirah okay ajer..

Selesai urusan di sekolah, ayah terus ke office, tak boleh cuti sebab RM9 tak siap lagi... Urusan balik sekolah ummi buat. Jam 1.00 goro ummi keluar ambil Ikram, rupanya Ikram masuk jurusan sains balik jam 1.50 tengahari. Ummi tunggulah ajelah... Aqilah jiran depan rumah ikut sekali.

jjam 3.30 goro ummi keluar pula ambil Athirah dan Haziq... terus ke office semula, mujur office dekat. Letih rasanya. Jam 5.00 petang ummi pun balik kerumah pula... penat hari ini. Harap-harap lepas ni dapatlah carikan transport untuk mereka.

Cacatan hari pertama persekolahan

Balik Ikram gembira jumpa kawan-kawan lama dia, ramai yang sekelas lagi. Athirah dan Haziq merungut, otearai tak best, sabun cuci tangan tak disediakan... Walaubagaimana Haziq dah mula bercerita cara-cara ambil wuduk engan tertib, doa selepas wuduk dll, walau sebutannya memang tak berepa betul..

Walaubagaimana diantara mereka masih selesa dengan Nihongo.

Monday, January 02, 2006

Persiapan persekolahan..

Hari ini hari terakhir menyiapkan barangan sekolah, Acik pula menjemput kenduri doa selamat dirumahnya malam nanti, sempena Fatin dapat 5A upsr dan akan masuk Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Pahang.

Pagi lagi, beli beg sekolah Haziq yang tidak dibeli lagi, cari lagi buku yang masih belum dapat. Balut pula dengan plastik mana-mana yang belum lagi... buku pelajaran mengenai ugama semua belum ada, akan beli disekolah. Petang tu siap semua.

Malam lepas Maghrib, ambil baju di rumah Azizan dan terus pula ke Telok Panglima Garang, kenduri rumah Acik. O ame. Sampai rumah mereka acara tak mula lagi, sebab hujan lebat, susah orang nak datang.. Alhamdulillah, jam 10.00 baru mula, ramai juga penuh rumahnya. Acik tempah nasi putih ajer... selera orang makan.

Lepas siap membungkus, kami pun balik sebab esok anak-anak dah nak sekolah.

Sunday, January 01, 2006

Selamat Tahun Baru 2006

Akemashite Omedetou gozaimasu.

semoga tahun baru menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan. Teruskan azam jadi muslim dan muslimah yang sentiasa mendapat keredhaanNya. Bagi ummi teruskan semangat mendidik anak-anak menjadi anak yang solih dan solihah.

Saturday, December 31, 2005

kasut dan beg sekolah..

Hari ini beli kasut dan beg sekolah semua. Hari ini hari terakhir persiapan pakaian dan peralatan sekolah. Siap semuanya. Petang keluar pula ke Pesta Orkid Shah Alam, zannen, o ame, siap dengan angin kuat. Basah kuyup ummi dan Ikram. Jangan tak ada, beli 2 pasu orkit dalam hujan-hujan tu...
Hajat malam ni nak tengok acara kat padang tu,, tapi tengok dah dibatalkan oleh MB. Malam ni duduk kat rumah sahajalah.. badan dah rasa nak demam, kena hujan teruk hari ni..... janganlah demam.

Malam ni menonton ASTRO Channel 35 dengar lagu-lagu Japan... best betul.

Wednesday, December 28, 2005

Sekolah Integrasi Sri Pintar....

Selesaikan kerja pagi ni, ummi terus ke Sekolah Sri Pintar, buat bayaran untuk 6 bulan pertama, boleh tahan jugalah... Pakaian warna kuning muda, kain biru tua, tudung warna krim, songkok biru tua. Baju, alamat kena tempah, susah nak cari baju raihan untuk Haziq.. beli kain dan tempahlah nampaknya. Petang ni juga kena keluar cari kain, beli kain kat TEWAH di TESCO. Mulanya nak tempah kat kakak Comeil, tak jadi sebab dia duduk Kapar susah nak hantar.

Akhirnya hantar ke Sungai Kandis, tailor Manja. Boleh siap katanya. Alhamdulillah ada yang sanggup.

Tuesday, December 27, 2005

Buku dan pakaian sekolah...

2 hari ini ayah cuti, nak settlekan semua urusan peribadi, sekolah anak, bank, income tax, zakat dll.. ummi tak cuti. Pagi ini jumpa pengetua sekolah seksyen 2, minta pendapat nak masukkan Ikram kelas mana, dia tak ada PMR.. Sensei tu tanya apa cita-cita Ikram, dan dia juga tengok result Ikram masa di Japan... bincang dan bincang, akhirnya diputuskan Ikram ambil pure science tapi ummi minta dia dimasukkan ke kelas kedua, bimbang kelas pertama budak pandai-pandai. Kawan-kawannya semua dapat 8A.. dia tumpang gembira ajer..

Selesai disitu, beli buku rampaian dll peralatan, ambil juga list buku untuk beli di Sri Tanjung. Lepas tu kami semua minum dan ummi balik ke office. Mereka pergi pula selesaikan urusan dengan bank.

Monday, December 26, 2005

Sunway Lagoon, Program kecergasan dan silaturrahim LMS..

Asa 6.00 ji anak-anak dah bangun dan ready nak pergi Sunway Lagoon. 8.30 goro mesti dah ada kat situ, sebab ummi handle pendaftaran... Sampai sana, ummi on time, yang lain ada yang lambat.. terpaksa ummi tinggal kat luar tunggu yang belum sampai. Sampai aje ummi pun terus asagohan. Selesai semua asagohan, games pun bermula, ummi ambil bahagian juga, begitu juga Athirah, Haziq dan ayah. Main sakan kami, sampai basah kuyup...

Selesai main kami makan nasi minyak pula, bersama ayam masak merah dan acar. Lepas tu penyampaian hadiah... hadiah semua dapat...

Acara selesai jam 1.30 goro, kami pun bebas. main lagi, wet and dry park.. naik jambatan gantung, roller coaster, cawan dll.. balik jam 6.00 petang.

Kepenatan, malam makan roti sahaja. Esok kena kerja.

Sunday, December 25, 2005

Cuti Krismas...

Tak kemana-mana hari ini, bersama anak-anak ajer.. masak-masak dan makan-makan. Hari ini memang hajat tak hendak kemana-mana, duduk rumah aje siapkan mana yang patut urusan persekolahan.

Saturday, December 24, 2005

Beli baju sekolah Ikram

Hari ini selesai urusan pagi dirumah, jam 8.30 goro pergi Seksyen 6, beli Nasi Kerabu Saripah dan bawa ke taman depan Muzium, breakfast kat koen... best betul. Lepas asagohan terus ke Pakson Subang Parade beli baju sekolah.. hari ini beli baju sekolah untuk Ikram sahaja, kasut kebetulan tak ada saiz pula,,, beli lain kali. Susau juga cari baju sekolah Ikram.. beli cukup saiz pinggang, pendek pula seluarnya, terpaksa beli besar baru cukup kakinya... Hari ini belikan dia sepasang dulu.. adik-adik belum laagi sebab tak tahu uniform macammana...

Petang cabut rumput depan rumah dengan anak-anak, quality time.

Friday, December 23, 2005

SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2

Pagi tadi ayah called surat Ikram dari JPPD dah siap. Confrim dia dimasukkan ke sekolah Seksyen 2, Alhamdulillah dah ada tempat. Next week baru pergi kesekolah jumpa Pengetua. Ikram dah tak kisah sekolah manapun.. yang penting dia boleh sekolah.

Athirah dan Haziq pun dah ada sekolah dia Sekolah Integrasi Sri Pintar di Seksyen 7. Tak lama lagi sekolah buka....

Thursday, December 22, 2005

Sekolah....

Minggu ni sibuk dengan ISO, audit nak datang.. apa lagi, semak mana yang tak kena.

Kat rumah anak-anak semakin hampir nak sekolah, hujung minggu kenalah beli baju sekolah pula... Semalam ambil borang untuk masuk sekolah kerajaan untuk anak-anak yang baru pulang dari luar negara. Hari ini permohonan untuk Ikram masuk sekolah dah dihantar, mereka kata kena hantar ke Kementerian sebab dia tak ada PMR, tunggu ajelah sekolah mana dia akan letak, janji dia dapat sekolah. Borang kena isi 3 salinan, siap kena fotostate semua dokumen, Passport parents, surat kelulusan keluar nagara, rekod sekolah dll. Harap semua lengkap...

Ikram pun tak kisah sangat kemana sebab kawan-kawan diapun ramai kat mana-mana sekolah pun.. Athirah dan Haziq kami masukkan ke Sekolah Integrasi Sri Pintar kat Seksyen 7. Sekolah swasta.

Sunday, December 18, 2005

World Marina Resort PD

Hari ini 12orang dewasa breakfast kat resort makan mee goreng, nasi lemak dll. Kat apt. pula makan sandwich, nasi impit dan ikan bakar.

Siap asagohan, semua turun dengan agenda masing-masing, ada yang ke pantai, kami pula beremdam kat pool ajer malas nak ke pantai. Check out jam 3.00 goro, berendam sakan kami...

Balik teus kerumah bonda di Banting. Kemas mana yang perlu ambil serba sedikit makan yang berlebih, lepas Maghrib, balik Shah Alam. Puas berendam hari ini. Esok kena pergi kerja... huwa

Saturday, December 17, 2005

Majlis Perkahwinan Nurwani Dato' A.Wahab & Aesrol Azizie

Hari ini kami ada jemputan perkahwinan Wani, u/grade masa kat Saitama Daigaku dulu 1993-1995... meriah betul, ramai kenalan masa di Saitama ada, termasuk Nihonjin yang baik dengan Wani, ada 6 orang semuanya, host family Wani dan Rin 2 family suami isteri, sempai dia datang bersama okasan dia.. semua gembira, menginai dan makan beradap bersama kedua mempelai... wah! seronok semua dapat berbual dalam nihongo bersama Nihonjin.

Rin sama Wani juga dulu, tapi sekarang dah ada anak 3, kahwin dengan student sama belajar dengan dia dulu, Zuri... Zuri kerja kat Honda di Melaka, Rin pula masuk belajar semula ambil sijil perguruan, dulu ajar add Math, sekarang kursus semula untuk mengajar Nihongo kat sekolah-sekolah pula... masing-masing dah ada haluan sendiri... Wani pula kerja dengan swasta..

Selesai kat rumah Wani lebihkurang jam 4.00 goro, kami terus pula ke Port Dickson, World Marina Resort bermalam disana bersama bonda, Acik, Tatee dan Suhaimi serta keluarga dia, kami sewa 3 apt.. Sampai sana mereka dah ada dan terus minum petang bersama mereka.

Anak-anak terus masuk pool.. sampai Maghrib. Lepas Maghrib terus buat bbq beramai-ramai.. kenyang yang teramat, kerang bakar, ayam, daging, piman, terong, nasi impit dll makanan ringan.. tak terhabis nak makan... Kami duduk ber bbq sampai jam 11.00 malam, naik terus lelap... Anak-anak ummi, acik, adik-adik Suhaimi, kenyang makan terus masuk pool semula sampai jam 11.00 malam... Haziq sampai merah-merah mata.. puas betul.. Masuk pool malam tu sampai guard tu beritahu pool dah nak tutup.

Friday, December 16, 2005

RA 6 Oddysey..

Sekian lama hari ini keluarlah kereta kami.. Alhamdulillah, tak ada yang rosak atau hilang... semua gembira, Haziq ajak jala-jalan, tapi belum daftar lagi, tak berani pula kami.. biar ajelah kat rumah minggu ni...

Monday, December 12, 2005

Putrajaya, Pejabat Pendaftaran...

Hari ini pagi lagi semua bangun, ikut ayah ke Putrajaya, sebab nak buat Mycard ayah, ummi dan Ikram... Sampai Pejabat Pendaftaran, terus beratur, tengok-tengok dokumen yang perlu, pasport parents dan pasport anak perlu ditunjukkan untuk buat Mycard Ikram, pasport semua tak bawa .. siap ambil nombor, ayah beritahu kaunter tu ayah ada urgent nak balik office, mereka kata datang balik selepas 5.30 goro, happy kami. Ummi balik ke Shah Alam ambil pula pasport... balik Shah Alam, singgah di Seksyen 8, beli soto. Makn soto tengahari ni...

Selesai sholat Zohor pergi lagi ke Putrajaya, disebabkan kami datang awal, pergilah pula kami ke Alamanda, first time pergi.. best juga. Tapi kami tak lama, belikan Haziq kebab, ronda-ronda pula di Alamanda sampai jam 5.15 goro, lepas tu tunggu pula ayah balik dari office dan terus ke Pejabat Pendaftaran. Elok-elok sampai no. Ikram naik, terus kami buat.. .Alhamdulillah, tak penat menunggu. Settle semua tapi kena denda sebab sepatutnya kami mesti buat Mycard Ikram dalam masa 30 hari selepas balik dari overseas.. mujur denda cuma RM16. Bayar ajelah... salah sendiri, tak semak dari awal.... 2 bulan menunggu baru dapat Mycard.

Sunday, December 11, 2005

Sultan no tanjoubi... ashita wa Selangor yasumi desu..

Selesai urusan dirumah, kelas pagi 1 jam, kami ke Kedai Perabot Bahagia Seksyen 9. Confirm beli dining table yang dah berkenan semalam.. Ka youbi dia hantar, Selangor cuti sempena tanjoubi Sultan Selangor hari ini.

Tengahari kerumah Kak Mah/Abang Lah di Keramat. Makan-makan, cerita-cerita pergi pula rumah Kak Sham di Taman Greenwood.. lama tak pergi, sesat, tak jumpa Taman tu, akhirnya Kak Sham keluar ambil di Taman Samudera... teruk betul, 5 tahun dulu senang nak cari, sekarang dah ada highway, payah nak jumpa... Kat sana makan pizza dan kuih raya. Mulanya nak tengok VCD Siti Nurhaliza di London, tak ada rezki, ada problem pulak tv tu.. lain kali ajelah... Balik rumah 10.30 goro, terus tidur...

Saturday, December 10, 2005

ASEAN Summit....

Pagi lagi hari ini kami hantar ayah ke stesen komuter Padang Jawa, ayah nak ke Shangrila Hotel wakil jabatan untuk Asean summit... best ayah kata.. Acara malam ayah tak pergi, sebab hanya pertunjukan kebudayaan.

Lepas hantar ayah, ummi bawa anak-anak main kat Taman depan SIRIM, lepas tu taman satu lagi tu.. Haziq kata tak best, best lagi koen kat Jepun, manatak dia kata begitu, kat sini permainan tak berjaga, maintanence teruk betul, banyak yang rosak.

Tengok mereka kurang berminat, ummi bawa pula ke Pasar Seksyen 6, beli nasi kerabu dan mee goreng. Masuk pasar semua tak nak ikut, masing-masing geli nak masuk pasar, sebab pasar basah. Malas nak layan, ummi pun balik ajelah... tanam pokok, cabut rumput dan kemas lebihkurang. Sentaku ga ippai...

Jam 6.30 goro ambil pula ayah di Stesen Komuter Padang Jawa, terus ke Kedai Perabut, dah ada yang berkenan, tapi esok baru confirm. Balik makan KFC guna voucher dari office... berselera anak-anak makan KFC.

Malam masuk kelas lagi... ganbarimasu.

Sunday, December 04, 2005

Majlis Bercukur Muhammad Aiman Khushairy dan Birthday Party Damiah Qistina

Hari ini ada 2 jemputan, dua-dua kena pergi, Fahidah, Pembantu Tadbir, Nik pula, sama-sama kat Kobe dulu...

Lepas solat Zohor kami pun pergi ke Taman Shahbandaraya, rumah Fahidah sebab ada majlis bercukur.. sampai-sampai marhaban baru nak mula, masuk dulu kemudian makan. Sama-sama sampai dengan Ana/Hisham sefamily.. Hari ini makan nasi putih, sambal udang/petai, kari daging ayam massak merah buah-buahan dan cakes.

Lebihkurang jam 3.30 goro kami pun balik dan terus ke Sri Pistana Sungai Buluh, rumah Nik Roselina/Najib... rumah baru beli, rumah tepi, luas juga tanahnya... Kat sana makan, soto, mee hon goeng putih, satay kuih muih dll. Istimewa ada tanjoubi no kekki, Ikram, Athirah dan Haziq berselera makan, dapat main keyboard lagi...Kami balik dari Sungai buluh sebelum Maghrib, elok-elok sahaja dapat Maghrib kat rumah.

Malam ni, kelas 1 jam sahaja, semua letih...

Saturday, December 03, 2005

Yasumi desu....

Kyowa ha yasumi desu.. lepas asagohan tanam pokok bunga kat luar dengan anak-anak.. best juga berkebun. Kalau bunga-bunga tu menjadi, sedap mata memandang bila balik penat-penat.

Tengahari, balik Banting, pergi tengok perabot kat Kedai Pang, tengah tengok bonda pun join. Belum beli lagi, tak berapa berkenan. Hajat nak tengok kayu jati, kat kedai tu banyak kayu getah pulak.. almari pun tak berapa cantik, cantik lagi kat Shah Alam. Lepas tu terus balik rumah bonda. Makan-makan dan rehat-rehat, bonda ke rumah Cikgu Lijah ada khenduru sebab dia nak ke Mekkah, lepas tu bonda kerumah Mak Cik Noriah pula, sebab dia buat majlis bercukur cucunya.. balik bonda bawa balik banyak makanan... Petang pergi beli orchid kat Sungai Buaya dengan Mak Usu.. boleh tahan juga harganya, beli 3 pasu...

Lepas makan malam, kami pun balik ke Shah Alam... Esok ada majlis bercukur anak sulung Fahidah dan majlis hari jadi anak Nik Roselina/Najib, kenal masa kat Kobe dulu...

Thursday, December 01, 2005

Ragam manusia....

Minggu ini penuh dengan meeting, bincang dengan staf SKT mereka untuk tahun 2006, budget 2006, Hari Keluaga 2005, meeting Pengurusan dan entah apa-apa lagi...

Anak-anak dah mula boring dok rumah, kena paksa belajar, Alhamdulillah Haziq dah semakin lansar membaca Romaji Marego dan Eigo. Paling dia minat buat Mathematic.. kadangkala tak mahu berhenti... nak buat banyak-banyak, cuma jawi belum mula lagi.. tapi rasa-rasanya nak masukkan dia sekolah Integrasi. Athirah pun begitu, dia memang rajin membaca dan menulis, kalau suruh kerja rumah lansung dia tak buat kecuali kalau suruh buat cakes, laju dia bangun membuat. Ikram pula ayah dah mula ajar subject Form 4, suruh buat karangan, memahamkan karangan dsb.. harap-harap mereka boleh terima dengan mudah nanti... Setiap malam lepas makan malam kami buka meja belajar bersam-sama, sampai jam 10.00 malam. Kami betul-betul ganbare untuk mereka.

Mula nak ambil pembantu semula, tapi bila fikir Haziq dan Athirah balik sekolah jam 4.00 petang, Ikram balik jam 2.00 petang.. apa pula kerja pembantu tu.. masak memang ummi yang buat walau ada pembantu dulu.. pembantu hanya jaga Haziq, kemas dll. Sekarang Haziq dah 7 tahun dah pandai sendiri, boleh juga jimat untuk persekolahan anak-anak. Sekolah tu pun kami bayar boleh tahan juga, sebab sekolah swasta. Nak pergi sekolah kerajaan, bimbang mereka biarkan aje.. maklum anak-anak kita kurang perbendahaan kata. Athirah pula kena ambil UPSR tahun 2006. Kowai juga.

Sunday, November 27, 2005

Minggu terakhir hari raya....

Bangun pagi, sarapan lebih kurang, kelas untuk anak-anak, nampak juga peningkatan mereka...

Jam 11.00 pagi kesekolah Integrasi Sri Pintar di Seksyen 7, hajat nak bertanya untuk kemasukan sekolah Athirah dan Haziq, nampak menarik juga sekolah tu, mula jam 8.00 hingga jam 3.30 petang untuk tahap 1-4 dan tahanp 5 dan 6 balik lewat 4.30 sebab ada kelas tambahan.... bayaran pun boleh tahan juga, tahap 1 hingga RM260 dan tahap 5 dan 6, RM 290... Kelas berhawa dingin dan murid pun tak lebih dari 24 orang dalam sekelas.. kalau dengar keterangan macam boleh... tapi kami fikir lagilah.. nak survey tempat lain lagi.

Tengahari bonda dan kawan-kawanya datang minta tunjukkan jalan ke Seksyen 24, Kompleks warga Emas.. pergilah hantar bonda pula ke Seksyen 24. Mereka ada jamuan hari raya.

Lepas Zohor kami pergi pula ke rumah terbuka Siti Syabana di Subang, Apartment apa tak ingat pula.. makan lagi. Mee bandung, nasi impit, sambal kerang dll..

Balik singgah pula di Seksyen 13, hajat nak tengok Sekolah Integrasi Assyakirin.. besar sekolah dari tahap 1 hingga Tingkatan 5... mahal sikit, Tahap 1-6 RM 360/sebulan dan Menengah RM 390,fikir lagi.. next week decide.

Lepas tu tengok pula kedai perabut Jati, cantik-cantik, masuk pula kedai bahan buat kek dan roti, menyelerakan. rupanya hujung minggu boleh belajar buat kek dan roti/pastri... bila dah settle semua bolehlah pergi belajar pula... Semangat nak belajar buat roti dan kek masih menebal. Ganbatte neee..

Saturday, November 26, 2005

Open House rumah Haslinda san...

Hari ini lepas sholat zojor kerumah Linda di Port Klang, Kampung Sungai Sireh. Banyak makanan, satay, otak-otak, mee kari, roti jala, nasi impit dll, kenyang makan. Ramai juga yang hadir...

Lepas rumah Lina singgah kedai perabut untuk legakan perut, untuk kerumah kedua pula, rumah Azniza di Shahbandar... makan lagi, banyak juga, tapi ummi banyak makan pecal sebab sayuran, lepas tu ambil pula laaksa dan mee soto.. kuih kochi dll. Balik dengan kekenyangan.

Malam lepas Maghrib kerumah Sanif/Yati depan rumah pula.. makan pula laksam dan nasi briyani... cerita sampai malam... Hari ini dapar kami tak berasap pun... makan free ajer... mewahnya bumi Malaysia...

Friday, November 25, 2005

Shigoto....

Sepanjang minggu isogashi, macam-macam kena buat, ada meeting budget, sasaran kerja tahunan, tatatertib dll... letih dengan meeting, mujur sepanjang minggu puasa, kalau tidak pening pulak dengan makanan yang ada...

Kita dah lama cuti, kena kerja banyak terasa pula nak cuti.. tapi buat juga lah kerja-kerja tu, masalah pun ada bila duduk kat HR dept. ada aje tak kena, buat ni salah-buat ni pun salah... dengar ajelah... kalau nak ikutkan mahu rasanya nak tutup aje mulut mereka ni... sekarang dok pekakkan telinga, paling banyak masalah dari kumpulan bawahan, ada aje tak kena, mereka kerja tak banyak dok tengok salah orang ajelah... kalau nak bergaduh pun tak guna, mereka bukannya tahu hal pentadbiran... potong RM 5 sebulan untuk Kelab pun jadi masalah besar....

Kadangkala fikir kenapalah ambil HRM dulu, dengar cerita kawan-kawan enjoy ambil HRM, kita pun ikut.... bila masuk bekerja, pening dengan perangai orang... tawakal aje.. Kerja kerana Allah swt.

Sunday, November 20, 2005

Open house rumah Teh (adik bonda)

Cakap pasal open house, teringat masa kat Japan, kadang-kadang ada iklan open house, mula tu ingatkan open house tu untuk jemput makan, tapi rupanya open house dia untuk tengok rumah untuk dijual... kelakar betul, mujur anak-anak pandai baca.

Hari ini breakfast dengan makanan Azie semalam. Lepas tu kemas lebihkurang, masuk kelas. Mengajar Haziq membaca, Ikram ajar Athirah Eigo.. kami dok tengok-tengok ajerlah... harap-harap sebelum sekolah dibuka, Haziq akan lancar membaca Marego dan eigo... Sansu rasanya tak jadi masalah...

Jam 1.00 tengahari kerumah Teh (adik bonda) di Segambut, makan lagi.. then kerumah Alang... jam 6.00 goro balik rumah sebab Tatee, Suhaimi dan Haizura ada jemputan kahwin di Kelab Darul Ehsan jam 8.00 malam, mereka nak tumpang salin pakaian...

Lepas Isya' kami bawa bonda ke rumah Idar, Idar tak ada rumah, kerumah Mak Alang pun orang tak ada, tak adda rezki nak beraya kerumah mereka, so balik beli soup ayam kat Syed. Hajat nak makan roti cicah soup, sampai rumah Is dah tunggu, mereka beri nasi goreng ayam dan sambal sotong, ingat nak makan soup ajer jadi makan nasi pula... mewah betul makanan kat Malaysia.. Alhamdulilah.

Saturday, November 19, 2005

Rumah terbuka Y.B Hasiman di Morib.

Hari ini pagi lagi Azmi dah datang ajak kerumah dia breakfast, dia buat open house untuk breakfast...idea yang bagus.. bolih tiru. Pagi lagi tetamu dah datang, makan nasi lemak dan sup bersama roti dan kuih raya.

Tengahari ke Morib pula open house Y.B. Hasiman.. ramai sangat, ada berbagai makanan, ayam goreng, soup, cendol Banting, yong tau foo, nasi briyani, me goreng dll... cuma kalau lambat datang, isi dah kurang.. still banyak makanan.

Lepas sholat kat masjid Morib, kami terus ke Taman Cheras Jaya, Balakong rumah Zahid/Azie. Rumah Azie makan, Laksa, Mee Bandung, Nasi Ayam dan kuih raya...lama juga kami kat sana , sampai jam 10.00 malam goro, bawa balik pula laksa, mee bandung dan kuih tat.... kenyang makan dari pagi sampai ke malam makan kat open house....

Friday, November 18, 2005

Moku youbi...

Anak-anak kat rumah ajer, suruh belajar. Tolong kemas memang tak lansung dibuatnya. Basuh baju adalah juga... dapat dia baca buku pun dah okay. Hari ini Haziq merungut, kenapa asyik dia ummi ajar baca buku, kenapa Abang dan Kakak tidak? rupanya dia tak puas hati dia kena baca buku dan kena hafal spelling... ummi pun terangkan kenapa, Abang dan Kakak dah pandai baca, bla, bla.. dia fahamlah agaknya. Next month kena hantar tuition. Mengaji pun kena hantar juga... banyak cabaran bagi anak-anak sedang membesar, ummi dan ayah bekerja... semoga mereka berjaya dunia dan akhirat. Ganbarimasu.

Jam 12.15 tengahari, ummi ambil Ikram, Athirah dan Haziq ke office, biar mudah Ikram pergi sholat Jumaat. Lepas sholat Jumaat mereka semua pergi toshokan hingga ummi habis kerja.

Malam masak asam pedas ikan tenggiri.

Thursday, November 17, 2005

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri LMS...

Hari ini ummi bawa anak-anak sekali ikut ke office, kerana hari ini ada jamuan hari raya untuk family, ayah memang tak boleh datang.. tak sempat sebab jemputan jam 12.00 hingga 3.00 petang.

Jam 11.30 pagi, ummi dah turun sebab ummi jadi penyambut tetamu... anak-anak ikut Ana. Umi dan Bie sumbangkan Cheese Cakes... Makanan hari ini banyak juga, tetamu pun ramai juga, last-last tinggal satay ajer.. puas makan satay.

Malam ni keletihan, makan luar ajer...

Wednesday, November 16, 2005

Perhimpunan Pagi....

Hari ini ada 6 staf baru mendaftar.. kenalkan diri. Hari ini Pengurusan Sumber Manusia dapat teguran, anggaplah teguran sebagai satu cabaran untuk memperbaiki bahagian kami...

Hari ini, ramai staf dah mula menganyam ketupat, sebab esok ada sambutan hari raya LMS... nak buat hiasan ketupat, ummi join juga sambil belajar.... malu pula rasanya, ramai staf yang pandai menganyam kita tak pandai... pedulilah, belajar sahaja... hari ini pandai dah buat ketupat biasa... nanti lain kali nak belajar ketupat bawang...

Hari ini masak kue tiaw untuk dinner.

Tuesday, November 15, 2005

Hari ini pakai baju batik..

Pagi lagi ayah dapat SMS dari PP dia kena pakai baju batik. Ummi pun dah gosok baju tu.. nampak besar pula dipakainya, maklumlah sekarang dah slim sikit.

Inilah kali pertama kena tarikh (1 dan 15hb) pakai baju batik sejak kami mula bekerja, ada juga yang lupa pakai... nampak lain pula orang lelaki pakai baju batik tengah minggu... tapi okaylah itu keputusan kerajaan... lama-lama nanti tentu ummi dah tak rasa lain.

Pagi ni ada meeting bahagian.

Pagi lagi dah pesan dengan Ikram dan Athirah, mesti ajar Haziq baca dan menulis.. membaca okay juga, bila buat spelling dia tulis macam hiragana, ada ru, mu, ku dll, kelakar pula... semua ketawa..

Monday, November 14, 2005

Shigoto....

Hari ini kerja.. letih makan semalam, terbangun 6.00 pagi, tergesa-gesa, baju tak gosok lagi adoi!!!! berpeluh pagi ni.. ayah pula ada perhimpunan pagi.

Hari ini ada meeting MBJ, first time masuk.. okay juga.. seronok pula dengar. Habis meeting, buat minit JKK Pengurusan Sumber Manusia LMS... kalau lewat bimbang lupa pula ceritanya.

Hari ini balik naik taxi. Masak dan mengajar anak-anak...

Sunday, November 13, 2005

Jemputan khatam al-Quran dan khatan Shamim Haikal...

Pagi lagi bonda, tatee dan Suhaimi dah siap-siap nak berHari Raya di Gedangsa. Kami pula kat rumah bonda, jam 11.00 terus ke rumah Nazra (kawan office) menghadiri jemputan untuk berkhatam Al-Quran dan khatan anak tunggalnya.. meriah sungguh, ramai jemputan, orang office, ummilah yang awal sekali.

habis acara, balik rumah, kemas lebihkurang kami pergi pula ke kedai perabot. Tak beli sebab tak ada yang berkenan dan sesuai untuk rumah kami yang sederhana besarnya.

Sepanjang petang dan malam memasang komputer, Alhamdulillah dah boleh guna, dapatlah anak-anak chat dan e-mail kat tomodachi dan sensei mereka dalam Nihongo... berbalas-balas sepanjang malam. Happy betul Athirah... selalu guna keitai aje...

Saturday, November 12, 2005

Rumah terbuka....

Jam 10.00 pagi dah sampai ke batu 8, Sijangkang tunggu bonda bersama Tatee, lambat pula mereka. Jam 10.45 pagi baru mereka sampai, terus sahaja ke rumah Y.B. Dato' Fatah. Ramai yang hadir, kenyang makan.

Selesai bersalam-salaman singgah pula dirumah anak angkat bonda Puan Yamah.... makan pula mee goreng. Selesai beraya terus pula ke Morib rumah Y.B. Dato' Dr. Shafie Salleh. Rami juga tetamu. Perut kenyang, so makan ala kadar ajer.. gambar-gambar, singgah pula rumah Mak Andak, kakak arwah abah, itulah yang tinggal adik beradik arwah abah... Habis beraya rumah Mak Andak, balik rumah bonda.

Selesai sholat Asar pergi pula berHari Raya ke rumah Ucu (adik bonda) dan terus pula kerumah Tam (adik bonda), Tam tak ada rumah pula, pergi pula rumah Halim (cousin) tak ada juga, then kerumah emak Suhaimi tak ada juga. Balik rumah rehat, malam lepas Maghrib keluar lagi.

Pergi lagi rumah Tam, masih tak ada, Wa tinggal seorang, kami makan kuih, minum air, balik dan terus pula ke rumah ayah Suhaimi. Kat sana, makan mee goreng. Hari ini seharian kami makan....

Friday, November 11, 2005

Nak balik Banting...

Hari ini macam biasa aje kat office, anak-anak kat rumah kena ajar Haziq membaca... Hari ini Ikram beritahu dia tersepak jam dan pecah cermin, minta-minta jangalah rosak pula jam tu... penat-penat bawa balik dari Jepun, elok aje kat rumah pula pecah.

Petang ni rasa nak balik Banting aje, sebab banyak lagi rumah Mak/Bapa saudara tak pergi lagi.. esok pun ada rumah terbuka Dato' Dr.Shafie dan Dato' Fatah bolehlah pergi ikut bonda... harap-harap ayah pun setuju... Kalau nak balik, tak payahlah masak... malas betul rasanya... yeah esok cuti.

Thursday, November 10, 2005

Mesyuarat urusetia Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1426H..

Hari ini satu mesyuarat telah diadakan untuk sambutan Hari Raya untk tahun ini. Makanan hari ini nasi lemak, telor dan sandwich. Oishi so, tapi hari ini ummi puasa.

Jam 11.00 pagi selesai meeting, ambil Ikram, Athirah dan Haziq dirumah dan hantar mereka ke perpustakaan. Mereka dah boring dok rumah so beri dia peluang jumpa kawan-kawan dan tengok buku-buku yang ada. Mereka makan kat gerai Mok Nik. Jam 5.45 baru kami balik.

Hari ini ayah ada meeting kat Bank Negara so dapatlah sampai cepat, sempat juga ayah pergi service kereta kat seksyen 16. Malam ni kami makan Laksa Johor dan anak-anak makan mee rebus.

Wednesday, November 09, 2005

Perhimpunan pagi di batalkan....

Hari ini masih ramai yang belum masuk kerja, so perhimpunan pagi dibatalkan. Jam 10.00 pagi ummi pergi MRCB tukar buku akaun dan buat ATM card baru.. 10 hari baru boleh dapat pin no. baru.

Balik bank ummi singgah Shah Alam central beli yogurt untuk lunch. Rugi pula tak puasa hari ini... Tengahari ayah call akan barang akan sampai hari ini. Kesian Ikram dia handle semua 19 kotak. Ummi dan ayah tak dapat balik tengahari ini.. mujur juga dia tak tertidur.

Hari ini Athirah mengajar Haziq membaca lagi..

Malam keluar ke TESCO. Kaimono shimashita.

Tuesday, November 08, 2005

urusan bank....

Kesian anak-anak hari ini, ummi tak sempat nak masakkan mereka makanan sebelum pergi kerja... makan roti ajelah nampaknya, mujur mereka memang suka roti, habislah sebuku roti panjang dimakannya.

Jam 10.00 goro ummi pergi uruskan tukar alamat untuk akaun simpanan dan semasa. Penat juga berjalan kaki dari BCB ke Maybank. Urusan di BCB tak boleh selesai kerana mesti buat di mana akaun tu dibuka... kena pula pergi ke bangunan MRCB.. letihlah besok aje pergi.

Lepas urusan di Maybank, ummi pergi pula ke Kompleks PKNS ingat nak uruskan LUTH dan Bank Islam, tak sempat juga, orang ramai. Tangguh lagilah nampaknya, sedang fikir-fikir nak jalan kaki balik, hujan turun dengan lebatnya, tunggu aje kat situ, ronda-ronda terkena juga, beli sandal pula.

Hujan reda, jalan balik ke office, muka toye aje.. keluar lama sangat... mujur tak siapa cari. Jam 5.00 petang terus balik rumah dengan taxi. anak-anak sedang lenyak tidur... ummi biarkan sahaja sampai Maghrib baru mereka tersedar... Malam tak kemana-mana. letih hari ini, jalan jauh. Hari ini Athirah ajar Haziq membaca.

Monday, November 07, 2005

Shigoto....

Disebabkan ayah tak boleh ambil cuti selama 28 hari, kami mulalah kerja hari ini. Cuti hari raya ummi hanyalah pada 2hb, iaitu sehari sebelum hari raya. Kat office, tak ramai yang kerja... mudah ummi mengulangkaji pekeliling-pekeliling baru yang banyak ummi dah tak tahu.. hari ini baca pekeliling aje...

Anak-anak kat rumah pandai-pandai dialah... Ikram kata dia boleh buat kerja, tak mahu ambil pembantu. Athirah dan Haziq, no comments. Mulai hari ini ummi dah buat agihan tugas, Athirah kena pastikan Haziq boleh membaca Romaji, malay dan eigo. Next month dah mula Iqra. Nampaknya tak lama lagi sibuklah ummi menghantar/mengambil mereka tuition.

Jemputan rumah terbuka dan kenduri kahwin pun dah mula sampai, kadangkala bertemu pula tu, tak tahu manalah nak pergi ni... begitulah sambutan hari raya di Malaysia... makan, makan dan makan... sampai tak larat. Kalau kat Jepun, ummi termasuk dalam golongan bertubuh besar, di Malaysia, biasa aje... senang-senang nak cari baju.. janganlah timbangan naik semasa hari raya ni.. kowai.

Sunday, November 06, 2005

Balik ke Shah Alam...

Selesai sarapan dan kemas lebihkurang jam 9.30 pagi kami mula meninggalkan rumah Mak untuk pulang semula ke Shah Alam, diperjalanan singgah dulu di rumah adik ipar Baba kerana ada kenduri kahwin. Keluar dari rumah mereka jam 10.20 pagi, jalan dah mula slow, ada accident pula di perjalanan antara Machang ke Kuala Krai. Jalan diantara Kuala Krai ke Gua Musang, ramai juga pemandu yang kena speed trap.. baru dia tahu lesen kena ambil..

Sampai di Kuala Lipis berhenti sholat dan ayah dah tak larat, ummi sambung drive. Hujan renyai sepanjang perjalanan. Di Raub jalan dah mula slow, pemandu Malaysia yang tak berdisiplin, dok potong que senang-senang aje.. teruk juga jammed jalan kali ini. Sampai lepas tol ada lagi polis tunggu, siapa yang potong kiri kena lagi.. bagus betul banyak polis, yang bertugas, arigatou baru mereka tahu, macam dia aje nak cepat.

Sampai hentian Genting Sempah patrol stesyen ayah drive semula. Kami singgah pula ambil nescafe dan milo free serta ada acara bersama ERA.

Sampai Shah Alam, 8.00 lebih goro, ayah singgah beli roti telor. Sampai rumah, Jaafar buat open house, pergi pula rumah dia. Kenyanglah perut, tak jadi makan roti telor, esok asagohan anak-anak pulalah tu...

Makanan rumah Jaafar sedap-sedap tapi sebab penat dah tak lalu nak makan, Haziq masih demam lagi, lansung tak lalu makan... ummi minta balik cepat...

Esok minta Ikram tolong settlekan baju kotor..

Saturday, November 05, 2005

Raya ke3...

Kyowa eii tenki desu ne.. dapatlah jalan-jalan sikit. Lepas asagohan, nasi goreng dan mak makan nasi putih. Ayah dan Athirah ke rumah Mak Cik Ye. Seronok Athirah balik rumah tengok Mak Cik Ye beri dia RM 50. Ummi agak dia tersilap beri sebab matanya kurang nampak, ummi beritahu ayah, ayah pun setuju, lepas tu pergilah mereka pulangkan duit tu, Mak Cik Ye kata dia ingat RM 5. Lepas tu dia ganti dengan RM10. Okaylah tu...

Jam 9.30 pagi kami ke Bandar Machang, bawa Haziq ke Klinik, dia demam sejak semalam, dah beri panadol masih tak sembuh. Kat Machang adalah 2 buah klinik yang buka. Kami masuk Klinik Wan Fuad, sensei tu sendiri jaga pendaftaran. Demam Haziq naik sehingga 40 darjah celcius... berdokong dia dengan ayah.. ramai juga kanak-kanak yang demam hari ini.

Selesai di klinik cari kedai Proton Edar untuk serbis kereta, tak ada pula kat sekitar Machang, buat keputusan serbis aje kat Shah Alam nanti... kami beli nasi kerabu dan nasi berlauk serta kuih akok, terus balik. Diperjalanan singgah rumah Baba (abang ayah) dia tak ada pula, terus balik dan makan bersama Mak.

Petangnya kami pergi pula ke rumah Mak Cik Esah dan Pak Ngah Said adik Cek. Habislah sessi melawat rumah mak dan bapa saudara terdekat di kampung.... InsyAllah semoga berjumpa lagi di raya akan datang.

Sejak petang hingga malam hujan turun dengan lebatnya. Malam Aseri dan keluarga bersama Mek tidur rumah Mak. Sedang kami lenyak tidur, lebihkurang jam 11.30 malam Baba an keluarganya datang, cerita sampai jam 1.30 pagi, mengantuk betul mata ni... lepas tu mulalah mata ni tak mahu tidur.

