Thursday, August 04, 2005

Rokkosan Pasture (六甲山 牧場 ) and The House of Hakogi (はこぎせんねんや)



Pagi lagi Athirah dah tanya program kemana hari ini? Pool dan bare-boru tak ada. Selesai breakfast dan kemas mana yang patut, ummi buka fail sightseeing Kobe dan Hyogo yang boleh guna Happy card dan Hyogo card. Kedua-dua card ni membolehkan kami masuk free @ discount. Kedua-dua kad ini diberi kepada Gaikakujin dan family yang menuntut di Daigaku. Hyogo kad juga diberi kepada anak-anak yang bersekolah di Jepun.

Akhirnya semua setuju ke Rokkousan bokujou, Ikram dan Athirah buat onigiri sebagai bento. Kami bawalah apa yang ada kat rumah, roti, okashi dll. Sampai sana, cantik tempatnya, tapi saka michi... ambil keputusan, makan bento dulu, senang nak berjalan. Selesai zohor, onaka ga ippai.. jalan-jalan. Sheep merata, jinak-jinak, usagi, duck, uma, pony dll. Haziq dan Athirah naik pony... Disini juga kami dibenarkan memerah susu kambing dan meminumnya.. tapi kami terlewat sampai, tak sempat nak ambil cup, tengok ajelah... Sedang Haziq naik kuda,datanglah beberapa ekor mini buta, geram betul... nihonjin sukalah, boleh main sebab jinak-jinak...  Haziq kata, nanti nak datang lagi... sebab nak main dengan sheep.

Selepas naik pony.. kami berjalan lagi, luas tempatnya, naik dan turun bukit.. setelah kepenatan, kami pun membasah tekak dengan handmade ice-cream dari fresh milk, tottemo oishi katta desu. Disini juga ada membuat cammerbert cheese. Pada yang berminat boleh mencuba membuat sendiri ice-cream dan cheese dengan sedikit bayaran. Ummi tak join sebab mengambil masa yang panjang.

Selesai di Rookousan bokujou, masih awal, so buka lagi kitab, kawasan terdekat Hakogi sen nen ya (rumah rakyat biasa nihonjin lama) di Kobe Kita (North Kobe). Lebih kurang jam 4.00pm kami sampai disana. Mudah mencarinya, dikawasan perumahan, tak jauh dari jalan besar. Kami disana tak lama kerana, kawasannya kecil. Dirumah itu juga dipamerkan berbagai jumpaan semasa projek arkeologi dilaksanakan di tapak berkenaan. Atap rumah dari daun yang diikat setebal hampir 40cm, mungkin untuk mengelak sejuk semasa winter. Bahagian dapur tiada simen.

Hari ini semua keletihan, kesian ayah.. malam masih tidur lewat menyiapkan comments thesis, hari ini seharian melayan kami... balik ummi drive, ayah nak simpan tenaga untuk study malam ni... ganbatte ayah. ouh... kyowa tsukareta kedo, tanoshi katta desu...

4 comments:

lynn said...

wah bestnya! nanti bila2 nak pergilah juga.. hehe, fail tu bolehlah serah kat kami satu copy nanti bila dah nak balik msia.. ^0^..

Anonymous said...

no problem..Lynn.

Anonymous said...

tr

Anonymous said...

hello. i am korean(south). i am ready to go to japan
so i searched rokkosan pasture through google. so i found your blog. i don't know the language written in this blog. probably it's not english
but i can feel the rokkosan is peaceful and hopeful. the picture in this blog make me visit rokko.^^
sorry my english is little weak. good luck to you.