Tuesday, March 15, 2005

しょつえんしき -Graduation day







Hari ini tamatlah sudah Haziq di Kaoru ayouchien ( かおる よちえん)、 Sebagai ibu, gembira ada, sedihpun ada. Suasana 'touching' hampir semua bergenang air mata. Kuma gumi pun ada ambil bahagian. Zou gumi menyanyi begitu juga dengan Kuma gumi. Anak-anak jug berlinang air mata, ada yang lebih sensitive sampai tak dapat bercakap, teresak-esak menangis, Itsuko sensei pun sama samapi terhenti bercakap kerana sebak.

Acara seperti biasa ada ucapan dari Encho sensei, wakil ibu bapa, wakil zou gumi no okasan, wakil kuma gumi no otosan. Suasana berlainan sungguh dengan Malaysia. Kat sini upacara di buat besar-besaran., dari persedian pakaian anak-anak hinggalah kepakaian tetamu yang hadir, siap dengan kimono.

Monday, March 14, 2005

Sunday, March 13, 2005

wah! snow turun lebat hari ni... sanposhitai desu...

Hari ini snow turun lebat, memutih atas bukit dan pokok2... apalagi? Kami pun berposing sana sini, seperti biasa, tak puas2. Ini last year main snow kat kobe, entah biladatang lagi... harap2 adalah anak2 yang akan belajar keluar negara, yang ada yuki. Bolehlah main yuki lagi.

Petang kami pergi ke Sogo undo Koen, main2 tapi sejuk sangat sebab snow turun bersama angin.. tak lama kat sana, lepas makan balik, main pulak kat Maruyama Koen.

Friday, March 11, 2005

Masak untuk YDPA dan Raja Permaisuri Agung

Semalam Lin beritahu ada YDPA di Osaka. Kami yang ada beberapa famili ni diminta masak makanan melayu. Kak Mus masak Mee dan Mee Hon goeng, Lin masak roti jala dan kari... kuihnya sayalah yang buat. Cadangan awal cheese cakes dan ninjin cakes tapi fikir2 dan bincang2 yang jadinya kek batik dan kuih lompang. Berdebar juga nak buat, orang besar2 nak makan, kat Malaysia siapalah nak pandang masakan kita... akhirnya jadilah juga kedua-dua masakan tu. Moga-moga disukai baginda berdua. Jam 10.30 Shamsul dan Lin datang, pergi bersamanya ke Osaka. Balik Osaka singgah di Kansai Supa.

Jam 1.40 sampai rumah, pergi ambil Haziq, mujur hubby balik masjid terus ke Yochien, taklah menapak hari ini. Bawa barang Haziq semua. Sedih ada, gembira pun ada, bila Haziq dah nak sotsuen shiki. Semua anak dah masuk sekolah... beginilah rasanya bila anak2 besar. Sampai rumah tengok barang Haziq, wah! cantik2 kerja tangannya, buat kalender untuk setahun dll. Lain sungguh yochien di Jepun dan Malaysia. Masa Ikram masuk Yochien dulu, lebih kurang begitu juga. Memang best. Rasa tak rugi datang semula disini, dan ketiga2nya merasa sekolah disini. Athirah pulak memanglah suka sangat sebab dia memang lahir di Jepun. Mula hubby dapat tawaran dulu, rasa malas betul nak datang, Athirahlah yang beria-ia nak datang, nak tengok tempat lahirnya Saitama ken, Urawa shi, kita Urawa no byoin. Lepas ni, kena pulak update album Yochien sebab kena hantar hari Isnin ni... Isnin ni last day Haziq kesekolah, nak onokori sama kawan-kawan. Biarlah dia bersama2 kawan2nya.

Semoga semua berjaya dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

-ummi-

Monday, March 07, 2005

おわかれ ランチ

Hari ini ada owakare lunch untuk ぞうぐみのおお母さん、pergi restoran Jepun dekat Higashi Nada. Makan Japanse style. Makanan hari itu telah ditentukan oleh mereka, yang pastinya tak ada yang meragukan. Banyak betul makanan, mula-mula tu makan tahu lembut, sayur jeruk, kepah bakar dll. Lepas tu datang lagi ikan bakar, nasi putih bersama telor ikan, isi ketam dan telor. Sushi dan setnya. Kawan-kawan makan chawan muchi, tapi tidak termasuk menu yang boleh dimakan, digantikan dengan ikan bakar. Makan sushi? Okaylah tapi sake mentah tak berapa boleh makan... Makanan hari tu telah dibincang oleh emak Yutokun berdasarkan list halal/haram yang telah diberikan. Lepas ni bolehlah ajak family pergi.. Nama kedai? Nantilah tanya Ikram... tulisan kanji, yomanai.

Ummi-

Saturday, March 05, 2005

いけばな 

Hari ini pergi belajar ikebana... satu seni Jepun dalam menggubah bunga. Sensei tu dah tua tapi bolehlah sikit-sikit berbahasa Inggeris, mudah jugalah belajar dengannya. Kelas ikebana ini dianjurkan oleh PTA Minooka Shogakko. Bayaran bunga dan Sensei sekali belajar ialah 1505 yen. Belajar setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga. Gambar-gambarnya banyak tapi tak sempat lagi nak paste kat sini... tengoklah senang-senang nanti.

Thursday, March 03, 2005

たんじょうぶ かい

Seperti biasa setiap bulan Yochien akan mengadakan tanjoubi kai untuk murid yang lahir pada bulan berkaitan. Hari ini untuk bulan 2 dan 3. Agaknya sensei terlupa nak beritahu ada makanan yang Haziq tak boleh makan.. jadinya pagi ini, dah tak ada apa nak buat, terpaksalah buat cheese cakes untuknya dan hantar jam 11.00. Mujur cheese cakes ni senang nak buat.

Balik Haziq beritahu, dia penat tunggu mana cakesnya... dia ingat ummi tak buatkan cakes untuknya. Oleh kerana terlalu asyik bermain games diyochien rupanya dia tak perasanpun kita pergi hantar cakes kat dia.. Haziq, Haziq. sudah semakin besar dan dah faham, makanan muslim... dia tidak akan makan kalau makanan tu dia tak pasti halalnya. Alhamdulillah, semua anak2 begitu.

Wednesday, March 02, 2005

おわかれ遠足 - jalan2 terakhir untuk zou gumi di Kaoru Yochien

8.25 pagi dah keluar bersama Haziq ke tempat bus ke Sannomiya tunggu Oota san, Megumi chan dan Ayaka chan serta Kotani san bersama Rie chan. Awal lagi siapkan bento untuk owakare onsoku Haziq di Sogoundokoen ーそごうんどこえん 。 sampai sana jam 9.30 pagi, kami sampai kira awal, tapi ramai juga yang sampai awal... Dari rumah kami naik bas ke Nunobiki dan kemudia naik shikatetsu ssubway ke sogoundokoen. Kami samai lebihkurang jam 9.30 pagi. Haziq terus main dengan kawan2nya. Acara mula lebih kurang jam 10.00 pagi... aduh.. penat betul, naik bukit, berpeluh2 kami.

Sampai atas kami bentang tempat duduk, konon itulah tempat strategik.. tapi rupanya angin kuat dari bawah bukit, sejuk betul masa makan bento. Acara dimulakan dengan bersenam beramai2, umi tak berapa ikut bersenam, sibuk ambil gambar Haziq, lepas tu, acara bersama dengan anak2, umi pun joinlah... tertari2..tapi nihonjin no okasan ni semua sporting, buat aje apa sensei cakap... begitu juga dengan beberapa orang otosan dan ojisan...

Last kami main nawatobi panjang.. masa prastis bolehlah semua, tapi masa betuk2 kesian group kami.. tiba2 emak makun terjatuh.. matilah group kami... tak sempat lagi nak melompat...

Kadang2 terfikir bolehke mak-mak Malaysia buat macam mak Jepun.. sporting dan boleh ikut semua acara, enjoy jugak, kat Malaysia, acara sukan untuk Tadika pun tak ada... entahlah bolehkah kita mengubah fikiran rakyat Malaysia, selagi ianya tidak melangar etika Islam? Aku memang respect mak Jepun, kalau pendidikan anak2 sanggup buat apa sahaja... asal anak mereka boleh berjaya. Kat Malaysia pun begitu, tapi hanya untuk pendidikan sekular... sahsiah diri kadangkala tertinggal. Semoga anak2 kami menjadi umat Islam yang bertaqwa.

