Thursday, February 09, 2017

Ketabahan ibu...

Hari ini cuti Thaipusam, cuti umum. Lebihkurang jam 7.00 pagi ayah dah keluar bermain golf, exersice katanya. Ummi dirumah kurang sihat hari ini, Asagohan Athirah sediakan mee goreng, Ikram pula tolong ummi menyidai baju dan osoji. Selesai asagohan Athirah ke MSU bincang bersama Mawaddah. Ikram pula hantar ummi facial dan sewaktu dengannya. Lama hari ini. Ummi balik ayah masih belum balik.

Ayah balik lebih kurang jam 4.00 petang rehat2 sikit kami pergi melawat Karim abang kepada Ibrahim, salah seorang pegawai di Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Hari ini dah 46 hari Karim berada di Hospital Shah Alam, sepanjang tempoh itu, ibunyalahnyag menjaganya sepanjang siang dan adiknya bergilir menjaganya waktu malam. Masuk ICU dah banyak kali. Menurut ibunya sudah 5 kali pembedahan dilakukan namun doktor belum dapat menemui ubat yang sesuai. Mulanya hanyalah pembedahan untuk hernia tetapi hingga hari kuman telah mejangkitinseparuh dari paru-parunya. Hari ini adalah hari ke7 antibiotik terkuat yang telah diberitahu oleh doktor. Menurut doktor ini adalah ikhtiar terakhir yang dapat dilakukan, sekiranya tidak ada perkembangan maka redhalah apa yang akan berlaku, saudara terdekat telah dipanggil.

Lebih kurang jam 7.00 kelihatan bacaan jantung telah tidak menentu, kejap naik kejap turun, nurse datang cuba betul alat dijarinya bacaan tidak berubah. Ibunya bangun untuk suapkan air dibibirnya, sambil menyebut Allah, Ibrahim juga terus mengajarnya mengucap. Allah lebih sayangkannya, jam 7.20 malam Karim diambil oleh Pencipta yang Maha Esa. Pergi seorang anak muda berumur 43 tahun. Nurse dan doktor datang dan sahkan ia telah tiada didunia yang fana ini. Begitu tenang ibunya. Semoga dosanya diampunkan dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Jenazahnya akan dikebumikan di Kelantan. 

9.30 malam ummi temankan ayah ke Bukit Jelutong... Golf

No comments: