Tuesday, May 31, 2005

Minggu ke lapan persekolah dan masuk bulan ketiga anak-anak di nensei baru

Diam tak diam Haziq dah lapan minggu bersekolah di Minooka Shogakko di 1 nen 1 kumi. Athirah di 6 nen 2 kumi dan Ikram 3 nen 4 kumi Chugakko. Masing-masing dah besar. Seronok juga jadi surirumah sepenuhmasa, dapat tengok anak-anak membesar depan mata, busy mengurus anak-anak, kadangkala tak terasa masa berlalu begitu cepat... sekolah pula ada banyak aktiviti yang melibatkan parents.. biasanya semua Ummi akan join.. kadangkala Ikram sampai tak bagi sebab katanya nanti banyak yang ummi tak faham... tapi tak kisahlah... asal kita enjoy.

Selesai anak-anak kesekolah, bersama hubby pergi ke Akashi, untuk renew lesen memandu Jepun. Jam 12.30 semua dah selesai, macam Ummi dulu, dengar ceramah dan tunjuk slide.. ada yang tidur. Bimbang balik lewat, bincang dengan Haziq, mulanya Haziq nak rusuban kat rumah, dah sediakan kunci dalam rando seru... bila Oohta san tahu, dia ajak Haziq omokae Ayaka chan dan main kat rumah dia sampai Ikram ambil jam 3.00 petang... Arigato Oota san, oota san ni boleh dikatakan kawan Jepun kami yang paling rapat dengan kami, sama-sama ke Yochien naik kereta hampir 2 tahun... dialah yang jadi jurucakap atau apa-apa maklumat yang kami tak berapa pasti... sekarang ni Megumi chan anaknya masih bersama Haziq dalam satu kelas, pergi dan balik pun masih bersama-sama.

Petang anak-anak mengadu nak keluar, sunyi lagi, so, bawa anak-anak ke Nadahama Science Square... lewat sikit, pertunjukan last jam 3.00 petang, kami sampai jam 4.10 tengok pameran biasa ajelah..janji akan datang lagi lepas ini.. Anak-anak seronok betul main-main kat situ.. mereka dibenarkan mencuba alat-alat kat situ.

Malam Pye datang bawa beras basmathi dan daging, minta masak nasi briyani. Makan bersama-sama. Kenyang betul. Arigato Pye. Pye juga bawakan Haziq hadiah tanjoubi.