Acara ini diadakan untuk kelas Haziq sebab dia akan tamat yochien pada March 15 ni, dipanggil juga sayonara ensoku... last kami bergambar ramai. sambil berkata おわかれ遠足. Haziq enjoy betul tempat ni.. banyak permainan, ada subaridai penjang, kemudian memanjat pulak..., branko dll.

Kalau hubby ada free rasanya nak datang jogging kat sini, parking pun banyak. Kat situ ada dimaklumkan pada March 20ni, ada Hana Matsuri, dari jam 10.00 hingga 15.00. Kalau ada kesempatan 20hb ni nak pergi situ, nak tengok bunga nanohana

Ummi-

Tuesday, March 01, 2005

Gambar ramai sotsuen shiki

Hari ini Haziq bawa baju sotsuen shiki dia pergi yochien, nak bergambar ramai... umi risau jugak bagaimanalah Haziq bersiap, rupanya dia dah pandai, rensu lagi pagi ni.. kami semua puas hati. Balik dia beritahu dia bersiap sendiri, cikgu tak payah tolong, kawan2 ada juga yang sensei tolong.

Kat Jepun ni masa sotsuen shiki bergaya habis, budak dan parents... baju Haziq tu kami beli kat yahoo auction dapatlah 7300 yen sepasang, tengok kat Daimaru sampai 50000 yen, kami pergi try aje tengok saiz lepas tu masuk auction, jimat okane. Inilah gambar Haziq...

Sunday, February 27, 2005

Flee market kat Gokoku Jinja dan Kodomo Fashion festival di Kobe Eki Minami

Hari ini ada flee market kat Gokoku jinja, lepas asagohan umi dan ayah pergi... Flee market kat sini memang kami jarang miss, banyak barang boleh beli, barangan antik pun ada, tapi umi dan ayah tak minat dengan orang tua2 yang menjual sebab mahal, susah nak tawar. Flee market kat sini kalau rajin every weekend ada, sediakan ajelah okane. Tempat fovourite umi lagi ialah dia Haborland dan meriken park. Selalu juga temankan umi kesana, ayah jarang2 pergi sebab banyak kerja... sebab tak nak ganggu ayah umi akan bawa kami semua... dapatlah air minum2, kadangkala dapatlah juga barang kami selain dari omiyage dll yang ummi beli.

Gokoku jinja hari ini ummi beli 4 helai obi, muah pulak hari 500 yen sehelai... penuh gaikakujin kat situ, memilih... ummi macam tak percaya. Ummi juga beli bola temari (てまり) - bola samurai, beli 5 biji dapat 400 yen.

Lepas sholat Zohor hari ini kami pergi 神戸 えき みなみ sebab ada pertujukan fashion kanak2 seluruh dunia... kami masuk, pakai lah baju melayu dan kurung warna kuning kami tu... Athirah siap pakai selendang panjang... kenalah kenalkan Malaysia sikit2, tak ready pun, cakap makna konnichiwa dll... ada juga yang menari dan menyanyi.. Indonesia pun ada. Habis tu kami dapat ticket untuk main superball dan pancing... dapatlah bola kecil tu.

Ummi pulak mencuba bakat dalam melukis caligraphy.. tengok cantik ummi punya, kami semua join juga... inilah hasil kami...

Saturday, February 26, 2005

Ayabeyama - ume bayashi

Hari ini cadang nak pergi tengok ume bayasi kat Ayabeyama, Humeji, ayah ajak tengok map untuk kesana.... bila dah ready kami semua pergi.. pagi tu sarapan berat sikit buat onegiri dengan konbu dan banana pancakes. Kami makan kenyang betul senang nanti tak payah nak cari makan dan malas juga nak buka bento. Bila kenyang ni senang nak jalan2, cari tempat sholat aje.

Sampai kat sana lebih kurang jam 1.00, siap-siap sholat terus bila ticket, 500 yen seorang, kat sini kalau jalan jarang yang free, parking pun 500 yen sekali masuk, tempat ni cantik, ada tasik dan ada angsa dan itik... beli やきいも panas2 sedap makan masa sejuk ni... Nak tengok ume ni. kenalah naik bukit, sebab さかみち teruk jugak, berhentilah kami berkali2, ada aje tempat cantik posing, sama aje kami dengan orang jepun. Lama juga kami berjalan dalam ladang tu, kat puncak kami boleh tukar ticket tu dengan うめ ジュイス. Oishi juice tu... Kami naik sampai kepuncak, terbatuk2 ummi dan ayah, kepenatan. Ume yang bunga merah cantik betul, begitu juga dengan putih dan pink, melata cantiknya....dari puncak bukit kami nampak juga awajishima dan bandar sekitanya. Kami jalan ikut navigation kereta, senang ajelah, taklah tersesat macam dulu masa tengok buku...

Minggu depan tak tahu lagi nak pergi mana.. ayah dah sibuk.
 

Friday, February 25, 2005

Jugio sankan - class observation Minooka Shogakko

Hari ini ada Jugio sankan class Athirah... mulai dari jam 1.45 hingga 3.30 petang. Jam 1.30 dah pergi sama Haziq, kebetulan Yochien cuti sebab influenza, Ikram pulak balik awal sebab ada test. Senang hati aje melangkah sebab ada yang boleh jadi interpriter. Tengoklah Athirah belajar... dia tak lansung jawab soalan... geram betul. Selesai jugio sankan, ada PTA meeting, inilah saat yang paling boring, sebab tak faham... kali ini masuk juga, dengar ajelah sikit2 Ikram beritahu... rasanya Athirah tak ada masalah...

Jugio sankan ni.. memang tak ada kat Malaysia.. rasanya kalaulah cikgu kat Msia tu nak buat memang bagus.. kita boleh dapat menyelesaikan masalah anak2 dengan segera... Kat Msia kalau adapun cikgu jumpa masa ambil, report card... itupun, setahun sekali masa semester kedua, Cikgu suruh sign kat situ juga, balik kita pulak kena explain kat ayah budak2 result mereka... Kalu nak cerita tentang sistem belajar sekolah Jepun, memang lain sungguh, budak sekolah di Jepun boleh jadikan cikgu kawan, di Msia.. budak takut... Pergi sekolah tak boleh dihantar, di Msia, semua sekolah jauh, kenalah hantar, jadinya cikgu kadangkala tak kenal parents murid2. Kat sini, parents boleh kenal cikgu2 begitu juga dengan cikgu... ada masa pulak, PTA lawan dengan cikgu.. volley ball, pingpong dll... games ni aku ikut jugak... walaupun tak pandai... sampai ada kawan tu tanya, Islam boleh main ke? Aku kata boleh, asal tak bercampur lelaki dan perempuan... tercengang mereka...

Sistem kat Jepun ni, budak lebih mahir dalam pelajaran, sebab bukan sistem peperiksaan, ada masa mereka keluar shizen gakko, mereka berkhemah 3 hari dan masak2 sendiri, tangkap ikan sendiri... memang seronok sekolah kat sini... kalau dibanding sekolah di Msia. Anak2 akan miss nanti... Haziq pun dah mula offer ayah nak sekolah lagi di Jepun... kalau boleh tak nak balik terus ke Msia...

Ummi

Thursday, February 24, 2005

influenza

Hari ini pagi lagi Haziq bangun macam biasa, tanya umi, mana bento haziq?.. Kami sengaja tak beritahu dia Yochien dia terpaksa cuti sebab ramai budak kena influenza.. Hari ini melepek sambil belajar dengan ayah.

Ikram pulak, hari ini hari kedua dia exam, balik jam 12.00 lepas tu study... harap-harap dapat best result. Hajatnya lepas zohor ni nak pergi Rokko Michi dengan Haziq, dia ajak pergi toshokan. Rasa boring pulak hari ni nak duduk rumah... maklum dah demam beberapa hari rasa nak keluar pulak... Athirah pulak sekarang sedang sibuk berlatih koir dan main recorder lagu best freind... untuk shosogioshiki 6 nensei.

Hari ini ayah pun dah mula study selepas demam seminggu.. cian ayah... baring aje dengan Haziq... Hari ini ayah ganbantte.. kena siapkan paper dia sebelum March 7. Ganbattee ayah..... bye.

Sejak masuk Kumon Haziq jadi rajin belajar, hari ini sibuk menghafal sansu, kena baca dalam masa 20 saat sifir campur 4. Hiragana nampak dah boleh, begitu juga dengan eigo. Nampak berkesan juga tuition tu... tapi okane ga? tak apalah asal budak-budak boleh belajar.... Ikram, Athirah dan Haziq belajar betul-betul... biar jadi orang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Semoga Allah berkati usaha anak-anak kami. Amin.

Monday, February 21, 2005

Getsu yobi

Hari ini Haziq pergi sekolah setelah 4 hari bercuti deman batuk dan selsema. Kesian dia banyak betul tsukudai Komon tak siap. Ganbantte dia buat. Megumi chan pulak influenza, Ayakachan emaknya minta kami hantarkan ke yochien... happy pulak dia hari ini.

Petang Haziq pergi Kumon.. menangis betul dari balik sekolah sebab tak dapat baca dalam masa 20 saat... kesian betul Haziq... hantar mereka naik kereta, sampai kumon dia masih menangis... puas pulak cikgu tu pujuk dia, tapi Alhamdulillah dia dapat baca sifir tu dalam masa 23 saat dan cikgu tu bagi peluang dia baca 2 kali dapat pulak dia baca 19 saat... yukatta ne... Haziq kun.Cikgu tu kesian agaknya tengok Haziq sungguh-sungguh menghafal. Hari ini mereka balik bawa bag baru...

Wednesday, February 16, 2005

Taklimat 1 Nensei Minooka Shogakko

Hari ini ada taklimat untuk parents yang anak nak masuk 1 nensei jam 2.00 petang... pergi sendirilah nampaknya... Hubby demam, Haziq pun.... dua-dua tidur lepas makan ubat. Haziq demam kuat jugak 39.25c, malam tadi bawa pergi klinik, mujur sensei tu tunggu lepas Ikram telefon. .. sampai di klinik dia muntah-muntah, kesian. Sensei tu kata ada warui kat saluran paru-paru, kena datang lagi hari Jumaat ni... Sekarang sensei tak beri dia masuk ofuro dan cuti yochien. Pagi tadi offer dia main PS2, dia tak nak... kesian Haziq... mudah-mudahan cepat sembuh.... begitu juga dengan hubby....

Jam 1.45 petang, cepat-cepat pergi Minooka, sampai aje, tengok nama Haziq ada... tandakan kedatangan... masuk aje orang dah penuh, duduk satu line dengan Oota san, Otani San dan Takuya kun no Okasan...senang hati dapatlah bertanya nanti... entah apalah yang encho sensei dan sensei2 tu cerita,, tak tahulah yang fahamnya newgakko shiki 4/11 jam 9.30 mesti dah ada... lepas tu dia tunjuklah barang2 keperluan... rasanya fahamlah.. sebab lebih kurang sama aje dengan barang Ikram dan Athirah.. last beli baju dan seluar sukan (Yen 3000) set sansu dan kotak barang serta renrakucho (Yen 3000) tak semahal keperluan Ikram dulu..

Tuesday, February 15, 2005

Happy Birthday Umi...

Friday, February 11, 2005

ski ski ski

Lepas happyokai Haziq, terus balik rumah... dan bersiap-siap untuk ke Tottori... apa lagi ski trip lah..... ke Tottori kami ke rumah kawan ayah..... ayah ikut jalan lama biasa.. ikut Taruma, Suma dan Hemiji... alamak,, jalan pula jam kat Tarumi.. dekat sejam kat situ... nampak aje sign masuk tol, kami tersu masuk jalan tol.. Hemiji bypass dan sambong pula dgn Chugoku bypass.. keluar di Sayo exit, then ikut jalan 323 sampai ke bandar Tottori . Sampai di Tottori lebih kurang pukul 9.30 malam. snow tengah turun dgn lebat di Tottori.. ayah terpaksa bawa slow sebab kereta kami tak guna snow tyre..sampai kat bandar Tottori, kami tunggu uncle Alias datang ambil.. dan terus ke rumahnya... sampai rumah uncle, makan-makan dan tidor ... esok? main snowboard!!!!!
Hari ini, ada happyokai Haziq. 8.30 pagi dah pergi sebab nak dapatkan tempat yg strategik.. senang nak ambik gambar..... macam-macam lagi dan muzik yang budak2 yochien mainkan...

