Paling seronok bila pergi, tapi bila balik.... kena sorong basikal, berpeloh jugalah ummi. Hari ini kami pergi ke Maruhachi, tamago no hi 100yen untuk 10biji telor L. Pergi bertiga dapat 30 biji.
Cerita pasal basikal, ummi pasti ingat semasa di Saitama dahulu, sempai sediakan satu famili satu basikal, untuk kemudahan kaimono. Basikal pertama kami tayarnya meletup balik dari Bazaar kat Bara Koen, baiki punyalah mahal hampir 3 ribu yen, masa tu belum tahu boleh ambil basikal kat Daigaku. Lepas tu dah mula pandai, ayah pilih basikal yang kira okay dimata, dan alih tempat lain, 2 minggu dia perhatikan basikal tu, tak siapa ambil, dia pun ambil. Masatu kami tinggal di Saitama Daigaku Kukusai Kouryu Kaikan (International House). Kali ini Ummi datang bersama 2 family lagi, Yusuf/Hanim dan Nazri/Shima. Anak semua kecil-kecil, masa tu ummi baru bertiga.
Athirah lahir di Saitama ken, Kita Urawa Chuo Byouin pada January 17, 1994, setahun sebelum Hanshin Earthquake terjadi.. Ummi kayuh basikal sehinggalah petang hari ummi nak bersalin (1994/1/16), balik dari hantar emak, Ngah dan Aiman ke Narita Airport untuk balik Malaysia, abah dah mula sakit kuat. Enjoy betul masa tu.... Athirah lahir aktiviti berbasikal tetap diteruskan, kalau ayah busy dengan ronbun, ummi bawa Athirah kat depan dan Ikram kat belakang, bila Ikram dah pandai kayuh basikal, dia kayuh sendiri. Kami kayuh basikal merata shimo-okubo. Kami berbasikal hampir setiap petang kecuali musim sejuk. Beli ayam halal pun kami naik basikal, masatu amat susah nak dapat ayam/daging halal, nak order dengan internet pun masa tu tak ada, silap-silap kena pergi Tokyo, Ikebukuro beli ayam....
Ayah hari-hari ke daigaku naik basikal yang jaraknya amatlah dekat. Pagar daigaku dan pagar International House hanyalah dipisah oleh sebatang jalan raya, senang betul waktu tu. Waktu yuki lebat pun ummi akan kayuh basikal sebab nak pengalaman dan bergambar. Kalau hujan ummi tak keluar sebab sama dengan Malaysia.
Ummi juga pernah berlanggar basikal dengan Nizoam(u/grad Malaysia) depan rumahnya, ummi masa tu baru speed lepas singgo, dia pulak keluar jalan rumahnya tak berhenti dulu, apalagi ummi terus langgar dia,
sempat dia pegang basikal ummi supaya jangan jatuh sambil panggil "akak-akak"... Inilah kisah berbasikal sepanjang 1993-1995.
2001-2002 ummi berbasikal lagi dibumi Jepun, di Chiba ken, Ichikawa shi. Kali ini basikal kena beli, hampir 15ribu yen beli basikal dan tempat duduk Haziq di Olympic, 3 lagi beli secondhand dari kawan yang pindah ke Niigata, orang beri dan ambil tepi jalan. 2 basikal dari Ichikawa hilang di Kobe.
Sehingga ke saat ini kami memang selalu berbasikal, berderet lima basikal... ada kawan Nihonjin tanya, kat Malaysia kami macam tu ke? Ummi jawab memang Ummi selalu jalan sekeluarga cuma tidak naik basikal.. rumah ummi kat Shah Alam pun saka michi juga..... tak boleh naik basikal.... anak-anak main basikal depan rumah ajelah.
2 comments:
Bila duk negara org baru kita kenal erti susah kan.. Kalo kat Mesia nak gi kedai dekat dgn umah pun naik keta..huhu..
Best regards from NY! » » »
Post a Comment