Thursday, March 03, 2005

たんじょうぶ かい

Seperti biasa setiap bulan Yochien akan mengadakan tanjoubi kai untuk murid yang lahir pada bulan berkaitan. Hari ini untuk bulan 2 dan 3. Agaknya sensei terlupa nak beritahu ada makanan yang Haziq tak boleh makan.. jadinya pagi ini, dah tak ada apa nak buat, terpaksalah buat cheese cakes untuknya dan hantar jam 11.00. Mujur cheese cakes ni senang nak buat.

Balik Haziq beritahu, dia penat tunggu mana cakesnya... dia ingat ummi tak buatkan cakes untuknya. Oleh kerana terlalu asyik bermain games diyochien rupanya dia tak perasanpun kita pergi hantar cakes kat dia.. Haziq, Haziq. sudah semakin besar dan dah faham, makanan muslim... dia tidak akan makan kalau makanan tu dia tak pasti halalnya. Alhamdulillah, semua anak2 begitu.