Thursday, February 10, 2005

waku-waku worudo

Hari ini jam 10.00 am, pergi Minooka shogakko bersama hubby dan Ari (kawan Indonesia) tengol waku-waku worudo Athirah dan kawan-kawannya. Berbagai aktiviti diadakan oleh budak-budak sekolah tu dari 1 nensei hingga 6 nensei.... best juga, aku dan Ari join jugak... bila kena kuiz, meloponglah kami, mujur aku dapat jawab soalan, diberinya hadiah..... satu nota yang menunjukkan kejayaan kita menjawab soalan.. kena simpan hadiah tu untuk jadi kenangan .....semua hadiah tu dibuat sendiri oleh murid2 sekolah tu.. SKA

Monday, February 07, 2005

otoban

Pagi lagi Haziq bangun terus tanya hari ini berapa haribulan, dia nak praktis otoban kat yochien. Balik yochien, mengadu kena otoban sorang, sebab Sakura chan kaze..... Ganbatte Haziq kun. Nihongo dia dah fasih. Petang hantar ke KUMON. Balik nak jalan kaki bertiga-tiga.. Haziq pecah rahsia, onican to onecan beli onigiri dan makan sepanjang jalan balik. Kita dok tunggu kenapalah lambat sangat baliknya.

Otoban ialah satu program yang ada disekolah-sekolah di Nihon, dimana setiap pagi mesti ada seorang dua budak mesti bercerita di dalam kelas.

Friday, February 04, 2005

Haziq no tomodachi

Hari ini Haziq bawa balik kawan, Ma kun (Kumatsumasahiro) dan Shouta kun (adik Ma kun). Main games dan omoca sampai jam 4.00. Mujur kat rumah ada potato-chip, adalah okashi nak diangkatkan... Ma kun memang selalu cakap nak datang... tercapai juga hasratnya dan hasrat Haziq nak main kat rumah sama-sama Ma kun...

Masa cerita2 dengan emaknya.. tanyalah mana nak beli baju untuk graduation Yochien... tengok kat kedai.. memang tak sanggup nak beli... samapai 4 man yang biasa.... apasallah mahal sangat bajunya... dia beritahu beli kat auction.... malan ni mulahlah tengok kat auction.. mudah2an dapatlah baju sinpin yang murah....

Tuesday, February 01, 2005

Hari ini, salji turun di Kobe.. Ikram ke sekolah, tapi balik semula sebab snow tebal kat sekolah,, bahaya sebab sekolah atas bukit.. Athirah, sekolah macam baisa.. pergi sekolah haziq jalan kaki..

Sunday, January 30, 2005

snow di Hyogo...

Tanpa perancangan teliti, tiba2 teringat nak bawa budak2 main snow dan ski sekaligus... tengok tenki yoho kata kat kita-hyogo snow turun... pagi2 tu pun bersiaplah lebih kurang dan bertolaklah ke Hachi kita... 164 km dari rumah.. ok jugalah.. bawa slow2... mula2 tu cuaca ok aje.. bila dah melepasi beberapa bukit, salji dah turun dan bukit2 pun dah putih.. budak2 dah mula seronok.. pergi lagi.. sampai tengah jalan salji dah penuh tepi jalan. Bila sampai pertengahan bukit, nampak banyak bas kat situ... tengok bas semuanya pasang chain.. kami pun pasangkan lah chain kat tayar.. tengok bas pasang tayar belakang, kami pun pasang juga kat tayar belakang. .. lepas tu naik.. ok.. sampai separuh jalan, bila salji dah tebal kat atas jalan, kereta dah tak bergerak.. tayar berpusing2.. apa nak jadi ni.. berdebar2.. kereta memang dah tak nak naik lagi dah... kat depan belakang ada bas pula... Kemudian, reversekan kereta .. parking tepi jalan.. ok lah kereta tak bergerak turun.. Kemudian datang seorang Jepun datang beritahu kereta ni kena pasang chani kat tayar depan sebab kereta ni front wheel drive.. alamak.. trsalah pasang chain lah ni.. Cuba tukar chain.. susah juga.. terkial2 dekat sejam barulah bleh tukar chain dari tayar belakang ke tayar depan.. Jepun tu tolong betulkan kereta. Kmi pun decided untuk cari tempat yg banyak salji di bawah dan main salji aje... kami pun cari tempat parking dan salji memang turun dgn lebat pada masa itu dan kami main kat situ ajelah.. dekat 2 jam juga...Lepas ni, kami nak gi main ski... di mana? tak tahu lagi?? Tottori kot..

parking lot, tempat main snow.... Posted by Hello

mm Posted by Hello
Posted by Hello

Haziq dan Athirah and yuki daruma

Haziq dan Athirah sedang kumpul salji....Posted by Hello

Sunday, January 23, 2005

ice skate..

Dah lama tak main ice skating... hari ni kami pergi main ice skate di Fruit and Flower Park... tak jauh, 12 km dari rumah kami.. dengan kereta lebih kurang 15 minit sahaja... tempat ni dibuka pada winter sahaja, sampai bulan 3 sahaja..... umi dan ayah tak main, dia orang tunggu dalam bilik panas ..... Abang Pyan pun ikut juga.... tengoklah gaya Haziq tu.... kami main sampai malam......
Posted by Hello

wahh.... abg Pyan dgn aksi menarik....!
mmm Posted by Hello


sedang pakai kasut...tak sabar nak main ais skate ni... Posted by Hello

ll Posted by Hello

ss Posted by Hello

uu Posted by Hello

Friday, January 21, 2005

Raya Haji..


raya haji , makan nasi lemak saje.... Posted by Hello

sesi buat ketupat palas, Haris, ayah, Pye dan Nizam. Posted by Hello

umi dan ayah..depan masjid kobe.. Posted by Hello

aksi raya haji.. Posted by Hello

Wednesday, January 19, 2005

Nihon e kairimasu..

19 Januari 2005, balik semula ke Kobe, Jepun..setelah hampir sebulan setengah berada di Malaysia. Tak banyak berjalan-jalan, banyak habiskan masa dirumah nenek di Banting.

Naik aircraft baru, Boeing 777-200. Kami semua duduk kelas ekonomi, tapi ayah dapat tiket business class... contact ayah pakai handset dalam flight..Sampai di Kansai Airport,, sejuknya....

Tak sempat booking MK taxi.. tapi cuba ke kaunter MK Taxi,, yatto dapat naik shuttle bus dari airport ke kobe... beg dan kotak banyak, tapi tak kena charge.. untunglah..

Sampai di rumah, Abang Pyan ada... makan kejap, lepas tu tidor.... malam tu, gi Gormet City, beli barang sikit....



Monday, January 17, 2005


hari jadi athirah.. omedeto tanjoobi... potong kek pukul 11.00 malam... Posted by Hello

otanjoobi omedeto...

eee Posted by Hello

Sunday, January 16, 2005

Afif..


bergambar di rumah Yah, sebelumke airport.. Posted by Hello

pasar di KB


singgah cari keropok di KB.. pasar umi.. Posted by Hello

bersama Nenek..


bersama nenek sebelum bertolak ke KB.. Posted by Hello

sembelih ayam


Haziqsedang asyik tengok Baba dan Pak su Man sembelih ayam... Posted by Hello

aksi kopek kelapa


kuatlah sikit kakak/...... Posted by Hello

Saturday, January 15, 2005

kopek kelapa lagi


a long sedang tunjuk skill kopek kelapa...Posted by Hello

hiii


tengok kelawar ni.....! Posted by Hello

air asia


kapal terbang yg kami naik untuk ke KB... Posted by Hello

Friday, January 14, 2005

air asia..


di depan air asia di Lapangan Sultan Ismael Petra kat KBPosted by Hello