Friday, November 04, 2005

Hari Raya kedua di Kelantan...

Asagohan, nasi. Tengahari ummi dan Yah buat nasi ayam untuk makan tengahari. Hari ini ummi tukang buat air an angkat kuih ajelah kepada tetamu yang hadir.

Orang lelaki ada kenduri leaps sholat Jumaat jadi tak makan kat rumah. Lepas sholat Jumaat, kami semua pergi rumah Mak Yah (kakak Mak) dan rumah Mek (kakak ayah). Makan malam kat rumah Mek. Lepas Isya' balik rumah dan tidur. Raya kat sini, sunyi sikit, sebab keliling rumah kebanyakkannya warga emas.

Esok akan ke pekan Machang nak cari Proton Edar untuk service 1000km.

Thursday, November 03, 2005

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1426 H.

Seawal 4.30 pagi kami bangun untuk balik ke Banting.. hujan Rahmat mencurah-curah turun... bimbang juga tak dapat sholat Raya sebab bimbang basah pula... Sampai Banting hujan reda dan Subuh baru masuk. Selepas Suboh apalagi.. tabemashita.

Jam 8.15 pagio kami semua ke Masjid Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Kampung Bandar. Muslimin dah memenuhi ruang luar Alhamdulillah muslimat masih ada tempat kosong... dapat jugalah kami bersembahyang Hari Raya pada tahun ini bersama family di Malaysia.

Haziq macam tak percaya hari ini boleh ambil asagohan... dia tak berapa ingat macam mana Raya kat Malaysia... dia ingat tergesa-gesa pergi Masjid dan lepas tu abang-abang dan kakak-kakak datang rumah lepas tu tak ada apa-apa. Kat kampung balik masjid, ramai-ramai makan lagi, lepas tu ada sessi maaf bermaaffan seterusnya sessi bergambar family, dengan bonda dan ramai-ramai, meriah betul..

Tengahari dah mula ramai tetamu datang rumah bonda, kami pun pergi juga kerumah Mak Usu sebab nak makan rendang kerang Mak Usu... best, Mak Usu memang tak pernah miss buat rendang kerang. Minggu lepas Mak Usu tolong bonda buat rendang kerang untuk hantar kat adik kat US. balik dari rumah Mak Usu, Pak Uda Sahar dan family ada, kami salam-salam dan terus kemas barang untuk balik Kelantan.... jam 12.00 tengahari baru keluar dari rumah bonda dan singgah pula di Shah Alam.

Sampai di Shah Alam, sholat, terus masuk barang dalam kereta, dan tinggal kunci rumah Jaafar/Shim dan terus balik ke Kelantan. Perjalanan mengikut KESAS dan terus ke Karak. Sepanjang perjalanan, hujan lebat, ada kaminari pun. Traffic slow sebab jalan licin...

Singgah otearai di Karak dan beberapa tempat lain, ayah dapat onaka kaze. Banyak kali juga berhenti dalam hujan lebat tu, sampai basahlah ayah... ramai juga balik lepas sholat Raya ni, kebanyakan orang melayu balik dengan pakaian Raya, baju melayu, macam kami jugalah...

Kami sampai rumah nenek Kelantan jam 11.45 malam goro... mereka dah tidur masa tu... sampai aje kami terus makan bekalan dan mandi serta terus tidur... letih betul, ayah memandu seorang kali ini, ummi tak tahan mengantuk.. gomen ne.

Wednesday, November 02, 2005

Kerja lagi...

Ayah kena pergi kerja juga, memangku punya pasal, ak leh lah cuti. Ummi kat rumah dengan anak-anak kemas rumah, buka meja, sofa dan gantung curtain mana yang ada, nak beli tak sempat... Hari hujan. Kenderaan pun tak ada, kemas ajelah dirumah...

Pagi ini ummi bikkuri betul, angkat kotak kat luar nak buang terdengar bunyi anak kucing, tengok dalam kotak ada anak kucing baru lahir kena tinggal oleh maknya.... Ikram, Athirah dan Haziq suka betul, merayu-rayu nak minta izin pelihara kucing tu, ummi beri izin cuma tak boleh bawa masuk rumah... sibuk mereka menjaganya, kucing tu belum panadai makan, minum dan berjalan lagi...

Tengahari ayah minta kebenaran balik awal, lepas zohor terus kaimono. Petang beli kuih/kerepek offer sebab gerai-gerai dah nak tutup... lemang, ketupat, rendang dll banyak sungguh.

Buka kat luar lagi.. sibuk juga malam ni, mana taknya siap-siap pakaian nak balik Kelantan lepas sholat Raya. Malam ni tidur rumah Shah Alam.

Tuesday, November 01, 2005

Selamat Hari Deepavali...

Selamt Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu. Indian sambut Deepavali, orang Melayu shopping sakan. Sejak semalam shopping complexs penuh sesak dengan pembeli... bagus juga, banyak juga offer untuk pakaian dan tudung... dapatlah belikan anak-anak baju raya dan sandal Raya.. termasuk jugalah kuih Raya.

Kami sibuk juga berkemas hari ini... hampir siap jugalah mengangkat semua barang kebilik bilik diatas dan bawah... mana yang nak guna dikeluarkan. Sejak akhir-akhir ni kami buka dan sahur di kedai ajer.. suka Haziq... Alhamdulillah, cukup puasanya setakat ini. Mulanya bimbang juga sebab masa kat Jepun buka awal, kat sini buka jam 8.00 malam.. tapi rupanya tak jadi masalah lansung kalau dah biasa... hari ini dia dah kira dia dapat berapa RM.

Malamnya sambung berkemas lagi, esok ummi ambil cuti jadi rasanya bolehlah cantikkan hall depan... cuma tinggal beli curtain sliding door, curtain yang lama tu dah 4 tahun tergantung kat situ... tapi kalau tak sempat gantung jugalah dia...