Monday, March 28, 2005

Kansai くうこう - りんくうタウン

Jam 8.30am pergi ke Kansai Airport, Aris naik kereta kami. Sampai sana Kumin, Nadir dan Yati dah ada. Mereka semua akan balik Malaysia. Kumin ada setahun lagi. Hari ini Isniah, Athirah, (Kobe Daigaku) Nadir (Osaka Daigaku) dan Yati (Shiga Universiti-Master) akan balik setelah tamat belajar. Semoga semua berjaya dalam kerjaya masing-masing.

12.00 noon, selesai ambil gambar dan lain-lain kami pun balik, singgah diRinku Town, outlet store, besar juga... tengok-tengok, beli sepasang dua pakaian untuk budak-budak, kami pun balik... Singgah di Marunaka membeli makanan.